Tuesday, June 30, 2009

ROSMAH MULA BERTINDAK

Video Rosmah: Polis siasat pemimpin PKR

Seorang pemimpin PKR mendakwa dihubungi dua anggota polis Cawangan Khas berhubung video yang memburuk-burukkan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor yang kini tersebar luas di internet.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau dihubungi mereka – dipercayai dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan – berhubung penerbitan video klip itu.

"Saya kata, saya tidak tahu tentang penerbitan video itu. Saya dapat tahu pun selepas baca blog Selamatkan Umno dan Malaysia Today.

"Saya cuma muatkan balik dalam blog saya selepas itu. Terpulanglah kepada pembaca (untuk menilainya)," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Badrul Hisham berkata, beliau pertama kali dihubungi anggota polis Kuala Lumpur, yang dikenalinya, pada hari awal minggu lalu.-mkini


Istilah 'puaka' hantui pelajar UM

kemaskini 1.06pm Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya meringkuk di balai polis sejak minggu lalu.

Izuddin Hilmi Mohamad Zaini ditahan 7 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam (foto: perkataan telah dipadamkan).

rosmah grafiti caricarture universiti malaya 300609Sementara rakannya Mohd Sharuddin Ahmad Rosli pula ditahan Jumaat lalu di Petaling Jaya, kata seorang pemimpin pelajar kepada Malaysiakini hari ini.

Kedua-dua pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam - yang ditahan di ibu pejabat polis Brickfields - belum dibebaskan, setakat ini.

Susulan insiden, polis menggeledah empat rumah pelajar, termasuk sebuah yang disewa wanita, universiti tersebut.

Menurut laman web UM Today, polis sedang menjejak tiga lagi pelajar dalam siasatan mereka.-mkini

Tokeyai

Rosmah mula bertindak awas kepada semua rakyat malaysia jangan cuba-cuba nak menguji kesabaran rosmah buruk padahnya jangan main-main aaah....

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran