Thursday, October 7, 2010

ZAID BERI LALUAN PADA NURULIZZAH?????

Lain macam jer bunyinya nie....ada apa-apa ke nie tok zaid....apa gerangan agendanya itu....den raso belum masonyo laie nurul kesitu...kena banyak belajar laie...tak gitu bro....

Datuk Zaid Ibrahim menawar untuk mengundurkan dirinya daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR jika Nurul Izzah Anwar turut menyertainya.

“Saya difahamkan bahawa beliau berminat untuk bertanding timbalan presiden. Jika beliau benar-benar serius, saya sedia tarik diri dan bantunya dalam pertandingan ini.

“Tetapi jika beliau berpendapat saya sepatutnya bertanding mana-mana jawatan lain, saya juga bersedia menandinginya,” katanya pada persidangan media di rumahnya di Petaling Jaya, hari ini.

Zaid berkata beliau bersedia 'melakukan apa yang terdaya' bagi membantu usaha Nurul Izzah menyertai pucuk pimpinan parti.

Ditanya wartawan sama ada kemungkinan beliau akan menerima pencalonan bagi bertanding jawatan presiden parti, Zaid memilih tidak menjawab. Jika ini berlaku, Zaid akan mencabar penyandang jawatan itu, iaitu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, yang juga adalah ibu kepada Nurul Izzah.

“Tetapi saya harap presiden akan memberikan restu kepada anaknya itu,” kata Zaid.
Menurut Zaid, Nurul Izzah layak bertanding jawatan timbalan presiden dengan tiga pencalonan manakala dirinya mempunyai 'empat atau lima' pencalonan untuk jawatan presiden.

Sementara itu Zaid berkata tuduhan bahawa beliau adalah 'kuda trojan' yang digunakan bagi menghancurkan PKR sebagai mengarut.

"Tunjukkan bukti! Ini seperti mendakwa saya di sebalik belakang dakwaan Rahimi. Ini tak benar,” katanya merujuk kepada sidang media kontroversial semalam yang dibuat oleh bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rahimi membuat laporan polis semalam mendakwa dia dipaksa membuat pengakuan bersumpah yang memalit dan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan perbicaraan liwat yang membabitkan Anwar yang sedang berlangsung.-mkini

PERKASA JADI RAKSASA KERANA MEDIA - TG ADNAN

Perkasa jadi raksasa...wahh....kalau macam ni kena panggil...ultraman taro nie....danger nie....

Media yang memberi liputan terlalu luas kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sehingga NGO tersebut kini menjadi begitu popular dan ditakuti masyarakat, kata setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
azlanBeliau menyifatkan PERKASA sebagai satu makhluk raksasa yang mengerikan (monster), dan menyalahkan media kerana menyebabkan pertubuhan berkenaan dipandang sedemikian.

Bercakap dalam satu wawancara dengan
Malaysiakini, beliau cuba mententeramkan keadaan dengan mengatakan, PERKASA juga sama seperti pertubuhan lain yang memperjuangkan hak kaum masing-masing di negara ini seperti Dong Jiao Zong.

“PERKASA cuma satu NGO, ada banyak lagi NGO lain. Kita akan bersama dengan mana-mana NGO yang boleh membantu kita," katanya ketika ditanya mengenai hubungan di antara Umno dengan pertubuhan tersebut.

Beliau ditanya demikian, susulan daripada kenyataannya yang bercanggah sebelum ini mengenai hubungan antara Umno dan BN dengan PERKASA.
NONEKetika bercakap kepada sebuah portal berita, Tengku Adnan dilaporkan telah menyatakan pendirian bahawa BN perlu menjauhkan diri daripada PERKASA kerana tindakan pertubuhan itu telah menghakis sokongan bukan Melayu kepada parti berkenaan.

Beliau juga memberitahu sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa PERKASA telah menjadi satu bebanan kepada BN kerana pertubuhan yang diketuai ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali itu sering berbalah dengan pemimpin parti itu.

Media dipersalahkan
Bagaimanapun, beliau mengambil pendirian berbeza, susulan daripada kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 17 September lalu bahawa parti itu tidak berdepan sebarang masalah dengan PERKASA walaupun terdapat usaha di kalangan pemimpin Umno untuk menjauhkan diri daripada pertubuhan itu.

Tengku Adnan berkata, pihak media yang sepatutnya dipersalahkan kerana memperbesar-besarkan isu mengenai PERKASA.
perkasa first agm 270310 keris“Kenapa anda bercakap tentang PERKASA? Siapa yang cipta PERKASA? Anda semualah, (pihak) media. Bagi saya, kalau ikutkan saya, saya akan 'black out' berita mengenainya," katanya lagi.

"Ada banyak lagi NGO lain, kenapa tidak bercakap tentang mereka?," soalnya yang nyata tidak senang apabila diajukan soalan berkenaan.

PERKASA dilihat telah menyaingi fungsi Umno dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu dan mendakwa telah menarik pengaruh yang besar di kalangan anggota masyarakat tersebut -- dengan keahlian yang didakwa mencecah 200,000 orang di seluruh negara.

Sebanyak 60 peratus daripada ahlinya juga merupakan ahli Umno, seperti yang didakwa oleh presidennya sendiri sebelum ini.
penang bukit bendera umno division agm 080810 03Apabila ditanya sejauh mana benarnya dakwaan itu, Tengku Adnan sekadar berkata bahawa Umno tidak menyekat mana-mana ahlinya untuk menyertai pertubuhan lain.

“Umno ada ahli di dalam pelbagai NGO seperti Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia), GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) dan PERKASA. Saya juga di dalam Abim sebelum ini, sebab bagi kita, kita mahu berkhidmat kepada masyarakat.-mkini

Wednesday, October 6, 2010

PRK GALAS - PENAMAAN 26 OKT UNDI 4 NOV

Selamat berkempen dan mengundi.....selamat menggalas tugas digalas....besoknya deepavali....kakakakaka...SPR memang pandai carik tarikh....ramai pengundi india ker kat galas nie...SPR lu nang bo ti nang kue bo ti kue la....


DUN Galas: Penamaan calon 26 Okt, hari undi 4 Nov



PUTRAJAYA, 6 Okt — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas akan diadakan pada 4 November ini.
Penamaan calon pula dijadualkan pada 26 Oktober.
Tarikh-tarikh pilihan raya kecil ke-12 ini diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar di sini sebentar tadi.-tmi

KESIAN WARGA EMAS BUAT THUMBS DOWN

Inilah umno sanggup buat apa saje....termasuk menjaja warga emas yang tidak memahami perkara sebenar....disuruh buat thumbs down nasib baik yang tak lagi satu tu....kesian kat depa nie...walaupun mungkin mereka-mereka nie penyokong tegar umno tapi bab halal haram ni.....mereka dianiaya oleh umno.....mungkin sebahagian warga emas ini tidak memandang sangat not 100....anak-anak semua senang lenang dah cukup duit dari anak-anak mereka....tapi bagaimana pulak pada warga emas yang betul-betul susah not 100 macam sejuta...tak ke kesian jika disuruh pulang semula...sebab umno kata duit tu haram....memang dungu betul simamak sekor ni....lepas nie bolehlah warga-warga emas tu mintak kat mamak nie not 100 yang 'halal' dari mamak tu....dia gerenti bagi punya sebab dia banyak duit-duit 'halal'...


“Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi, sesuatu yang haram itu tidak boleh dimiliki sebaliknya ia menjadi milik kepada maslahah a'mmah seperti dibelanjakan kepada perkara-perkara kebajikan antaranya membantu golongan fakir dan miskin, anak-anak yatim, musafir, jihad di jalan Allah SWT, perkembangan dakwah Islam, pembinaan masjid dan pusat-pusat Islam, penyediaan para pendakwah, penerbitan kitab-kitab agama dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang bersifat kebajikan.


Berikut adalah apa kata DS Najib apabila menjawab soalan ahli parlimen dari Rasah iaitu YB Loke.
“untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, hasil daripada aktiviti perjudian adalah dikategorikan sebagai hasil cukai kepada kerajaan... bagi semua hasil daripada bayaran cukai ia akan dimasukkan ke dalam akaun Hasil Disatukan sama seperti semua hasil kerajaan yang lain dan digunakan untuk tujuan belanja mengurus dan pembangunan negara.”
Dengan kata-kata Najib ini, maka sudah terang lagi bersuluh hasil cukai negara telah bercampur aduk dari yang halal kepada yang haram. Jadi apakah perbezaannya antara dua kerajaan ?
quot dari Edyes

Tuesday, October 5, 2010

MUSTAFFA HENTAM BALIK PERKASAM

Hajat hati kononnya nak membodeklah konon siorang perkasa nie...tak taulah nak mengampu ke atau nak mengglamorkan diri siketua wirawan perkasa nie....tup...tup...kena hentam balik dengan mustaffa....hahahaha...padan ngan muko hang GST...cakap orang budak kopi...habis ko tu budak kopi sapa pulak....budak kopi berahim katak la apa lagi...hahahahahah

Naib Presiden PKR Musttaffa Kamil Ayub mempersoalkan 'sokongan' Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhadapnya yang dicurigai sebagai percubaan melaga-lagakan pemimpin parti itu.

"Sekiranya beliau mahu melihat saya bersengketa dengan saudara Azmin (Ali) dan saudara Zaid (Ibrahim), saya nak tegaskan bahawa seluruh pemimpin PKR matang dalam menangani politik busuk PERKASA-Umno ini," katanya.

Menurut Mustafa (
kiri), PKR sebagai parti berbilang kaum tidak akan berkompromi dengan sikap 'perkauman' NGO Melayu itu.

"Sesungguhnya PKR adalah parti untuk semua bangsa. Ayuh kita tolak anasir ekstrim PERKASA dan Umno ini," kata Mustaffa yang bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Semalam, Ketua Wira PERKASA, Arman Azha Abu Hanifah meminta semua ahlinya yang menganggotai PKR menolak Azmin sebagai timbalan presiden PKR, sebaliknya mengalihkan sokongan mereka kepada Mustaffa.
Ini kerana, menurut Arman Azha (kanan), Azmin sebagai naib presiden parti itu sekarang didakwa tidak berpendirian dan hanya bertindak sebagai "budak kopi" kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya harap semua anggota PKR memilih Mustaffa Kamil Ayub sebagai timbalan presiden. Beliau daripada ABIM (Angkatan Beliau Islam Malaysia), (beliau) ada agenda Islam," kata Arman Azha.

Beliau juga mendakwa, sebanyak 35 peratus NGO Melayu dengan keanggotaan 300,000 orang itu turut merupakan anggota PKR.

Dalam persaingan merebut jawatan nombor dua parti itu, Mustafa merupakan salah seorang yang menawarkan diri bertanding, di samping Azmin dan Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim.-mkini

ZAID TAK BOIKOT MEDIA

Biarkan....biarkan.....biarkan.....masing-masing ada hak dan strategi.....jangan strategi makan diri sudahlah...zaid utusan....azmin berita harian.....pandai-pandai koranglah....


KUALA LUMPUR, 5 Okt — Datuk Zaid Ibrahim yang dicalonkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mahu mengambil sikap “memboikot” mana-mana media yang dilihat menyerang dan memusuhi kepimpinan parti itu dan Pakatan Rakyat pada amnya.
Zaid berkata, beliau mempunyai pendirian yang berbeza dalam isu itu walaupun Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta calon-calon yang bertanding pada pemilihan PKR mengelak daripada menggunakan media musuh untuk diwawancara.
Zaid (gambar) diwawancara oleh Mingguan Malaysia minggu lalu. Ia antara akhbar yang dilarang membuat aktiviti PKR sejak saban tahun.
Anwar yang juga Penasihat PKR memberi amaran kepada calon-calon bertanding agar tidak sama sekali menggunakan media milik Umno, yang dilihat sebagai “musuh” PR.
“Calon-calon (yang bertanding) seharusnya berwaspada agar tidak dieksploitasi oleh media Umno untuk menyerang polisi-polisi dan pemimpin-pemimpin kita.
“Jangan benarkan parti (PKR) digunakan oleh media Umno dan propaganda (mereka),” kata Anwar pada satu majlis di London Sabtu lalu.
Anwar mengingatkan ratusan rakyat Malaysia di sini bahawa PKR berjuang untuk melakukan reformasi dan tidak memerlukan “media Umno atau duit.”
Ini kali kedua Anwar mengecam Zaid secara tidak langsung berhubung pendirian beliau tentang perjalanan pemilihan parti.
“Semalam, saya diberitahu saya tidak boleh bercakap kepada akhbar tertentu. Saya pun tidak tahu kepunyaan siapa Karangkraf. Saya pun tidak tanya kepada wartawan dia kepunyaan siapa?
“Tidak kiralah siapa punya pun Karangkraf atau Utusan, tiada akhbar lain yang hentam saya lebih banyak daripada Utusan, tetapi saya, apabila dijemput oleh Utusan, saya tidak kata boikot,” kata Zaid.
Zaid, anggota Majlis Pimpinan Pusat ditemu bual oleh Mingguan Malaysia Ahad lalu dengan tajuk “Jangan halang saya bertanding”.
Pelbagai pihak dalam PKR membidas tindakan itu dengan ada yang menyindir beliau yang dipecat Umno hujung tahun 2008 dan menyertai PKR pertengahan 2009 sebagai “ejen Umno”.
Mereka mengkritik kerana Zaid sanggup ditemu bual oleh media Umno itu walaupun menjadi serangan bertubi-tubi ketika bertanding kerusi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu.
“Saya sebenarnya tidak tahu secara sahih, ia hanya percakapan orang. Setakat ini tidak ada orang menyokong saya secara terbuka.
“Saya juga tidak tahu sama ada Azmin disokong oleh Anwar secara terbuka.
“Pada saya perkara ini tidak begitu penting sangat kerana dalam politik sokongan yang nampak jelas pun tipu juga, yang tidak cakap apa-apa pun sokong kita. Saya tidak terlalu bimbang dari segi wayang atau permainan ini kerana yang lebih penting ahli- ahli faham apa isu di dalam pemilihan ini,” kata Zaid dalam wawancara itu.
Dalam temu bual dengan Sinar Harian keluaran hari ini, Zaid yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan berkata, dalam politik “kita tidak tahu hari ini dia hentam kita, mana tahu esok lusa dia puji semula.”
“Saya tidak bertanya Star dan NST milik siapa, walaupun saya tahu ia milik siapa kerana kita perlu hormat tugas wartawan,” kata bekas menteri pusat ini.
Zaid berkata, pendiriannya ialah tidak kira siapa pun milik sesebuah akhbar, beliau tidak kisah dan akan menerima soalan yang diajukan untuk dijawab.
Menjawab soalan mengapa perlu ada arahan sedemikian daripada pucuk kepimpinan, Zaid berkata, “saya fikir mungkin kerana beliau (Anwar) telah kena banyak oleh Utusan.”
“Jadi, beliau anggap akhbar Umno ini musuh sebenar sehingga tidak mampu mengatakan sesuatu yang benar.
“Saya pun tidak tahu. Itu anda perlu tanya beliau sendiri,” kata Zaid lagi.
Zaid mengakui beliau juga kena “henjut juga” tetapi tidak sampai marah atau tidak percaya kepada sesiapa kerana bersikap terbuka dalam hal ini.
“Kalau Sinar Harian mahu hentam saya esok, tetapi puji saya minggu hadapan, saya tidak kisah kerana dalam bidang akhbar ini tanggungjawab anda bukan kepada saya, tetapi kepada kesemua pembaca Sinar Harian.
“Mereka perlu tahu perkara yang sebenar,” kata Zaid yang menduduki tempat kedua dalam pencalonan bagi kerusi timbalan presiden di belakang Naib Presiden Azmin Ali.

Monday, October 4, 2010

RPK MERAJUK KER...

Diberitakan bahwa siRPK ini akan menarik diri dari menyokong PR di galas nanti....atas alasan banyak janji-janji PR yang belum tertunai selepas pru12 lalu....wa jawab sabarlah bro....baru dua tahun apa yang boleh diharapkan sangat....tapi kalau lu nak tarik diri wa rasa tak ada masalah kot....apa orang kata tu..no problemo..

Raja Petra Kamarudin, yang kononnya dianggap sebagai seorang penulis blog politik bebas, tetapi sebenarnya berpihak kepada pembangkang dikatakan kini tidak lagi sehaluan dengan
Pakatan Rakyat.

Menurut portal berita 
The Malaysian Insider, Raja Petra, juga dikenali sebagai RPK, menyatakan rasa kurang senang dengan apa yang beliau dakwa kegagalan Pakatan memenuhi manifesto pilihan raya sekalipun sudah menguasai beberapa buah negeri selama lebih dua setengah tahun. 
raja petra kamaruddin and malaysia today 250707Pernyataan rasa kecewa RPK dilahirkan pada majlis dialog dengan rakyat Malaysia di London pada Ahad yang turut dihadiri oleh pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

RPK juga mengancam menarik diri daripada menyokong PR dalam pilihan raya kecil Galas akan datang oleh kerana PR telah gagal memenuhi janji yang dipersetujui sebelum pilihan umum Mac 2008. 

Sebagai respons kepada pernyataan RPK, Anwar meminta agar ada persefahaman dan mendakwa banyak pembaharuan tidak dapat dilaksanakan tanpa kawalan kerajaan persekutuan. 
- Bernama

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran