Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Wednesday, September 22, 2010

PELAKON BADRUL MUHAYAT BUAT HAL LAGI

Apa nak jadi dengan pelakon sorang nie...tak habis-habis nak pukul bini...kalau dah tak suka tu...lepaskan ajelah abis cerita...apa nak pukul-pukul kaum hawa tak kesian ker....


Badrul didakwa bertindak ganas lagi ke atas isteri

AMPANG: Tak habis-habis buat hal.
Itu yang berlaku kepada pelakon popular, Badrul Muhayat, 42 tahun, apabila beliau sekali lagi didakwa melakukan keganasan terhadap isterinya di rumah mereka di Kampung Cheras Baru di sini, Ahad lalu.Kali ini pelakon terbabit, yang menjadi berang apabila isterinya, Cik Julia Daud, 29 tahun, meminta beliau menurunkan tandatangan di atas surat permohonan cerai, didakwa menendang wanita berkenaan di pinggang.Dalam kejadian sekitar 4.30 petang itu, pelakon tersebut pulang ke rumah dalam keadaan tergesagesa sebelum menyelongkar dan mengambil pakaiannya dalam bilik.Menurut sumber polis, ketika itu isterinya meminta pelakon berkenaan menurunkan tandatangan surat yang menyatakan bersetuju untuk bercerai secara baik sebelum Badrul menjadi marah dan berlaku pertengkaran antara mereka.'Pelakon itu bertegas tidak mahu menandatangani surat terbabit sebelum beliau secara tiba-tiba mengambil anak perempuannya, Siti Nor Batrisyia, yang berusia tiga tahun, dan membawanya menaiki kereta.'Bagaimanapun, isterinya cuba mengejar sebelum pelakon terbabit memberhentikan kereta di depan rumah pengasuh anak tidak jauh dari rumah mereka,' katanya.Beliau berkata sebaik meninggalkan anaknya di hadapan rumah, isteri pelakon itu segera memasuki kereta dan mendesak pelakon tersebut menandatangani surat persetujuan bercerai.'Tindakan itu menyebabkan pelakon berkenaan berang dan terus menendang pinggang isterinya itu dengan tujuan menghalaunya keluar daripada kereta.'Berlaku sedikit pergelutan antara mereka sebelum beberapa jiran menenteramkan keadaan dan meminta pasangan itu masuk ke dalam rumah untuk berbincang,' kata sumber polis.Menurutnya, selepas berbincang, pelakon itu bersetuju menandatangani surat menyatakan beliau bersetuju bercerai secara baik dengan isterinya itu sebelum meninggalkan rumah dalam keadaan tergesa-gesa.'Malah, pelakon itu sempat memberitahu isterinya bahawa beliau tidak akan hadir pada perbicaraan perceraian mereka di Mahkamah Syariah Kajang Rabu ini,' tambah sumber itu.Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Abdul Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat isteri pelakon terbabit. -- Harian Metro.

Thursday, August 5, 2010

BEKAS ISTERI USTAZ AKHIL NIKAH CHEF

Tukar tiun sikitlah posting kali ini....ni..hah...bekas isteri ustaz akhil nak kawin chef tak lama lagi...eloklah tu...tak baik memjanda lama-lama....sampai time kawinlah kan.....ustaz akhil hang apa kabaq....lama tak dengar cerita...



SELEPAS dua kali terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinan, akhirnya bekas isteri kepada penyanyi nasyid Akhil Hayy, Maizawati Zainal,35, mengesahkan untuk bernikah dengan pasangannya, Mohd Yassin Rahim,23, pada 9 Ogos ini di Ipoh, Perak.
Majlis tersebut dijangka berlangsung selepas Zohor di salah sebuah masjid di Ulu Kinta, dalam suasana penuh sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media.
Wanita yang mesra dengan panggilan Maiza ini berkata dia dan pasangannya yang juga seorang Chef, menetapkan tarikh perkahwinan itu pada minggu lalu dan mahu melaksanakan yang wajib terlebih dahulu.
“Kadangkala apa yang kita rancang tu tak selalu menjadi. Tapi kali ini, kami tidak mahu merancang sangat dan berharap semuanya berjalan dengan lancar seperti yang diinginkan.
“Sebelum ini, kami banyak kerja dan komitmen lain sehingga beberapa kali terpaksa menangguhkan perkahwinan. Tetapi kali ini kami betul-betul nekad sebab selepas ini kami berdua akan bekerjasama untuk membuka perniagaan di Kuala Lumpur.
“Insya-Allah, pada bulan puasa ini, kami akan membuat bisnes produk Madu Herba Maiza dan menjadi ejen busana muslimah yang menjual baju kebaya, kebarung, jubah dan tudung,” kata duta Avon Intimate itu kepada mStar Online.
Maiza berkata, dia tidak menetapkan wang hantaran sebaliknya menerima mas kahwin sebanyak RM101 berserta lima dulang hantaran termasuk senaskhah al-Quran. Sementara pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran daripadanya.
“Selepas bernikah, kami akan membuat sedikit kenduri doa selamat di rumah saya. Setakat ini, kami belum merancang apa-apa majlis resepsi tetapi kalau ada rezeki Insya-Allah kami akan buat. Begitu juga sebelah pihak lelaki, kalau ada rezeki kami akan buat majlis pada tahun depan di Sabah,” ujarnya lagi.
Bakal suami Maiza berasal dari Likas, Sabah dan pernah bekerja sebagai Chef di Singapura. Atas kepakaran itu, pasangan yang berbeza usia 12 tahun itu juga merancang untuk membuka sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Menariknya, Mohd Yassin bercadang untuk memasak menu lauk pengantin untuk upacara makan beradap. Sementara lauk-pauk untuk tetamu akan dimasak secara gotong-royong oleh keluarga dan jiran tetangga Maiza.
Maiza pernah berkahwin sebanyak dua kali termasuk dengan penyanyi dan penceramah Akhil Hayy. Mereka bercerai pada 15 Julai 2009 dan mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan itu. Maiza juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya.
Sementara Akhil telah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Waheeda.

Sunday, June 13, 2010

SAIFUL APEK DITAHAN POLIS KES DADAH



PETALING JAYA: Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek ditahan bersama lima rakannya serta merampas 40 gram dadah dipercayai ganja di rumahnya di Jalan PJS7 Subang Jaya, dekat sini malam, semalam. 
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, mereka ditahan di rumah kediaman Saiful di Sunway kira-kira pukul 10 malam semalam.
Katanya, kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 39A(1), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Kesemua suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini," katanya kepadamStar Online sewaktu dihubungi di sini hari ini.
Apek terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Senario Lagi (2000), Senario The Movie (1999), Nana Tanjung 2 (2007) dan Cicak Man (2006).-MSTAR

Thursday, October 1, 2009

Datuk K Umi Aida Bukan Datuk K Siti
okt 1 09

KENALI SIAPA DUDA KAHWIN UMI AIDA


DR Ristina-(Meninggal dunia di Indonesia akibat terjatuh dari katil)

Gambar (kiri Khairuddin atau DUT) bersama Umi Hafilda.KANAN Khaled Jefri juga telah meninggal dunia.Pengarang buku yang menjadi jutawan dalam kes DSAI 1998.


Khairuddin di belakang Umi dan Azwan

Watak nya tidak nyata dalam kes DSAI ketika zaman 1998 dahulu.Anak Pulau Pinang ,Sg Rambai Bukit Mertajam ini terlibat sebagai talibarut Umi Hafilda dan juga menjadi tukang karang di merata tempat di seluruh Malaysia mendedahkan keburukan Anwar kepada kelompok dikampung-kampung.Anak saudara kepada arwah Sulaiman Palestin.Tak dapat Umi Hafilda dapat Umi Aida.

Kini mendapat gelaran Dato sejak beberapa tahun dahulu. Semasa zaman Pak Lah melakukan penerbangan dengan nama Kembara Kailan.Bermula dari kosong dan melilau kini menjadi jutawan. Entah perniagaan apa yang di lakukan beliau sehingga menjadi kaya raya dan mendapat gelaran Dato .Kini menggunakan kereta jenama Maserrati,Ferrari , Kawan baik Ali Rostam dan pernah menjadi director kilang motor Comel di Melaka .Beliau juga menjadi pengarah pertubuhan Malaysia Kombodia mengenai perdagangan antara Malaysia dan Kombodia.

Khabarnya menghadiahkan rumah dan juga kereta mewah mencecah jutaan ringgit untuk mendapatkan Umi Aida....yang coolnya majlis pertunangan nie dilangsungkan kat kondo yang dihadiahkan oleh Datuk Khairuddin ni kepada Umie Aida.


Cincin tunang bertatahkan berlian daripada koleksi jenama mewah, Chopard mengikat pelakon jelita, Umie Aida atau Umie Kalsom Rahmad dengan putera idamannya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, malam tadi.-wrlr

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran