Showing posts with label akta. Show all posts
Showing posts with label akta. Show all posts

Saturday, July 31, 2010

KULI DESAK MANSUH SEKAT AKTA KEBEBASAN

Hari ini semua N3 wa pasal KuLi ...dasatlah orang tua nie sekarang...semua statement dia betul apa....hanya puak-puak umno jer kata tak betul...lantak pilah diaorang....wa sokong KuLi 100%...lu mau cakap apa....

Ku Li ulangi desakan minta kerajaan mansuh akta sekat kebebasan

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengulangi desakannya agar kerajaan memansuhkan undang-undang yang dilihat menyekat kebebasan selain digunakan untuk menyemai perasaan takut di kalangan rakyat.

“Ketika anda berada di persidangan ini, biar saya berhujah, sehingga ke tahap minimum yang mutlak, kita harus meminta agar memansuhkan akta-akta yang tidak adil dan yang disalah guna sehingga menyekat kebebasan yang kita pernah menikmati ketika negara merdeka (lima dekad lalu),” kata beliau.

Kenyataan Tengku Razaleigh itu disusuli dengan permintaannya agar rakyat menyertai beliau mendesak agar undang-undang sedemikian tidak lagi diguna pakai.

“Saya meminta anda menyertai saya dalam mendesak agar memansuhkan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960) dan OSA (AKta Rahsia Rasmi 1972).

“Undang-undang ini lazimnya digunakan sebagai alat politik, bukannya sebagai instrumen keselamatan negara. Ini mencetuskan iklim ketakutan (di kalangan rakyat),” kata beliau pada Sidang Kemuncak Tahunan Kepimpinan Pelajar Malaysia Keempat di sini.

Selain itu beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menggesa agar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang turut menjejaskan mutu sistem pendidikan dimansuhkan.

“Saya minta anda sertai saya dalam menggesa tindakan memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, dan yang pentingnya AUKU.

“Saya tidak dapat lihat bagaimana anda boleh meneruskan aktivisme seperti kebebasan di UK dan Eire sementara rakan-rakan anda di tanah air dinafikan hak asasi berpersatuan dan bersuara oleh AUKU,” kata beliau dengan merujuk kepada hak-hak yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Sehubungan itu, Tengku Razaleigh berkata rakyat mesti proaktif dan perlu ada inisiatif untuk menentukan masa depan negara.

Beliau menambah, jika pihak pemerintah mengatakan bahawa “masa depan anda terletak di tangan anda, harap bertanya kepada mereka agar diberikan masa depan itu (kepada anda) terlebih dahulu.”

“Tanya mereka bagaimana anggota paling paling muda dalam Kabinet berusia 45 (tahun)?”

“Purata umur Kabinet (ketika) merdeka bawah 30 tahun. Anda bukan generasi pertama yang cerdik. Tetapi (anda juga) bukannya kurang cerdik.

“Tetapi anda boleh jadi generasi pertama pelajar dan graduan muda dalam 50 tahun membuat negara ini melalui pembaharuan yang besar. Dan, pembaharuan itu kini mendesak,” katanya lagi.

Malah kata beliau, rakyat Malaysia tidak harus diperdayakan dengan rasa terhutang budi palsu kepada kerajaan.

“Anda akan diberitahu bahawa banyak yang diharapkan daripada anda, banyak yang telah diberikan kepada anda, dan sebagainya.

“Semua ini adalah benar. Sebenarnya, banyak yang telah dicuri daripada anda. Sepanjang 25 tahun yang lalu, banyak kekayaan yang dijana oleh rakyat yang berdaya maju dan sumber-sumber yang banyak jumlahnya telah dirampas,” kata Tengku Razaleigh.

“Ini adalah (harta) patrimoni anda,” katanya lagi sambil menegaskan, rakyat tidak harus diimlakkan oleh parti-parti politik.

Justeru kata beliau, generasi muda tidak harus menerima naungan politik, sebaliknya harus berjuang demi masa depan yang lebih baik.-tmi


Friday, October 2, 2009

Tiada Akta Larang Naik Bendera
okt 2 09

SPR ni lebih sudu dari kuah mengada-ngada berlagak lebih macam dia bagus sangat...tak tahu semuanya mangkuk ayun...profesional konon...profesional apa kalau macam tuh..semua keputusan yang dibuat lebih kat Umno...PR nak bendera pun tak boleh...pergi mamposlah korang...tak ada cara lain lepas nih dia mesti suruh mintak permit kat MPPD pulak kalau tak alamat bendera DAP dan Keadilan dibakulsampahkan lah nampak gayanya....kurang ajar punya SPR...aku haramkan duit cukai aku pegi kat depa...dah kalau semua tak boleh pergi jahanamlah kau SPR...

Tiada akta larang naikkan bendera

SHAH ALAM - Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menegaskan bahawa tiada sebarang akta yang melarang mana-mana parti tidak bertanding dalam pilihan raya kecil yang diadakan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sewajarnya melarang parti tidak bertanding memberi sokongan kepada parti komponen yang bertanding.

Menurutnya, PKR tidak menolak kemungkinan akan menaikkan bendera parti pada pilihan raya kecil Bagan Pinang sebagai tanda sokongan kerana sehingga kini tiada sebarang akta melarang parti yang tidak bertanding berbuat demikian.

“Sehingga kini tiada akta yang diperuntukkan untuk melarang mana-mana parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya.

“Selagi tiada akta yang melarang kita untuk menaikkan bendera parti, selagi itu kita akan teruskan (menaikkan bendera) untuk memberi sokongan kepada calon Pas,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, dalam peraturan pilihan raya terdapat lapan akta yang telah diperuntukkan oleh SPR namun tiada satu akta pun yang jelas melarang bendera parti yang tidak bertanding dipamerkan.

Menurutnya, selagi tiada akta yang menghalang bendera parti dinaikkan, PKR, Pas dan DAP akan tetap menaikkan bendera mereka dalam pilihan raya yang akan datang sebagai tanda sokongan kepada parti komponen PR yang bertanding.

Beliau berkata demikian bagi merujuk larangan menaikkan bendera kepada parti yang tidak bertanding oleh SPR pada pilihan raya kecil terdahulu.

Sebelum ini, parti komponen PR akan turut menaikkan bendera dalam mana-mana pilihan raya yang melibatkan parti komponen tersebut tersebut sebagai tanda sokongan.

PKR dan DAP turut menaikkan bendera pada pilihan raya kecil terdahulu seperti di Permatang Pasir dan Manek Urai.-
sinar

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran