
Nazri: Awang Selamat, siapa ketuamu?
Selepas mengkritik Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz hari ini mempertikaikan pula seorang kolumnis kontroversinya Awang Selamat sama ada beliau mempunyai ketua selain Datuk Seri Najib Tun Razak.
Nazri menegaskan sebagai menteri kerajaan, beliau akan mempertahankan kerajaan daripada dikritik walaupun oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.
"Sudah tentu, sesiapa sahaja tanpa mengira siapa yang mengkritik kerajaan, akan menerima serangan dalam tindakan saya mempertahankan kerajaan, sebagaimana yang telah saya lakukan ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi perdana menteri," katanya sambil menafikan beliau anti-Dr Mahathir.-mkini
No comments:
Post a Comment