Thursday, July 7, 2011

BILA DR M CAKAP PASAL KETUANAN MELAYU

Deyyyy......madirrrr.....hang cakap malu kalau ada ketuanan melayu....tapi yang hang dok belakang perkasa tu.....yang dok menyalak hari-hari pasal melayu tuan dimalaysia ni dengan mahagaru silat kangkung tu sekali....apa cerita beb....sini lu cakap lain.....sana lu cakap lain.....kalau jumpa ular dengan lu...wa suruh ular tu gigit lu dulu.....baru wa ketuk itu ular.....ciittt....podahhhh.....


DR M -SAYA SEDIH MELAYU MASIH BERHARAP PADA KETUANAN MELAYU

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sedih apabila mendengar orang Melayu masih bercakap mengenai Ketuanan Melayu kerana beliau mahu kaum itu berdiri pada keupayaan diri mereka, bukannya hak istimewa diturunkan menerusi perlembagaan.

Malah bekas perdana menteri ini (gambar)juga kelihatan ‘keberatan’ apabila ada usaha mengaitkan DEB dengan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menjawab soalan pada Kongres Profesor Kebangsaan di sini, kata Dr Mahathir, beberapa peruntukan dalam DEB seharusnya telah pun digugurkan.

“Berkenaan dengan (Artikel) 153, jika ia berkenaan dengan bahasa, agama dan kesemua itu, tidak mengapa, tetapi kita telah memperluaskan sehingga membabitkan DEB.

“Dan, beberapa aspek DEB seharusnya dimansuhkan sebaik sahaja mereka yang mendapat manfaat daripada DEB telah memperlihatkan keupayaan mereka,” katanya.

“Saya sangat sedih apabila saya mendengar orang Melayu bercakap mengenai Ketuanan Melayu,” katanya.

“Ternyata ada tanah simpanan Melayu sebab itu kita adalah tuan. Tetapi untuk hidup di (tanah) simpanan Melayu adalah satu penghinaan, sebab itu bermakna saya lemah, saya dilindungi di tanah sendiri. Ia bukan sesuatu yang harus dibanggakan,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata orang Melayu seharusnya mempertingkatkan keupayaan mereka agar mereka tidak bergantung pada hak-hak istimewa.-tmi

1 comment:

  1. Dia teriak menangis air mata buaya tak kali ni? Croc tear u know... macam dia ada buat sambil dipujuk rayu oleh Rafidah, Muhammad Taib ker sapa ker Ali Rustam ker sapa ker dll bragas di Perhimpunan depa yg bersih dulu dulu tu? Hehe

    Masa dia berkuasa dia la ratakan quota, biasiswa, meritkrosi .. sekarang revert to ketuanan Melayu? Ker dia nak UMNo terus menang PRU (baca: legasi dia Mukriz & gangs) & diberi kuasa untuk kaut & kaver silap dosa dia & gang dulu dulu ni?

    ReplyDelete

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran