Friday, July 3, 2009

H1N1 DAN PEMUDA UMNO SAMA GANAS

H1N1: Brunei catat kematian pertama

MIRI: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun yang meninggal dunia semalam selepas mengalami pelbagai komplikasi kronik menjadi mangsa pertama penularan jangkitan Influenza A (H1N1) di Brunei, menurut laporan akhbar The Brunei Times, hari ini.

Akhbar tempatan itu memetik Menteri Kesihatan Pehin, Datuk Seri Suyoi Osman, sebagai berkata kanak-kanak itu dimasukkan ke klinik kerajaan pada 14 Jun lalu selepas mengalami hepatitis auto-immune, kerosakan hati peringkat akhir dan pneumonia. Keadaannya bertambah buruk 16 hari kemudian, dan ujian menunjukkan bahawa beliau dijangkiti Influenza A (H1N1) atau selesema babi, sebelum meninggal dunia semalam. - bharian


Pemuda Umno akui pecah meja DAP

Pemuda Umno Bukit Katil mengaku ahlinya telah bertindak memecahkan sebuah meja dalam kekecohan dengan DAP dan PAS di pasar malam Taman Melaka Baru, malam tadi.

Selain seorang wakil rakyat DAP didakwa mengalami luka-luka, seorang ahli Umno ditahan di balai polis Batu Berendam selama enam jam sejak 9 malam bagi membantu siasatan.

umno youth violent attack at dap event in melaka market 030709 04Setiausahanya Safrie Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku selepas pertikaman lidah antara kira-kira 40 ahli dan penyokong Pemuda Umno dengan kumpulan seangkatannya dalam DAP dan PAS.

Tambahnya, insiden ketegangan ini terjadi setelah kali ketiga Pemuda DAP membuka meja pendaftaran pemilih dan juga menambahkan keahlian parti di pasar malam itu.mkini




Tokeyai

Itulah hakikatnya sekarang ini wabak H1N1 dan wabak AmNo bengang semakin menunjukkan diri siapa mereka sebenarnya ....dibrunei h1N1 telah meragut satu nyawa.....dimelaka wabak AmNo bengang telah memecah dan merosakkan barang DAP nasib baik bukan kepala yang pecah kedua-dua wabak ini nampaknya sukar dibendung dan dikawal dari hari kehari H1N1 semakin membimbangkan dan dari hari kehari jugak bengangnya AmNo kat Pakatan Rakyat mula menunjukkan aksi...nampaknya kedua-dua wabak ini memerlukan vaksin yang benar benar boleh menyembuhkan bagi H1N1 tidak cukup aje dengan tamiflu dan bagi wabak AmNo bengang hanya vaksin PRU13 aje yang boleh mematikan sindrom bengang mereka ni....haii copeklah PRU13

No comments:

Post a Comment

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran