Wednesday, January 6, 2010

Hanya Sarjan Dan LKpl Didakwa
6 jan 10

Den malas nak fikirlah you all fikirlah sendri.........kat belakang rumah den banyak kambing hitam sapa nak boleh datang....

Seorang sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang pengarah syarikat tidak mengaku bersalah terhadap kehilangan dua enjin pesawat tempur angkatan tentera itu.

N Tharmendran, 42, mengaku demikian di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya terhadap pertuduhan bersubahat dengan laskar udara Mohamad Shukri Yusop atas pertuduhan mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 milik TUDM.

Pengarah syarikat K Rajandran Prasad, 38, pula mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja menolong menghapuskan barang curi milik TUDM.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail malam tadi berkata siasatan menunjukkan bahawa kedua-dua enjin F5 itu dibawa keluar dari Gudang Material Udara 1 (Matra 1) Kuala Lumpur hasil persuhabatan sarjan, dan keterangan juga menunjukkan seorang pengarah syarikat menolong melupuskan kedua-dua enjin pesawat itu yang diketahuinya merupakan harta curi.

Katanya, berdasarkan keterangan-keterangan saksi dan dokumen-dokumen yang sedia ada beliau mengarahkan pertuduhan dibuat terhadap kedua-dua tertuduh.

Abdul Gani berkata jika sabit kesalahan, anggota tentera itu boleh dihukum bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, manakala bagi kesalahan menolong melupuskan harta curi pengarah syarikat itu boleh dihukum di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan.

Kehilangan dua enjin itu dilaporkan berlaku pada 2007 ketika dibawa keluar dari Pangkalan Skuadron 12 Scorpion di Butterworth, Pulau Pinang untuk penyelenggaraan rutin di Pangkalan Udara Kuala Lumpur.

Bagaimanapun kehilangan enjin jet itu hanya disedari oleh tentera pada 22 Mei 2008, diikuti siasatan segera sebelum laporan polis dibuat pada 4 Ogos tahun yang sama.

Enjin jet pejuang itu dipercayai dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Selatan.-mkini

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran