![]() |
Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar - syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan baagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja "pentadbiran".
![]() |
"Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, beliau boleh mengeluarkan satu arahan yang dikenali sebagai 'waran geledah antarabangsa' dan waran itu akan dihantar kepada badan kehakiman Malaysia," kata Brehem, dalam satu wawancara eksklusif dengan Malaysiakini di Kuala Lumpur semalam.
"Menurut Konvensyen Korupsi PBB (yang turut diperakui oleh Malaysia sejak 2003), Malaysia wajib bekerjasama dengan Perancis dalam perkara ini," tambahnya.
Brehem berkata, jika Malaysia tidak memenuhi arahan tersebut, maka ia akan membuktikan bahawa kerajaan 'ada sesuatu yang hendak disembunyikan".
Sambil berjenaka, Brehem berkata: "Untuk mencari penyelesaian terhadap kes-kes rasuah, ikut ke mana pergi wangnya."
Menurutnya, keputusan untuk menghanar arahan seumapama itu bergantung sepenuhnya kepada hakim di Perancis.
Bagaimanapun, tambahnya, jika permohonannya itu ditolak, beliaiu akan memfailkan rayuan.-mkini



Aminulrasyid Amzah tidak harus dilihat sebagai penjenayah tegar, malah tidak mempunyai rekod jenayah lama. Mengapa remaja sebegini dilihat sebagai penjenayah besar? Ia tidak memperlihatkan kewajaran.
Saya (gambar kiri) amat kesal dengan prestasi polis. Beberapa bulan kebelakangan ini, pasukan polis bersungguh-sungguh dalam usahanya untuk membina imej mereka. Malah, Perdana Menteri Najib Razak telah memutuskan untuk mempertingkatkan kebajikan polis, dengan harapan untuk memperkemaskan pasukan polis, lantas mengembalikan kewibawaan polis. Namun, kini polis disyaki memperlekehkan nyawa rakyat, membunuh mereka yang tidak berdosa, mengakibatkan usaha sebelum ini disia-siakan begitu sahaja.

