Pedulikan asri dan geng-geng 40 ulama tarbusnya....yang katanya untuk mentarbiyah umno yang dah sesat jalan itu....supaya kembali kepangkal jalan.....pedulikan wahabi vs umno.....pedulikan semua....tak kemana pun mereka akan pergi....habis kuat ulama-ulama tarbus ini hanya ditugaskan membacakan doa diawal dan diakhir setiap majlis umno.....sekarang mari kita tengok pakatan dah berkembang dengan kewujudan kelab penyokong mereka diluarnegari....satu perkembangan yang baik.....semoga usaha ini akan berterusan bukan hangat-hangat taik itik...........
KUALA LUMPUR, 25 Jun: Friends of Pakatan, sebuah persatuan penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat telah ditubuhkan di kota raya London, kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.
Beliau yang baru sahaja pulang dari London berkata, persatuan tersebut adalah gabungan profesional rakyat Malaysia yang menginap dan bekerja di United Kingdom yang mewakili semua kaum Melayu , Cina dan India.
Menurutnya, satu pertemuan bersama jawatankuasa penaja persatuan tersebut telah diadakan di kotaraya London baru-baru ini sempena dengan lawatan beliau ke United Kingdom (UK).Katanya, majlis pelancaran Friends of Pakatan akan dilakukan pada awal Julai depan dengan dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat.