Showing posts with label felda. Show all posts
Showing posts with label felda. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

FELDA KALAH LAGI

Manjang kalah jer felda nie....alamat tak lamo lah tu....nie dah sah-sah kena sumpah asyik dok menipu jer keje...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman fitnah RM200 juta yang dikemukakan oleh Felda ke atas seorang bekas timbalan menteri Datuk Dr Tan Kee Kwong,- yang sekarang menaggotai PKR.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof berkata walaupun beliau berpendapat artikel berkenaan berbaur hasutan, Felda gagal membuktikan bahawa Tan yang membuat kenyataan itu.

Katanya, Felda telah gagal memanggil wartawan yang menulis artikel berkenaan.

"Berikutan ini, kes ditolak dengan kos,” katanya.

NONEHakim Zabariah mengarahkan kos sebanyak RM70,000 kepada Tan, smeskipun peguamnya Razlan Hadri Zulkifli dan Ho Kok Yew meminta RM100,000.

Tan yang menitiskan air mata kegembiraan kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada hakim dan berkata tindakan itu tidak akan membantutkan usahanya memperjuangan keadilan dan kebenaran.

Sementara itu, ketua PKR Johor dan juga naib presiden parti itu Datuk Chua Jui Meng yang juga hadir di mahkamah berkata saman itu jelas bermatlamat menjadikan Tan bankrap.

"Ramai yang berdoa mengharapkan saman itu ditolak. Adalah baik bahawa mahkamah tidak ditekan atau dipengaruhi oleh pihak tertentu. Kes ini membuktikan bahawa masih terdapat hakim yang baik,” katanya.
Pada 25 Januari lalu, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd menyaman Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Kontroversi' yang didakwa memfitnah mereka.

NONEDan artikel lanjutan di muka tiga di bawah tajuk 'Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu'.

Mereka mendakwa artikel itu telah memfitnah mereka kerana kata-kata tersebut memberi makna tersirat bahawa pemerolehan dan pembinaan Menara Felda di Segitiga Emas di sini adalah untuk faedah kroni.-mkini

Friday, August 20, 2010

BOSS FELDA TAK MAU PUBLISITI MURAHAN

Yusof Nor tak mau layan publisiti murahan...nak tau kenapa....sebab gaji dia mahal....dia tak layan benda yang murah-murah nie....kalau nak apa-apa kat dia kena bagi yang mahal-mahal....sama gak ngan publisiti....tarak faham ka....



KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Tan Sri Mohd Yusof Nor menyifatkan Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah sengaja mencari “publisiti murahan” kerana terus mendesak agar mendedahkan pendapatan yang diterima selaku Pengerusi Felda.
Beliau berkata kerajaan melantiknya sebagai Pengerusi Felda bukan untuk melayan pihak yang mencari “publisiti murahan”.
“Saya dan ramai kawan lain yang dilantik dalam agensi oleh kerajaan bukanlah tugasnya untuk melayan pihak mencari publisiti murahan.
“Kami ada tugas yang murni untuk dilaksanakan,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Sivarasa yang masih mendesaknya agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.
Bagaimanapun Sivarasa menegaskan beliau tidak akan membuat pendedahan itu terlebih dahulu, tetapi mahu Yusof sendiri menjelaskan jumlah sebenar pendapatannya.
Sivarasa berkata, Yusof (gambar) sepatutnya mendedahkan ganjaran yang diterima kerana beliau berkhidmat dengan sebuah agensi ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.
“Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat, jadi sebagai seorang pengerusi beliau (Yusof) patut dedahkan pendapatan tahunannya kepada umum terutamanya kepada peneroka.
“Lagipun ia sudah menjadi amalan biasa seorang pengerusi yang bekerja dengan badan berkanun dedahkan pendapatan mereka,” katanya.
Pada Sabtu lalu Sivarasa mencabar Yusof agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.
Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun.
Namun Yusof yang dihubungi The Malaysian Insider menafikan jumlah tersebut dan mengatakan pendapatan tahunannya selaku Pengerusi Felda adalah jauh lebih kecil berbanding jumlah didakwa Sivarasa.
Yusof bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar pendapatan beliau.
Apabila ditanya sama ada bersedia untuk menemui Sivarasa bagi membuktikan segala tuduhan tersebut adalah fitnah Yusof bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Maaf... setakat itu sahaja yang boleh dikatakan.
“Selain itu, sebagai seorang Islam, saya dan semua orang Islam mestilah bencikan fitnah kerana fitnah dikategorikan dalam al-Quran sebagai pembunuh,” kata Yusof lagi.
Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan PKR bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit.
Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu.-tmi

Thursday, July 1, 2010

AMAT MASLAN PAU PKR 200JUTA

Amat maslan atas nama felda akan mempau PKR dan yang sekutu dengannya 200j.....hahahaha.....betul la felda tak de duit.....sebabnya orang yang tak de duit jer yang akan mempau orang......hahahahahah......

Felda hari ini menuntut ganti rugi sebanyak RM200 juta terhadap akhbar Suara Keadilan dan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari berhubung penyiaran artikel "Felda bankrap" oleh akhbar berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata notis tuntutan sudah dihantar kepada PKR sebagai pemilik, Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd sebagai penerbit dan Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai pencetak, hari ini. 

“Notis itu antara lain menuntut pampasan bagi reputasi yang tercemar ke atas Felda yang didakwa bankrap oleh Suara Keadilan dalam akhbar itu yang bertarikh 22 hingga 29 Jun dengan tajuk 'Felda Bankrap',” katanya.-mkini

Wednesday, June 16, 2010

SIAPA YANG MELINGKUPKAN FELDA

Hari ini kerajaan mengakui duit felda banyak dah tak ada baca diSINI....mari kita tengok siapa yang mengsonglapnya....kita tengok kenyataan bekas timb menteri nie...


Berikut adalah Surat Terbuka oleh Dr. Tan Kee Kwong yang menuduh Najib mufliskan Felda..

Beliau menceritakan apa yang terjadi kepada Felda setelah Najib menguasainya selama 5 tahun.

Telah diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia dengan menggunakan Google Translate 



Saya menulis surat ini dengan hati yang sangat berat.

Supaya perspektif difahami, selepas jiwa saya lama mencari, saya telah menyertai parti Keadilan pada bulan Ogos 2008.

Dari tahun 1999 hingga tahun 2004, saya adalah Timbalan Menteri Tanah dan Koperasi kerajaan Barisan Nasional.

Menteri saya, Tan Sri Kasitah Gadam telah mengutuskan saya untuk bertanggung jawab menjawab pertanyaan di Parlimen mengenai semua hal Felda.

Pada tahun 2004, sebelum Najib mula mencampuri urusan Felda, Felda adalah kebanggaan industri kelapa sawit. Ia mempunyai 75 kilang kelapa sawit, aset bernilai RM 7 Bilion dan wang simpanan berjumlah RM 4,5 Bilion.

Apa yang saya baru saja mendengar amat mengecewakan.

Secara terbuka saya menuduh Najib sendirian yang menghancurkan Felda!

Setakat ini, dari jumlah wang simpanan RM 4.5 Billion itu, hanya baki RM 200 Juta yang tinggal. Bahkan sebenarnya dengan catatan harga CPO selama beberapa tahun terakhir, Felda, jika dikelola dengan baik pasti mempunyai reserve wang tunai sebanyak RM 6 Billion. Apa yang telah berlaku adalah sebaliknya , kini Felda hanya memiliki jumlah yang memalukan.

Ketika Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia telah melantik dirinya sendiri untuk bertanggung jawab atas Felda. Dia memberikan alasan mengarut bahawa arwah ayahnya Tun Razak yang mulakan Felda, maka beliau harus meneruskan tradisi keluarga menjaga Felda.

Bahkan jika arwah Tun Razak tahu apa Najib telah buat terhadap, arwah akan berpaling dalam kuburnya.

Begitu juga dengan bekas Ketua Felda, Tan Sri Raja Alias. Tan Sri Raja Alias melakukan pekerjaan yang sangat baik dalam menjaga Felda.

Alasan sebenarnya mengapa Timbalan Perdana Menteri yang sangat sibuk ingin menguruskan Felda sendiri sekarang sangat jelas.

Dia ingin mempunyai akses kepada simpanan wang Felda yang besar itu.

Apa yang memakan masa 40 tahun tahun lamanya untuk dibina,dihancurkan oleh Najib dalam masa 5 tahun sahaja.

Rujuk kepada perkara lain, saya baru mendengar di NTV 7 berita bahawa kerajaan BN akan membeli 3 kapal luar biasa untuk Tentera Laut berharga RM 2.2 Bilion!

Hanya beberapa hari lalu Dato Idris Jala mengumumkan bahawa jika kita tidak waspada, kita akan menjadi seperti Greece dalam lingkungan masa 9 tahun.

Jika keadaan sekarang pun sudah begitu teruk, bagaimana Kerajaan boleh menjustifikasikan menghabiskan begitu banyak wang untuk membeli kapal, sedangkan Dato Idris Jala tegaskan kita tidak punyai wang itu?

Jadi sangat jelas bahawa Pakatan Rakyat HARUS mengambil alih Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam Pemilihan Umum akan datang. Ini adalah keutamaan kita untuk menyelamatkan negara. Jika Pakatan mengambil alih dalam masa 20 tahun itu akan terlalu terlambat, kerana negara sudahpun muflis.

Jadi Rakyat Malaysia buka mata anda untuk melihat bagaimana negara ini dihancurkan oleh tokoh-tokoh politik yang tamak dan korup dari UMNO / BN.

Tendang mereka keluar dari Putrajaya! Daftar sebagai pengundi sekarang!

Tuesday, January 19, 2010

Felda Hari Ini - Kalah Kes
19 jan 10

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya tumpas jua...sepanjang panjang tangan akhirnya membelit diri sendiri...tahniah kepada para peneroka...jangan lupa bayar zakat sikit...agar diberkati...

Mahkamah Persekutuan hari ini enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar RM12 juta kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

NONEKira-kira 600 orang, termasuk keluarga peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan, yang memenuhi dewan mahkamah di Putrajaya, gembira menerima keputusan mahkamah tersebut.

Pengurus tanah rancangan tersebut yang telahpun meninggalkan dunia, telah menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Panel tiga orang hakim yang diketuai oleh Tun Zaki Azmi, sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.

NONE"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaiki dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.

Ekoran keputusan itu, maka 354 peneroka masing-masing dijangka mendapat antara RM25,000 dan RM30,000.

Mereka diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff. -mkini

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran