Selepas terapi, budak hisap 15 batang rokok sehari
JAKARTA: Seorang budak Indonesia yang ketagih merokok kini menghisap 15 batang rokok sehari selepas menjalani terapi yang mengalih tumpuannya untuk bermain.
Ardi Rizal, dua tahun, mengejutkan dunia apabila muncul di Internet bulan lalu dengan dakwaan merokok 40 batang rokok sehari selepas diberi rokok pertama enam bulan sebelum itu.Ardi telah diberi rokok seawal usia 18 bulan dan sejak itu jika dia tidak diberikan rokok, dia akan menghantukkan kepalanya ke dinding dan meragam.Namun, ibu bapanya menyatakan dia dalam keadaan sihat.