Timbalan Pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, seiring dengan keputusan jawatankuasan pilihan khas Parlimen yang memutuskan untuk menggunakannya, dakwat kekal yang akan dibeli akan dikemukakan kepada majlis itu untuk penilaian dan ujian tentang kandungannya supaya ia tidak bertentangan dengan Islam.
“Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memberi kelulusan kepada penggunaan dakwat kekal sebelum ini, cuma apabila kita beli nanti, apabila tiba bekalan nanti, kita kena beri kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk ujian kandangan dalam dakwat kekal supaya ia tidak meragukan umat Islam,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Penggunaan dakwat kekal adalah antara 10 cadangan yang dikemukakan dalam laporan awal yang dibentangkan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi pembahruan sistem pilihan raya di negara ini di Dewan Rakyat minggu lalu.
Agensi seperti SPR yang dinamakan dalam laporan itu diberikan tempoh dua minggu bagi melaksanakan cadangan berkenaan.-tmi
Nak kasi puas hati balaci Pakatan jer tu. Pada hal takde fungsi mana pun dakwat tu. Buat mangkuk2 Pakatan try tgk nie... http://www.youtube.com/watch?v=wRymXMBpjx8 dan jgn lupa celup sekali totey CIFUT BABI korang sakali ekkkk... huahuahua
ReplyDelete