

Walausiapapun kamu walaudimanapun kamu walauapaperjuanganmu walauapakeinginanmu carilah kedamaian yang abadi disisiNya


Terdahulu, isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor telah menyebabkan satu kegemparan kecil apabila beliau tergelincir lalu terjatuh di atas pentas selepas menyampaikan ucapannya sebagai Presiden Bakti (Badan Kebajikan untuk Isteri-isteri Menteri-menteri Persekutuan dan Timbalan-timbalan Menteri dan Barisan Nasional MP).
Dia baru saja selesai menyampaikan ucapan yang tidak lebih daripada 40 minit di majlis penutup acara tahunan isteri-isteri wakil-wakil BN apabila beliau terjatuh dan menyebabkan para tetamu menjerit dan terkejut dengan peristiwa itu.
Rosmah tidak dapat menyembunyikan kemarahannya terhadap pengawal peribadinya yang gagal untuk menangkap tangannya sehingga dia tergelincir. Di hadapan pentas dewan tari-menari yang sesak di sebuah resort utama dan spa di sini, sebaik sahaja dia naik kembali dan berlalu dari pengawal peribadinya yang cuba bantunya tapi dia enggan dibantu apabila ingin menarik kerusinya.
Dia juga menunjukkan jarinya dengan marah pada pengawal peribadi wanitanya itu seolah-olah menegur dan menyalahkan pengawal itu atas kejadian itu.
Musa, yang bakal menyampaikan ucapannya selepas Rosmah, berhenti kira-kira lima minit untuk bersama-sama Najib, VVIP lain yang berada di meja untuk memeriksa Rosmah. Isteri-isteri lain wakil-wakil rakyat BN yang duduk berhampiran meja utama juga pergi untuk melihat beliau.
Lawak tak. Padan muka Rosmah. Ini kuasa Allah untuk sedarkan ngko supaya tak berlaku zalim sesama manusia. Ada juga yang bakal di-C4'kan nanti. Kesian bodyguard tu. Dimarahi depan orang ramai. Harap-harap bodyguard ni dah kuar negara, takut senasib macam Althantuyaa..-ERAPASCA
![]() |
Pegawai kanan Kementerian Kewangan dikatakan semakin gusar dengan campurtangan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, dalam urusan Perbendaharaan Negara,termasuk penyediaan Belanjawan 2010 dan pemberian kontrak dan tender kerajaan.
Sumber-sumber kerajaan berkata campurtangan itu sudah di “tahap kritikal’ dengan Rosmah mempertikaikan keputusan tertentu Timbalan Perdana Menteri Muhyyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Campurtangan Rosmah itu tidak menerima sebarang teguran daripada Najib walaupun beliau adalah juga Menteri Kewangan.
Sumber-sumber memberitahu Suara Keadilan, Rosmah menaruh minat yang amat mendalam terhadap penyediaan Bajet 2010 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri di Parlimen pada sesi Persidangan Dewan Rakyat 23 Oktober depan.
Isteri kedua Najib itu dikatakan mempunyai akses kepada semua bahan-bahan serta dokumen yang berkaitan dengan belanjawan tersebut sehinggakan menimbulkan rasa gelisah dan tidak senang hati di kalangan pegawai tinggi kementerian.
Campurtangan Rosmah dalam keputusan pada peringkat tertinggi kerajaan meletakkan pengurusan negara dalam keadaan bahaya dan kewibawaannya di kompromi.
Sumber juga memberitahu Rosmah memperlihatkan keghairahan beliau terhadap semua aspek perbelanjaan setiap kementerian terutama yang berkaitan dengan pembelian atau “procurement” serta pemberian kontrak-kontrak.
“Rosmah memberi perhatian mendalam kepada aspek penyediaan Bajet 2010 terutamanya yang berkenaan dengan pembelian dan kontrak-kontrak kementerian yang penting,” kata sumber itu.
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi Rosmah mempunyai sebuah pejabat di Pejabat Perdana Menteri dan mempunyai beberapa kakitangan bagi membantu beliau.
Malah pelancaran laman website beliau, www.pmo.gov.my/datinrosmah telah mengundang kritikan kerana didakwa menggunakan dana awam dan salahguna kuasa untuk menyenggara laman web peribadinya.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin berkata sebagai isteri Perdana Menteri beliau sepatutnya menjadi pemanis dan penyokong kepada suaminya bukan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan.
“Saya meletakkan kelemahan perjuangan pembudayaan dan agenda wanita dan remaja di negara ini di atas bahu Shahrizat (Jalil) selaku menteri yang bertanggungjawab.
“Disebabkan menteri gagal maka Rosmah pun mengambil kesempatan ini untuk menonjolkan diri sebagai juara wanita di negara ini.
“Saya tidak lihat kerjasama yang tulen antara Rosmah dan Shahrizat untuk memajukan golongan wanita malah mereka kelihatan bersaing. Kalau Shahrizat sekadar menjadi penghias kabinet lebih elok biar Rosmah bertanding,” cabar Ketua Wanita KEADILAN itu.
Zuraida mendakwa Rosmah juga masuk campur semasa kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang baru-baru ini dengan menghadiahkan tiga buah rumah teres kepada kampung Bagan Pinang untuk dijadikan pusat remaja. Gula-gula politik itu diberikan atas nama program Permata Negara di bawah naungan beliau.
Rosmah juga dikatakan telah campurtangan membuat keputusan-keputusan penting bersabit bantuan untuk pelarian Palestin dengan membelakangkan ahli jawatankuasa Penaung Tabung Kemanusiaan Palestin yang mempunyai baki dana RM11 juta.
Di kalangan kenalan dan mereka yang mengenal beliau secara rapat, Rosmah diketahui mempunyai cita-cita yang tinggi.
Malah seorang kenalan sekolah beliau semasa belajar di Kolej Tunku Kursiah mengatakan Rosmah pernah mendabik dada bahawa beliau pasti akan berkahwin dengan seorang Perdana Menteri pada satu hari kelak.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat perjalanan 355 kilometer dalam tempoh tiga hari antara 19 hingga 21 Oktober 2006. Persoalannya, ke mana beliau pergi? Mengikut rekod dan kenyataan pemandunya yang hanya dikenali sebagai Fauzi, Rosmah meninggalkan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri (TPM) di Putrajaya jam 6.48 pagi pada 19 Oktober, menaiki kereta WLQ 11 untuk ke rumahnya di Taman Duta. Meter perjalanan ketika itu menunjukkan angka 86,197 dan Rosmah pada hari sama, menghadiri satu majlis di bangunan Tabung Haji dan hanya pulang ke kediaman rasmi jam 11.20 malam. Keesokannya, Rosmah keluar rumah jam 6.32 pagi dengan menaiki kereta sama ke Taman Duta dan tidak pulang sehingga jam 1.01 pagi. Meter perjalanan menjadi 86,315. Pada hari ketiga, Rosmah mengulangi rutin sama. Keluar rumah jam 6.40 pagi untuk ke Taman Duta dan pulang ke Putrajaya jam 9.34 malam. Meter perjalanan mencecah 86,550. Mengikut buku log yang didedahkan Malaysia Today, kediaman TPM dikunjungi dua pegawai tentera pada 19 dan 20 Oktober, masing-masing pada jam 10.01 malam dan 6.05 pagi tapi sebab kehadiran tidak disebut. Bermakna, kedua-dua pegawai itu berada di kediaman TPM ketika Altantuya Shaariibuu dibunuh menggunakan bom C4 kerana laporan rasmi menyatakan wanita Mongolia itu mati antara jam 10.00 malam hingga 1.00 pagi. Pada 10.01 malam sehingga jam 6.05 pagi, kedua-dua pegawai itu mengunjungi kediaman TPM lagi selama lapan jam antara jam 10.01 malam hingga 6.05 pagi, mengikut buku log. Persoalannya, benarkah mereka benar-benar berada di premis itu? Jika ya, ia bukan masa sesuai untuk mengunjungi sesiapapun, apatah lagi seorang Timbalan Perdana Menteri. Identiti kedua-dua pegawai tentera itu tidak pernah didedah sehingga kini, menambahkan misteri yang menyelubungi pembunuhan yang mendapat perhatian seluruh dunia.-PDO
Penjual Karpet Tukang Bawa Beg Dan Banyak Lagi.....
Terjemahan oleh:MSK
Syarikat tersebut bernama Carpet Raya Sdn. Bhd (492434-H). Modal berbayar syarikat tersebut ialah RM8.7 juta. Syarikat itu mempunyai lima pengarah yang juga merupakan pemegang saham, setiap seorang mempunyai jumlah saham yang sama banyak.
Tetapi saya berminat dengan hanya seorang daripada pengarah/pemegang saham yang bernama Deepak…berumur 37 tahun, masih bujang, dan cukup tampan untuk diambil berlakun dalam filem Bollywood.
Syarikat tersebut didaftarkan sepuluh tahun lalu pada 26 Ogos 1999. Akaun terakhir yang difailkan dengan Pendaftar Syarikat pada 24 November 2006 menunjukkan syarikat tersebut mempunyai aset berjumlah hampir RM90 juta, tanggungan keseluruhan kira-kira RM67 juta, dan jumlah simpanan yang lebih daripada RM12 juta.
Pendapatan syarikat pada tahun 2005 adalah RM122 juta dan keuntungan melebihi RM7 juta. Tapi jangan lupa, keuntungan RM7 juta itu adalah jumlah rasmi ataupun keuntungan yang diisytiharkan. Tidak ada syarikat di Malaysia mengisytiharkan jumlah keuntungan yang sebenarnya.Oleh itu, berdasarkan pendapatan berjumlah RM122 juta, anda boleh mengagak jumlah keuntungan sebenar ataupun keuntungan sebenarnya mungkin beberapa kali lebih tinggi daripada itu.
Tetapi itu adalah akaun pada tahun 2005, kira-kira empat tahun lalu. Berapa pula keuntungan yang telah diperolehi oleh syarikat tersebut sejak empat tahun kebelakangan ini, yang disembunyikan dari pengetahuan umum? Jangan terkejut, kalau jumlahnya mencapai ratusan juta ringgit.
Syarikat tersebut sepatutnya menjalankan perniagaan menjual karpet. Adakah perniagaan karpet benar-benar lumayan sehinggakan seseorang itu boleh mendapat ratusan juta ringgit? RM122 juta ringgit merupakan jumlah yang begitu banyak untuk perniagaan karpet.
Tetapi itu bukanlah urusan sebenarnya yang dilakukan oleh syarikat ini. Perniagaan karpet hanyalah sebagai pengabur mata. Sudah tentu, mereka menjual karpet, tetapi wang yang diperolehi bukanlah dengan menjual karpet. Perniagaan sebenarnya ialah menjadi Tukang Bawa Beg Rosmah Mansor.
Saya bertemu dengan Penjual Karpet ini lebih setahun lalu. Dia meminta berjumpa saya melalui seorang rakan kerana dia risau bahawa saya akan mendedahkan bahawa Penjual Karpet ini merupakan Tukang Bawa beg Rosmah Mansor. Tetapi bukan itu sahaja yang dirisaukannya. Apa yang merisaukannya ialah saya juga akan mendedahkan bahawa dia bukan sahaja Penjual Karpet, tetapi merupakan juga Pemuas Nafsu Rosmah Mansor.
“Saya hanya berniaga dengan Rosmah.” kata Penjual Karpet. “Hubungan saya dengan Rosmah hanyalah mengenai perniagaan. Saya tidak tidur dengan Rosmah.” Dia merayu. “Tolong jangan beritahu kepada umum, saya merupakan Pemuas Nafsu Rosmah.”
Dia cuba meyakinkan bahawa hubungannya dengan Rosmah hanyalah berlegar dengan perniaagaan dan tidak sampai kedalam bilik tidur.
Tetapi…itu bukan apa yang dikatakan oleh Mumtaz Jaafar! Dan siapa Mumtaz Jaafar? Hey!! Kalau saya bercakap tentang Mumtaz Jaafar, maka saya terpaksa menyebut tentang hubungannya dengan Saiful, orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar Ibrahim. Dan kalau saya mula bercakap tentang hal tersebut, sudah tentu ia akan meleret kepada kes Liwat 2. Jadi, lebih baik kita kembali kepada kisah Penjual Karpet, Tukang Bawa Beg Rosmah Mansor yang juga merupakan Pemuas Nafsunya.
Seluruh negara tertumpu kepada kisah hubungan luar nikah Najib Tun Razak. Sudah tentu…setiap rakyat Malaysia mengetahuinya. Dan setiap rakyat Malaysia juga tahu tentang bagaimana Najib ditangkap berkhalwat di sebuah hotel di Port Dickson dengan Ziana Zain.
Sebenarnya, Isa Samad mempunyai gambar-gambar Najib hanya bertuala dengan pasangannya diatas katil. Dan Isa menyerahkan gambar-gambar tersebut kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad. (dan itulah sebabnya mengapa Mahathir tidak faham mengapa Najib memilih Isa untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, sedangkan Isalah orangnya yang mahu menjatuhkan Najib dengan menggunakan gambar tersebut).
Seperti yang saya katakan, setiap rakyat Malaysia mengetahui tentang hubungan luar nikah Najib. Tetapi berapa ramai yang tahu bahawa Rosmah juga mempunyai nafsu..terutamanya dengan mereka yang menyerupai aktor Bollywod? Hey..dia juga akan mengaturkan supaya mereka ini diberi gelaran Datuk, sekiranya mereka sanggup melayan beliau dengan baik….anda tahu apa maksud saya. Dan Penjual Karpet a.k.a Tukang Bawa Beg a.k.a Pemuas Nafsu ini jauh lebih segak dari Shah Rukh Khan. (Datuk Shah Rukh Khan?)…malah jauh lebih muda.
Ya. Saya telah menyimpan cerita ini lebih dari setahun yang lalu. Tetapi sekarang, saya merasakan ianya patut didedahkan. Ada banyak lagi!! Deepak a.k.a Penjual Karpet a.k.a Tukang Bawa beg a.k.a Pemuas Nafsu ini cukup nakal. Dan semua kenakalan ini dilakukan bagi pihak Rosmah.
Dalam jangka masa terdekat ini, banyak lagi akan didedahkan tentang peranan Penjual Karpet ini dan bagaimana dia ‘berkhidmat’ untuk Rosmah. Hari ini bukan masa yang sesuai. Oleh itu…tunggu episod seterusnya tentang Penjual Karpet a.k.a Tukang Bawa Beg a.k.a Pemuas Nafsu kepada dia yang bergelar Wanita Pertama Malaysia.-mtoday