Showing posts with label isu pasir. Show all posts
Showing posts with label isu pasir. Show all posts

Monday, August 2, 2010

PASIR JOHOR DISELUDUP KE S'PURA

Apa cerita ni mr ghani osman dan orang umno.....korang sibuk pasal pasir kat selangor konon dikorek secara haram.....ni kat johor ni pulak apa kes.....dahlah korek betul-betul haram nak hantar kat s'pore pulak tu....patutlah makin besar s'pore rupanya menjajah pasir johor.....tiu na seng.....

 BOT tunda dan pontun membawa   pasir sungai dipercayai cuba diseludup keluar di  Johor, semalam.
BOT tunda dan pontun membawa pasir sungai dipercayai cuba diseludup keluar di Johor, semalam.

Bot tunda, pontun didaftar di Singapura ditahan di perairan Pontian 

JOHOR BAHRU: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor bersama Jabatan Laut Wilayah Selatan menahan sebuah bot tunda bersama pontun membawa 3,000 tan pasir sungai, dipercayai cuba diseludup keluar dari negara ini, di perairan Pontian di sini, pagi Khamis lalu.
Turut ditahan, enam lelaki warga Indonesia yang terdiri daripada seorang tekong bot dan lima awak-awak.
Penolong Kanan Pengarah Kastam I Siasatan KDRM Johor, Harun Ishak, berkata pada pagi itu, Jabatan Laut menahan sebuah bot tunda bersama pontun yang kelihatan mencurigakan di perairan Pontian. 

“Hasil siasatan mendapati bot terbabit tidak mempunyai kelulusan atau dokumen sah pengangkutan laut selain tidak melaporkan sebarang perjalanan laut mengikut Akta Jabatan Laut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Beliau berkata, selepas mengenakan kompaun, bot bersama pontun kemudian diserahkan kepada KDRM negeri, pada jam 10 pagi itu sebelum pemeriksaan awal mendapati muatan pasir sungai juga tidak mendapat pelepasan pelabuhan, serta muatan tidak diikrar kepada kastam negeri. 

Menerusi siasatan awal, Harun berkata, pihaknya dapati bot serta pontun itu berdaftar di Singapura dan dipercayai mendapatkan pasir sungai dari sungai Johor. 
“Pasir sungai ini dipercayai digunakan untuk penambakan laut, dan sehingga kini siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti nilai pasir ini, menyiasat dalang perbuatan serta ke mana pasir ini cuba diseludup keluar,” katanya. 

Tuesday, May 18, 2010

SELCAT PASAL PASIR JUN NANTI

Berani kerana benar....takut kerana salahkan.....berani buat sendiri tanggung....yang salah mesti dihukum....yang benar tetap benar....

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) akan mengadakan pendengaran awam terhadap tuduhan penyelewengan dalam anak syarikat kerajaan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), yang mengendalikan perlombongan pasir di negeri itu.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Isnin lalu.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran