nov 3 09
Seorang lagi bekas ADUN juga akan didakwa oleh SPRM hari ini....SPRM kalau dah terasa nak buat kerja baguslah tu...tapi jangan sibuk tangkap yang ikan-ikan bilis aje..yang jerung-jerung dibiarkan dan buat-buat lupa pulak...
Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dan bekas pegawai menteri besar Selangor, Yahya Shaari kelihatan di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum pendakwaan dijalankan.
![]() |
Yahya, bekas pegawai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tiba kira-kira 8.45 pagi.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadual mendakwa lima orang ahli politik, pembantu mereka, dan seorang pengarah syarikat.
Kecuali Wong, empat lagi yang bakal didakwa tidak dinamakan. Kelima-lima mereka akan dituduh bawah Akta Pencegahan Rasuah dan juga Kanun Keseksaan.Kira-kira 100 orang, termasuk ahli Parlimen (MP) Umno, berhimpun di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam.
No comments:
Post a Comment