Wednesday, May 27, 2009

Anwar saman Anifah RM100 juta

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Luar Datuk Anifah Aman bagi menuntut ganti rugi RM100 juta berhubung kenyataan menteri itu pada satu sidang akhbar di Washington baru-baru ini.

Writ saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pada 2.10 petang oleh firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners.

Saman itu menamakan Anifah berdasarkan kedudukannya sebagai seorang individu dan Anggota Parlimen Kimanis sebagai defendan pertama, Menteri Luar sebagai defendan kedua, dan kerajaan Malaysia dinamakan defendan ketiga.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang menuntut ganti rugi pampasan RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan Anifah melafaz, bercakap atau menulis atau menerbitkan perkataan fitnah itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata bahawa pada 16 Mei lepas, Anifah membuat kenyataan di Jabatan Negara di Washington semasa sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton bahawa Anwar ada menawarkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri kepadanya sekiranya pembangkang menubuhkan kerajaan pada 16 Sept tahun lepas.

Anwar juga berkata Anifah memfitnahnya dengan menyatakan beliau sedang membuat cubaan untuk membeli Anggota Parlimen dan Anwar memburukkan imej negara.

Anwar juga mendakwa Anifah telah mencetuskan kebencian dan kemarahan umum terhadapnya, merendahkan tarafnya, menggalakkan dan memulakan penghinaan politik serta mengaburkan kebenaran dan menyebarkan sesuatu yang palsu.BERNAMA

Kata den

Telajak perahu boleh ko undur anifah telajak kato ngko sediokan 100juta.kah....kah....kah....



BILA PADERI DEDAH RAHSIA

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
” LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN“
Hayati kandungannya

Bismillahirrahmanir rahim. Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah… Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.


Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika , dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan- jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka..

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ” Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?” Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.” Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim
itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ” Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulaibertanya,
“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,
siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercip tadari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan
siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca “Bismillah.. .” dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa
ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s..w.t.
berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan malaikat- malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim
paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s..w.t.
berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al- Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah
waktuSubuh. Allah s.w.t.. berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus
AS...

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah
saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba
dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Yusuf:9

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim..

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu
Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.


Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya
dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi *****a satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! “

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. “

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk
agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

NOTA:

Ini merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu
(kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke
telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian
tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. *****a, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.


Wallahua’lam

Dr Mohd Asri: ‘Mogok lapar' ditolak oleh Islam

MOGOK lapar adalah sesuatu yang salah di sisi Islam, kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Katanya, walaupun tindakan mogok lapar itu bertujuan baik, ia tetap ditolak kerana dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara.


Kata den

Dr memang dalam islam matlamat tidak menghalalkan cara tetapi nak panggil apa orang yang menghalalkan cara untuk berkuasa...

Maiza titipkan nasihat untuk Akhil dan Waheeda

Maizawati pandai mengawal gelodak dalam perasaannya. -foto mStar.

JIKA diselam wajah Maizawati Zainal, 33, isteri kepada penyanyi Ustaz Akhil Hayy, 40, ia seolah-olah menyembunyikan perasaan sedihnya disebalik ketenangan yang dipamerkannya.

Baginya, semua tindakannya adalah betul belaka lantas merasakan tidak perlulah dia menunjukkan apa-apa reaksi.

Ditanya pula kepada siapa tempat dia meluahkan perasaan dan mengadu sekarang, wanita yang mesra dengan panggilan Maiza ini enggan menjawabnya kerana dirasakan soalan itu berbaur peribadi.

Namun, mujurlah empat orang anak Maiza bersama Akhil beserta dua orang anaknya dengan hasil perkahwinan pertama dahulu memberikan sokongan yang padu kepadanya apabila dia memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada awal bulan lalu.

Kes itu akan dibicarakan pada 2 Jun ini, pukul 9 pagi.

“Setelah mereka mengetahui tentang permohonan cerai ini, mereka lebih matang dan boleh menerima keputusan saya kerana itu merupakan salah satu perkara terbaik buat mereka.

“Jadi, tiada apa-apa masalah kerana dalam hidup ini semuanya termasuk ajal dan maut berada di tangan Allah. Mungkin ini ketentuanNya dan jodoh saya hanya sampai di sini.

“Kadangkala kita tak sangka hal ini akan berlaku. Jadi, kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Maiza mengaku yang dia masih dapat menerima Waheeda dan Akhil sebagai kawan seandainya mereka bernikah sekalipun.

“Dengan sesiapa sahaja boleh berlaku tak kira orang itu raja ke atau sultan, perkara ini kita tidak boleh elakkan. Mungkin selepas ini Allah telah tetapkan ada yang terbaik untuk kita,” luah Maiza sejurus selepas ditemubual dalam program Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, semalam.

Ditanya tentang reaksi ibu dan keluarga mertuanya, Maiza menyifatkan mereka sangat profesional.

“Kami tidak mengaitkan dan menuding jari antara kedua-dua belah pihak.

“Mereka juga tidak pernah mencampuri urusan rumahtangga keluarga saya sehingga sekarang,” kata Maiza yang enggan memberikan komen lanjut melibatkan keluarga mertuanya.

Maiza juga mendapat maklumbalas yang baik daripada jiran tetangga yang berkata: “Semua orang menyokong saya..”

Menurut Maiza, dia merupakan seorang surirumah yang mendirikan rumahtangga dengan Akhil sejak 13 tahun lalu.

Selepas menjalani kehidupan secara solo selepas ini, Maiza berkata dia mungkin akan kembali bekerja untuk menyara kehidupannya selepas ini.

“Insya-Allah, jika ada kesempatan saya akan bekerja,”

“Sekarang, saya tinggal bersama mak dan anak-anak di Ipoh,” ujarnya.

Nasihat buat Waheeda dan Akhil

Dalam kenyataan sebelum ini, Maiza ada memberitahu yang suaminya pernah meminta izin untuk berkahwin buat kali kedua dan wanita yang dimaksudkan adalah penyanyi Waheeda atau nama sebenarnya, Norwahidah Abdul Wahab, 31.

Ditanya tidakkah Maiza hendak memberikan apa-apa nasihat buat Waheeda dan Ustaz Akhil, dia berkata:

“Pertama sekali, saya nak nasihatkan jika dia benar-benar menjadi seorang isteri, jadilah seorang isteri yang solehah dan jagalah hati semua orang.

“Janganlah kita ungkit perkara-perkara yang telah berlaku dan menuding jari antara satu sama lain.

“Saya doakan semoga mereka berbahagia.

“Bagi ustaz pula, semoga apa yang dilakukannya adalah yang terbaik dan saya harap dia tidak akan mengabaikan anak-anak.

“Perpisahan itu tidak bermakna bermusuhan dan itu adalah untuk kebaikan semua pihak. Lebih baik kita berpisah secara baik dan bukannya dengan bermusuh-musuhan. Itu yang saya hendak sebenarnya.”

Tambah Maiza, “Janganlah kita anggap perpisahan itu sebagai sesuatu yang memeritkan dan bermusuhan. Saya bukannya orang yang seperti itu.

“Bagi saya, perpisahan itu untuk mencari kebaikan. Saya harap pihak sana tidak rasa marah tentang apa yang saya luahkan.

“Saya tiada niat langsung untuk memburukkan mereka,” ujarnya beberapa kali.

Maiza juga mengaku yang dia masih dapat menerima pasangan ini sebagai kawan seandainya mereka bernikah sekalipun.

“Saya tiada masalah..,” ujarnya ringkas.

kata den

Alamak keluar tajuk la jap politik ni sampai bila tak habis tak gitu beb.Ni si Ustaz rock ni apasal sampai nak bercerai berai korang sedaplah dapat bini baru laki baru yang jadi mangso anak koranglah susah anak-anak korang nanti ni ustaz ni kau tarbiyyah bini dan makwe ko tu supaya hidup sama-sama takkan nak den ajar pulak.

Ekonomi merosot bawah -1%

Ekonomi negara dijangka menguncup bawah -1.0 peratus pada tahun ini di tengah-tengah iklim ekonomi semasa, kata menteri kewangan kedua.

"Saya tidak dapat memberitahu anda (angka itu) tetapi ia tentunya di bawah -1.0 peratus," kata Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Beliau diminta mengulas unjuran oleh pakar ekonomi bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menguncup antara -4.5 peratus dan -5.0 peratus pada 2009.

Unjuran KDNK Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tahun ini antara -1.0
peratus dan 1.0 peratus.

Menurut Bernama, BNM akan membuat pengumuman mengenai KDNK suku tahun pertama esok.

"Tunggu pengumuman BNM esok," katanya selepas merasmikan pelancaran Program Penambahbaikan dan Pembangunan
Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti di Kuala Lumpur hari ini.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat satu lagi pengumuman keesokannya (lusa) mengenai unjuran baharu KDNK 2009 dan kita kemudiannya akan mengetahui kedudukan ekonomi negara."

Tambah Husni, ekonomi bagaimanapun dijangka pulih dalam suku tahun ketiga kerana kesan pakej rangsangan ekonomi RM67 bilion baru-baru ini mulai dirasai.

Bagi 2010, katanya, kerajaan percaya KDNK akan dicatatkan positif.

Institut Penyelidkan Ekonomi Malaysia (MIER) bulan lepas berkata ekonomi menguncup 2.2 peratus tahun akibat kesan kelembapan ekonomi dunia.

Institut bebas itu juga menjangkakan Malaysia akan mengalami "kemelesetan teknikal" - atau pertumbuhan negatif dalam tempoh dua suku tahunan berturut-turut - separuh pertama tahun ini.

Ketika ditanya sama ada lebih banyak langkah liberalisasi akan diumumkan pada masa depan, Husni berkata kerajaan kini sedang mengusahakan mengenai pembangunan model ekonomi baharu negara ini.

"Model ekonomi itu kini berada pada peringkat perancangan," katanya, sambil menyatakan bahawa kerajaan akan mengkaji bidang yang boleh diliberalisasikan lagi.

Katanya, teras utama model baharu itu ialah kualiti pelaburan dan rakyat.

"Akhirnya, kita akan menjadi ekonomi terbuka kerana kita merupakan
sebahagian daripada sistem global tetapi proses liberalisasi memakan masa," katanya.

Kata den
Dah parti yang memerintah semuanya menguncup ekonomi pun turut menguncuplah tapi den raso poket dio orang semuo stedi tak menguncuppun makin kombung adolah.Copeklah PRU13 den dah tak sabar nak tukar mamat-mamat ni semuo...

Sensasi: Pilihanraya Kecil Penanti, Kain Rentang Berunsur Penghinaan Serta Perkauman Mula Di Pasang Untuk Cuba Mengalih Sokongan Rakyat !!

PENANTI [11.56] - Nampaknya kempen pilihanraya kecil Penanti sedikit tercemar bila ada pihak yang tidak bertanggungjawab tidak habis-habis memainkan isu perkauman bagi menagih simpati kepada rakyat. Bukan setakat itu sahaja, difahamkan terdapat juga banyak poster dan kain rentang yang menghina Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipasangkan di sekitar Penanti. Terbaru, dua kain rentang terbabit telah ditemui oleh Skuad AMK Pahang yang meronda di kawasan JDM Mengkuang. Kain rentang pertama ditemui di Simpang Institut Tengku Bainun dan kedua di Simpang Tiga Mengkuang. Menurut Ketua Skuad AMK Pahang yang diketuai Kamarul Hatta, Timbalan Ketua AMK Pahang (foto), beliau bersama rakan-rakan iaitu Arman Rashid (Ketua Penerangan AMK Pahang) dan Saiful Adli Sahidan (AMK Bentong) telah meronda seluruh kawasan JDM Mengkuang dan sungguh terkejut bila menemui kain rentang tersebut. Beliau kemudian telah menanggalkan kain rentang tersebut dan dibawa ke Markas Pusat di Yayasan Aman.


"Saya tidak menjangka perkara-perkara begini boleh berlaku di Penanti dan menganggap kali terakhir berlakunya di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang dulu. Apa yang berlaku ini jelas membuktikan bahawa memang terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menggunakan api perkauman bagi menagih simpati rakyat " kata Hatta.

Sementara itu Ketua Penerangan AMK Pahang, Arman Rashid pula menganggap poster-poster itu adalah perkara yang jijik dan biadap dan menunjukkan bahawa mereka kini sudah ketandusan idea untuk memenangi hati rakyat supaya terus menyokong mereka sedangkan rakyat kini telah lebih terbuka khusus didalam isu perhubungan kaum. Yang peliknya Perdana Menteri Malaysia melaungkan 1Malaysia yang ingin menggambarkan semua kaum adalah satu bangsa Malaysia tetapi laungan dan slogan serta bicara tidak selari dengan tindakan. Kita yakin kalau UMNO masih begini, UMNO membawa mereka kearah kehancuran dan rakyat akan menghukum mereka didalam Pilihanraya Umum akan datang.

Kato den
Jelas ini perbuatan orang yang kecewa,dengki,khianat dan bangang.Apo kono mengono anwar,azizah dan sisesumpah tu meskipun mereka pemimpin PKR tetapi mereka tak bertanding.Ini jelas perbuatan orang tak de otak betul-betul ngok macam Amngok perangai macam budak-budak betullah singok yang Amngok ni

Tuesday, May 26, 2009

Mahkamah Rayuan Tidak Memperkasakan Demokrasi : Aziz Bari

Sejak merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat.

Profesor Aziz Bari berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat.

Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Joseph Pairin Kitingan di Sabah (1986) dan Nizar Jamaluddin di Perak (2008).

Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi Umno termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1).

“Ertinya kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan,” tegasnya lagi.

Aziz turut mengingatkan, meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Ganesan tetap haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.

Berbalik kepada keputusan Jumaat lalu Aziz berkata beliau berasa aneh mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori (kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya.

“Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari manipulasi”, ujarnya.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perlantikan Zambry sah kerana tidak ada kemestian di dalam perlembagaan bahawa mesti ada undi tidak percaya terhadap menteri besar yang ada.

Ketika mengulas perkara itu, Aziz berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. “Ia juga tidak selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan”.

Aziz menegaskan di dalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan.

Katanya, “Mahkamah sepatutnya memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya”. Aziz berkata Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa menteri besar yang ada boleh disingkirkan tanpa undi tidak percaya.

Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.

Beliau mengakui memang ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. “Tetapi itu di dalam keadaan menteri besar yang ada enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku; malahan Nizar bersedia menghadapinya,” kata Aziz.

Aziz berkata umumnya keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat demokrasi di negara ini.

“Di sisi perlembagaan istana dan mahkamah mempunyai tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan keadilan dan ketelusan, bukan mengambilalih fungsi rakyat dalam memilih kerajaan”.

Beliau tidak bersetuju dengan para peguam Umno yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan menamatkan krisis politik di Perak.

“Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak ia akan menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan pandangan yang negatif,” ujarnya.

Kata den

Dah nak buek camano prof Lord of president pun bekas peguam UMNO nak kato apo laie semua pegi kat depa la inilah yang dinamoeh malaysia boleh...(.boleh blah)

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran