Wednesday, November 28, 2012

DEEPAK DAH MULA KENA TEKAN..LETAK JAWATAN

Tak per bro...berani kerana benar...ramai dibelakang lu bro...teruskan pendedahan...jadikan najib or muyiddin ketua pembangkang...takbirrrr


Ahli perniagaan Deepak Jaikishan hari ini mengumumkan meletak jawatan pengarah dari kesemua 26 syarikatnya, didakwa ekoran tekanan ke atasnya oleh lembaga pengarah syarikat berkenaan.
Beliau mendakwa, lembaga pengarah syarikat tersebut berbuat demikian susulan siri wawancara yang diadakan bersama beberapa media termasuk Malaysiakini berhubung kontroversi yang menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Pagi ini saya diminta oleh lembaga pengarah saya untuk meletak jawatan daripada kesemua 26 syarikat yang mana saya merupakan pengarah kerana kontroversi melibatkan Altantuya dan penyiasat persendirian Bala," katanya.

Deepak yang mengenakan baju-T kasual berwarna kelabu kelihatan muram ketika mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, anggota keluarganya turut membantah tindakannya.-mkini

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran