Showing posts with label saman felda. Show all posts
Showing posts with label saman felda. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

FELDA KALAH LAGI

Manjang kalah jer felda nie....alamat tak lamo lah tu....nie dah sah-sah kena sumpah asyik dok menipu jer keje...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman fitnah RM200 juta yang dikemukakan oleh Felda ke atas seorang bekas timbalan menteri Datuk Dr Tan Kee Kwong,- yang sekarang menaggotai PKR.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof berkata walaupun beliau berpendapat artikel berkenaan berbaur hasutan, Felda gagal membuktikan bahawa Tan yang membuat kenyataan itu.

Katanya, Felda telah gagal memanggil wartawan yang menulis artikel berkenaan.

"Berikutan ini, kes ditolak dengan kos,” katanya.

NONEHakim Zabariah mengarahkan kos sebanyak RM70,000 kepada Tan, smeskipun peguamnya Razlan Hadri Zulkifli dan Ho Kok Yew meminta RM100,000.

Tan yang menitiskan air mata kegembiraan kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada hakim dan berkata tindakan itu tidak akan membantutkan usahanya memperjuangan keadilan dan kebenaran.

Sementara itu, ketua PKR Johor dan juga naib presiden parti itu Datuk Chua Jui Meng yang juga hadir di mahkamah berkata saman itu jelas bermatlamat menjadikan Tan bankrap.

"Ramai yang berdoa mengharapkan saman itu ditolak. Adalah baik bahawa mahkamah tidak ditekan atau dipengaruhi oleh pihak tertentu. Kes ini membuktikan bahawa masih terdapat hakim yang baik,” katanya.
Pada 25 Januari lalu, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd menyaman Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Kontroversi' yang didakwa memfitnah mereka.

NONEDan artikel lanjutan di muka tiga di bawah tajuk 'Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu'.

Mereka mendakwa artikel itu telah memfitnah mereka kerana kata-kata tersebut memberi makna tersirat bahawa pemerolehan dan pembinaan Menara Felda di Segitiga Emas di sini adalah untuk faedah kroni.-mkini

Wednesday, September 29, 2010

PENEROKA MENANG LAGI SAMAN FELDA

Tulah....kata orang kalau rezeki tak kemana....biarpun ditipu ke apa ke....sebab bila datang yang hak yang batil pasti akan tenggelam....apa cerita sekarang felda...satu...satu...saman semua memihak kat peneroka...benarlah doa orang teraniaya nie makbul....


Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini memutuskan peneroka Felda berhak mendapatkan bayaran tanam semula sebanyak RM1,700 seekar dari Felda walaupun mereka tidak menanam semula ladang mereka melalui badan berkanun itu, lapor Harakahdaily.

Kaputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mariana Yahya berikutan saman yang dikemukakan oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda kerana enggan membuat bayaran itu kepada mereka.
Namun, hakim memutuskan, bayaran berkenaan hendaklah dibuat oleh Felda dengan syarat peneroka memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.

Hakim menolak hujah pembelaan Felda yang menyatakan peneroka tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi.

Namun, hakim memutuskan Felda perlu membayar jumlah berkenaan kerana ia telah ditetapkan oleh Felda sendiri.

10 peneroka Felda itu diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin manakala Felda diwakili oleh Tetuan 
Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.

Thursday, August 26, 2010

FELDA KALAH SAMAN...PADAN MUKO

Felda bangkrap.....ayat itu yang menyebabkan suara keadilan dan pkr kena saman 200 juta....ayat keramat itulah yang memulakan segalanya....hari ini felda diperintah bayar 11juta kepada peneroka dikelantan....kerana menipu tentang gred buah sawit.....dan tak mungkin jugak lepas ini akan ada lagi peneroka-peneroka diseluruh negara akan membuat perkara yang sama.....menyaman felda....tengok kawan-kawan mereka menang dan dapat duit takkan nak duduk diam je kot....mana boleh jadi.....kenyataan felda bangkrap mungkin menjadi kenyataan jika semua peneroka seluruh negara menyaman felda.....tentunya kes menipu gred nie...berlaku jugak dimana-mana tanah rancangan.....yang nyata sekarang ahmad maslan....yusof nor....waimah najib...tengah berpeluh- peluh walau dibilik aircond yang sejuk menggila.....Felda tipu peneroka....memang cilako....

Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Ia berikutan keputusan mahkamah itu yang menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.

Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.

Dengan penghaliman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.

Ini adalah saman pertama yang dikemukakan oleh peneroka terhada Felda.

Keputusan hari ini mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan dan mengugat kepercayaan sebelum ini bahawa penubuhan agensi kerajaan itu oleh perdana menteri kedua, Tun abdul Razak Hussein bagi meningkatkan kebajikan masyarakat bumiputera dengan menaikkan taraf hidup mereka sebenarnya mempunyai kepincangan.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff mengetuai panel tiga hakim dalam perbicaraan hari ini.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dibuat kerana mahkamah hari ini tidak mempunyai jurisdiksi untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan sebelum ini.

"Justeru, rayuan itu ditolak."

Hakim lain adalah Datuk Hashim Yusof dan Datuk Md Raus Sharif.
Pada 19 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan enggan membenarkan Felda untuk merayu dan mengarahkannya supaya membayar pampasan kerana menipu 354 peneroka sejak 1995.

Panel tiga orang hakim ketika itu diketuai oleh Tun Zaki Azmi yang sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.
"Mahkamah puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaii dalam penghakiman lisannya.

Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Peneroka menamakan Felda, pengurus tanah rancangan tersebut, Ibrahim Ismail (telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defenden.

Mereka diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff.-mkini

Monday, August 9, 2010

700 PENEROKA SAMAN FELDA

Hang nak kata apa Felda.....takkan hang nak saman balik 700 peneroka tu.......wa harap 700 peneroka itu akan tetap pendirian.....sebab lepas ini wa gerenti mesti ada orang-orang felda dan puak-puak najib akan datang memujuk dengan beras dan kain pelikat dan sedikit duit raya.....hidupppp peneroka felda....


Seramai 766 peneroka Felda memfailkan saman berjumlah RM200 juta di Mahkamah Tinggi Seremban terhadap agensi kerajaan itu atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah dalam jual beli hasil kelapa sawit.

Tuntutan itu difailkan oleh peguam Sivarasa Rasiah bagi pihak peneroka daripada Felda Serting dan Gugusan Raja Alias, berdekatan Jempol, Negeri Sembilan.

Mereka menamakan Felda dan Felda Palm Sdn Bhd masing-masing sebagai defenden pertama dan kedua.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa "wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit" selama 15 tahun.

Menurut Sivarasa, dalam pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus - seperti kajian Lembaga Kelapa Sawit Malaysia.

Katanya, pihaknya mempunyai dokumen bagi membuktikan bahawa pada tahun 2008 sahaja, setiap peneroka kerugian RM20,000 ekoran kadar itu.

"Ini bermakna selama 15 tahun, Felda menyebabkan kesemua 766 peneroka ini kerugian sebanyak RM200 juta," kata Sivarasa.

Sehubungan itu, Sivarasa yang juga naib presiden PKR memberitahu, kesemua plaintif menuntut ganti rugi am dan teladan, bersama faedah untuk penipuan dan pecah amanah yang berlaku.

Sementara itu, sejak jam 9.30 pagi tadi, kira-kira 300 peneroka Felda mula berkumpul dan memenuhi mahkamah tinggi tersebut bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kedengaran mereka bersorak kuat berulang kali tanda sokongan ketika ahli parlimen Subang itu membacakan kenyataaan medianya kepada pemberita selepas memfailkan tuntutan itu.

Dua lagi peguam peneroka tersebut Latheefa Koya dan T Kumar turut hadir.-mkini

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran