Showing posts with label alarqam. Show all posts
Showing posts with label alarqam. Show all posts

Thursday, May 27, 2010

BINI KE2 - ASHAARI YG BUAT TSUNAMI DIACHEH

Wahh....ini betul-betul dah level tuhan ni...ashaari nie....sampai macam tu punya taksub pengikut dia kat dia...siap kata abuya yang buat tsunami menenggelamkan acheh...dan siapa nak selamat kena sebut nama dia...abuya...abuya..tolong kami...gerenti selamat....ini hukumnya syirik...kafir....kerana menduakan Allah...hai wa tak taulah bila nak habis ajaran yang macam ini...semua mengaku wali...ulama tapi menyesatkan...dunia akhir zaman kot...macam tulah...macam-macam hal...korang kena ingat sekalipun orang itu mengaku wali ke ulama ke dan ada sedikit magik tapi jika membawa menduakan Allah...macam kes ini...itu semua kerja syaitan...bukankah kerja syaitan tu menyesatkan orang Islam....bukan hanya dalam bab dunia...bab akhirat pun dia boleh menyesatkan kita....sebab itu memang kerja dia dan dia memang pakar...ingat ibliskan dulu ketua malaikat...tinggi tu level dia....nabi pun selain nabi muhammad dia boleh kencingkan...apalagi orang macam ashaari....macam kita nie....gampang itu...kata orang Indon....sebab itu Nabi Muhammmad SAW berpesan bersederhanalah kamu dalam semua perkara....ingat tu...bukan den kato....nabi yang kato....



TERPESONG: Buku yang ditulis oleh isteri kedua Allahyarham Asaari, yang mendakwa suaminya mempunyai kuasa untuk terbangkan air lautan sebesar gunung.

Isteri dakwa Asaari yang arah terjadi tsunami

Lancar buku di Jakarta sebulan sebelum bekas pemimpin Al-Arqam meninggal

KUALA LUMPUR: Sebulan sebelum bekas pemimpin Al-Arqam, Allahyarham Asaari Muhammad, atau Abuya, meninggal dunia, isteri keduanya, Cik Hatijah Aam, melancarkan buku tulisannya yang mendakwa tsunami yang melanda Aceh pada 2004 adalah kehendak dan perintah bekas pemimpin Al-Arqam itu.
Beliau turut mendakwa Allahyarham Asaari akan mengambil alih tampuk pemerintahan Indonesia daripada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.Buku berjudul Tsunami: Bukti Abuya Putra Bani Tamim dilancarkan di Hotel Sultan, Jakarta pada 7 April lalu.Ia mendapat kritikan keras Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Barat, yang mengisytiharkan ia sebagai sesat dan meminta pemerintah Indonesia mengharamkannya. Bagaimanapun, buku berkenaan tidak dipasarkan di Malaysia dan hanya diedarkan kepada ahli saja.Dalam buku 83 halaman itu, Cik Hatijah mendakwa Allahyarham Asaari yang mengarahkan terjadinya tsunami dan meminta semua anggota bekas Al-Arqam keluar dari Aceh sebelum kejadian.'Abuya Asaari itu 'power' yang mampu mengangkat air satu lautan sebesar gunung dan menerbangkan secepat kapal terbang Boeing ketika ketinggian 30,000 kaki iaitu 700km sejam.'Senjata tsunami keajaiban ciptaan Abuya Asaari untuk memerangi orang yang gila berperang di Aceh agar kemudian tidak sanggup berperang lagi di bumi milik Abuya Asaari itu' tulis Cik Hatijah dalam bab tiga buku itu.Malah, bagi menggambarkan keajaiban Allahyarham Asaari, dalam bab empat berjudul Perang Penuh Keajaiban, Cik Hatijah menceritakan satu keluarga terselamat daripada maut ketika tsunami dengan hanya menyebut nama Abuya.'Diceritakan ketika saat air laut sampai ke tahap leher, anggota keluarga pegawai kesihatan Aceh, Rita Mutia, saling berpegangan tangan dan memohon ampun daripada Allah serta menjerit 'Mak, Ayah, tolong ,Ya Allah tolong! Ya Allah tolong!''Bagaimanapun, abang Rita, iaitu Syeikh Mujiburrizal meminta Rita jangan meminta tolong kepada Allah melainkan kepada Abuya. Syeikh pun dengan lantang berteriak 'Abuya tolong!' dan Rita turut menjerit meminta pertolongan daripada Abuya'.Cik Hatijah mendakwa keluarga berkenaan terselamat daripada maut hanya dengan menjerit nama Abuya apabila sebuah kapal ikan yang dipandu pasukan penyelamat ghaib berada berhampiran mereka.Buku yang turut dilancarkan di Bandung pada 23 April lalu itu, mendapat kritikan MUI Jawa Barat yang mengatakan tulisannya tidak masuk akal dan menyesatkan.Setiausahanya, Encik Rafani Akhyar, berkata tiada sesiapa yang boleh mendatangkan tsunami atau sebarang bencana dan hanya Allah swt yang mampu berbuat demikian. -- BHM.

Friday, May 21, 2010

ANAK ASHAARI CABAR BUKTIKAN

Harap-harap benar bagai dikata....Jangan pulak berlakon aje....


KUALA LUMPUR, 21 Mei — Keluarga pengasas kumpulan Al-Arqam, yang diharamkan 16 tahun lalu, menafikan dakwaan pergerakan tersebut masih aktif di negara ini dan mencabar membuktikan dakwaan itu.
“Bagaimana boleh kata Al-Arqam masih lagi aktif sedangkan ia sudah lama diharamkan?
“Waktu pengharaman pada 1994 semua pemimpin Al-Arqam sudah berpecah dan mustahil ia masih lagi aktif,” kata Mohd Ikramullah, 44, anak keenam Ashaari Mohamad kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Rawang semalam.
Isu ini menjadi perhatian kira-kira seminggu selepas Ashaari meninggal dunia.
Beliau berkata kalau benar pergerakan Al-Arqam masih lagi aktif cuba buktikan.
“Kalau benar Al-Arqam masih wujud cuba buktikan?
“Janganlah bercakap perkara yang sudah lama berlaku, Al-Arqam sudah 16 tahun musnah. Mengapa masih perlu bercakap perkara ini?” katanya.
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang dihubungi The Malaysian Insider baru-baru ini percaya pergerakan Al-Arqam masih lagi aktif walaupun telah diharamkan pada 1994 selepas didapati menyeleweng daripada ajaran Islam.
Pengarahnya, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata pergerakan Al-Arqam kini berselindung di sebalik aktiviti perniagaan bagi mengelirukan orang ramai.
“Dulu Al-Arqam gunakan nama Rufaqa, tetapi kini mereka gunakan nama Global Ikhwan Sdn. Bhd. bagi mengelak daripada dihidu oleh pihak berkuasa.
“Kita percaya pengikut-pengikut Al-Arqam bergerak di bawah perniagaan,” kata beliau.
Pergerakan Al-Arqam diasaskan Ashaari atau lebih mesra dikenali sebagai Abuya pada 1968 telah diharamkan oleh kerajaan pada 1994 atas alasan ajarannya didapati menyeleweng.
Al-Arqam juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah telah mengembangkan pengaruhnya di setiap lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia.
Ashaari telah meninggal dunia di di Pusat Rawatan Pakar Ipoh kerana jangkitan paru-paru pada 13 Mei lalu.
Kumpulan ini pernah dilapor menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan dan juga pertanian.
Mohd Ikramullah berkata adalah lebih baik jika perkara tersebut tidak diungkitkan lagi bagi mengelakkan sebarang salah faham.
“Kalau masih ada pihak yang mahu bercakap perkara ini biarkan sahaja, kami tidak kisah,” katanya.- tmi

Thursday, May 20, 2010

ASHAARI BALIK SEMULA?

Ingatlah wahai manusia segala puji-pujian dan sanjung-sanjungan itu hanya bagi Allah....Ini apa dah jadi dengan saki baki pengikut AlArqam ni....siap kata arwah ashaari hanya pergi sementara dan akan balik semula dalam bentuk jasad...wah ini dah macam nak lawan kuasa tuhan ni....Rasullah SAW kekasih Allah pun meninggal....siapa arwah ashaari ini jika nak banding dengan Rasullah....siap dah mati boleh hidup balik....dah macam filem tamil pulak....pengikut AlArqam ni....Bertaubatlah korang semua jangan dipermainkan oleh bisikan sisyaitan laknatullah tu....dan jangan bermimpi disiang hari bhai...




PERSEMBAHAN pantomin  Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya ketika konsert  di Bandar Country Homes, Rawang, Isnin lalu.
PERSEMBAHAN pantomin Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya ketika konsert di Bandar Country Homes, Rawang, Isnin lalu.


Pengikut percaya Asaari tak mati

KUALA LUMPUR: Tidak sampai seminggu Asaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya meninggal dunia, pengikutnya kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Konsert ‘Kalahkan Nafsu Abuya Pulang’ yang diadakan selama dua hari bermula Isnin lalu di Bandar Country Homes, Rawang, diselitkan dengan nyanyian nasyid dan bacaan puisi yang antara lain memuji Asaari sebagai pemimpin hebat, manakala persembahan pantomin menunjukkan Abuya terlantar sakit dengan rohnya berdiri di sampingnya.
Anak sulungnya, Fakhrur Razi memangku jawatan Pengerusi Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd – syarikat yang sebelum ini diterajui Asaari dalam ucapan pembukaan konsert itu, berkata Abuya sebenarnya hanya pergi sementara dan akan kembali dengan jasad yang hidup bagi memimpin umat Islam.
“Kita bersyukur kerana kita semua tidak bersedih dengan pemergian Abuya kerana sebenarnya Abuya tidak mati, tetapi hanya ghaib. Kegembiraan yang kita tunjuk ini adalah bukti yang kita yakin perkara itu.

Thursday, May 13, 2010

ASHAARI ALARQAM MENINGGAL DUNIA

Alfatihah untuk roh beliau....walauapapun persepsinya alarqam suatu ketika dulu merupakan sebuah pertubuhan yang kuat dari segi bilangan ahlinya maupun kedudukan ekonominya....itu yang wa respek kat arwah nie...

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.
Al-Arqam yang diasas dan dipimpin oleh Ashaari diharamkan pada tahun 1994 selepas ajarannya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam.
Sehubungan dengan pengharaman itu, Ashaari juga dikenakan hukuman dibuang daerah.

Allahyarham pada suatu ketika dahulu itu yang mempunyai lebih 10,000 pengikutnya dan memiliki perkampungan mereka sendiri di Singai buluh, Kuala Lumpur.
Ashaari pernah mendakwa beliau adalah seorang nabi dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau dan beberapa pengikutnya ditahan pada tahun 1994 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mereka ditahan tanpa dibicarakan.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran