Thursday, September 30, 2010

11 ADUN UMNO DICABAR PULANG GAJI MEREKA

Berani ke diaorang nie..ndak-ndak siazhar pening  tu....berani taik kucing kalau dia orang berani....cakap bolehlah mangkuk ayun ni semua.....


KENYATAAN MEDIA
Isu Pengembalian Wang Penghargaan Warga Emas :
11 ADUN UMNO Pulau Pinang Dicabar Mengembalikan Semua
Gaji Mereka Kepada Kerajaan Negeri
30 SEPTEMBER 2010

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan simpati kepada warga emas, khususnya di DUN Penaga, yang diwakili oleh Dato’ Azhar Ibrahim yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Baru-baru ini, seramai 40 orang warga emas dari DUN tersebut telah memulangkan semula wang Skim Penghargaan Warga Emas yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Simpati kami adalah kerana mereka ini telah ditipu dan dipermainkan oleh ADUN mereka yang melatah berasaskan maklumat yang tidak betul. Ini bukti jelas, bahawa UMNO sanggup buat apa saja, hingga sanggup menidakkan hak rakyat, semata-mata mahukan populariti politik murahan!

Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang juga merasa hairan, kenapa dengan tiba-tiba UMNO Pulau Pinang menjadi begitu prihatin tentang permasalahan rakyat? Apa bukti hitam-putih yang menyatakan wang dapatan dari sumber judi itu disalurkan kepada Program Penghargaan Warga Emas dan umat Islam di negeri ini? Ini menunjukkan sikap UMNO yang cukup gemar ‘hentam keromo’. Jika kita lihat sendiri paparan surat balas dari Setiausaha Sulit Ketua Menteri kepada Penang Turf Club (yang dipaparkan dalam pisau.net), jelas sekali dinyatakan di situ ia adalah sumbangan untuk program Rakan Anti Kemiskinan (RAK) dan bukannya untuk Program Penghargaan Warga Emas.


Kami juga sudah mendapat penjelasan daripada YB Phee Boon Poh, selaku Exco Kebajikan Negeri, bahawa Kerajaan Negeri masih menyimpan sebanyak RM2.4 Juta wang peruntukan untuk Rakan Anti Kemiskinan (RAK), tanpa mengganggu peruntukan untuk Program Penghargaan Warga Emas. Kenyataan ini juga diperkuatkan dengan penjelasan dari Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus yang menyatakan wang sumbangan RM2 Juta dari Penang Turf Club itu tidak akan disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK.

Justeru, Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang di sini ingin menyelar sikap hipokrit yang dizahirkan oleh pemimpin UMNO, yang berlagak teliti dalam hal agama, walhal merekalah yang paling membelakangkannya. Jika benar mereka serius terhadap perjuangan menyelamatkan umat Islam dari menerima wang dari sumbangan judi, hiburan dan arak, mereka dicabar melakukan perkara-perkara berikut;

1. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua staf dan kakitangan Utusan Malaysia, (lidah rasmi parti itu) untuk memulangkan semua gaji mereka, kerana ada unsur judi dalam penghasilan gaji mereka, menerusi iklan-iklan 4 nombor ekor di akhbar itu.

2. Mencabar UMNO agar mengarahkan semua GLC-GLC di bawah pengaruh mereka agar memulangkan semua pendapatan gaji semula mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Malaysia, kerana tidak ada satu pun gaji mereka ini boleh dipastikan bersih dari percampuran dengan hasil cukai judi, hiburan dan arak.

3. Mencabar agar 11 ADUN UMNO di Pulau Pinang yang melabel diri mereka sebagai ‘Pembela Agama, Bangsa & Negara’ agar memberi contoh tauladan awal dan terbaik, dengan mengembalikan semua gaji dan elaun Wakil Rakyat mereka kepada Perbendaharaan Kerajaan Negeri, sebab bagi mereka, seolah-olah tidak ada satu pun yang ‘halal’ dari Kerajaan Negeri.

Cabaran ini dibuat, untuk menjawab serangan-serangan UMNO, dan kita tahu ini adalah satu lagi ‘peluru’ terdesak UMNO yang dihalakan kepada Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat di Pulau Pinang. Ini juga isyarat jelas, betapa UMNO-Barisan Nasional yang memerintah Pulau Pinang selama 52 Tahun cukup ‘terpukul’ dengan keupayaan Kerajaan Negeri berjimat sebanyak RM20 Juta untuk program ini, dan dengan wang penjimatan inilah, ia terus dikongsikan bersama dengan rakyat. 

Cabaran ini juga dibuat untuk memberi peluang kepada UMNO membuktikan diri mereka adalah ‘Pembela Melayu yang sebenar’, seperti yang selalu mereka war-warkan. Kami juga menyeru agar UMNO benar-benar membantu merubah nasib orang Melayu dengan bersungguh-sungguh dengan membela jatuh bangun mereka dan bukan hanya berlagak hebat di Televisyen dan di dada-dada akhbar.

Kami Yang Membawa Suara Rakyat;


SYED MIKAEL RIZAL AIDID
Setiausaha,
Angkatan Muda KEADILAN 
Pulau Pinang (AMKPP)

YB NG WEI AIK
Setiausaha,
Pemuda Sosialis DAP 
(DAPSY) Pulau Pinang

MOHD. NOR B. HARUN 
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS (DPP) Pulau Pinang

GELARAN TGKU TEMENGGONG KELANTAN DITARIK BALIK


KOTA BHARU, 30 Sept: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini menarik balik gelaran Temenggong dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunus) yang dianugerahkan kepada Tengku Muhammad Fakhry Petra berkuat kuasa serta merta.
Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Aiesri Alias, berkata turut dilucutkan, Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi 1).
Menurutnya, penarikan itu telah dimaklumkan kepada Muhammad Fakhry Petra sendiri hari ini melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya.
“Surat itu dihantar kira-kira pukul 10.00 pagi tadi oleh wakil saya, Mohd Rusdi Ismail di Istana Mahkota, Kubang Kerian kepada kakitangan istana berkenaan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di Kota Darulnaim tengah hari tadi.
Ketika ditanya punca penarikan itu beliau berkata, baginda sultan mempunyai sebab yang tersendiri berhubung penarikan itu.-HARAKAH

KAJIAN MEDIA KOMPLOT DALAMAN UMNO ANCAM KESTABILAN NEGARA

Ini kata kajian the intelligenc economist unit...den tanpa kajian pun dah tahu....macamana umno dan konco-konco dia memesongkan pemikiran rakyat duit sedekah disuruh pulang balik tau pulak cakap pasal halal haram.... selama ini dok bantai duit haram tak ada bising-bising pulak....ini termasuklah ngo-ngo macam perkasa yang terlampau rasisnya...inilah punca-punca ketidakstabilan negara sekarang....itu belum nanti ngo mca dan ngo mic yang macam perkasa pulak ditubuhkan....lagilah menggugatnya....

Kajian media: Komplot dalaman Umno kekal kuasa ancaman besar kestabilan negara


KUALA LUMPUR, 30 Sept — Di sebalik pelbagai spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13, laporan terbaru The Economist Intelligence Unit mendakwa komplot dalaman Umno dan nekad parti pemerintah untuk kekal berkuasa dengan menggunakan apa jua cara merupakan ancaman besar kepada kestabilan politik di Malaysia.
Laporan itu mengenai Malaysia juga mengesyorkan bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan memperlihatkan peningkatan kerusi dalam pilihan raya umum ke-13, tetapi tidak mungkin akan memperolehi cukup kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti.
Kestabilan Malaysia sepanjang lima dekad lalu bergantung pada tiga faktor utama iaitu penguasaan mantap Barisan Nasional (BN), kawalan ketat Umno ke atas perikatan ini dan sokongan majoriti Melayu terhadap parti dominasi BN itu, kata laporan edisi keluaran Oktober itu.
Bagaimanapun menurut laporan itu, faktor-faktor itu bukan sesuatu yang kekal berterusan, lebih-lebih lagi selepas prestasi buruk BN pada pilihan raya umum 2008 dan kejayaan bersejarah PR dalam menguasai lima negeri dan 82 kerusi Parlimen.
“Pilihan raya umum 2008 menunjukkan ketiga-tiga faktor itu menjadi lemah.
“Ekorannya, kuasa-kuasa ini kemungkinan tidak membolehkan rangka kerja politik negara kekal seperti biasa sepanjang 2010-2-14,” kata laporan itu lagi.
Mandat semasa kerajaan hanya akan berakhir Mei 2013, tetapi ramai menyebut pilihan raya umum kemungkinan diadakan awal tahun depan.
Oleh itu jelas laporan itu, komplot politik dalam Umno sendiri dan ditambah dengan kesungguhan untuk kekal dalam kuasa menerusi apa jua cara akan menjadi ancaman kepada kestabilan politik negara ini.
BN mahu memperoleh kembali kerusi majoriti di Parlimen dan menawan negeri-negeri yang jatuh khususnya Selangor.
Puak-puak dalam Umno mula kelihatan muncul dalam usaha menentukan hala tuju parti itu sejak kebelakangan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno melahirkan tekad untuk memperkenalkan pembaharuan-pembaharuan mesra pasaran.
Bagaimanapun Najib berhadapan dengan tekanan dan bantahan daripada elemen-elemen konservatif dari dalam Umno dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.
Malah Najib yang juga Pengerusi BN berhadapan dengan bantahan dalam usahanya memperkenalkan Model Baru Ekonomi, khususnya daripada Perkasa yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bebas Datuk Ibrahim Ali.
Najib dijadual memperkenalkan laporan kedua model itu bulan depan bersama Bajet 2011.
Selain itu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan pendirian-pendirian yang dilihat boleh menjejaskan usaha Najib memperkenalkan pembaharuan dasar.
The Economist Intelligent Unit juga menekankan bahawa BN akan kehilangan lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang memandangkan Umno tidak boleh lagi mengharapkan sokongan orang Melayu daripada golongan “berpendidikan tinggi, liberal dan kelas pertengahan” yang memihak sokongan kepada pembangkang.
Malah menurut laporan itu, kemungkinan keputusan pilihan raya akan memperlihatkan lebih banyak kehilangan kerusi di pihak BN, memandangkan pengundi Melayu berpendirian sederhana yang kecewa dengan siri skandal politik selain tindakan Umno begitu agresif memperkenalkan nilai-nilai Islam, tidak akan memberikan sokongan mereka.
Katanya, pengundi-pengundi Cina dan India kekal enggan kembali ke pangkuan BN. — Bernama

Wednesday, September 29, 2010

DNA PEMIMPIN UMNO BERAHIM MAIN ACAH-ACAH

Nazri dah cabar....tunggu apa lagi....takut cakap takut bro...tak payah main acah-acah kata nak tunggu time yang sesuai....sekarang la kalau berani....jangan cakap macam katak...lompat sana lompat sini....


KUALA LUMPUR, 29 Sept – Datuk Ibrahim Ali menegaskan beliau hanya akan mendedahkan rahsia pemimpin Umno - dua ahli Parlimen dan seorang menteri – apabila tiba sama yang sesuai tetapi hanya mahu ikut rentak mereka sekarang.
“Sama ada nak dedah rahsia mereka, terpulang kepada saya kerana saya hanya akan menari ikut rentak.
“Kalau cakap pasal mereka makna adalah sesuatu yang saya tahu,” katanya ketika sidang media di pejabat Suara Perkasa Sdn Bhd di sini di sini.
Presiden Perkasa itu berkata bahawa beliau bersedia menghadapi apa sahaja kritikan daripada mana-mana semua pihak termasuk pemimpin Umno.
“Saya bukan penakut, saya sedia hadapinya jadi tidak perlu nak paksa saya.
“Kalau saya cakap akan dedah maknanya akan dedah, saya nak tengok siapa tekan siapa dulu,” katanya.
Ketiga-tiga pemimpin Umno tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Sebelum ini, Nazri mencabar Ibrahim supaya mendedahkan apa saja rahsia yang beliau dakwa ada sekarang.
Beliau menegaskan, ugutan Ibrahim baru-baru ini sama sekali tidak membimbangkannya, sebaliknya tindakan wakil rakyat Bebas itu memperkuatkan beliau dalam menentang sikap “rasisme” yang dibawa oleh Perkasa.
Dalam program Perkasa di Pasir Mas baru-baru ini, Ibrahim memberi amaran kepada tiga pemimpin Umno tersebut supaya tidak lagi mempersoalkan perjuangan pertubuhan Melayu itu yang ditubuhkan dua tahun lalu untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.
Ketiga-tiga pemimpin tersebut pernah mendakwa Perkasa boleh menjadi punca kepada BN kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.
“Saya kenal siapa mereka, mereka sepatutnya tidak salahkan Perkasa,” kata beliau sambil mendakwa, “Saya tahu DNA mereka.”
“Kalau saya dedahkan nanti, jadi berperang pula,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Ketika ditanya mengenai isu kenyataan seorang pagawai kanan Biro Tata Negara yang didakwa telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman Isnin lalu, Ibrahim mempertahankan pegawai tersebut sambil mengkritik tindakan sesetengah pemimpin yang telah menjatuhkan hukuman terlebih dahulu sebelum perkara itu disiasat.
“Benda ini masih lagi baru, kita pun belum tahu sama ada perkara ini benar atau tidak.
“Jadi tidak seharusnya pemimpin politik menjatuhkan hukuman kepada pegawai tersebut, biar pihak berwajib menyiasat terlebih dahulu perkara ini.
“Kalau belum apa-apa dah jatuhkan hukuman macam mana kita nak melahirkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai isu perpaduan ini,” katanya.
Kelmarin, Timbalan Pengarah BTN Wilayah Persekutuan Hamim Hussain telah mengeluarkan kenyataan bahawa hak orang Melayu adalah untuk menerajui negara dan boleh bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang.
“Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas,” kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno baru-baru ini.
“Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran,” tambah beliau.
Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasama dengan -masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi.
“Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC,” katanya lagi.
“Si mata sepet yang tidak pernah pergi ke masjid atau ke surau juga hanya mempunyai satu undi.
“Si botol yang hanya tahu naik dan turun Batu Caves juga hanya mempunyai satu undi,” kata beliau merujuk kepada masyarakat Cina dan India negara ini.
“Jadi, Puteri Umno mesti berkawan dengan golongan muda bukan Melayu,” kata beliau.
Kenyataan yang dibuat Hamim dikecam pemimpin-pemimpin MIC dan DAP sambil menyifatkan konsep 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  menjadi ‘mangsa’ tindak tanduk pihak di sekitarnya sendiri.
Penasihat DAP Lim Kit Siang juga berkata tindakan timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong BTN secara terbuka sebelum ini juga memudaratkan idea 1 Malaysia digerakkan perdana menteri.
Dalam pada itu, Subramaniam yang juga Naib Presiden MIC sebelum inijuga mengecam kenyataan-kenyataan bersifat menghina masyarakat bukan Melayu itu hari ini.
Beliau juga menggesa agar kerajaan menjalankan siasatan mengenai perkembangan tersebut.

Subramaniam bimbang kenyataan-kenyataan itu akan dianggap sebagai menggambarkan pendirian pentadbiran Najib, yang sudah tentu akan merosakkan imej beliau selaku perdana menteri.
Selain itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga mengecam kenyataan yang dibuat Hamim sambil menyifatkan ia adalah imej sebenar Umno untuk memecah-belahkan semua kaum di negara ini.
Pagi tadi Pemuda MIC menggesa Ketua Setiausaha Negara mengambil tindakan tegas terhadap pegawai-pegawai kanan awam termasuk yang terbaru Hamim, yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman agar ia menjadi pengajaran kepada kakitangan kerajaan lain.
Ibrahim yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas juga mencadangkan agar kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap seorang paderi di Sarawak yang didakwa menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.
“Kita cadangkan agar ISA digunakan terhadap paderi itu kerana telah menyampaikan ceramah yang disifatkan tidak bertanggungjawab dan menyinggung perasaan orang Islam.
“Perkasa memang kesal dengan paderi itu dan kita harap kerajaan dapat bertindak pantas dan tegas bagi menangani isu ini,” katanya.
Beliau berkata kerajaan juga perlu menggunakan ISA terhadap mana-mana individu yang melakukan perkara berbaur perkauman dan keagamaan.
“Kita mahu kerajaan bertindak pantas dalam isu kerana sebelum ini banyak isu perkauman yang berlaku namun tindakan terhadap mereka lambat dan mengambil masa yang lama.
“Jadi kita mahu kerajaan memandang serius akan perkara ini. Kalau kerajaan menggunakan prosedur biasa ia agak lama dan lebih baik jika ISA digunakan.
“Saya percaya kalau kerajaan tidak mengambil tindakan dalam isu ini rakyat mungkin akan mengambil tindakan sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan tindakan seorang paderi yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad dan agama Islam dalam satu ceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak yang disiarkan di internet.
The Malaysian Insider difahamkan polis telah membuka kertas siasatan bagi menyiasat perkara tersebut.-tmi

DOKUMEN SPRM SAHKAN ADUN DITAWAR 5JUTA

Ini sudah terang-terang nie....tak payah suluh-suluh lagilah SPRM....buang masa ajer....tangkap aje terus sapa-sapa yang beri rasuah nie.....


(HARAKAHDAILY) - Raja Petra Kamarudin melalui blognya Malaysia Today hari ini mendedahkan satu kertas siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengesahkan dakwaan Adun Kulim beliau ditawar RM5 juta untuk lompat parti adalah benar.
Dalam postingnya hari ini, Raja Petra menyiarkan 'Laporan Siasatan Awal' BPR (kini SPRM) cawangan Seberang Perai Aduan no 11/2008 yang dibuat oleh YB Lim Soo Nee, Adun Kulim dari PKR yang dinamakan sebagai A1.

Laporan itu mendedahkan sasaran siasatan mereka adalah bekas Menteri Besar Kedah, Mahazir bin Khalid yang dinamakan sebagai B1 dan dan orang tengah Tan Yak Siew yang dinamakan B2.

Di akhir laporan ini, siasatan itu mengesahkan, pada 9.9.2008 satu perjumpaan telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya, Perai.

Bahagian Perisikan Ibu Pejabat telah membuat satu rakaman audio dan video di bilik hotel tersebut.

YB Mahazir Khalid yang datang berjumpa dengan A1 (Lim Soo Nee) dan mengesahkan penawaran wang itu sebanyak RM5 juta dan sekiranya A1 hendak lebih lagi, boleh berbincang dengan Datuk Seri Najib.

A1 juga dimaklumkan, sekiranya beliau lompat parti ke BN, beliau akan mendapat beberapa projek.

Laporan siasatan yang ditandatangani oleh Mahani binti Din, Penolong Kanan Penguasa, Badan Pencegah Rasuah Cawangan Seberang Perai itu melaporkan, Ibu Pejabat BPR (kini SPRM) akan menguruskan kes ini seterusnya.

PENEROKA MENANG LAGI SAMAN FELDA

Tulah....kata orang kalau rezeki tak kemana....biarpun ditipu ke apa ke....sebab bila datang yang hak yang batil pasti akan tenggelam....apa cerita sekarang felda...satu...satu...saman semua memihak kat peneroka...benarlah doa orang teraniaya nie makbul....


Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu, lapor Harakahdaily.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.
Namun, hakim memutuskan, bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah berkenaan kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan 
Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

Tuesday, September 28, 2010

MALAYSIAN FIRST DILANDA SINDROM MALAYFOBIA-FUAD

Tak kiralah malayfobia ke...katakfobia ke...perkasafobia ke...yang cakap tu dilanda sindrom apa pulak...malaysianfobia ker...hahahahaha.....


Pemimpin Melayu anggap ‘Malaysian first’ dilanda sindrom Malayfobia, dakwa Puad


KUALA LUMPUR, 28 Sept — Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi menulis pemimpin-pemimpin Melayu yang menegaskan diri mereka sebagai rakyat Malaysia terlebih dahulu dan orang Melayu kemudian sebagai “dilanda sindrom Malayfobia.”
“Apabila ada pemimpin Melayu yang menyatakan “I am Malaysian first and Malay second,” sebenarnya dia dilanda sindrom ‘Malayfobia’,” kata beliau dalam tulisannya disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini.
Sehubungan itu, Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, sindrom ‘Malayfobia’ cukup bahaya dan boleh mengancam jati diri bangsa.
“Wajar semua pihak membanterasnya,” katanya.
Dalam tulisannya itu beliau tidak merujuk kepada mana-mana pemimpin Melayu secara khusus tetapi dilihat cuba membalas tulisan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang dalam surat terbukanya kepada Awang Selamat, yang disiarkan di The Malaysian Insider, bahawa beliau bangga untuk mengatakan dirinya “I am Malaysian first and Malay second”.
Kata beliau, sebab itu mana-mana pemimpin Umno jika dia mengatakan dirinya sebagai “Malaysian first, Malay second,” sebenarnya dia menyanggah Perlembagaan, perjuangan dan tujuan penubuhan Umno itu sendiri.
“Oleh itu cabaran Kit Siang hanyalah satu perangkap halus.
“Malangnya sudah ada orang Melayu yang terperangkap. Sedangkan Kit Siang sebagai individu yang melontarkan idea itu sendiri bersikap cakap tidak serupa bikin,” katanya.
“Apa tidaknya, dia boleh kata, “I am Malaysian first and Chinese second.” Hakikatnya, tindak-tanduk beliau lebih kecinaan iaitu “I am Chinese first, Malaysian second”,” kata beliau.
Puad menambah, perjuangan politiknya tidak sama dengan apa yang dia laungkan.
“Semuanya bersifat perkauman. DAP hanya berminat dalam isu yang membabitkan satu kaum.
“Cukup jelas DAP menang kerana sokongan pengundi Cina. Tanpa undi Cina mereka tidak akan menang. Sebab itu mereka terus memainkan isu orang Cina, kerana itu sumber mereka meraih undi dan kemenangan dalam pilihan raya selama ini,” kata beliau lagi.
Isu ‘I’m Malay first and Malaysian second’ muncul dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran April lalu.
Puad, ahli Parlimen dari Johor juga mendakwa tidak salah seseorang itu mengaku dirinya “I am Malay first,” “I am Chinese first” atau “I am Indian first.”
“Semua memahaminya kerana dalam konteks Malaysia, kepelbagaian adalah aset atau kekuatan dan bukannya liabaliti.
“Dalam konteks ini (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut terperangkap, bila berkata dia tidak bangga mengaku dirinya sebagai orang Melayu.
“Dia lebih bangga dipanggil sebagai orang Islam,” katanya.
Puad juga mendakwa apakah Nik Aziz lupa, dari segi fitrah, Allah turunkan manusia lebih dulu ke bumi sebelum Allah menurunkan agamanya.
“Allah menjadikan manusia berperingkat, berbangsa-bangsa, lelaki dan perempuan supaya mereka mengenali antara satu dengan lain.
“Ini yang dikatakan sebagai ‘multi level identities’ atau pun ‘hirarchy of identities’. Sebab itu sebuah negara bermula dengan kampung, mukim, daerah, negeri dan kemudian barulah negara.
“Maka dia kena ingat akarnya yang bermula dari kampung. Jika tidak, dia sebenarnya meruntuhkan asal usulnya,” katanya lagi.-tmi

Monday, September 27, 2010

SIR RICHARD BRANSON GESA NAJIB CAMPURTANGAN KES ANWAR

Boss virgin group ni kata..hal ini menyebabkan pelabur takut nak datang sini dan kes ini juga mencemarkan imej malaysia diluar negara....boleh ke sir...i think cannot la sir...if anwar lepas...najib will go down sir...that why cannot...others can but this one cannot sir....ayaaaa....sori ahh...

KUALA LUMPUR, Sept 27 — Virgin Group founder Sir Richard Branson has called on the Malaysian prime minister to intervene in Datuk Seri Anwar Ibrahim’s sodomy trial, calling the issue “a thorn” in Malaysia’s otherwise good reputation.
“If you’re a bold leader, you should get rid of things like this which are damaging your reputation,” he said today at the “Dawn of the New Decade: Alternative Investments in Asia” conference here.
“This has gone on for a long, long time. It looks bad overseas.”
While Branson did not think Anwar’s Sodomy II trial was causing foreign investors to shy away from Malaysia in any major way, the mercurial entrepreneur nonetheless said more people would want to invest in Malaysia if it were more open and liberal.
He added that it was incumbent on the prime minister to address the “damaging” trial as good leaders looked after their citizens well, much like how good employers take care of their employees.
Branson was speaking at the “Dawn of the New Decade - Alternative Investments in Asia” forum in the capital hosted by the Malaysian Investment Development Authority (MIDA). He went on after MIDA Director-general Datuk Jalilah Baba gave her address.-tmi

NAZRI CABAR BERAHIM ALI LAGI

Kita tengok...berani tak....berani berahim ali menyahut cabaran nazri...dan kalau dia benar-benar gagah dan perkasa....amatlah malunya jika dia tak menyahut kokokan nazri....ayam betino tu namoeh.....


Sila dedah rahsia saya, Nazri cabar Ibrahim Ali


KUALA LUMPUR, 27 Sept — Datuk Seri Nazri Aziz, yang secara konsisten mengkritik Perkasa dan kepimpinannya, mencabar Datuk Ibrahim Ali, yang memberi amaran kepada tiga pemimpin kanan Umno termasuknya dirinya, supaya mendedahkan apa saja rahsia yang beliau dakwa ada sekarang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menegaskan, ugutan Ibrahim kelmarin sama sekali tidak membimbangkannya, sebaliknya tindakan wakil rakyat Bebas itu memperkuatkan beliau dalam menentang sikap “rasisme” yang dibawa oleh Perkasa.
“Saya mahu Ibrahim Ali mendedahkan apa saja rahsia yang beliau ada tentang diri saya. Saya mencabar beliau.
“Lebih baik beliau mendedahkan secepat mungkin kerana saya akan terus menyerang Perkasa dan saya akan terus melawan beliau,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider.
Di Pasir Mas kelmarin, Ibrahim memberi amaran kepada tiga pemimpin Umno supaya tidak lagi mempersoalkan perjuangan pertubuhan Melayu itu yang ditubuhkan dua tahun lalu untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.
Ketiga-tiga pemimpin tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Nazri dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Ketiga-tiga pemimpin tersebut pernah mendakwa Perkasa boleh menjadi punca kepada BN kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.
“Saya kenal siapa mereka, mereka sepatutnya tidak salahkan Perkasa,” kata beliau sambil mendakwa, “Saya tahu DNA mereka.”
“Kalau saya dedahkan nanti, jadi berperang pula,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
“Jadi lebih baik cukup sampai di sini sahaja,” katanya.
Nazri kelihatan lantang dalam menzahirkan pendiriannya sejak kebelakangan ini berhubung tindak tanduk Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan dua tahun lalu, menghakis sokongan Barisan Nasional (BN) khususnya di kalangan bukan Melayu.
Bagaimanapun Ibrahim dalam perhimpunan Perkasa di Pasir Mas kelmarin juga mendakwa pandangan ketiga-tiga pemimpin Umno itu berbeza daripada pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden mereka.
“Adakah Ibrahim Ali tahu apa itu konsep 1 Malaysia? Jika kita bercakap dalam bahasa yang sama seperti Perdana Menteri, jadi mengapa kami menyokong konsep 1 Malaysia? Bagaimana, beliau lebih mengetahui berbanding saya? Tolong lah,” kata Nazri.
Ahli Parlimen Padang Rengas ini berkata Ibrahim, bekas ahli Umno, memerlukan penelitian realiti untuk memahami siapa dalam kerajaan dan siapa yang memimpin pertubuhan bukan kerajaan.
“Siapa dalam Kabinet? Siapa yang menganggotai Majlis Tertinggi, dan siapa dalam Umno? Sudah tentu bukan Ibrahim Ali,” kata beliau.
“Dedahkan apa sahaja yang anda ada, silakan. Dedahkan, saya cabar anda,” tambah ketua bahagian Umno ini.
Nazri bersama dengan Khairy dan Tengku Adnan secara konsisten melahirkan pendirian Umno mesti menjauhkan diri daripada Perkasa pimpinan Ibrahim.
Khairy berpegang pada pendirian bahawa BN akan kehilangan sokongan bukan Melayu sekiranya ia dengan segera tidak menjauhkan diri daripada Perkasa.
Bagaimanapun Perkasa menerima sokongan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan penaung mereka.-tmi

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran