Friday, October 23, 2009

EGM Pas Untuk Pecat Hadi
okt 23 09

Benarke gambaran yang diberikan oleh malaysiakini nih...walaupun ada yang menyokong dan tidak perubahan pimpinan Pas adalah amat tidak wajar dilakukan ketika dan waktunya puak-puak Umno sedang memperkuatkan bala tenteranya...perubahan ini akan hanya memberi kelebihan kepada tentera Umno untuk menumpaskan pakatan rakyat dalam sekelip mata...EGM mungkin boleh diadakan tapi haruslah untuk menjurus kepada kekuatan parti dengan mengemukakan beberapa dasar baru yang lebih diyakini oleh rakyat terutama pengundi bukan islam...sebarang perubahan pucuk pimpinan yang dipaksa turun akan mengundang lebih banyak masalah seperti api dapat dipadam tapi baranya tetap berbahang macam MCA...UMno seolah-olah nampak berjaya dengan pendekatan barunya itu....jadi Pas dan Pakatan Rakyat jangan jadi macam Pak kaduk menang sorak kampung tergadai....macam chua soi lek ditipu hidup-hidup.

Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa kepimpinan parti itu, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan mereka.

"Bila mesyuarat agung tidak mahu tukar presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

"Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis menteri besar Kelantan dalam blognya malam tadi.-Mkini

Siapa Timb Menteri Dicekup Berkhalwat Dgn Puteri Umno
okt 23 09

Dun wori bro MSO nanti tokeyai guna kabel kat puteri umno kalau betullah...

Isteri Tangkap Suami Berdua-duaan Dengan Puteri Umno

HARI ini hari kedua sidang parlimen. Seorang teman datang menjemput di rumah tepat jam 1:00 petang untuk ke parlimen. Terima kasihlah. Saya tahu kenapa dia rajin nak jemput kerna nak tahu cerita sansasi yang dipostkan dalam blog saya kelmarin.

Memang cerita itu sansasi. Apa tidaknya saya menerima lebih 130 call dari malam membawa ke siang dan berjujut pertanyaan masuk dalam email dan FB. Orang penting dari Kelantan juga turut sama menelefon saya bertanya khabar? Memang hangat!

Dicelah itu timbulkan kononnya saya buat cerita. Kisah Exco tumbuk tetamu raya itu sebagai rekaan dan fitnah, konon untuk memburukkan Exco berkenaan. Adalah dua tiga penggongong politik menafikannya secara sambrono. Seorang rakan penulis yang berada di parlimen semalam memberi tahu dia berdepan dengan seorang jurucatat sebuah parti oposisi. Jurucatat ini menjelaskan kepadanya bahawa apa yang saya catatkan dalam blog adalah tidak benar. Bagaimana pun dia yang berada di majlis rumah terbuka mengakui tidak menyedari kalau ia berlaku.

"Tak apalah kalau tidak benar. Cuma kalau boleh tolong tanya orang berkenaan (tetamu) yang jadi mangsa itu. Telefon sendiri...dan tanya apa yang telah berlaku. Apakah gurauan tumbuk perut atau tumbuk muka!" saran saya kepada kawan itu yang begang dengan jurucatat parti berkenaan.

Bebalik kepada kawan yang menjemput tadi, saya ingat dia rajin mengambil saya kerana ingin mengetahui kisah itu selanjutnya. Tetapi meleset. Dia tidak mahu tahu cerita yang tidak bermoral dan menggambarkan kecetakan akhlak si pelaku itu. Sebaliknya ada cerita lain yang beliau ingin kongsikan dengan saya.

"MSO tahu timbalan menteri yang baru dilantik, yang isterinya seorang laywer?" begitulah kawan itu memulakan cerita yang kabur dan tidak diketahui apa maksudnya.

"Kenapa?" saya merasa pelik.

"Masa perhimpunan agung Umno baru ini, seorang isteri timbalan menteri telah tangkap suaminya yang sedang berdua-duanya dengan seorang puteri Umno. Kejadian ini katanya berlaku di hotel Panfasific..?" ceritanya.

Saya menjebeh mulut. Kepala melayan ke muka-muka menteri kabinet, kemudian ke muka muka timbalan menteri kabinet.

"Sapa hah?" aju saya pula kepadanya. Cerita ini menarik dan lebih menarik daripada usaha Umno untuk membaiki pulih parti berkenaan. Cerita ini kalau terdedah boleh menenggelamkan ajakan Najib Razak untuk membangkitkan semula Umno.

"Itulah kita pun duk cari, siapa timbalan menteri berkenaan, dan siapa isterinya," katanya. Cerita ini belum tersebar luas lagi, MSO..." katanya. "Tapi sudah ada beberapa yang tahu dan berbau mengenai cerita ini," tambahnya. Saya faham dengan kata-katanya itu. Dia mahu saya nukil dalam blog dan hebahkan.

"Boleh diblogkan?" saya minta izin sebab ini skop. Biasanya maklumat seperti ini menjadi rebutan penulis dan wartawan serta para broker politik. Walaupun cerita ini tidak ada moral tetapi ada manfaatnya kalau ia didedahkan. Sekruang-kurang umum akan tahu dalam riuh rendang persidangan untuk membangun bangsa dan agama itu, ada perwakilan yang melakukan kemungkaran.

"Boleh..." kawan itu memberi izinkan bila mana saya kata saya tulis dalam blog.

Mulanya saya tidak bercadang untuk memblogkan kisah ini. Tetapi apabila sampai di parlimen beberapa orang lain turut bertanyakan hal ini menjadikan berminat pula untuk memblogkannya. Manalah tahu selepas ini kalau ada sesiapa yang mengetahuinya lebih detail akan memberi informasi.

Seperti mana kisah Exco tumbuk tetamu itu, saya sudah menerima dua kepingan gambar yang berkaitan dikirimkan kepada saya.

Gambar itu jelas dan terang sekali. Bagaimana tetamu itu bersalam penuh mesra dengan Exco berkenaan yang berbaju Melayu, tidak berkupiah dan bersongkok dengan wajah berkedut. Mungkin selepas persalaman itulah maka pwok.... penumbuk dilepaskan ke muka tetamu berkenaan.

Marilah kita tunggu kisah isteri timbalan menteri tangkap suaminya ini pula. Saya yakin selepas ini maklumat penuh akan diperolehi. Adapun tujuan ia dicatat di sini untuk memberi peringatkan kepada semua kita jangan sesekali terjebak dengan kejahatan. Walaupun kemungkaran itu dilakukan dalam bilik, dalam gelap tetapi ia akan dapat dihidu juga.
-MSO
Sivakumar Dibenarkan Cabar SPR
okt 23 09

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dan enam yang lain diberi kebenaran mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak mengosongkan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bagi mengadakan pilihan raya kecil.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Lau Bee Lan memutuskan demikian di kamar beliau hari ini selepas menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara.

Bantahan tersebut ialah bahawa permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman itu merupakan suatu perkara yang sudah menjadi akademik berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu.

Pada tarikh tersebut, Mahkamah Persekutuan memutuskan SPR merupakan entiti yang layak untuk memutuskan kekosongan sesebuah kerusi DUN dan bukannya Speaker DUN.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tersebut setelah ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) merujuk kes itu ke mahkamah tertinggi negara memandangkan ia melibatkan isu Perlembagaan.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Bee Lan menyatakan, Sivakumar dan enam yang lain mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk mencabar keputusan tersebut.

Ekoran keputusan tersebut, peguam Ranjit Singh memberitahu pemberita, pihaknya akan memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan itu.

Pada 10 Mac lalu, Sivakumar bersama ADUN Sungkai, A. Sivanesan; ADUN Kuala Sepetang, Tai Sing Ng; ADUN Keranji, Chen Fok Chye dan tiga lagi individu memfailkan permohonan tersebut secara berasingan.

Mereka memohon mendapatkan perintah agar kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang diisytiharkan kosong untuk diadakan pilihan raya kecil.

Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Fong serta SPR dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat dalam permohonan itu.

Mereka turut memohon writ bersifat quo warranto (permohonan yang mencabar kesahihan pelantikan perjawatan) kepada ketiga-tiga ADUN itu untuk menjelaskan kuasa yang ada pada mereka dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas sebagai ADUN kawasan masing-masing.

Mereka juga memohon perintah deklarasi bahawa DUN-DUN tersebut telah kosong berikutan perletakan jawatan tiga ADUN serta perintah injunksi bagi menghalang responden pertama, kedua dan ketiga daripada menjalankan tugas sebagai ADUN.

Sementara bagi SPR pula, mereka memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan dan tindakan mereka yang gagal melaksanakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi DUN terbabit.

Turut dipohon ialah perintah mandamus (untuk memaksa) terhadap SPRM supaya mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga DUN tersebut.

EGM Pas Untuk Selesai Masalah Pemimpin-Nik Aziz
okt 23 09

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak di zaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.

Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.

Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

“Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.” (Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

“ Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

“ Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.” (Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan.

Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”

Pandangan Saya

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah. Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.

Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu.

Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini. Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG. Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas; ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan


Thursday, October 22, 2009

Pelan Najib Untuk Krisis MCA
okt 22 09

Nampaknya ahli-ahli parti yang memilih pemimpin sekarang ini dah tak ada maknanya...semuanya boleh dilanggar oleh orang yang memegang kuasa yang kuasanya itu diberi oleh ahli parti dan rakyat...banyak betullah benda-benda pelik semenjak dua menjak nih...apa dunia nak kiamat ke gamaknya...macam hakim tu jugak...tokeyai pun ada aura dalaman yang mempercayai akan ada PRU13 tak lama lagi....yelah daripada buat PRK yang banyak akan muncul tambah lagi dengan DUN Perak yang tengah kecoh nak bubar..lebih baik buat aje PRU13 jimat banyak tau...duit masa tenaga semua boleh jimat....

Dua tokoh MCA yang bertelagah, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Datuk Seri Chua Soi Lek dipercayai telah menerima pelan damai selepas kedua-duanya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Hasil pertemuan tersebut ialah Ong akan mengekalkan jawatan presiden, manakala Chua kembali menjadi menyandang jawatan timbalan presiden.

Bagaimanapun, kedua-duanya dijangka mengusahakan satu pelan penggantian kepimpinan parti itu di mana satu barisan baru kepimpinan akan dibentuk untuk mengambil alih pucuk pimpinan MCA dalam tempoh masa yang dipersetujui.

Hasil pertemuan tersebut, Ong kini sedang mempengerusikan mesyuarat tergempar jawatankuasa pusat MCA di ibunegara.

Beliau dijangka mengumumkan butir-butir pelan damai tersebut dalam sidang akhbar pada jam 2 petang ini.-mkini
Ketua Audit Negara Puji Kerajaan Selangor-MB
okt 22 09

Semoga selangor tidak lemas dengan pujian dan terus membangunkan selangor dengan ketelusan yang maksima serta memperbaiki kelemahan yang ada...Ini jelas menunjukkan kepada semua bahawa Pakatan rakyat boleh dipercayai untuk mentadbir malaysia jadi janganlah fikir hanya UMno sahaja yang boleh orang lain tak boleh..kalau kita lihat laporan audit negara banyak kepincangan berlaku sewaktu dan dinegeri yang diperintah oleh umno...jadi tunggu apa lagi...Ayuh kita bertranformasi untuk memperbangkangkan UMno..

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan sukacita beliau akan pujian yang diterima kerajaan negeri dalam Laporan Ketua Audit Negara di Parlimen semalam.

Laporan Ketua Audit Negara meletakkan tahap pengurusan kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat adalah pada tahap yang amat memuaskan.

Mengulas laporan ini, Khalid berkata Pakatan Rakyat meletakkan prinsip ketelusan, integriti dan ketanggungjawaban sebagai pemandu urustadbir kerajaan.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan negeri akan terus menambahbaik pengurusan di negeri ini.

"Kita merasakan laporan yang dibuat oleh Audit Negara telah memberikan kita keputusan yang sangat memuaskan ,walaupun empat star maknanya telah dapat menunjukkan bahawa pengurusan kewangan negeri dapat di uruskan dengan baik dan teratur walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara biasa dalam pengurusan kewangan yang boleh ditegur oleh pihak audit negara ini telah kita ada jawapan dan usaha penyelesaian,"katanya.

Tambahnya ketika ini, kerajaan negeri juga telah menyiapkan memorandum mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 13 hingga 17 November ini.

Sementara itu, Abdul Khalid Ibrahim turut menyentuh kelemahan perlaksanaan Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (Speks) seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Katanya, proses penggunaan Speks itu juga didapati masih lagi belum mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan selain peralihan sistem perakaunan secara manual kepada berkomputer ketika ini masih belum berkuatkuasa secara total.

"Sistem-sistem komputer itu menunjukkan kelemahan audit negara juga sebab dia tidak clear the system, sistem tu dia proses untuk mengggunakan sistem itu mendapat kelulusan penggunaan daripada pihak audit dan kementerian kewangan tapi proses itu masih lagi dalam perlaksanaan",katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan pengurusan Speks Selangor menghadapi risiko keselamatan sistem operasi, aplikasi serta integriti data yang akan memberi kesan kepada ketepatan Penyata Kewangan Berkomputer yang dijana sistem Speks.
PRK Parlimen Batu vs Majistret Kasim Selamat pt2
okt 22 09

Akhirnya seperti yang diduga sihamba rakyat telah dijatuhkan hukuman penjara dan denda kerana kesalahan menggigit yang tidak menggigit sipengawal...Sipenegak keadilan bagaimanapun membenarkan sihamba rakyat itu untuk merayu ke penegak keadilan yang lebih tinggi darjatnya jika seandainya gagal dalam semua rayuannya berpestalah lagi UMno dan samseng-samsengnya di kerusi batu...kisah pelik bin tak tau nak kato apo laie nih...akan bersambunglah jua adanya...

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu.

Sebelum ini, Majistret Mohd Faizi Che Abu mendapat Tian Chua bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Katanya, beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.

Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap.

Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit.-mkini



POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran