Datuk Zaid Ibrahim menawar untuk mengundurkan dirinya daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR jika Nurul Izzah Anwar turut menyertainya.
“Tetapi jika beliau berpendapat saya sepatutnya bertanding mana-mana jawatan lain, saya juga bersedia menandinginya,” katanya pada persidangan media di rumahnya di Petaling Jaya, hari ini.
Zaid berkata beliau bersedia 'melakukan apa yang terdaya' bagi membantu usaha Nurul Izzah menyertai pucuk pimpinan parti.
Ditanya wartawan sama ada kemungkinan beliau akan menerima pencalonan bagi bertanding jawatan presiden parti, Zaid memilih tidak menjawab. Jika ini berlaku, Zaid akan mencabar penyandang jawatan itu, iaitu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, yang juga adalah ibu kepada Nurul Izzah.
“Tetapi saya harap presiden akan memberikan restu kepada anaknya itu,” kata Zaid.
Sementara itu Zaid berkata tuduhan bahawa beliau adalah 'kuda trojan' yang digunakan bagi menghancurkan PKR sebagai mengarut.
"Tunjukkan bukti! Ini seperti mendakwa saya di sebalik belakang dakwaan Rahimi. Ini tak benar,” katanya merujuk kepada sidang media kontroversial semalam yang dibuat oleh bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Rahimi membuat laporan polis semalam mendakwa dia dipaksa membuat pengakuan bersumpah yang memalit dan mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan perbicaraan liwat yang membabitkan Anwar yang sedang berlangsung.-mkini
No comments:
Post a Comment