DASAR PANDANG KETIMUR- MALAYAYSIA PERLU CONTOHI JEPUN
PM Jepun dijadual bubar Parlimen hari ini
TOKYO: Perdana Menteri, Taro Aso dijadual membubarkan Parlimen Jepun hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan hujung bulan depan selepas mendapat persetujuan rasmi kabinetnya.
"Saya sudah membuat keputusan untuk membubarkan Parlimen," kata Ketua Setiausaha Kabinet, Takeo Kawamura memetik Aso sebagai berkata dalam mesyuarat kabinet yang dipengerusikannya awal hari ini.
Aso berkata, pembubaran itu dibuat bagi memastikan rakyat bersatu dan mendapat mandat terbaik kepada kerajaan untuk memerintah.
Maharaja Akihito dijangka akan memberi restu terhadap keputusan itu sebelum Parlimen dibubarkan lewat hari ini.
Keputusan mengadakan pilihan raya umum itu dibuat selepas tinjauan umum mendapati populariti Aso semakin menurun.
Pilihan raya umum itu dijangka diadakan pada 30 Ogos depan.
Keputusan PM jepun membubarkan parlimen setelah beliau mendapati diri dan kerajaannya sudah tidak popular lagi...kerajaan najib umnobn ni berani ke ikut stail PM jepun tu jawabnya jangan mimpilah mati hiduppun kalau menang dengan satu kerusi kat parlimenpun dia tak akan bubar punya itulah stail orang kita terlampau gila kuasa hidung tetap tinggi biarpun kembang semangkuk tembok besar china pun tak dapat nak challenge muka tembok pemimpin BN....
No comments:
Post a Comment