Gambar rumah Datuk Seri Dr Khir Toyo yang seni bina berkonsep Bali di Seksyen 7 Shah Alam pernah dijadikan bahan menghentamnya dalam sebuah laman blog menjelang pemilihan UMNO Mac lalu dimana beliau bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Ng mempersoalkan bagaimana Dr Khir jadi Menteri Besar selama lapan tahun bergaji RM48,000 sebulan yang semuanya berjumlah RM4.8 juta mampu memiliki rumah semahal itu.
Beliau mendakwa Dr. Mohd. Khir membeli dua lot tanah banglo bernilai RM2.9 juta dan RM900,000 seluas 1.17 ekar manakala rumah yang dibina diatasnya berharga lebih RM20 juta.
Wakil rakyat itu meminta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membuat siasatan.
Sementara itu Dr Khir yang ditemui wartawan kemudiannya untuk mengulas dakwaan itu berkata beliau membeli rumah berkenaan dengan harga RM3.5 juta yang dipinjamnya dari Hong Kong and Shanghai Bank (HSBC).
Katanya beliau tidak bimbang dengan dakwaan wakil rakyat DAP itu kerana tiada apa yang mau disembunyikan tentang runah berkenaan.
Beliau yang kini tinggal di rumah sewa di Glenmarie dekat Shah Alam belum lagi memasuki rumah yang terletak di Jalan Suasa 7/1L ,Shah Alam itu.
Katanya beliau tidak beli tanah dan bina rumah.Harga RM3.5 juta itu adalah seluruhnya.
Mengikut dokumen pemilikan tanah ia atas nama Dr Khir dan isterinya Datin Seri Zaharah Kecik.Ia dibeli dari Ditamas Sdn Bhd pada tahun 2007.
Dr Khir belum lagi memasuki rumah itu kerana pihak kontraktor belum siapkan kerja-kerja pengubahsuaian kecil.
Di kawasan Seksyen 7 terdapat banyak rumah banglo yang diduduki oleh bekas pegawai tinggi kerajaan,tokoh politik dan sebagainya.Tidak jauh dari situ terletak kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.
Dr Khir menggangap dakwaan Ng sengaja untuk mencemar imejnya.
Serentak dengan itu beliau ‘menawarkan’ kepada Ng untuk menjadi ejen hartanah bagi menjual rumah itu pada harga RM24 juta.
Katanya jika ia berjaya dijual pada harga itu beliau sedia bagi komisyen 50 peratus manakala bakinya untuk membayar pinjaman HSBC dan beli sebuah rumah yang lebih baiik di Damansara.
Tokeyai
Mr.Khir Toyol...opsss sori tersasul... mr khir toyo nampaknya cuba nak memperbodohkan 1malaysia cakap macam kita semua tak ada otak nak menilai yang mana penyangak yang mana penyamun....rumah bosar macam tu korang percaya ke nilai dia sekarang cuma 3juta lebih... lebih-lebih lagi kat area orang kaya-kaya macam tu kalau ya pun nak kelentong up lah sikit harga tu 10juta ke..baru orang boleh nak percaya sikit...tapi nak tanya sikit mana dia dapat duit tu hah...juta-juta tu mana dia dapat eh..gajipun tak sampai macam gaji PM singapore....ni mesti ada songlap kat mana-mana ni..tapi apa-apa pun kita tunggu broker-broker yang boleh jual rumah dia tu hah tunggu apa lagi member dah offer tu sapa boleh up harga tinggi khir toyol...opsss tersasul lagi..khir toyo bagi komisen 50% woyoo.....banyak tue....SPRM tak sudi ke nak jengok-jengok tak kan tak sudi kot...sudi-sudikan lah..
No comments:
Post a Comment