Showing posts with label isu sensasi. Show all posts
Showing posts with label isu sensasi. Show all posts

Friday, June 18, 2010

TIGA BERADIK SUNTI JADI HAMBA SEKS DISABAH

 3 beradik hamba seks


KOTA KINABALU: Tiga beradik bawah umur warga Filipina yang terpedaya dengan janji manis sindiket pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan daripada terus menjadi hamba kepada ibu dan bapa ayam yang mendalangi aktiviti pelacuran di negeri ini.
Mangsa yang berusia 13, 15 dan 16 tahun diselamatkan hasil beberapa serbuan dilakukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah ke atas premis pelacuran di Tawau, kelmarin.

Episod malang tiga beradik terbabit bermula apabila kedatangan mereka ke Malaysia untuk mencari rezeki halal tidak kesampaian selepas terjerat dalam perangkap ibu ayam sebelum dipaksa menjadi pelacur sepenuh masa.

Helah ibu ayam yang licik dengan menjadikan rumah kedai untuk menyembunyikan kegiatan pelacuran terbongkar hasil maklumat awam dan intipan dijalankan polis sejak beberapa bulan lalu.

Malah, lebih mengejutkan apabila dalam tiga serbuan itu, polis turut menyelamat 23 lagi gadis warga Filipina yang juga dipercayai menjadi mangsa sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

Serbuan diketuai Pegawai Turus Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) IPK Sabah, Deputi Superintendan Taufik Mydin selepas melakukan beberapa intipan membabitkan tiga lokasi berbeza, dipercayai menjadi markas pusat pelacuran beroperasi. 

Friday, May 28, 2010

TAEK JHO LOW PEMUDA MISTERI

Nama dia pun bukan macam nama cina malaysia jer.....misteri....misteri.....jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.....umur baru 28 dah kayo....polik....polik.....kena siasat nie.....


Ketua pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa supaya seorang pemuda Malaysia yang dilaporkan sering berbelanja mewah di luar negara disiasat.

taek jho low and usher new york postPemuda tersebut, Taek Jho Low sebelum ini mencuri perhatian apabila dilaporkan oleh akhbar New York Post sebagai rakyat Malaysia yang berbelanja ratusan ribu ringgit untuk mendampingi selebriti Hollywood.
Mengikut New York Times, Jho Low didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.

Shamsul Iskandar mendakwa beliau menerima maklumat bahawa pemuda berkenaan juga berhubungan akrab dengan seorang daripada anak kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

pkr congres, kelantan 280510-03Bercakap ketika menyampaikan ucapan dasarnya di kongres AMK di Kota Bharu hari ini, beliau meminta siasatan sama ada Jho Low adalah individu yang terlibat dalam pembangunan komersil tanah lapangan terbaang Sungai Besi milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kuala Lumpur.

"Tolong siasat, anak muda ini berbelanja sakan, apa kaitannya dengan Malaysia. Apa kaitannya dengan Big Ma?," soalnya.
Beliau berkata, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor perlu memberi penjelasan berikutan lelaki berusia 28 tahun itu memiliki kekayaan melimpah ruah hingga berita kekayaan Jho Low dikaitkan dengan keluarga Perdana Menteri.

Dalam ucapannya itu, Shamsul Iskandar juga mahu siasatan dijalankan ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas dakwaan penyelewengan wang, seperti yang didedahkan penulis Barry Wain.

Thursday, May 27, 2010

MALAYSIA BANKRUP 9 THN LAGI-IDRIS JALA

Ini berita... bapak berita dari segala berita....wei....negara bankrup 9 thn lagi kalau subsidi masih kekal....ini sudah bagus berita baik....ini menunjukkan kerajaan UMnoBN sekarang yang diagung-agungkan oleh para pencacainya...memang bangang...tak tau urus negara....ada tanah bagi kat orang...tak bangang ke tu... duit habis disapu buat harta sendiri....macamana tak bankrup.....tokeh judi pun boleh gulung tikat camni....ala....sebenarnya itu semua alasan nak naikan harga minyak...harga barang....Ingat ni....kalau jumpa ular sawa dan ular hitam....bunuh dua-dua sekali....ingat pesan den ni.....



Malaysia berisiko jadi Greece-Idris Jala


Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Subsidi kini merupakan 54 peartus daripada KDNK negara.

Namun semua cadangan pengurangan subsidi berkenaan belum dilulus atau dipersetujui oleh kerajaan.

"Kita tidak mahu menjadi seperti Greece,akhirnya," kata Indris merjuk kepada ahli Kesatuan eropah itu yang hutangnya menyebabkan ketidak-tentuan pasaran antarabangsa.

Tuesday, May 25, 2010

GANGSTER DAN ROGOL DISEKOLAH?

Kalau mengikut laporannya...kejadian gangsterism ini langsung tidak diambil port oleh sekolah dan masyarakat setempat...ngeri beb wa baca laporan tu..seolah-olah negara kita nie..dah lingkup sangat sistem dia....tapi macamanapun wa still pending ini laporan.....wa nak ushar lagi...betul tak betul....ngeri beb ngeri.....


'Neraka' Geng Samseng Sekolah

RAWANG: Mereka bukan lagi pembuli biasa di sekolah - pada umur antara 14 dan 16 tahun, mereka kini samseng tegar dan seronok merogol.
Mereka bukan sahaja melakukan keganasan terhadap pelajar sekolah malah kepada guru, penduduk yang menetap di dua kawasan kejiranan berdekatan sekolah - dan kesemua mereka hidup dalam ketakutan.
Kerana takut diapa-apakan oleh remaja yang sanggup melakukan apa sahaja terhadap mereka, guru, ibu bapa dan penduduk memilih untuk berdiam diri dengan aktiviti tidak bermoral mereka.
Lebih menyedihkan kes pencabulan terhadap remaja perempuan dikatakan berleluasa di kawasan itu, namun hampir kesemua kes tidak dilaporkan berikutan mangsa takut akan menerima akibat yang lebih teruk daripada samseng tersebut.
Bagaimanapun, perkara itu akhirnya diketahui setelah satu laporan polis dibuat mengenai kes rogol terhadap seorang gadis berumur 14 tahun oleh rakan sekolahnya dan dipercayai kejadian berlaku di sekolah mereka.

Saturday, May 22, 2010

KEMALUAN BESAR BUAT FUAD ZARKASHI

Kononnya nak buat satu berita gempak....cikgu-cikgu mesti ada lesen kalau nak mengajar...memanglah gempak jugak mula-mula tu.....tapi lepas tu...muhyiddin kata tak jadi buat....gerenti bengang and malu giler sifuad....mano den nak letak muko muhyiddin....tu..la lain kali jangan cuba nak lawan boss and memandai-mandai....


Tiada pelan syaratkan guru ada lesen mengajar, kata TPM

May 22, 2010
KUALA LUMPUR, 22 Mei — Cadangan agar para guru disyaratkan memiliki lesen perguruan hanyalah salah satu perkara yang dibincangkan dalam pemukiman Kementerian Pelajaran baru-baru ini, dan kerajaan tidak bercadang melaksanakannya, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata selepas meneliti perkara itu kerajaan mendapati bahawa cadangan supaya guru memiliki lesen perguruan sama seperti doktor, peguam, dan akauntan tidak praktikal untuk dilaksanakan di Malaysia.
“Itu hanya satu perkara yang dibincangkan dalam pemukiman kementerian, tapi ia tak ada apa, cuma pandangan guru-guru besar dan guru-guru yang mahu tekankan kualiti guru yang mengajar.
“Saya sudah teliti perkara itu dan saya berpendapat ia tidak sesuai dan tidak akan laksanakan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Hari Keluarga Parlimen Setiawangsa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus di

Thursday, May 20, 2010

ASHAARI BALIK SEMULA?

Ingatlah wahai manusia segala puji-pujian dan sanjung-sanjungan itu hanya bagi Allah....Ini apa dah jadi dengan saki baki pengikut AlArqam ni....siap kata arwah ashaari hanya pergi sementara dan akan balik semula dalam bentuk jasad...wah ini dah macam nak lawan kuasa tuhan ni....Rasullah SAW kekasih Allah pun meninggal....siapa arwah ashaari ini jika nak banding dengan Rasullah....siap dah mati boleh hidup balik....dah macam filem tamil pulak....pengikut AlArqam ni....Bertaubatlah korang semua jangan dipermainkan oleh bisikan sisyaitan laknatullah tu....dan jangan bermimpi disiang hari bhai...




PERSEMBAHAN pantomin  Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya ketika konsert  di Bandar Country Homes, Rawang, Isnin lalu.
PERSEMBAHAN pantomin Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya ketika konsert di Bandar Country Homes, Rawang, Isnin lalu.


Pengikut percaya Asaari tak mati

KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya.
Anak sulungnya, Fakhrur Razi memangku jawatan Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd – syarikat yang sebelum ini diterajui Asaari dalam ucapan pembukaan konsert itu, berkata Abuya sebenarnya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup bagi memimpin umat Islam.
“Kita bersyukur kerana kita semua tidak bersedih dengan pemergian Abuya kerana sebenarnya Abuya tidak mati, tetapi hanya ghaib. Kegembiraan yang kita tunjuk ini adalah bukti yang kita yakin perkara itu.

Wednesday, May 19, 2010

LAGI ADUN S'WAK BAKAL DIGANTUNG

Hari itu 3 orang dah kena gantung....sekarang ni makin nak bertambah pulak....memang sah siTaib Mahmud ni dasar  busuk hati dan penakut punya orang....tak apa kau gantungla...pilihanraya negeri kau tak lama lagi....siapla kau....jangan mimpi dapat jadi ketua menteri lagi bakal kecundangla kau...rakyat dah tau kau tu jenis apa....

ADUN Maradong Ting Tze Fui telah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dewan Undangan Negeri Sarawak berhubung satu kenyataan yang dibuatnya November lalu.

Ting akan dihadapkan ke jawatankuasa itu Jumaat ini berikutan usul yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Wong Soon Koh pada persidangan DUN hari ini.

Ting adalah ADUN ketiga yang bakal digantung selepas BN semalam mengambil tindakan yang sama ke atas dua rakannya - Chong Jen Jien (DAP-Bandar Kuching) dan Dominique Ng (PKR-Padungan) untuk selama 12 bulan.

Semasa dihubungi, Ting (kiri) berkata dia diheret ke jawatankuasa itu kerana menuduh kerajaan Sarawak menyalah-gunakan dana negeri ketika perdebatan mengenai bajet negeri pada November lalu.

Ketika itu, Wong menuntut Ting supaya membekalkan bukti berhubung dakawaannya itu.

“Hari ini, saya bawa keratan akhbar yang berjudul 'Billions siphoned – Sarawak government stepped in' bagi menyokong hujah saya,” katanya.

“Bagaimanapun, Wong mengheret saya ke jawatankuasa hak dan kebebasan kerana membuat kenyataan itu dan enggan menariknya balik. Saya datang dengan bukti seperti yang dilaporkan akhbar.”

Tuesday, May 18, 2010

USTAZAH TERLAMPAU

Ini dah memang betul-betul terlampau melampau...seorang ustazah yang kononnya mengajar agama...tapi melakukan zina ditempat dia mendidik anak didiknya ternyata menguji tahap kesabaran kita....Inilah sebenarnya generasi yang dicipta UMnoBn....baik muftinya ulamanya ustaz ustazahnya....semuanya hanya bertopengkan islam....islam hanya pada kulit dan keturunan.....Wa...cabar sapa-sapa yang ada sumber lengkap adegan seks ustazah ini....untuk mendedahkan siapakah Ustazah setan nie........


SALAH satu aksi seorang ustazah bersama pasangannya dalam rakaman video yang tersebar baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.
Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.
Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.
Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.-kosmo

Wednesday, May 12, 2010

HARI 13 MEI TETAP ADA WALAU DITANGGUH

Yelah...hari 13 mei kan tetap ada besok mana boleh tak ado...yang tak ado perhimpunan itu ajo...elok la tu dibatalkan....mana tau kan kot - kot roboh bumbung stadium tu lagi tak ke naya namo nya tu....tak pasal-pasal Tun M tinggal namo ajo....

Perhimpunan 'Melayu Bangkit' bersama Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijadual berlangsung di di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu esok sempena ulang tahun peristiwa berdarah 13 Mei 1969, telah ditangguhkan.

Pengerusi

 Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK), Razali Idris berkata penganjur bersamanya, Institut Integriti Terengganu telah meminta supaya perhimpunan itu ditangguhkan selepas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ramai yang belum faham objektif sebenar kami. Kami tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh mereka yang tidak tahu," katanya ketika dihubungi.

Perhimpunan itu diadakan dalam usaha untuk "memotivasikan" masyarakat Melayu serta bagi memperingati ulangtahun ke-41 peristiwa berdarah 13 Mei.

ADA SAPA-SAPA NAK MASUK PENJARA

Silalah pegi ke Norway...sebab kat sini ada penjara yang paling mewah didunia.....dasat tu....gempak tu....norway ni terkenal dengan hak asasi manusianya...kat sini jangan nak kata polis tembak sembrono aje...batang hidung ISA pun tak nampak.....jom sapa-sapa yang rasa dah banyak sangat makan duit haram dan takut kena penjara kat sini buatlah salah kat norway....takpun mintaklah diektradisikan kesana...untung-untung dapat masuk penjara 5 star nie....aha....apa tunggu laie....

Penjara paling mewah di dunia


GAMBAR menunjukkan bilik tidur yang mengandungi tingkap tanpa jeriji untuk banduan di Penjara Halden, Norway.


OSLO - Penjara Halden di Norway dianggap paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM4.4 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya.

Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi.

Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.

Gabenor penjara itu, Are Hoidal berkata, penjara seluas 30.35 hektar itu dibuka pada bulan lalu dan tidak ada banduan yang telah melarikan diri setakat ini.

"Dalam sistem penjara Norway, tumpuan pemulihan diberikan berhubung aspek hak asasi manusia dan rasa hormat," katanya.

Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka. - Agensi


Monday, May 10, 2010

ADUN KERDAU KRITIKAL?

Wah.....senyum nampak orang-orang kat kerdau....ada can dapat balairaya baru jalan baru nampak.....apa lagi time ni la kau orang pau cukup-cukup.....yang muka muncung puak-puak dan juak-juak umno....habisla duit aku koyak lagi.......almuyudin habisla aku masuk hospital lagi nampak gaya.....

KUANTAN 10 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat komplikasi jantung semalam, dilaporkan stabil tetapi masih kritikal hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Zaharuddin, 63, masih mendapatkan rawatan lanjut di IJN selepas dipindahkan dari Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh semalam. – Utusan

Tuesday, January 19, 2010

Felda Hari Ini - Kalah Kes
19 jan 10

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tumpas jua...sepanjang panjang tangan akhirnya membelit diri sendiri...tahniah kepada para peneroka...jangan lupa bayar zakat sikit...agar diberkati...

Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

NONEKira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.

Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

NONE"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.

Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff. -mkini

Sunday, January 3, 2010

Selamat Jalan Judge Augustine Paul
3 jan 10

Hakim kanan Mahkamah Persekutuan, Datuk S Augustine Paul meninggal dunia pada jam 3.15 petang ini di Hospital Selayang.

Beliau yang berusia 65 tahun, difahamkan meninggal dunia kerana penyakit barah.

Augustine telah menghakimi beberapa kes kontroversi termasuk perbicaraan kes salahguna kuasa terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Beliau dilahirkan pada 1944 di Batu Gajah Perak dan mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Sultan Yusof, Batu Gajah dan Sekolah Anderson, Ipoh.

Pada 1996, Augustine dilantik sebagai pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi, dan dua tahun kemudiannya, mendengar perbicaraan kes Anwar.

Augustine mendapati Anwar bersalah pada 14 April 1999 selepas satu perbicaraan yang kontroversi berhubung tuduhan Anwar menyalahguna kuasanya untuk mengganggu siasatan polis dalam kes liwatnya.

Anwar kemudiannya dijatuhkan hukuman enam tahun penjara.

Sewaktu perbicaraan kes tersebut, sebuah tilam yang dikatakan terdapat air mani Anwar, telah dibawa ke mahkamah dan dikemukakan sebagai bukti DNA.

Dalam keterangan di mahkamah, seorang pakar DNA berkata 10 daripada 13 kesan air mani menyamai DNA Anwar. Peguambela pula berhujah bahawa contoh DNA Anwar telah diletak pada tilam tersebut.

Augustine bagaimanapun menerima keterangan DNA tersebut.

Augustine juga dikritik kerana berulangkali enggan menerima pengemukaan bukti oleh peguambela dan menolaknya sebagai 'tidak relevan' dalam kes tersebut.

Penghakiman Augustine setebal 320 halaman untuk kes tersebut, dianggap sebagai yang terpanjang dalam sejarah negara ini.

Sejurus selepas itu, Augustine dinaikkan pangkat - pertama sebagai hakim Mahkamah Tinggi pada 1998, hakim Mahkamah Rayuan pada 2003 dan akhirnya hakim Mahkamah Persekutuan pada 2005.

Augustine juga turut menulis beberapa buku - Cautioned Statements (1990), Impeachment Proceedings (1990), Trial within a Trial (1994) dan Evidence-Practice and Procedure (1994).

Buku Evidence-Practice and Procedure kini menjadi buku teks bagi subjek berkenaan di Malaysia.

Beliau akan dikebumikan di Lorong Taman Pantai 7, Bangsar pada jam 2.30 petang esok.-mkini


Friday, December 18, 2009

Bung Mokhtar dan Zizie Dah Selamat
18 dis 09

Sahh?.....kata tok kadi.........sahhhhh.......jawab para saksi.....itupun nak berahsia-rahsia lagi...panau kat badan bolehlah nak sorok-sorok ini kahwin beb...sorok macamana pun orang tau punya...apalah punya mamat ni...takut saham MP turunkah....berani buat berani tanggunglah....

"Dah selamat"...kata Datuk Bung


Walaupun Datuk Bung Mokhtar Radin dan Khaty Fauziah, ibu pelakon Zizie Izette menafikan Ahli Parlimen Kinabatangan itu sudah berkahwin dengan anaknya, panggilan telefon di buat Ahli Parlimen Barisan Nasional Sri Gading, Johor Datuk Mohamad Aziz mungkin memberi jawapan yang dicari."Dah selamat"...itu kata Bung Mokthar padanya ketika beliau menghubungi rakannya itu awal petang Khamis untuk bertanya khabar sebenar mengenai soalnya dengan Zizie.Malah, Agendadaily yang berada di sisi Mohamad ketika itu, mendengar Ahli Parlimen Sri Gading mengucapkan tahniah dan mendoakan sahabatnya itu sentiasa bahagia.Mohamad juga berpesan supaya Bung Mokhtar jangan berahsia lagi, biar kawan-kawan tahu kerana ucapan tahniah kawan-kawan adalah doa.Perbualan dua sahabat yang sering mengegarkan sidang perbahasan di Parlimen itu menjawab segala teka-teki dan ketidakhadiran Bung Mokhtar di Parlimen sejak beberapa hari lalu termasuk Khamis, hari terakhir persidangan penggal ini.-agendadaily

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran