Showing posts with label kes adun bunuh. Show all posts
Showing posts with label kes adun bunuh. Show all posts

Wednesday, August 11, 2010

GAMBAR DEKAT X ADUN DAN PA MEMBUNUH DIRI

Sapa berani boleh tengok....tak berani jangan....buat ngigau jer nanti....

Copy dari anak sungai derhaka...




Tuesday, August 10, 2010

KEMATIAN X ADUN & PA POLIS SAHKAN BUNUH DAN BUNUH DIRI

Tapi seperti yang den postingkan dulu....motifnya dirahsiakan.....sebab mungkin nak menjaga maruah umno....almaklumlah umno dah tenat sekarang.....

Polis mengesahkan kematian bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat sebagai kes bunuh dan bunuh diri.

KNONEetua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata hasil siasatan pihak polis mengesahkan perkara berkenaan tetapi beliau enggan memberikan butiran lanjut termasuk motif pembunuhan itu.

Pada kejadian pada jam 11 pagi Selasa lalu di kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh, Abdul Aziz, 64, ditemui terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.

Polis juga menjumpai kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

Polis juga menjumpai sepucuk revolver .38 yang masih berisi dua peluru milik Abdul Aziz, di celah tempat duduk depan Toyota Caldina milik Siti Rohana yang dipandu bekas ADUN itu.
Aazlanziz berkhidmat sebagai ADUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon PKR Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi. 

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, beliau memberikan laluan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili Umno.-mkini

Saturday, August 7, 2010

MOTIF X ADUN DAN PA "BUNUH DAN BUNUH DIRI' TIDAK DIUMUMKAN -POLIS



Mengikut kenyataan yang disiarkan edisi 7 jam satu tadi melalui ketua polis selangor....polis mungkin tidak mendedahkan motif bekas adun dato abd aziz dan PAnya siti rohana dalam kejadian 'bunuh dan bunuh diri itu....beliau juga memberitahu siasatan akan selesai pada isnin depan....kitapun tertanya-tanya apa motif polis untuk tidak mendedahkan hal sebenarnya....sedangkan peristiwa ini menggemparkan satu malaya.....apa yang ingin disembunyikan.....dan apa yang ingin diselamatkan.....maruah umno ke....atau maruah simati.....lu fikirlah sendiri.....polis sepatutnya menghentikan semua teka-teki yang bermain dibenak kita semua....



Friday, August 6, 2010

ABDUL AZIZ PERNAH MELAMAR SITI ROHANA???

Masih lagi berspekulasi tentang kematian abd azizi dan siti rohana....ramai orang nak tahu hasil siasatan polis....harap-harap tidak melibatkan maruah dan integriti mereka yang terlibat....

Spekulasi cinta tidak kesampaian

KEARATAN Kosmo! semalam.


SHAH ALAM - "Hubungan Abdul Aziz dan Siti Rohana memang intim tetapi mengenai dakwaan mengatakan mereka ada hubungan cinta saya tiada komen."
Demikian kata Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjung Karang, Salbiah Shaari ketika diminta mengulas mengenai hubungan misteri antara bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, dengan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, yang ditemui mati Selasa lalu.
Menurutnya, keintiman antara kedua-duanya tidak menimbul apa-apa reaksi pelik di kalangan rakan-rakan memandangkan umum sendiri mengetahui Siti Rohana merupakan pembantu peribadi Abdul Aziz.
"Sebab itu apabila orang sekeliling mula membincangkan hubungan antara kedua-duanya, lebih-lebih lagi selepas kejadian kemalangan itu, saya sendiri rasa hairan kerana apa yang hendak dicuriga kerana selama ini pun mereka memang rapat," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sementara itu, satu sumber memberitahu, Siti Rohana Ismat pernah dilamar oleh Abdul Aziz beberapa tahun lalu tetapi ia ditolak oleh wanita tersebut dengan dakwaan tidak mahu mengganggu rumah tangga orang.
"Datuk (Abdul Aziz) juga pernah melamar Siti Rohana sejak beberapa tahun lalu dan ia kerap disuarakan tetapi wanita itu enggan menerimanya," kata sumber itu ketika dihubungi semalam.-KOSMO

Thursday, August 5, 2010

SPEKULASI HUBUNGAN AZIZ-SITI SEJAK SETAHUN LALU

Hubungan mesra Aziz-Rohana



Rumah Siti Rohana di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang yang tiada penghuni semalam.


SHAH ALAM - Spekulasi perkahwinan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh dengan pembantunya, Siti Rohana Ismat didakwa hangat diperkatakan sejak setahun lalu.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Habibah Yusof berkata, kedua-dua mereka memang rapat, lebih-lebih lagi Siti Rohana menjadi orang kuat ketika Abdul Aziz bertanding pada pilihan raya umum pada tahun 2004.
Bagaimanapun, menurut Habibah, sejauh mana hubungan tersebut tidak diketahui kerana dia sendiri tidak pernah bertanya kepada Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang itu memandangkan ia adalah urusan peribadi masing-masing.
"Namun spekulasi perkahwinan itu memang hangat diperkatakan dalam tempoh setahun lalu tetapi saya tidak mahu tanya kerana Siti Rohana juga merupakan ibu tunggal sama seperti saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.-KOSMO

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran