Thursday, September 23, 2010

NO PLAT G1M 1 BERHARGA 1JUTA...ADA BRANI...

Mak oii....sapalah yang berani beli tu????....mesti hati kering punya....duit macam air...buang sana buang sini...ampu sana ampu sini....citttt........

G1M 1-1000 PLATE NUMBER OPEN FOR BOOKING gagasan satu malaysia

G1M 1-1000 PLATE NUMBER OPEN FOR BOOKING gagasan satu malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Berminat untuk memiliki plat nombor pendaftaran eksklusif kenderaan Gagasan 1 Malaysia atau G1M 1?
Kelab  Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) menawarkan “G1M 1” dengan harga minimum bidaan RM1 juta.
“Bidaan masih dibuka,” kata Presiden kelab itu Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin ketika dihubungi hari ini.
Tawaran bidaan bagi G1M 1 sepatutnya ditutup Jumaat ini, tetapi akan terus dibuka sekiranya tiada pihak yang membeli nombor itu menjelang lusa.
“Kami akan membuka bidaan itu lagi sekali selepas 25 September,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
KE7B berharap nombor G1M 1 itu akan dibeli oleh sektor korporat, di mana secara langsung akan menjadi penaja utama bagi program ekspedisi itu.
“Jadi bidaan untuk nombor pertama ini masih dibuka... kami berharap syarikat-syarikat besar akan menerima tawaran G1M 1 ini, jika ada pihak yang menawarkan harga paling tinggi, mereka akan diberikan status penaja ekspedisi kami ini,” kata beliau.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Solah Mat Hassan berkata, jualan nombor pendaftaran itu dilakukan oleh KE7B mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Setakat ini sudah ada kenderaan menggunakan nombor ini, ia dijual oleh orang lain (KE7B) dan kami cuma menguruskan soal pendaftaran sebagaimana dilakukan bagi kenderaan-kenderaan yang lain yang menggunakan nombor khas,” kataya ketika dihubungi.
Muqharabbin berkata, KE7B mengalu-alukan syarikat korporat atau orang ramai untuk membida nombor plat kenderaan G1M 1 yang dibuka dengan harga permulaan bernilai RM1 juta.
Kata beliau meskipun nombor “G1M 1” belum dibida, sambutan bagi nombor-nombor lain “cukup menggalakkan” membabitkan pelbagai kaum, juga dari Sabah dan Sarawak.
“Jualan setakat ini, sejak kami ambil alih, amat menggalakkan membabitkan semua kaum, Melayu, India dan Cina... kami masih ada 1,200 nombor lagi,” kata beliau menyasarkan hasil jualan sekitar RM3 juta.
Kelab itu menawarkan nombor kenderaan khas ini bermula G1M 1 hingga G1M 2000.
Setakat semalam menurut Muqharabbin, sejumlah 800 nombor yang menghasilkan lebih RM1 juta telah ditempah dan dijual.
Katanya, penjualan itu mendapat sambutan dengan hampir 800 panggilan diterima sejak kelmarin selepas pihaknya mengambil alih urusan jualan nombor-nombor itu daripada syarikat yang dipertanggungjawabkan sebelum ini.
“Dalam tiga hari lalu kami telah menerima hampir 800 panggilan selepas urusan jualan diambil alih oleh kami sendiri akhir bulan lalu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Jualan dibuka Jun lalu selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang membawa idea konsep 1 Malaysia, 24 Mac lalu.
Mereka yang berminat boleh menghubungi 012-6475472 (Hassan), 012-2585159 (Khairil Hafidz) atau melayari laman platg1m.blogspot.com. Nombor G1M 2 hingga G1M 10 dibuka pada harga antara RM75,000 hingga RM250,000 dan nombor G1M yang lain boleh dimiliki antara harga RM1,500 hingga RM25,000.
Kata beliau, sebahagian hasil jualan akan diguna mengisi dana Yayasan Kebajikan Atlet Negara, Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia dan Yayasan Basmi Kemiskinan.
Kata beliau, bakinya akan digunakn untuk membiayai ekspedisi anjuran kelab itu.
Antara ekspedisi bakal diadakan adalah berenang merentasi Selat Inggeris membabitkan 14 perenang pelbagai bangsa secara berganti-ganti dengan proses pemilihan dibuat hujung tahun ini, selain misi mendaki 14 gunung melebihi ketinggian 8,000 kaki yang bakal disertai lima pendaki.
“Mereka yang membeli nombor khas pendaftaran ini boleh mendaftarkannya sebelum akhir tahun depan dan boleh digunakan selama-lamanya,” kata Muqharabbin yang menghasilkan kelab itu pada 2007.-tmi

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran