MANIK URAI TPM MINTA TALIAN HAYAT
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini menandakan berakhirnya "nasib malang" BN dalam pilihanraya kecil selama ini.
Inilah mesej yang disampaikan beliau yang juga timbalan presiden Umno, dalam satu mesyuarat tertutup semalam, demikian menurut pemimpin parti yang menghadirinya.
"Rakyat berkata Umno dan BN sudah mati selepas kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini. Semuanya berakhir di sini. Kita mahu menang pilihanraya kecil kali ini," kata Muhyiddin dalam mesyuarat tersebut.
Daripada tujuh pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, BN hanya menang di Batang Ai, Sarawak.
BN tewas di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Dan Mei lalu, BN memutuskan tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti yang merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.
'Gandakan usaha'
Menurut pemimpin parti tersebut, Muhyiddin turut menegur pekerja parti itu yang lambat tiba sebelum BN berarak ke pusat penamaan calon semalam.
"Kita tidak seharusnya bertumpu berkempen di kubu kuat Umno sahaja, tetapi juga di kubu kuat PAS bagi memenangi hati rakyat," katanya.
Muhyiddin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan slogan 'Rakyat Didahulukan, Manek Urai Diutamakan'(canggih tu) untuk menarik sokongan pengundi.
Tokeyai
TPM mintak simpati kat orang manik urai...kesian tokeyai tengokkan tak pernah umno sampai macam ni mintak nyawa sebab depa semua dah tinggal nyawa-nyawa ikan inilah yang banyak orang cakapkan...gini ajelah tokeyai ada satu cadangan baik punye....kalau nak menang sangat kasi kat kelantan duit royalti minyak dia orang punya RM2.4billion lah lebih kurang ikut cakap datuk Husam jangan tangguh-tangguh lagi cepat hari ngundi dah dekat....kita tengok ada berani tak Tok Jib kita.....saksikanlahhhhhh........
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah
22 minutes ago
No comments:
Post a Comment