Thursday, June 18, 2009

Nasharudin dipelawa sertai UMNO

KUALA LUMPUR 17 Jun - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipelawa menyertai UMNO kerana beliau tidak lagi dihargai oleh parti pembangkang itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu seharusnya dilakukan kerana UMNO menyediakan ruang yang luas untuk Nasharudin berjuang bagi kepentingan umat Islam.

"Saya selaku Ketua Pemuda berpendapat bahawa sekiranya Nasharudin tidak lagi dihargai oleh Pas dan dihalau keluar, lebih baik beliau meneruskan perjuangan bersama UMNO," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini supaya Nasharudin meninggalkan parti itu dan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika masih inginkan kerajaan perpaduan.

Menurut Nik Abdul Aziz, isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada Pas kerana perkara itu tidak pernah dibincangkan di peringkat dalaman parti itu sebaliknya ia adalah lontaran idea peribadi.

Dalam pada itu, naib ketua pergerakan itu, Datuk Razali Ibrahim berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu adalah perkara yang malang bagi parti berkenaan kerana ia akan menyebabkan mereka kehilangan pemimpin yang bijak.

Beliau berkata, cadangan mengenai kerajaan perpaduan adalah satu idea dan tindakan yang bagus kerana ia mencetus ke arah kebaikan bukan saja bagi parti itu sendiri malahan semua pihak yang terbabit.-utusan


Tokeyai

Ekoran kenyataan TG Nik Aziz meminta Nasharudin meletak jawatan sebagaimana yang tokeyai cakap dalam posting semalam eloklah Nasharudin berbuat demikian memandangkan UMNO pun dah offer dia melalui Khairy Jamaludin ni jadi tunggu apa lagi kalau rasa perjuangan melalui Umno dapat merealisasikan impiannya elok sangatlah nasharudin berbuat demikian demi menambahkan lagi ustaz-ustaz UMNO yang hampir pupus tu lepaih ni bolehlah pakai songkok hitam boleh menambahkan lagi kemachoan tu maklumlah pakai kopiah ni nampak macam orang tua...

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran