Walausiapapun kamu walaudimanapun kamu walauapaperjuanganmu walauapakeinginanmu carilah kedamaian yang abadi disisiNya
Thursday, September 17, 2009
sept 17 09
Kalau Tun nak tahu siNazri nih memang menteri yang kurang ajar dan bermulut celupar no satu didunia perangai anak dia samalah macam dia jenis tak bermaruah punya...tokeyai malas nak cerita kalau Tun Rajin belek-beleklah posting tokeyai yang dulu-dulu ado cito eh...
PUTRAJAYA, 17 Sept (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak sedih atau marah dengan cadangan seorang anggota MIC agar gambar beliau dikalung selipar.
Sebaliknya, Dr Mahathir berkata, beliau amat sedih dan marah sekiranya kecaman datang daripada anggota Umno sendiri seperti yang pernah berlaku.
"Ini bukan kali pertama saya dikecam. Dulu orang dah lupa macam mana pemimpin Umno kecam saya. Nazri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz) dan Menteri Besar Kedah dahulu nak buang saya daripada Umno.
"Tapi masa itu tak ada siapa bagi reaksi apa pun. Tak ada orang berani cakap apa," katanya.
Malah, anggota MIC itu ingin menemui Dr Mahathir untuk meminta maaf secara peribadi.
Mengulas lanjut isu itu, Dr Mahathir berkata : "Tiba-tiba saya jadi popular. Orang semua pertahankan saya. Seperti yang saya katakan, dulu saya kena kecam, kena kata...suruh buang daripada Umno. Tapi orang tak react (beri reaksi). Pasal apa dulu tak react, kali ini react.
"Dulu bila saya kena kecam, tak ada sesiapa pertahankan saya. Taklah secara terbuka. Orang senyap-senyap beranilah tapi orang kenamaan dan orang terkenal tak beranilah pertahan saya," katanya.
Dr Mahathir berkata beliau sedih apabila orang partinya sendiri dan orang yang duduk dalam kabinetnya sendiri mengecamnya.
Katanya beliau lebih marah terhadap kecaman yang dilontarkan oleh anggota Umno dan bekas anggota kabinetnya daripada kecaman yang dibuat oleh anggota MIC.
"Saya duduk dalam Umno dari mula parti itu ditubuhkan. Yang tegur saya ini belum beranak pun lagi," katanya.
Mengenai hasrat Sukumaran ingin menemuinya untuk memohon maaf, Dr Mahathir berkata: "Minta maaf tak apa, tak minta maaf pun tak apa. Bagi saya tak ada apa-apa. Saya yang sedih bila orang parti saya sendiri, orang yang duduk dalam kabinet saya sendiri kecam saya,"
Friday, July 10, 2009
Polldaddy.com
Keputusan setakat jam 8.20pm 10 julai
Tokeyai
Den saja-sajalah singgah kat blog tun che det ni dok sibuk dia kata nak buat undi pasal PPSMI yang dia tak puashati tu tengok punya tengok tokeyai pun undi jugaklah untuk YES....tup-tup dia punya results terkejut tokeyai tengok macam kat atas tu boto ke ramai orang sokong dia bantah keputusan mansuh PPSMI ni macam tak percaya aje tokeyai al-maklumlah tun che det banyak contact dia... ntah-ntah dia siang malam dok undi NO kat blog dia sendiri tak pun suku sakat dia eh...entahlah poning kepalo tokeyai dok mikirnya...tokeyai sebenarnya malas nak layan ex PM ni tapi bila tengok poll tu ramai pulak sokong dia..so pada korang semua yang belum ngundi cepat-cepatlah ngundi kat poll tu..tak nanti mendabik dado si x PM ni bukan apo dah elok dah PPSMI ni dimansuhkan kang dihasutnya Muhyiddin tak pasal-pasal BI semula PPSMI ni...tak ke bala nama tu..
Monday, June 29, 2009
Debat:kalau takut cakap takut
Buang masa debat dengan Nik Aziz - Dr. M
ALOR STAR 28 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu melayan pelawaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berdebat secara terbuka kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, debat terbuka antara kedua-dua pemimpin parti politik terbesar Melayu itu jika diadakan hanya membazir masa dan akan menjadi satu bentuk hiburan semata-mata.
Malah, katanya, Malaysia mempunyai acuannya tersendiri dan tidak perlu mengikut amalan sesetengah negara luar yang mengadakan debat secara terbuka antara pemimpin parti politik dalam mempertahankan pendapat masing-masing.
"Hanya buang masa. Jadi satu hiburanlah, kita bukan lantik pemimpin untuk berhibur," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Kedah di Bangunan Tunku di sini hari ini.
Tokeyai
Siapa yang menjadi bahan lawak sekarang Tun che det ke Nik Aziz?siapa yang cakap makan rasuah macam makan babi macamana kalau yang makan rasuah tu orang bukan islam salah ke mereka makan babi hina bagi kita tapi tidak bagi mereka kalau nak bendung rasuah adakah untuk satu kaum aje atau semua kaum kalau ex PM ni cakap macam tu hanya ditujukan untuk orang islam ajelah kaum lain boleh makan rasuahlah macam tu maksudnya ke...lawak...lawak...lawak...ko memang lawaklah Tun....Masa dia jadi PM lee kuan Yew dimusuhi bila najib naik lee kuan yew datang sini dia kata lee kuan yew 'little emperor'...lawak...lawak...lawak....bila dia bengang dengan ex PM jugak Pak Lah dia kutuk habis-habis orang tu sampai dia keluar Umno bila najib naik lantik anak dia simukhriz tu jadi timb menteri dia masuk umno dia tak kutuk najib setakat ni...lawak...lawak...lawak....bila dia kata debat dengan Nik Aziz buang masa dan menjadi bahan hiburan ini yang betul-betul lawak sebab nik Aziz sehingga kini masih lagi MB kelantan dan mursyidul Am Pas satu jawatan yang tinggi dan mempunyai pengaruh yang besar dikalangan orang islam dan bukan islam dan ex PM ni siapa masih ada pengaruh lagi ke sikit mungkinlah dia tak ingat ke masa dia kutuk pak lah dulu teruk dia kena hentam dengan orang-orang umno sendiri sekarang kalau berani cubalah hentam najib kalau mau tau ada pengaruh lagi tak.....sobab tu lah jangan cakap yang bukan-bukan duduk aje diam-diam macam pak lah benda ni dah banyak kali tokeyai cakap reti bahasalah sikit supaya orang lain boleh buat kerja dan TUN tak menjadi bahan lawak....
POSTING RUJUKAN
SAJAK DR ASRI
BLOG LIST
-
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah22 minutes ago
-
-
-
JOM PI RAMAI-RAMAI..!14 hours ago
-
-
-
Najib Marah BN19 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
JEWS VS. JEWS IN ZIONIST STATE2 days ago
-
-
Sifat Munafik UMNO Di Balas Tuhan3 days ago
-
-
-
SALAHKAN BN LA...!!!4 days ago
-
ingin bersedih atau ketawa?4 days ago
-
-
-
Tau atau buat-buat tak tau?1 week ago
-
-
Apa Guna Bintang Kebesaran & Pingat?1 week ago
-
-
Cubaan Hidupkan Al-Arqam.1 week ago
-
-
-
-
-
-
-
SYIAH2 weeks ago
-
-
Israel tunjuk belang!2 weeks ago
-
MINYAK NAK NAIK LAGI ?2 weeks ago
-
28 Mei 2010 Wa langgar Rusila.4 weeks ago
-
nota kecil kepada perdana menteri1 month ago
-
-
PERKASA KEKUATAN BANGSA MELAYU2 months ago
-
ISU MINYAK KELANTAN:KERATAN AKBAR3 months ago
-
NAK BUAT APA HUJUNG MINGGU NI?3 months ago
-
-
penat4 months ago
-
The Unelected President4 months ago
-
