PDRM Harus bertindak jika masih ada maruah
Sila baca kenyataan bersumpah beberapa orang pegawai Polis di bawah ini ;
- salinan Kenyataan bersumpah ASP Hong Kin Hock (G/10990)
- salinan Kenyataan bersumpah ASP Md. Yusof Bin Ahmad (G/10608)
- salinan kenyataan bersumpah Sarjan Mohd. Yasin Bin Malik (RF/89379)
Ini bukan sekadar isu tuduhan rasuah atau salah guna kuasa biasa. Ianya melibatkan ancaman serius terhadap keselamatan negara.
Ketua Polis Negara dan pegawai Polis yang dinyatakan dalam laporan akuan bersumpah tersebut perlu digantung tugas serta merta dan satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan.
Isu 'along' , kongsi gelap dan jenayah yang berleluasa perlu ditangani segera. Semua ini bukan sekadar perang di media untuk mewujudkan persepsi rakyat tetapi ia perlu dilakukan dengan kesungguhan termasuk pembersihan organisasi PDRM itu sendiri.
che'GuBard
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia.
10 Jun 2009
Tokeyai
Tu yang susah tu chegubard polis tangkap polis mesti dio orang 'kautim' punya kalau nak suruh FBI ke CIA ke siasat baru boleh jalan kalau tak tunggu sampai kucing bertanduk pun bolum tontu dio orang buek....patutnya kita pun ado macam Amerika tu jadi bilo ada kes macam ni satu agensi lain boleh siasat ni tak satu tu ajo...polis siasat polis tak ke gilo namoeh...
No comments:
Post a Comment