| Tiada akta larang naikkan bendera Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sewajarnya melarang parti tidak bertanding memberi sokongan kepada parti komponen yang bertanding. Menurutnya, PKR tidak menolak kemungkinan akan menaikkan bendera parti pada pilihan raya kecil Bagan Pinang sebagai tanda sokongan kerana sehingga kini tiada sebarang akta melarang parti yang tidak bertanding berbuat demikian. “Sehingga kini tiada akta yang diperuntukkan untuk melarang mana-mana parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya. “Selagi tiada akta yang melarang kita untuk menaikkan bendera parti, selagi itu kita akan teruskan (menaikkan bendera) untuk memberi sokongan kepada calon Pas,” katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau berkata, dalam peraturan pilihan raya terdapat lapan akta yang telah diperuntukkan oleh SPR namun tiada satu akta pun yang jelas melarang bendera parti yang tidak bertanding dipamerkan. Menurutnya, selagi tiada akta yang menghalang bendera parti dinaikkan, PKR, Pas dan DAP akan tetap menaikkan bendera mereka dalam pilihan raya yang akan datang sebagai tanda sokongan kepada parti komponen PR yang bertanding. Beliau berkata demikian bagi merujuk larangan menaikkan bendera kepada parti yang tidak bertanding oleh SPR pada pilihan raya kecil terdahulu. Sebelum ini, parti komponen PR akan turut menaikkan bendera dalam mana-mana pilihan raya yang melibatkan parti komponen tersebut tersebut sebagai tanda sokongan. PKR dan DAP turut menaikkan bendera pada pilihan raya kecil terdahulu seperti di Permatang Pasir dan Manek Urai.- sinar |
Walausiapapun kamu walaudimanapun kamu walauapaperjuanganmu walauapakeinginanmu carilah kedamaian yang abadi disisiNya
Friday, October 2, 2009
Thursday, October 1, 2009
Menurut ketua penerangan AMK, Lee Khai Loom, laporan tersebut akan dibuat di pejabat ICAC oleh ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Pada 14 Ogos lalu, ahli perniagaan tersebut, yang dikenali sebagai Michael Chia, ditahan di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong kerana disyaki melakukan pengubahan matawang Singapura bernilai RM16 juta sebelum menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.
"ICAC Hong Kong telah menyiasat kes tersebut," katanya, sambil menambah AMK akan meminta badan itu supaya meneruskan siasatan lanjut terhadap kes tersebut.
"Dokumen-dokumen yang (didakwa) menunjukkan berlaku aktiviti haram, iaitu aktiviti pembalakan haram yang mungkin menyumbang kepada pengubahan wang itu, juga akan diserahkan," katanya.
Ekoran penahanan Chia, sejurus sebelum pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos tahun lalu, yang dimenangi ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, para pemimpin DAP telah membuat aduan polis terhadap ketua menteri Sabah itu.
Rakyat mahukan pertembungan di antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) di N31 Bagan Pinang menurut tinjauan awal perspektif dan kecenderungan.
SHAH ALAM - Menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang dijadualkan pada 11hb Oktober 2009, satu kaji selidik lapangan di kalangan pengundi di DUN Bagan Pinang mendapati bahawa rakyat meyakini bahawa pilihan raya kali ini akan menunjukkan pertembungan sengit di antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) bagi mendapatkan keyakinan majoriti pengundi untuk memenangi kerusi ini.
Kajian ini dilaksanakan bagi melihat kecenderungan awal pengundi terhadap jangkaan kemenangan di antara parti yang bertanding, populariti calon, kriteria calon pilihan dan isu-isu sama ada isu tempatan mahupun nasional yang menjadi kemungkinan serta kebarangkalian mendapat tumpuan dan mempengaruhi pengundi di kawasan ini.
Berdasarkan hasil dapatan kajian lapangan yang dijalankan oleh Ilham Centre, sebuah firma penyelidikan lapangan bebas mendapati bahawa 57.2% rakyat menjangkakan pilihan raya kali ini melibatkan pertembungan di antara Pakatan Rakyat (PR) yang diwakili oleh PAS dengan Barisan Nasional (BN).
Hanya 32.8% meletakkan harapan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanding di kawasan itu memandangkan N31 Bagan Pinang merupakan DUN yang berada di bawah Parlimen Teluk Kemang yang dimenangi oleh Parti itu.
1. Faktor Pengaruh Isa Samad Terlalu Dominan di Bagan Pinang dan Kekuatan Calon dan Parti Berimbang untuk Penilaian Pengundi
Dalam dapatan kaji selidik menunjukkan bahawa faktor Isa Samad jauh lebih penting dari Mohamad Hassan dalam pilihan raya kali ini iaitu sebanyak 59.6% menyatakan bahawa legasi Isa Samad (gambar di kanan) adalah lebih utama. Namun begitu responden yang juga merupakan pengundi tetap gusar sekiranya beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional di kawasan itu.
Dapatan kualitatif lapangan para penyelidik mendapati, selain pengaruh baik dan jasa besar tokoh ini, namun ia juga dikaitkan dengan beberapa isu negatif seperti skandal rasuah wang pada pemilihan UMNO empat tahun lepas, isu kronisme di kalangan ahli keluarga dan ahli parti di sekitar Port Dickson terutama di kawasan Si Rusa, Teluk Kemang dan Bagan Pinang. Ini juga membuka kepada krisis masalah dalaman parti UMNO untuk meletakkan calon yang sesuai di DUN Bagan Pinang ini. Calon lebih dominan walaupun agak seimbang dengan kekuatan parti.
288 responden mencatatkan 48.5% memilih kekuatan berbanding kekuatan calon yang hanya 41.8%. Baki selebihnya iaitu 8.1% memilih jawapan tidak pasti.
2. Kebimbangan UMNO terhadap pengundi muda dan BN amat bergantung kepada undi POS untuk menang.
Hampir separuh daripada keseluruhan responden iaitu 45.9% adalah pengundi muda iaitu kebanyakan mereka di saluran empat dan lima bersepakat menyatakan bahawa BN mungkin mempunyai masalah untuk menang dengan majoriti besar kerana kebarangkalian berdepan dengan pengundi muda yang terutama menetap dan tinggal di luar kawasan.
Responden bagaimanapun menunjukkan sikap seimbang dalam menilai prestasi UMNO-BN di kawasan tersebut. Seramai 32.3% responden menyatakan reputasi dan prestasi rekod bekas wakil rakyat UMNO akan menjadi beban untuk BN untuk memenangi pilhan raya kali ini.
Berkenaan dengan Undi POS, seramai 47.0% responden bersetuju bahawa UMNO-BN amat bergantung kepada undi POS untuk menang manakala, hanya seramai 11.1% tidak bersetuju manakala 41.9% menyatakan tidak pasti. Kebanyakan responden yang ditanya terutamanya di kalangan anggota tentera beranggapan bahawa sistem undi POS sekarang adalah tidak telus dan kebarangkalian berupaya memberikan kemenangan kepada BN.
3. Pakatan Rakyat berdepan laluan sukar untuk menewaskan UMNO/Barisan Nasional di Bagan Pinang.
Para pengundi yang ditemubual menjangkakan UMNO/BN akan mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang ini dengan majority yang lebih besar. Seramai 44.4% meletakkan keyakinan tersebut berbanding hanya 16.7% mendakwa sebaliknya.
Baki responden yang agak kurang pasti mewakili peratusan sebanyak 38.9%. Beberapa kelebihan dijangka akan memihak kepada jentera UMNO/BN berbanding Pakatan Rakyat yang akan diwakili oleh PAS. Antaranya ialah:
3.1 Program kebajikan dan kemasyarakatan PAS tidak menyeluruh. Malah sebahagian mendakwa tidak mengenal kepimpinan parti berkenaan. Ini mengakibatkan sebanyak 64.6% responden mendakwa pengaruh PAS tidak begitu ketara dari aspek program bersama masyarakat dan rakyat di Bagan Pinang.
3.2 Undi Pos dijangka membantu UMNO/BN untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. Persepsi ini ditunjukkan menerusi peratusan sebanyak 47% yang mendakwa UMNO/BN akan menang bergantung kepada undian pos. 41.9% tidak pasti dan baki responden tidak bersetuju sebanyak 11.1%.
3.3 Selain daripada dua faktor di atas, prestasi Menteri Besar sedikit sebanyak membantu jentera BN di Bagan Pinang ini. 64.6% responden melihat prestasi Menteri Besar akan membantu BN mengekalkan kerusi DUN Bagan Pinang ini. Beberapa strategi lain dilihat mampu dikekalkan oleh UMNO/BN ialah pimpinan pusat mahupun negeri di kalanan jentera Barisan Nasional merupakan strategi ampuh untuk memenangi hati pengundi.
Melihat kepada kejayaan strategi ini di Manek Urai, pengundi melihat strategi akan dikekalkan oleh UMNO/BN untuk menang. Ini diwakili oleh 70.7% responden. Barisan Nasional juga perlu semua parti komponen mampu menggerakkan jentera secara bersepadu sekiranya ingin menang. Pergeseran antara parti komponen Barisan Nasional berpotensi mengundang peralihan sokongan rakyat.
4. Majoriti bersetuju bahawa BN adalah parti perkauman dan parti terpalit rasuah.
Pihak Ilham Centre menggariskan beberapa soalan yang menjurus kepada kekuatan isu nasional yang berkemungkinan mempengaruhi paten pengundian. Namun, sepanjang kajian ini dijalankan, didapati isu Teoh Beng Hock yang mati di bawah tahanan SPRM dan Demontrasi Kepala Lembu di Seksyen 23 Shah Alam tidak memberi kesan di Bagan Pinang sepanjang kaji selidik ini dijalankan.
Para pengundi lebih terkesan dengan pergolakan dalaman UMNO berhubung dilemma pemilihan calon yang sesuai diletakkan oleh parti. Ini mengakibatkan soalan berhubung tanggapan terhadap parti UMNO lebih memberikan kesan kepada para responden. Sebilangan besar responden iaitu sebanyak 34.8% bersetuju untuk menyatakan bahawa UMNO adalah parti yang bersifat perkauman, hanya 32.8% responden tidak bersetuju dengan kenyataan itu manakala 32.3% memberikan respon tidak pasti.
Selain itu, majoriti responden iaitu sebanyak 52.0% bersetuju bahawa UMNO-BN adalah parti yang terpalit dengan pelbagai rasuah dan gejala buruk yang memungkinkan akan menjejaskan sokongan kepada parti itu pada pilihan raya kali ini terutama penolakan di peringkat pengundi muda. Hanya seramai 22.2% menyatakan tidak setuju yang kebanyakkan mereka merupakan pengundi di saluran satu dan dua yang juga merupakan penyokong tegar kepada UMNO-BN.
5. Calon PAS mestilah calon Pakatan Rakyat
Berdasarkan kecenderungan pengundi, 72.2% tidak pasti siapakah calon yang sesuai untuk dijadikan saingan kepada calon UMNO/BN. Namun, bekas calon dalam pilihan raya umum lalu, Ramli Ismail mendahului calon lain sebagai calon. Ramli memperolehi 20.2% pandangan rakyat sebagai calon berbanding Pesuruh Jaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohammad Omar yang hanya diwakili 4.5%.
Calon lain iaitu Kassim Tahir dan Rosli Yaakob tidak dikenali oleh pengundi Bagan Pinang. Selain itu dapatan lapangan mendapati, para pengundi menginginkan calon Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS mestilah seorang yang berjiwa rakyat, rajin turun ke padang menemui masyarakat, profesional dan berwibawa.
Pengundi juga melihat PAS perlu bergerak dalam jentera Pakatan Rakyat. Sebanyak 52.5% melihat PAS amat memerlukan bantuan parti lain dalam Pakatan Rakyat untuk bersaing sengit dengan parti UMNO/BN. Sekiranya aspirasi ini dipenuhi, ini tidak mustahil PAS/PR akan berjaya merampas kerusi DUN Bagan Pinang daripada UMNO/BN.
6. Kesimpulan
Dari hasil kajian lapangan di atas bolehlah dibuat kesimpulan bahawa pengundi N31 Bagan Pinang lebih cenderung menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) menghadapi saingan yang sukar dan sengit untuk terus memenangi kerusi N31 ini sekiranya PAS hadir dengan semangat dan kerjasama yang padu bersama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR).
Latar Belakang Kajian Lapangan "Tinjauan Awal Perspektif Umum dan Kecenderungan dan Trend Pengundian di N31 Bagan Pinang".
- Para pengundi berdaftar dan penduduk di N31 Bagan Pinang dipilih menerusi kaedah pemilihan berstruktur dan ditemubual (interviews) di samping pemerhatian secara terus dan penglibatan di lapangan (Survey by Direct and Participant Observation).
- Responden terdiri daripada 53.0% pengundi Melayu, 30.8% Cina dan 12.1% India.
- Responden dipilih berdasarkan komposisi kaum dan lokaliti Unit Peti Undi (UPU)
mengikut saluran di tempat itu. - Persampelan dibentuk dengan mengambil kira jumlah pengundi berdaftar/penduduk di setiap DUN dalam N31 Bagan Pinang berasaskan parti, pecahan kaum, UPU, lokaliti kawasan, jantina, umur dan pekerjaan.
- Kawasan/lokaliti kajian adalah sekitar N31 Bagan Pinang yang melibatkan kawasan bandar dan luar bandar di 8 buah UPU (Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall, Sua Betong, Taman Eastern, Kampung Bagan Pinang, Si Rusa dan Teluk Kemang).
- Temubual dan observasi dijalankan dari 15hb hingga 16hb September 2009.
- Ralat bagi kaji selidik ini adalah ±1.41%
Mengenai ILHAM CENTRE (KT0211031-M)
Ilham Centre ditubuhkan pada 2006 sebagai sebuah firma penyelidikan bebas yang menumpukan pengkhususan dalam kajian lapangan. Fokus dan tumpuan penyelidikan berasaskan kajian lapangan mengambil kira pendekatan sepertimana kaedah penyelidikan akademik di peringkat pengajian tinggi. Penyelidikan pandangan awam yang dilakukan menerusi kaji selidik lapangan dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan dan kajian dasar.
Ilham Centre dibarisi oleh para pengkaji sosial yang mempunyai kepakaran di dalam bidang sains politik, politik antarabangsa, ekonomi dan kewangan, sains kemasyarakatan dan juga kajian dasar. Ilham Centre yakin bahawa sebuah negara yang maju harus didukungi dengan fakta dan statistik.
Usaha ini juga bagi meletakkan harapan untuk menyumbangkan kepakaran untuk mengangkat tamadun Malaysia yang didasari dengan penggubalan dasar berdasarkan suara rakyat terbanyak.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
Panel Penyelidikan ILHAM CENTRE - merdekareview

KENALI SIAPA DUDA KAHWIN UMI AIDA

DR Ristina-(Meninggal dunia di Indonesia akibat terjatuh dari katil)



Gambar (kiri Khairuddin atau DUT) bersama Umi Hafilda.KANAN Khaled Jefri juga telah meninggal dunia.Pengarang buku yang menjadi jutawan dalam kes DSAI 1998.


Khairuddin di belakang Umi dan Azwan
Watak nya tidak nyata dalam kes DSAI ketika zaman 1998 dahulu.Anak Pulau Pinang ,Sg Rambai Bukit Mertajam ini terlibat sebagai talibarut Umi Hafilda dan juga menjadi tukang karang di merata tempat di seluruh Malaysia mendedahkan keburukan Anwar kepada kelompok dikampung-kampung.Anak saudara kepada arwah Sulaiman Palestin.Tak dapat Umi Hafilda dapat Umi Aida.
Kini mendapat gelaran Dato sejak beberapa tahun dahulu. Semasa zaman Pak Lah melakukan penerbangan dengan nama Kembara Kailan.Bermula dari kosong dan melilau kini menjadi jutawan. Entah perniagaan apa yang di lakukan beliau sehingga menjadi kaya raya dan mendapat gelaran Dato .Kini menggunakan kereta jenama Maserrati,Ferrari , Kawan baik Ali Rostam dan pernah menjadi director kilang motor Comel di Melaka .Beliau juga menjadi pengarah pertubuhan Malaysia Kombodia mengenai perdagangan antara Malaysia dan Kombodia.
Khabarnya menghadiahkan rumah dan juga kereta mewah mencecah jutaan ringgit untuk mendapatkan Umi Aida....yang coolnya majlis pertunangan nie dilangsungkan kat kondo yang dihadiahkan oleh Datuk Khairuddin ni kepada Umie Aida.
Cincin tunang bertatahkan berlian daripada koleksi jenama mewah, Chopard mengikat pelakon jelita, Umie Aida atau Umie Kalsom Rahmad dengan putera idamannya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, malam tadi.-wrlr
okt 1 09
Belum habis lagi.Mari terus lihat Magic Isa Samad di Kilometer 3 Kampung Baru Bagan Pinang.
cilok dari baganutama.blogspot
Satu Lagi Projek Masyukkk Kat ISA pendek.....
JENTOLAK TELAH SAMPAI UNTUK PROJEK MASYUKKK
NEGERI SEMBILAN: RM40 JUTA BINA 2 SEKOLAH TELOK KEMANG – berita hairan
Kerajaan Pusat meluluskan peruntukkan RM40 juta untuk membina sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di kawasan Teluk Kemang di sini, berikutan pertambahan mendadak penduduk dan taman perumahan baru.
Pembinaan Sekolah Kebangsaan Taman Intan Perdana berharga RM18.5 juta dijangka dimulakan pada bila-bila masa dan dijangka siap sebelum akhir 2011.
Okt 1 09
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mendakwa Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) tidak adil.
Sebagai contoh, dakwa beliau, CPI tidak mengambilkira jumlah penduduk negara-negara dalam indeks tersebut.
"Saya melihat begitu banyak penambahbaikan di dalam perkhidmatan awam sejak 10 tahun lalu," akhbar Filipina, Business Mirror memetik beliau berkata.
Akhbar itu melaporkan, TI menyifatkan reputasi Malaysia sebagai tempat menjalankan perniagaan telah merosot sejak beberapa tahun lalu.
Malah, lapor akhbar itu lagi, TI menyifatkan projek hidroelektrik Bakun sebagai "tugu rasuah".
Laporan CPI bagi tahun 2008 menunjukkan kedudukaan Malaysia bertambah buruk, merudum ke tangga ke 47 dari tangga ke 43 dalam indeks bagi tahun 2007.
Sejak kali pertama Malaysia disenaraikan dalam indeks tersebutpada tahun 1995, di mana Malaysia berada pada tangga ke 23, kedudukannya terus merudum.
Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas. Israel berada pada kedudukan ke 33 dalam indeks tersebut bagi tahun 2008.
Tuduhan Ahmad Said itu dilihat sebagai tindak balas kepada ulasan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low kepada indeks tersebut.
Low menyifatkan SPRM belum memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu sebagai mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.
Isu rasuah di Malaysia belum mendapat keutamaan dari segi usaha menangani masalah tersebut, kata beliau.
Ketika mengumumkan Laporan Rasuah Global (CGR) 2009 baru-baru ini, Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.
GCR adalah penerbitan tahunan utama TI yang menghimpunkan penyelidikan dan analisis pakar-pakar di seluruh dunia dengan tumpuan kepada isu berkaitan rasuah.
Ia menampilkan 75 pakar dalam mengkaji skala, skop dan kemusnahan akibat rasuah syarikat, dan meliputi perniagaan kecil dan sederhana hinggalah syarikat multinasional di 46 negara.
Menurut laporan itu, berkata hubungan antara kerajaan, perkhidmatan awam dan sektor swasta di Malaysia melemahkan keberkesanan konsep "check and balance".
"Pembiayaan politik merupakan isu besar," kata Low.
Laporan itu juga menyatakan bahawa hubungan kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu bererti rasuah mungkin berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.
Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.POSTING RUJUKAN
SAJAK DR ASRI
BLOG LIST
-
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah22 minutes ago
-
-
-
JOM PI RAMAI-RAMAI..!14 hours ago
-
-
-
Najib Marah BN19 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
JEWS VS. JEWS IN ZIONIST STATE2 days ago
-
-
Sifat Munafik UMNO Di Balas Tuhan3 days ago
-
-
-
SALAHKAN BN LA...!!!4 days ago
-
ingin bersedih atau ketawa?4 days ago
-
-
-
Tau atau buat-buat tak tau?1 week ago
-
-
Apa Guna Bintang Kebesaran & Pingat?1 week ago
-
-
Cubaan Hidupkan Al-Arqam.1 week ago
-
-
-
-
-
-
-
SYIAH2 weeks ago
-
-
Israel tunjuk belang!2 weeks ago
-
MINYAK NAK NAIK LAGI ?2 weeks ago
-
28 Mei 2010 Wa langgar Rusila.4 weeks ago
-
nota kecil kepada perdana menteri1 month ago
-
-
PERKASA KEKUATAN BANGSA MELAYU2 months ago
-
ISU MINYAK KELANTAN:KERATAN AKBAR3 months ago
-
NAK BUAT APA HUJUNG MINGGU NI?3 months ago
-
-
penat4 months ago
-
The Unelected President4 months ago
-