Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini melepas dan membebaskan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Yusoff atas tuduhan mengarahkan penggunaan pesawat polis untuk kepentingan peribadinya dua tahun lalu.
"Pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan tertuduh layak untuk dilepaskan dan dibebaskan," kata Hakim Supang Liang dalam penghakimannya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira 7.50 pagi pada 15 Jun 2007 di Unit Udara Polis Sabah, Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu, lapor Bernama.
Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu, yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda minimum RM10,000 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Rasuah, dan telah dibebaskan dengan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.
Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kevin Morais dan Joyce Blasius, memanggil 75 saksi dalam perbicaraan selama 59 hari antara 13 Mei tahun lepas dan 6 Julai tahun ini.
Ramli diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah dan James Tsai.
Tokeyai
Sudahlah SPRM dah tak cukup bukti ke atau buat-buat tak de bukti kalau dah tak cukup bukti yang kau nak mendakwa orang sapa suruh...malang memang malanglah ko ni SPRM bertimpa-timpa malang ko dah lah tu ko jangan ikut telunjuk AmNoBN lagi nilah balasan kalau buat kojo dengan niat tak betul disumpah rakyat....
No comments:
Post a Comment