Obama hubungi Najib
|
|
KUALA LUMPUR 26 Jun – Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah menyatakan kesediaan untuk menimbangkan permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membenarkan dua tahanan Malaysia di Teluk Guantanamo, diserah kepada Malaysia serta menjalani hukuman di negara ini.
Isu tahanan Guantanamo serta beberapa isu lain seperti ekonomi, Kawasan Perdagangan Bebas (FTA), Iran dan Korea Utara adalah antara perkara yang disentuh dalam perbualan telefon antara Obama ketika menghubungi Najib malam ini.
Panggilan selama 20 minit itu bermula 9.10 malam, merupakan perbualan melalui telefon pertama antara Obama dengan Najib, sejak kedua-dua pemimpin itu memegang tampuk pemerintahan negara masing-masing.
Tokeyai
Wah dashyat tu PM kita dihubungi Presiden Amerika ke memang najib najib nak hubungi Presiden Amerika tu siap boleh buat live lagi...lantaklah tu malas tokeyai nak fikirkan cuma tokeyai nak cakap sikit pasal amerika nilah dulu umno heboh cakap pasal DS Anwar boneka amerikalah ada hubungan tu hubungan ni la ni apa citer pulak najib kecohkan satu malaya yang obama call dia apa tujuannya... nak cakap yang amerika tergila-gilakan dia atau nak tunjuk yang dia lebih terrer dari Anwar sampai obama call dia tulah gerombolan-gerombolan AmNo ni lain kali jangan sibuk nak mengutuk orang macam najib jugak anwar berbaik dengan amerika untuk malaysia jugak agar malaysia ni tak pandang sepi oleh dunia....lain kali gerombolan-gerombolan ni kalau nak cakap tu guna otak sikit bukan guna lutut....
No comments:
Post a Comment