Friday, August 28, 2009

Kemelut T'gganu : Adun Akui ada rundingan Utk Keluar Umno
ogos 28 09

Seorang wakil rakyat Umno Terengganu hari ini mengakui memang ada rundingan melibatkan beberapa orang wakil rakyat lain parti berkenaan berhubung cadangan untuk lompat parti.

ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan Umno bermula sejak dua bulan lalu, berikutan rasa tidak senang dengan kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

"Ini bermula daripada cadangan. Cadangan ini ada daripada PKR dan ada daripada individu," katanya kepada Malaysiakini, tanpa menamakan individu-individu berkenaan.

Jelasnya, pertemuan seumpama itu juga diadakan secara tidak rasmi di antara beliau sendiri dan beberapa lagi wakil rakyat Umno negeri itu.

Beliau turut mengesahkan terdapat sembilan orang wakil wakyat Umno yang kini tidak lagi menyokong kepimpinan ADUN Kijal.

"Memang betul kami tidak berpuas hati dengan menteri besar," kata Nawi lagi.

Ditanya sama ada wujud rundingan balas pihak menteri besar atau Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak untuk memujuk mereka kekal dalam Umno, Nawi berkata: "Tidak ada."

Beliau juga menolak laporan media bahawa tindakan mereka itu akan disekat oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS Terengganu.

"Maknanya sekarang ini, bebaslah (kami) sama ada hendak kekal atau hendak keluar daripada parti," katanya.

Sementara itu, ADUN Alor Limbat, Alias Abdullah pula tidak tahu-menahu mengenai rancangan sembilan wakil rakyat Umno di negeri itu untuk menyertai PKR.

"Saya sendiri tidak pernah mendengar (nak lompat). Belum ada lagi yang nak lompat,” kata wakil rakyat Umno itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Kita tidak pernah berbincang tentang perkara ini."

Tokeyai

Ada yang kata ada ada yang kata tak ada...mengada-ngada pulak cakap aje terus terang nak lompat...tapi bab-bab lompat ni tokeyai tak berapa setujulah penuh dengan konflik kemudian hari nanti dia yang elok bubar aje dun tu selesai semua masalah...
Adun Terengganu Boikot Sidang Dun
ogos 28 09

KUALA TERENGGANU – Tindakan kesemua wakil rakyat UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mengambil bahagian dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 25 dan 26 Ogos baru-baru ini dilihat sebagai ‘protes senyap’ terhadap Dato' Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/kerusiadunkosong.jpg

(Gambar - kerusi ADUN BN kosong semasa bantahan 'memulaukan' sidang DUN April lalu) Satu sumber memaklumkan, krisis ‘dalaman’ UMNO-BN Terengganu semakin parah malah sukar diubati lagi.

Jika persidangan DUN Terengganu pada April 2009 lalu mereka (ADUN BN) mengambil tindakan memboikot tetapi kali ini semuanya senyap membisu.

Adun-adun BN terbabit yang sebelum ini ‘berkokok’ bagaikan ayam sabung diluar Dewan, sebaliknya menjadi lesu ibarat ‘ayam berak kapur’ dalam Sidang DUN.

Mereka (Adun BN) langsung tidak mengemukakan sebarang soalan lisan atau bertulis tdan tidak mengambil bahagian dalam perbahasannya selama dua hari tersebut.

Dari 24 orang ADUN hanya wakil Permaisuri, Abd Halim Jusoh yang mengemukakan satu soalan sahaja pada hari pertama persidangan 25 Ogos 2009.

Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan tindakan wakil rakyat BN yang bersikap demikian.

Ditanya mengenai ketiadaan penyertaan wakil rakyat BN dalam mengemukakan soalan dan sesi perbahasan, Ahmad berkata beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana tidak berupaya mengawalnya.

“Saya nak buat macam mana, saya bukan ada ‘remote control’ boleh kawal, biarlah rakyat menilainya.

“Mereka itu wakil rakyat, dewan (DUN Terengganu) bersidang tiga kali setahun. Jadi inilah masanya mereka (ADUN) kemukakan masalah dan perjuangkan hak kawasan masing-masing,” jelasnya pada siding akhbar di Tingkat 16, Wisma Darul Iman, 26 Ogos lalu.

Katanya, perbincangan telah diadakan bagi menyelesaikan masalah kemelut politik yang berlaku tetapi tidak dinafikan ada Adun-adun yang ‘berkeras’ serta enggan menyokong kepimpinannya sebagai Menteri Besar Terengganu.

“Dulu mereka tidak puas hati saya jadi Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu dan kita ganti dengan Dato’ Hishamuddin pun tidak selesai masalah.

“Mereka tidak puas hati ‘Pok Rosli’ (Dato’ Rosli Mat Hasan) jadi Setiausaha Perhubungan dan kita tukar kepada orang lain pun tidak selesai masalah.” ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Terengganu menyifatkan masalah tersebut sukar diselesaikan sekiranya wakil rakyat itu sendiri tidak mahu selesaikan.

“Saya sendiri berusaha sedaya upaya untuk menjernihkan kembali keadaan politik negeri ini termasuk melakukan rombakan semula Umno Terengganu.

“Sebab itu, saya kata ini bukan soal saya tetapi soal mereka (wakil rakyat) dan saya rasa mereka tidak ramai. Ada tiga atau empat orang yang masih berkeras lagi,” jelasnya.

Sementara itu, Adun Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ketika mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyifatkan tindakan Adun BN yang tidak mengambil bahagian itu sebagai ‘protes senyap’ kepada Menteri Besarnya, Dato’ Ahmad Said.

Kesemua wakil PAS mendapat pujian kerana berjaya mengemukakan banyak soalan lisan dan bertulis serta mengambil bahagian setiap kali ada perbahasan usul pada sidang Dun Terengganu kali ini.

Bahkan, langsung tidak ada gangguan seperti sebelum ini yang masing-masing cuba menunjukkan ‘jaguh’ berbahas di dewan tersebut.

Antara Adun-adun BN yang sebelum ini kuat ‘berkokok’ iaitu Adun BN Ajil, Dato’ Rosol Wahid, Dato’ Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan (Jabi), Zawawi (Kuala Berang), Mohamad Ramli Nuh (Tepoh) serta beberapa orang lagi mengambil sikap ‘protes senyap’.

Pelik Najib Lantik Menteri Bantu Menteri-Mahfuz
ogos 28 09

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melantik Dato' Seri Idris Jala sebagai menteri bagi membantu Koh Tsu Koon, yang juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat pelik dan mengelirukan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berpendapat bukan satu keperluan untuk melantik seorang pembantu bertaraf menteri kepada seorang menteri yang lain. Ini kerana tindakan seorang menteri melapor kepada bosnya yang juga menteri adalah sesuatu yang agak pelik.

"Saya tak faham kenapa Najib lantik menteri untuk 'report' kepada menteri. Kalau lantik sebagai CEO saya tak hairan la. Seorang menteri saya rasa dah cukup. saya tak faham dan tak nampak apa keperluan Koh Tsu Koon lagi disitu," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).

Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

Dia juga akan menjadi timbalan kepada Koh dalam lembaga pemandu dan akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.

Mengulas perkara itu juga, Mahfuz berkata ianya seolah-olah menunjukkan kecelaruan dalam pentadbiran Najib. Pada awal Najib menjadi Perdana Menteri, dia dilihat berusaha mengecilkan kabinet barunya namun pelantikan Idris dilihat sebaliknya.

"Ini kecelaruan dalam kabinet Najib, bagaimana nak capai KPI kalau yang ini pun bercelaru. Dulu kata nak kecilkan kabinet, tapi sekarang tambah lagi seorang menteri," ujar Naib Presiden PAS itu lagi.

Idris adalah Pengarah Urusan dan CEO, Malaysia Airlines yang dilantik pada Disember 2005, selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.

Sebelum menyertai Malaysia Airlines, Idris berkhidmat selama 23 tahun dengan Shell. Antara 2002 dan 2005, Idris adalah Pengarah Urusan, Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden, Shell Malaysia Gas & Power (Malaysia).

Mahfuz yang mengakui kredibiliti Idris khususnya kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu di Shell bagaimanapun mempertikai kemampuan Idris khususnya sewaktu memulihkan keadaan ekonomi MAS.

"Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS sahaja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian akibat kenaikan harga bahan bakar," ujarnya.

Gelagat Binatang-Binatang
ogos 28 09

Beruang : "sekali je aku mengaum, seluruh hutan menggigil."


Singa : "ek eleh, sekali je aku mengaum semua belantara ketakutan."




Babi kata: "Wa La Weh.... sekali je aku batuk, satu dunia panik!"


Berita Yang Benar Kat Utusan
ogos 28 09

GEMPUR PENYELUDUP


SEORANG anggota Batalion 9 PGA mengejar seorang lelaki yang cuba menyeludup masuk beras di kawasan sempadan di Bukit Lata, Rantau Panjang, Kelantan, baru-baru ini. – BERNAMA


SEMPENA musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) mengetatkan kawalan di pintu-pintu masuk di sempadan negara.

Antara aktiviti haram yang kerap berlaku menjelang musim perayaan ialah penyeludupan mercun, bunga api, beras, serta barang-barang yang mendapat permintaan tinggi termasuk gula dan tepung.

Najib Membela Pendatang Asing Untuk Undi Dia
ogos 28 09


EKSKLUSIF Suara Keadilan

Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan "membela" pendatang asing Rohingya dari Myanmar untuk digunakan sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan pada setiap pilihanraya di kawasan Parlimen Pekan Pahang.

Lebih 2,000 warga Myanmar disediakan dengan tanah untuk bercucuk tanam dan membina rumah banglo mewah, diberi elaun bulanan RM500 DAN taraf kerakyatan Malaysia supaya mereka mengundi Najib dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum 2008 dan pemilihan seterusnya.

Keputusan untuk membawa masuk dan membela rakyat asing sebagai imbuhan untuk undi mereka dibuat selepas Najib hampir tewas mengejut pada pilihanraya umum 1999 tetapi hanya dilaksanakan beberapa ketika selepas itu.

Pada tahun 1999, Najib hanya menang hanya kira-kira 241 undi sahaja, setelah popularitinya menggelongsor teruk akibat dibelit pelbagai skandal dan dicantas oleh kalangan pemimpin kanan Umno sendiri.

Susulan itu, perancangan dibuat untuk membawa masuk warga Myanmar yang kemudian diberi lampu hijau mendirikan penempatan di Kampung Baru Cenderawasih, Sungei Miang.

Lebih menggemparkan, pelarian yang fasih berbahasa loghat utara dikesan menerima taraf kerakyatan Malaysia akhir 2007, membolehkan mereka mengundi untuk Najib pada pilihanraya umum ke-12 Mac 2008.

Pelarian berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Kedah oleh Barisan Nasional mulai 2003 bagi mengukuhkan kedudukan Najib di Pekan. Beliau telah memegang kerusi itu sejak 1976, selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak.

Suara Keadilan membuat pendedahan program membela pengundi dari kalangan pelarian asing ini apabila berjaya menyeludup masuk ke dalam Kampung Cenderawasih.

Kampung itu dikawal ketat oleh seorang ketua daripada kalangan pelarian tersebut yang hanya dikenali sebagai "Jeneral".

Semua pelawat luar ke kampung itu mesti melalui pintu kawalan masuk dan mendapat kebenaran daripada "Jeneral" sebelum dibenarkan masuk.

Sumber memberitahu semua pendatang asing yang berkampung di situ amat patuh sekali kepada "Jeneral" dan tidak seorang pun daripada mereka dibenarkan berpindah daripada kawasan berkenaan.

Ini kerana mereka dikhuatiri akan ditangkap oleh pihak berkuasa dan tempat persembunyian mereka dibongkar kepada umum.

Suara Keadilan menemui sebidang kawasan tanah rata yang dianggarkan seluas lebih 200 ekar dengan deretan dua rumah panjang menempatkan kira-kira 200 keluarga pelarian.

Keadaan sesak di situ kelihatan tidak ubah seperti sebuah kem pelarian. Namun apabila ditinjau dari lebih dekat, didapati ratusan buah rumah sedang dalam pembinaan ataupun sudah siap untuk diduduki.

Penempatan mewah untuk warga asing ini menempelak hakikat bahawa ada lebih 600,000 setinggan di seluruh negara yang tidak memiliki rumah selesa.

Namun di di Kampung Cenderawasih, akibat mahu mengekalkan kuasa, pemerintah sanggup menganaktiri rakyat sendiri dan menghadiahkan bukan sahaja rumah malah kerakyatan kepada pelarian dari negara jiran.

Semua ini berlaku di kawasan parlimen Perdana Menteri dan di negeri kelahiran beliau yang mempunyai lebih 7,000 setinggan yang hidup tanpa kemudahan asas sempurna.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Ada beberapa jenis rumah yang dibina di Kampung Cenderawasih. Di kawasan yang berhampiran dengan rumah panjang, didirikan rumah seperti rumah PPRT tetapi di kawasan yang lebih dalam dan terselindung dari pemandangan, ratusan rumah reka bentuk banglo dan separuh banglo dibina.

Rumah mewah ini dianggarkan berharga antara RM200,000 dan RM500,000 sebuah tetapi diberikan diberi secara percuma kepada pendatang asing berkenaan.

Sesetengah daripada rumah dibina sudahpun diduduki. Ketika membuat tinjauan berkenaan, Suara Keadilan mendapati hanya wanita dan kanak-kanak berada di rumah manakala kaum lelaki dipercayai sedang bekerja di ladang nenas.

Sekumpulan pendatang asing yang mengaku baru sahaja tiba di negara ini turut dikesan. Mereka ditempatkan di satu kawasan terpencil di perkampungan itu.

Apabila siap keseluruhannya projek perumahan bagi pendatang asing ini, Kampung Cenderawasih untuk warga Rohingya ini akan menjadi kawasan perumahan eksklusif, lengkap dengan bekalan air, elektrik, sekolah, kemudahan riadah dan bersukan serta jalan raya bertar.

Setiap keluarga yang mendiami kawasan ini diberi satu ekar tanah untuk menanam nenas. Lembaga Perindustrian Nenas Negara Cawangan Johor terpaksa mengendalikan ladang nenas milik pendatang asing ini di samping membantu memasarkan produk tanaman mereka.

Pendatang asing berkenaan juga diberi gerai tajaan FAMA secara percuma untuk menjual nenas di sepanjang jalan di luar kampung tersebut.

Di samping rumah, tanah dan tapak perniagaan yang semuanya dibiayai dengan hasil cukai rakyat Malaysia, setiap keluarga Myanmar ini juga diberi elaun sebanyak RM500 sebulan.

Menurut salah seorang wanita Rohingya yang sudah pun fasih berloghat Kedah, mereka mula berhijrah dari Langkawi sejak 2003 untuk "mencari tanah".

"Kami di Langkawi tidak ada tanah jadi kami merantaulah ke sini untuk buka kampung.

"Mula-mula datang ke sini kami cuba tanam keladi tapi tak menjadi, lepas itu pula kami dicuba pula tanam padi, itu pun tak berhasil.

"Akhirnya kerajaan minta Lembaga Nenas buat kajian tanah dan didapati sesuai untuk kami menanam nenas," kata wanita berkenaan yang enggan memberikan namanya.

Tambah wanita itu 70 ekar lagi tanah akan dibuka untuk diberikan kepada anak-anak pendatang asing yang sudah berkahwin dengan rakyat tempatan.

Timbalan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Negeri Pahang, G.Ponusamy mengkritik tindakan Najib dan Umno yang sanggup menggadaikan tanah dan hak rakyat Pahang kepada pendatang asing Myanmar.

"Beribu-ribu rakyat Pahang yang miskin dan memerlukan pembelaan tetapi Umno dan BN menafikan hak mereka tetapi sebaliknya memberi keistimewaan dan kemewahan kepada rakyat asing," kata Ponusamy.

Beliau menceritakan pengalaman beliau yang cuba memasuki perkampungan tersebut semasa PRU 2008 lalu tetapi dihalang oleh anggota tentera yang mengawal ketat kawasan tersebut.

"Kenapa pendatang asing ini diberi tanah dan dilindungi oleh pihak tentera? Apa kepentingan mereka sehingga mereka dikawal begitu rapi oleh pasukan keselamatan?" tanya beliau lagi.

Ponusamy mempertikaikan mengapa BN menafikan hak rakyat untuk memiliki tanah dan amat senang sekali memberinya secara percuma kepada warga asing.

Seorang pegawai kerajaan yang tidak mahu kenali memberitahu Suara Keadilan, apabila Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan bancian pada tahun 2006 pendatang haram ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Apabila bancian semula dilakukan setahun kemudian, petugas jabatan berkenaan terkejut mendapati semua pendatang asing berkenaan sudahpun memiliki kad pengenalan biru, menandakan mereka rakyat Malaysia.

"Pegawai Jabatan Perangkaan mendapati mereka tidak boleh bertutur bahasa Melayu. Kalau ditanya dari mana mereka datang, mereka semua menjawab "saya Malaysia" seolah mereka telah dilatih untuk menjawab sebegitu rupa.

"Yang menjadi tanda tanya sekiranya mereka mengaku rakyat Malaysia tidak seorang daripada mereka mempunyai kesan suntikan BCG yang menjadi wajib bagi setiap kanak-kanak negara ini. Ini membuktikan mereka bukan rakyat Malaysia tetapi pendatang asing yang dilindungi kerajaan untuk tujuan tertentu," kata pegawai itu lagi.

Menurut pegawai itu pendatang asing ini mula dibawa ke negeri Pahang semasa era Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

"BN mencari kawasan yang luas untuk menempatkan pendatang asing ini dan mendapati Pekan sesuai untuk tujuan itu.

"Mereka diberi segala keistimewaan untuk mengukuhkan kedudukan politik Najib di kawasan Parlimen beliau," katanya lagi.

Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh Najib apabila beliau menyentuh mengenai Formula Pekan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor 9 Ogos lalu?

"Apabila keputusan pilihan raya umum 1999 diketahui hanya mendapat majoriti 241 undi, saya rasakan 'dunia gelap’ seketika. Ibarat yang tinggal hanya seluar dalam sahaja," katanya berseloroh kepada perwakilan Umno.

Persoalannya apakah Najib tidak melakukan satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara apabila merestui pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Rohingya bagi memastikan mereka mengundinya.

Malaysia adalah tuan rumah kepada ratusan ribu pelarian, sebilangan besarnya berasal dari Myanmar, Filipina dan Indonesia.

Taktik membela dan menyogok rakyat asing dengan kerakyatan untuk mendapatkan undi mereka sudah lama diguna pakai oleh Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa di Sabah dan Sarawak.

Fenomena itu nampaknya semakin menular ke Semenanjung dan diterajui oleh Perdana Menteri Satu Malaysia Najib Razak.


Thursday, August 27, 2009

Bersediakah Pakatan Rakyat Untuk Memerintah
ogos 27 09

Rakyat malaysia harus menerima hakikat kemelut politik yang melanda UMNO MCA dan MIC perlu dilihat dari sudut intelektual dan bersandarkan fakta ilmiah justeru 3 komponen utama yang menerajui negara dan BN sedar atau tidak sedang menghadapi zaman gelap dan konflik yang cukup hebat tidak mungkin dapat diatasi dalam masa terdekat ini ..Umno yang sedang menghadapi konflik kepercayaan dari orang melayu yang tewas dalam setiap PRK yang lalu jelas menunjukkan parti ini sudah hilang intergriti dan keyakinan dari rakyat malaysia apa lagi alasan yang ingin diberikan cukupkah dengan hanya janji-janji dan slogan yang dilaungkan jika pendekatan pemimpin-pemimpin mereka masih lagi beranggapan hanya Umno satu-satunya parti yang dapat membela orang melayu sedangkan kehidupan mereka semua dengan kemewahan yang melampaui batas hilang kemelayuan disitu, membela melayukah itu namanya...selama 50 tahun Umno dan BN memerintah suatu jangka masa yang amat panjang terlaksana sudahkah semua dasar-dasar mereka,suatu soalan yang tidak dapat dijawab oleh mereka semua atas dasar inilah Umno harus dibersarakan dan direhatkan dari menerajui kerajaan kerana tanpa MCA dan MIC Umno tidak mampu untuk menubuhkan kerajaan...kedua-dua parti ini MCA dan MIC yang sedang menghadapi kemelut dalaman yang cukup parah dan adalah sukar untuk parti-parti ini untuk menyatukan kembali keyakinan ahli-ahli mereka dalam tempoh yang singkat ini dengan penyingkiran timbalan presiden MCA dan usul untuk memecat presiden MCA adalah suatu konflik yang tidak pernah berlaku dalam parti terbesar cina ini..apakah ada jalan penyelesaiannya...tentu ada tetapi apakah kesan calar ini akan hilang tentu sekali tidak ia akan terpalit dalam lipatan sejarah...pergolakan ini amat serius ahli-ahli MCA sudah bertaburan umpama anak ayam kematian ibu masing-masing sudah mengistiharkan perang secara terbuka apakah api ini dapat dipadam jika dapat dipadam apakah baranya tidak akan hilang dan tidak menyala semula dalam politik tiada yang mustahil dengan lain perkataan sebahagian besar ahli MCA menunggu masa untuk berhijrah keparti lain itulah langkah bijak sepertimana Umno MCA jugak sudah hilang intergriti dan keyakinan rakyat dengan berbagai-bagai skandal yang menghantui para pemimpinnya begitu juga dengan MIC sebuah parti terbesar orang india dengan samy vellu sebagai presidennya yang menganggap parti itu adalah milik dia seorang dengan hanya meletakkan orang yang dia suka dan menendang keluar orang yang dia benci adalah sukar bagi parti ini untuk bertahan lama pemilihan parti yang akan dilakukan tidak lama lagi jelas menunjukkan perpecahan dan pergolakkan dalaman yang akhirnya ia akan menyerupai pergolakan MCA jika yang menang pemilihan nanti bukan orang yang dia suka...inilah masalah MIC terbaru samy vellu memutuskan hubungannya dengan sothinathan yang memutuskan untuk bertanding timbalan presiden dengan memburuk-burukkan sothinathan bagaimana jika sothinathan menang jawatan ini apakah samy vellu akan memecatnya juga perkara ini tidak mustahil yang pastinya pergolakan demi pergolakan akan melanda parti-parti utama dalam kerajaan sekarang...bolehkah kita membiarkan perkara ini berterusan membiarkan mereka semua berkonflik dengan politik mereka dan mengabaikan tugas utama menyelesaikan masalah negara yang sedang berhadapan dengan berbagai-bagai isu global yang memerlukan perhatian segera...Jawapan dari masalah ini semua adalah kita memerlukan sebuah kerajaan baru terdiri dari mereka yang mempunyai semangat baru dan fresh dalam tindakan dan pemikiran bagi menyelesaikan masalah rakyat dan negara untuk itu bersediakah Pakatan Rakyat...

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran