Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

Thursday, July 2, 2009

Zahid Kata Dulang paku Serpih
Kerapuhan pakatan pembangkang tidak dapat diselindung lagi - Zahid

KUALA KRAI: Kerapuhan gabungan pakatan pembangkang tidak boleh diselindung lagi dan tidak mustahil pakatan itu akan terlerai sepenuhnya tidak lama lagi, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Perlu diakui PAS mempergunakan DAP dan DAP menjadikan PAS kuda tunggangan mereka dan apa yang berlaku di Kedah hari ini membuktikan pakatan itu rapuh kerana mereka sebenarnya hanya berkahwin mutaah.

"Cukuplah perkahwinan mutaah itu, bubarlah pakatan yang tidak memberi makna dan PAS sertailah kami (Barisan Nasional)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bekas Tentera Malaysia di Masjid Seri Wangsa di Manik Urai Lama di sini, hari ini.

MB Kedah belum terima surat DAP keluar pakatan pembangkang

ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau belum menerima sebarang surat rasmi berhubung keputusan DAP untuk keluar daripada pakatan pembangkang di Kedah selepas mendakwa tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di negeri itu.

Katanya DAP masih berada dalam pakatan itu selagi beliau tidak menerima pengesahan daripada kepimpinan pusat parti itu berhubung perkara berkenaan.

Tokeyai

Kepada zahid hamidi tokeyai mintak jangan cepat melatah kerana secara rasminya DAP belum keluar dari pakatan lagi biasa lah adik beradik ke laki bini ke mana ada yang tak gaduh hang pun pernah tumbuk orang so jangan cakap banyaklah gaduh kejap ajo tu lepaih ni oklah...ni tokeyai nak kasi tau lebih baik kahwin mutaah daripada ko rampas bini orang ko laki orang ko hak orang ko tu lagi tak bermoral ma....ni cakap pasal tunggang-tunggang ni apo cito pulak najib umum biasiswa nasional kuota 30% bumiputera dalam ekuiti dihapuskan dan banyak lagi yang tak menguntungkan melayu telah dan akan dilakukan oleh hang dan geng -geng AmNo hang sekarang ni siapa yang tunggang siapa...jawabla jangan nak terkemut-kemut....takpe tokeyai tolong jawabkan demi nakkan undi dari kaum lain AmNo terpaksa menggadai prinsipnya dan rela menjadi kuda tunggangan MCA dan MIC dan parti-parti lain...sekarang dah jelas peribahasa diatas mengata orang ko orang yang lagi teruk....(kena tunggang)


Wednesday, July 1, 2009

Marah kerajaan negeri: DAP keluar Pakatan Rakyat Kedah

KUALA LUMPUR: DAP Kedah memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat hari ini ekoran tindakan kerajaan negeri itu yang didakwa tidak menyelesaikan siri isu yang wujud sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Keputusan untuk keluar Pakatan Rakyat Kedah diputuskan oleh DAP sebentar tadi, kata Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Thomas Su.

"Keluar, kami sudah buat keputusan... ini keputusan mutkamad kami (DAP Kedah)," kata beliau sambil menambah, atas prinsip dan pendirian parti, pihaknya memutuskan tindakan sedemikian.

Kata beliau, keputusan itu telah diambil selepas Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) merobohkan rumah sembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar petang tadi.

Sepasukan anggota penguat kuasa MBAS merobohkan rumah sembelihan babi itu pada pukul 3.30 petang tadi.

Mengikut laporan media sebelum ini, premis itu sepatutnya dirobohkan penghujung Mei lalu, tetapi ditangguhkan selama sebulan sehingga semalam.

Ia merupakan antara beberapa isu yang menjadi punca retaknya kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat Kedah.

Satu lagi isu ialah kontroversi mengenai kuota perumahan 50 peratus bagi bumiputera.

Oktober lalu, kerajaan Pakatan Rakyat Kedah meningkatkan kuota tersebut daripada 30 peratus kepada 50 peratus bagi projek perumahan baru di negeri itu.

DAP mempunyai hanya seorang wakil rakyat di Kedah iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Darulaman, Lee Guan Aik.mstar


Jawapan MB Kedah

"Saya tidak pernah mengarahkan premis itu dirobohkan, tetapi mereka yang minta tangguh selama sebulan. Saya layan dan bagi kerjasama. Saya minta mereka cari tempat baru dulu tapi mereka bohong selepas sebulan tidak ada apa-apa sekarang mereka kata hendak keluar...keluarlah kalau DAP Kedah mengatasi DAP Pusat.

"Saya serahkan Pas Pusat dan pimpinan Pakatan Rakyat Pusat untuk menentukan isu ini. Apa yang saya kesal mereka ini main politik apa...perbuatan ini seolah-olah mahu mengembalikan kerajaan Kedah kepada Barisan Nasional (BN).

"Dulu masa kita bincang mengenai kerajaan perpaduan dengan Umno mereka kacau sekarang kita sepakat dalam Pakatan Rakyat pun mereka kacau," katanya.-bharian

Tokeyai

Masalah beb masalah kalau lu dua orang gaduh ah..itu BN(Bini Najib) tepuk tangan oooo...ini Manik Urai sudah dekat ooo....lagi mau gaduh ka lu orang serupa itu budak-budakla sikit hal lu orang tak mau kawan ajak gaduh memang serupa budak-budak ah...itu rumah sembelih ah...tak boleh bikin lain tempat ka cari lain tempat la orang tak da komplen punya lu bikin la berapa besar lu mau...Ini sekarang ah..wa mau kasi tau ini Pakatan Rakyat ada projek besar mau tawan itu Putrajaya...sekarang apa macam lu orang sudah bikin hal..butut-butut tak de otak ah...Haiya Mr Lim lu kasi sikit brainwash dekat itu Thomas su ini orang ada problem la....tolong ah....



POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran