Nizar dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan
DATUK Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (tengah) mengadakan sidang akhbar selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan merayu keputusan Mahkamah Rayuan, 22 Mei lalu yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. -
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Keputusan itu dibuat tiga Hakim Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Tokeyai
Semenjak kes manik urai macam-macam benda yang pelik-pelik yang kita semua dapat tengok semuanya menunjukkan seolah-olah kerajaan ni baik belako kasi gula-gula kat kita semua dari kes DSAI yang dapat penangguhan ke kes DSNJ yang boleh merayu jugak keputusan PPSMI yang dimansuhkan 3 tahun lagi lepas ni mesti ada yang gempak lagi..tokeyai gerenti punya...BN punya banyak mekanisme yang boleh dilakukannya semata-mata nak mengaburi mata pengundi manik urai harap-harap pengundi manik urai tidak mudah tergoda dengan janji-janji palsu yang ditabur sepanjang minggu ni...ingat PAS ingat TGNA duduk rumah biaso jo ingat UMNO ingat MR KHIR TOYO duduk rumah ala bali berjuta-juta tue...
No comments:
Post a Comment