Showing posts with label sd. Show all posts
Showing posts with label sd. Show all posts

Saturday, July 25, 2009

Desakan Jemaah Jaksa pendamai kebangsaan
Sebab kematian Teoh perlu dimasukkan dalam Suruhanjaya Diraja

KUALA LUMPUR: Jemaah Kebangsaan Jaksa-Jaksa Pendamai menggesa kerajaan memasukkan 'sebab kematian' sebagai salah satu terma rujukan bagi suruhanjaya diraja yang akan dibentuk berikutan kematian seorang pembantu politik Selangor baru-baru ini.

Penubuhan suruhanjaya itu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak adalah untuk mengkaji kaedah soal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) untuk menentukan sama ada hak asasi manusia telah dicabuli semasa soal siasat Teoh Beng Hock yang dijumpai mati selepas itu.

Setiausaha agung jemaah itu, Datuk M. Ramalingam berkata, kerajaan tidak harus menghadkan terma rujukan suruhanjaya itu hanya kepada prosedur siasatan yang menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi manusia. "Apa yang paling penting kepada keluarga mendiang dan negara secara umumnya ialah sebab kematian dan bukan apaapa yang lain.

"Ini (memasukkan terma sebab kematian) tentunya merupakan bakti yang tepat kepada ibu yang belum berkahwin dan anak berkenaan, ibu bapa dan orang ramai yang berkabung, dengan itu menenangkan negara pada saatsaat penuh ujian dalam sejarah negara kita," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ramalingam berkata, keputusan kerajaan mengadakan inkues oleh seorang Koroner di bawah peruntukan Kanuan Prosedur Jenayah mungkin tidak memiliki kuasa dan keberkesanan seperti mana sebuah suruhanjaya diraja, yang mempunyai kuasa luas. BERNAMA

Tokeyai - sabtu Jul 25 09

Suruhanjaya ni kita yang buat dia nak dengan tak nak aje kalau nak apa-apa pun boleh jangan dengar sangat cakap ghani patail tu...masih menunggu respon ex-judge NH CHAN

FUNGSI SURUHANJAYA DIRAJA,INKUES MENGIKUT KACAMATA GHANI PATAIL

KUALA LUMPUR 24 Julai – Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini menjelaskan fungsi suruhanjaya diraja dan inkues yang diputuskan Kabinet kelmarin berikutan kekeliruan beberapa pihak khususnya pembangkang berkaitan siasatan kematian Teoh Beng Hock.

Di bawah Kanun Acara Jenayah (CPC), fungsi suruhanjaya diraja berbeza dengan inkuiri.

Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 jelas merujuk kepada persoalan perlakuan dan pengurusan oleh pegawai dan jabatan kerajaan atas kebajikan awam (public welfare).

Suruhanjaya diraja tidak boleh meliputi siasatan kematian

sebaliknya inkues oleh majistret

di bawah CPC lebih sesuai dan dibenarkan oleh undang-undang.

Tiada suruhanjaya yang ditubuhkan sebelum ini bertujuan mencari punca kematian seseorang.

INKUES/ SIASATAN

*Inkues diadakan di bawah CPC

untuk menyiasat bila, di mana, bagaimana dan apakah punca kematian dan juga sama ada

terdapat individu lain terlibat.

*Di bawah Seksyen 333 CPC, majistret wajib mengadakan siasatan lebih mendalam jika tidak berpuas hati sebab kematian terutamanya dalam kes kematian mengejut.

*Siasatan yang sama jika dijalankan oleh suruhanjaya diraja akan menyebabkan pertindihan.

*Inkues di bawah CPC mencukupi dan paling sesuai untuk kes seperti ini.

Tokeyai

Tunggu apa pulak kata ex-judge NH CHAN dan majlis peguam boleh ke tak Suruhanjaya Diraja siasat punca kematian

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran