Saturday, August 21, 2010

SEJARAH AHMAD ZAHID HAMIDI YANG DUNGU

Dia yang tiba-tiba melatah....tanpa usul periksa terus bercerita satu malaya pasal khutbah dan nama guan eng....tapi itulah sikap sebenar zahid hamidi yang suka bertindak melulu....macam kes pukul dia dulu nie...kita imbas balik sejarah menteri kaki pukul nie....tio na seng punya orang....




AHMAD ZAHID HAMIDI MENDOA P KAMAL MASUK SYURGA.....WAKAKAK

Insiden Pemukulan Amir Bazli 
Amir Bazli Abdullah mengalami kecacatan kekal di muka. Beliau telah dipukul pada 16/01/06 dengan teruk sehingga keadaan fizikal mukanya mengalami kecacatan kekal.

Lapuran polis bertarikh 20/12/2006 telah dibuat dan salinan adalah seperti berikut:


[Sedutan bagi bahagian pengaduan di atas tertulis seperti berikut:]


PADA 18/01/2006 JAM LEBIH KURANG 2200 HRS, SEMASA SAYA SEDANG MENGISI PETROL UNTUK KERETA SAYA NOMBOR PENDAFTARAN CBT 27 JENIS MAZDA FIGHTER WARNA SILVER DI STESYEN PETRONAS DI LUAR UNITEN, SAYA TELAH DISURUH OLEH (1) LELAKI MELAYU BERNAMA HALIM UNTUK MASUK KE DALAM KERETA SAYA DAN TELAH MEMBERITAHU SAYA BAHAWA “BOSS” DIA HENDAK BERJUMPA DENGAN SAYA. SAYA DISURUH MENUTUP HANDPHONE SAYA DAN MEMANDU KERETA TERSEBUT DAN MENGIKUT ARAHAN DIA. SEORANG LAGI LELAKI MELAYUYANG SAYA TIDAK DIKENALI JUGA BERADA DI DALAM KERETA SAYA. KERETA SAYA JUGA DIIKUTI OLEH SEBUAH KERETA BERWARNA KUNING DENGAN BEBERAPA ORANG YANG BERADA DI DALAM KERETA TERSEBUT.

SAYA BERASA TAKUT KERANA SAYA DIUGUT AKAN DICEDERAKAN KALAU TIDAK MENGIKUT ARAHAN HALIM. SAYA TELAH DIBAWA KE SEBUAH KELAB REKREASI DI COUNTRY HEIGHTS, KAJANG. SETELAH SAMPAI DI SANA SAYA DIBAWA KELUAR DARI KERETA TERSEBUT DAN SEBUAH KERETA TELAH SAMPAI. DARI KERETA ITU TELAH KELUAR 
DATUK AHMAD ZAHID HAMIDI (DI WAKTU ITU BELIAU ADALAH TIMBALAN MENTERI PELANCONGAN DAN KINI BELIAU ADALAH TIMBALAN MENTERI PENERANGAN) BERSAMA MENANTUNYA, HISHAM DANANAKNYA YANG DIKENALI SEBAGAI KK. …

[Sedutan bagi bahagian pengaduan di atas tertulis seperti berikut:]


… MENUMBUK SAYA PADA BAHAGIAN MUKA SAYA DAN AKIBATNYA TULANG PADA BAHAGIAN HIDUNG SAYA TELAH PATAH DAN MATA SEBELAH KIRI TELAH BENGKAK SEHINGGA TIDAK BOLEH DIBUKA. SAYA BERDARAH DENGAN BANYAK SEMASA SAYA MELINDUNG MUKA SAYA DENGAN TANGAN SAYA. SECARA TIBA-TIBA MEREKA TELAH MEMUKUL SAYA DENGAN TERUK OLEH SEMUA ORANG TERMASUK DATUK AHMAD ZAHID.

SAYA TELAH DITARIK KE SEBUAH BANGKU DAN TELAH DIPEGANG OLEH 
(2) ORANG KUNCU DATUK DAN DATUK MEMARAHI SAYA DAN MEMUKUL SAYA TANPA BELAS KASIHAN. SEORANG LELAKI YANG BERNAMA HANS (KUNCU DATUK) TELAH MENGUGUT SAYA BAHAWA DIA AKAN MEMOTONG KEDUA-DUA TANGAN SAYA DAN DIA JUGA TELAH MEMUKUL SAYA PADA BAHAGIAN MUKA. SAYA TELAH DIPUKUL OLEH SUATU OBJEK KERAS DENGAN GANAS SEHINGGA TULANG TENGKORAK KEPALA SAYA PATAH. SAYA TIDAK DAPAT MELIHAT SIAPA YANG BERBUAT DEMIKIAN TETAPI SAYA MENGESYAKI DIA ADALAH HISHAM, MENANTUDATUK AHMAD ZAHID.
KK JUGA TELAH MEMUKUL SAYA DENGAN MENGGUNAKAN SEBUAH BATU YANG AGAK BESAR DAN MEMULASKAN BATU TERSEBUT PADA BAHAGIAN MUKA SAYA DAN DIA JUGA TELAH MENENDANG SAYA PADA BAHAGIAN TULANG RUSUK SEHINGGA BENGKAK.MENANTUNYA BERNAMA HISHAM JUGA TELAH MEMUKUL SAYA DAN BERKATA “AKU DAH INGATKAN KAU. AKU SANGGUP BERMANDIKAN DARAH. ENGKAU TAK KENAL AKU, SIAPA AKU DAN BAPA AKU DEKAT KLANG (MERUJUK KEPADAALLAHYARHAM DATO ZAKARIA DEROS) . SEKARANG ENGKAU LIHATLAH SENDIRI APA YANG TERJADI”.

SELEPAS ITU, 
DATUK AHMAD ZAHID TELAH BERKATA “AMBIL GUNI. MASUKKAN DIA DALAM GUNI.” SELEPAS ITU, ISTERIDATUK AHMAD ZAHID, IAITU DATIN HAMIDAH TELAH DATANG DAN MENENANGKAN SITUASI DI SANA. ANAK DATUK AHMAD ZAHID, IAITU NURULHIDAYAH TELAH TIBA DAN APABILA DIA MELIHAT KEADAAN SAYA DAN DIA TERUS MENANGIS. MELIHAT INI, DATUK AHMAD ZAHID TELAH MENAMPAR NURULHIDAYAH DI HADAPAN MATA SAYA.

SELEPAS ITU, SAYA TELAH DIBAWA KE PERKARANGAN RUMAH
DATUK AHMAD ZAHID DI MANA SAYA DIPUKUL LAGI OLEHDATUK AHMAD ZAHID, KK, MENANTUNYA, HISHAM SERTA ORANG-ORANG LAIN YANG ADA DI SANA. DATUK AHMAD ZAHID BERKATA “AWAK AKAN DITANAM.”. SETELAH BEBERAPA JAM SAYA BERADA DI SITU SAYA DISURUH BALIK LEBIH KURANG 0200 HRS (PAGI) IAITU PADA 17/01/2006. SAYA JUGA TELAH DIUGUT SUPAYA TIDAK MEMBERITAHU KEPADA SESIAPA MENGENAI INSIDEN INI. SAYA TELAH MEMANDU KERETA SAYA SEMULA DENGAN SENDIRI KE PUSAT RAWATAN ISLAM, BANGI.

SAYA TIDAK MELAPURKAN INSIDEN INI SEBELUM INI KERANA AMAT TAKUT. SAYA MASIH BIMBANG AKAN KESELAMATAN SAYA DAN SELURUH AHLI KELUARGA SAYA. SEKIAN LAPURAN SAYA.
[Laporan ini ditandatangan oleh Pengadu dan pegawai polis Penerima Repot dari Balai Polis … (tidak jelas) H.S. Lee, Jalan Stadium, Kuala Lumpur.]

Friday, August 20, 2010

BOSS FELDA TAK MAU PUBLISITI MURAHAN

Yusof Nor tak mau layan publisiti murahan...nak tau kenapa....sebab gaji dia mahal....dia tak layan benda yang murah-murah nie....kalau nak apa-apa kat dia kena bagi yang mahal-mahal....sama gak ngan publisiti....tarak faham ka....



KUALA LUMPUR, 20 Ogos — Tan Sri Mohd Yusof Nor menyifatkan Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah sengaja mencari “publisiti murahan” kerana terus mendesak agar mendedahkan pendapatan yang diterima selaku Pengerusi Felda.
Beliau berkata kerajaan melantiknya sebagai Pengerusi Felda bukan untuk melayan pihak yang mencari “publisiti murahan”.
“Saya dan ramai kawan lain yang dilantik dalam agensi oleh kerajaan bukanlah tugasnya untuk melayan pihak mencari publisiti murahan.
“Kami ada tugas yang murni untuk dilaksanakan,” katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Sivarasa yang masih mendesaknya agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.
Bagaimanapun Sivarasa menegaskan beliau tidak akan membuat pendedahan itu terlebih dahulu, tetapi mahu Yusof sendiri menjelaskan jumlah sebenar pendapatannya.
Sivarasa berkata, Yusof (gambar) sepatutnya mendedahkan ganjaran yang diterima kerana beliau berkhidmat dengan sebuah agensi ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.
“Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat, jadi sebagai seorang pengerusi beliau (Yusof) patut dedahkan pendapatan tahunannya kepada umum terutamanya kepada peneroka.
“Lagipun ia sudah menjadi amalan biasa seorang pengerusi yang bekerja dengan badan berkanun dedahkan pendapatan mereka,” katanya.
Pada Sabtu lalu Sivarasa mencabar Yusof agar mendedahkan kepada umum jumlah ganjaran yang diterima beliau selaku Pengerusi Felda.
Sivarasa mendakwa maklumat diterima pihaknya menunjukkan Yusof memperoleh pendapatan mencecah RM2 juta setahun termasuk gaji dan juga elaun.
Namun Yusof yang dihubungi The Malaysian Insider menafikan jumlah tersebut dan mengatakan pendapatan tahunannya selaku Pengerusi Felda adalah jauh lebih kecil berbanding jumlah didakwa Sivarasa.
Yusof bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar pendapatan beliau.
Apabila ditanya sama ada bersedia untuk menemui Sivarasa bagi membuktikan segala tuduhan tersebut adalah fitnah Yusof bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Maaf... setakat itu sahaja yang boleh dikatakan.
“Selain itu, sebagai seorang Islam, saya dan semua orang Islam mestilah bencikan fitnah kerana fitnah dikategorikan dalam al-Quran sebagai pembunuh,” kata Yusof lagi.
Perkara ini ditimbulkan di sebalik dakwaan PKR bahawa Felda akan muflis manakala lebih 700 peneroka dari dua Felda menyaman agensi persekutuan RM200 juta berhubung isu penipuan dalam kiraan perahan minyak sawit.
Dua bulan lalu Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa aliran wang tunai semasa Felda telah merosot berbanding lima tahun lalu.-tmi

UTUSAN MELAMPAU MENIPU LAGI

Kali ini dia petik...cakap dari zahid hamidi kata....nama guan eng diamin dan diguna ketika khutbah kedua dan menggantikan nama agong.....manalah simamat zahid hamidi ni dapat info nie...kes ini sama gak macam kes poster gambar sultan johor tu.....wa rasa ini semua mainan puak-puak yang dah nak lingkup dan kekeringan idea....hari ini guan eng menapikannya..cukup-cukuplah tu menabur fitnah dibulan puasa nie....



Guan Eng: Dakwaan nama saya disebut dalam khutbah Jumaat tak benar


PETALING JAYA, 19 Ogos – Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng menegaskan, siasatan awal menunjukkan tiada masjid di negeri itu yang menggunakan nama beliau dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
“Saya baru dimaklumkan, saya sudah pun menghubungi YB Abdul Malik (Kassim, Pengerusi Hal Ehwal Agama dan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri), dan beliau memberitahu saya tadi bahawa memang tiada perkara seperti yang didakwa oleh Datuk Zahid Hamidi... tiada masjid yang menggunakan saya,” kata Lim pada majlis berbuka puasa dengan media di sini hari ini.
Bagaimanapun Lim yang juga Setiausaha Agung DAP memberitahu, beliau telah mengarahkan Abdul Malik agar menjalankan siasatan mendalam berhubung dakwaan Zahid, yang juga Menteri Pertahanan dan Pengerusi Umno Pulau Pinang hari ini.
“Jika dakwaan Zahid benar, saya telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pegawai-pegawai yang terlibat,” kata beliau.
Tambah Lim, sekiranya dakwaan Zahid tidak benar, beliau mahu Naib Presiden Umno itu memohon maaf secara terbuka.
“Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua solat Jumaat sebagaimana didakwa, dan sudah tentu nama saya tidak harus, tidak boleh digunakan... ini melibatkan nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.
Terdahulu laporan Bernama menyebut Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Tuanku Mizan.
Zahid mendakwa penggunaan nama ketua menteri itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lepas di beberapa buah masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh  dan Jelutong.
The Malaysian Insider difahamkan ada masjid yang pernah menyebut nama Ketua Menteri apabila kerajaan negeri memutuskan pendiriannya menentang lesen sukan judi yang diluluskan oleh kerajaan pusat.
Beliau berkata tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar daripada keputusan Majlis Raja-Raja.
Selain itu, Zahid turut mempersoalkan tindakan ketua menteri  yang hadir pada majlis pengagihan wang zakat yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.
“Walaupun niat kerajaan negeri adalah untuk menggambarkan  bahawa beliau (ketua menteri) seorang yang fleksibel tetapi mungkin ia mempunyai agenda tersembunyi bagi tujuan politik,” katanya.
Mengenai dakwaan bahawa Lim menghadiri majlis pengagihan wang zakat pula, kata Ketua Menteri, beliau hanya menghadiri majlis penyerahan sumbangan Ehya’ Ramadan peringkat Pulau Pinang 2010 yang diadakan di Dewan Serbaguna Jawi, Seberang Perai Selatan.
“Sumbangan disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum Pakatan), bukannya saya... ini sumbangan daripada kerajaan negeri, saya hadir sebagai ketua kerajaan negeri,” kata beliau sambil menambah, ini kali pertama kerajaan negeri menyediakan sumbangan sempena bulan Ramadan.
“Sumbangan ini tidak pernah diberikan oleh kerajaan negeri masa lalu di bawah Barisan Nasional, sebanyak hampir suku juta ringgit disampaikan untuk masjid dan surau menjalankan aktiviti semasa bulan Ramadan,” katanya.-tmi

Thursday, August 19, 2010

EZAM CUBA HERET AZIZAH DIA TERHERET KEJAWI

Mangkuk ayun punya senatak nie...cuba mengubah strategi dengan mengheret azizah dalam permainan politik bangang dia tu....setelah cubaan untuk melemahkan anwar tak berjaya....gua gerenti lepas nie senatak katak nie..akan mengheret keluarga anwar yang lain pulak....dan tak mustahil setelah segala usahanya gagal...maka jalan terakhirnya ialah mengisytiharkan dirinya pernah diliwat anwar....itu taktik terakhir dia....tak percaya....korang tunggu aje lah......mamat ni akan menjual segala-galanya  untuk membodek najib menjatuhkan anwar......sialan...punya orang.....


'Liwat' di Twitter, Ezam diheret ke JAWI
Gara-gara tulisannya di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri AnwarIbrahim.

Aduan tersebut akan dikemukakan oleh Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin - regu lama Ezam dalam sayap parti itu - kepada bahagian penguatkuasaan JAWI petang ini.


"Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkanTwitter dikemukakan kepada JAWI," kata Shamsul (kanan).

Beliau yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, aduan tersebut dibuat berdasarkan empat tulisan ringkas Ezam di laman blog mikro itu, antaranya:

"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat."

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shamsul memberitahu, beliau akan hadir ke pejabat JAWI pada jam 2.00 petang ini dengan diiringi beberapa pemimpin sayap itu dan aktivis PKR.-mkini

DINAR DAN DIRHAM JADI REBUTAN

Awang adek nie.....mesti tengah bengang punya sekarang nie...tengok dinar dan dirham laku macam goreng pisang panas...relaksla bro...lu diam-diam puasa sudahlah....sapa2 yang bakal ada anak kembar bolehlah namakan dinar dan dirham....sedap jugak bunyi dia....



Hari pertama dinar emas dan dirham dibuka untuk jualan, semalam menyaksikan rakyat Kelantan memenuhi Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahn di Kota Bharu bagi mendapatkan mata wang yang diperkenalkan kerajaan negeri itu.

Rata-rata pembeli yang ditemui berkata mereka berhasrat menjadikan dinar dan dirham itu sebagai hiasan diri seperti loket dan juga untuk disimpan sebagai koleksi peribadi.
Seorang pembeli, Zainun Che Aziz, 60, berkata pengeluaran dinar itu adalah trend terbaru emas di pasaran yang perlu dibeli dan harus dimiliki.

"Emas ni ikut musim, macam-macam bentuk dan saiz emas keluar di pasaran dan bila keluar emas dinar ni saya rasa mesti beli kerana ia unik dan saya mahu membuat loket untuk diberi kepada cucu saya. Kalau tidak beli rugilah mana tahu tiba-tiba ia tidak dijual lagi," katanya.

Sementara itu, Pengurus Operasi Ar-Rahn Kota Baharu 2, Siti Azian Ibrahim berkata sebanyak 344 keping dirham serta 50 keping dinar dibuka untuk jualan semalam.

"Melihat situasi sebelum ini pada mulanya kita tidak menjangkakan jualan dinar akan mendapat sambutan kerana ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaannya dalam urusan seharian.

"Tetapi pembukaan jualan mata wang berkenaan di Ar-Rahn ini melihat sesuatu yang berbeza apabila rakyat tetap berminat membelinya dan kebanyakan pelanggan berkata mereka mahu menjadikan dinar itu sebagai perhiasan diri seperti loket dan gelang," katanya.

Siti Azian berkata bagi dinar, terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).

"Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260)," katanya.

Beliau berkata bagi dinar, ia dibuat menggunakan emas bernilai tinggi iaitu emas 916 yang diguna untuk membuat barang kemas.

"Memang diakui di Kelantan trend membeli emas sentiasa wujud sejak dulu sehingga kini kerana tarikan nilainya yang sentiasa bernilai dan tidak akan turun secara mendadak sehingga merugikan," katanya.

Siti Azian berkata mereka yang berminat untuk membeli dinar itu dan ingin mengetahui harga dari semasa ke semasa boleh layari laman web http://islamicmint.com.my/ atau mengunjungi pusat Ar-Rahn berhampiran, yang dipertanggungjawab menjadi wakil sah jualan dinar dan dirham.
- Bernama



TERSELAMAT WALAU TUKUL MELEKAT DIKEPALA

Rehat-rehatkan minda....kita tengok nie....

SEBATANG penukul melekat di dahi Yuan Dongjiang baru-baru ini.



NANNING, China - Seorang tukang rumah terselamat daripada maut walaupun sebatang penukul melekat di dahinya selepas dia terjatuh dari ketinggian tiga meter di tempat kerjanya.
Bahagian belakang penukul dilihat mengenai dahi di bahagian atas mata kiri Yuan Dongjiang ketika dia sibuk menanggalkan bumbung sebuah gudang di Nanning, wilayah Guangxi China, baru-baru ini.
Pekerja berusia 40 tahun itu bagaimanapun masih berada dalam keadaan sedar dan dapat berfikir apabila tiba di sebuah hospital.
Pemeriksaan X-ray menunjukkan penukul tersebut menembusi dahi.
Dia bernasib baik kerana matanya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Doktor kemudian berjaya mengeluarkan penukul itu dan Dongjiang kini semakin sembuh di hospital. - Agensi

Wednesday, August 18, 2010

DR PORNTHIP WHAT U QUALIFICATION.....

Standard lawyer abd razak tanya orang......hei...tengah apa tu....sorang je nampak...tengah makan ker...dan lain-lainlah....ada ker tanya camtu.....dia jawab universiti dia bekerja kelima terbaik diasia....ah...melopong lawyer sprm....manjang kena gelak katanya...


Dr Pornthip Rojanasunand arrives at the Shah Alam court for the Teoh Beng Hock inquest. She has agreed to testify in person despite earlier refusing due to “political pressure”. – InsiderPic


SHAH ALAM, Aug 18 — As Dr Pornthip Rojanasunand faced relentless questions today about her qualifications and her testimony, the Thai forensic expert delivered what could perhaps be the line that fortifies her credibility as an expert witness in the Teoh Beng Hock inquest.
“You have to understand. I work for the rights of the dead, not the Selangor government,” she told the Coroner’s Court, drawing applause from a packed gallery, after Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) lawyer Datuk Abdul Razak Musa had questioned her qualification.
She had earlier maintained that she was sure Teoh’s death last year was not a suicide, but she declined to repeat her previous assertion that it was 80 per cent a homicide.
Dr Pornthip was testifying for the second time at the inquest into DAP political aide Teoh’s death. Teoh is suspected to have fallen from the 14th floor of Plaza Masalam, then state headquarters of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
Before his body was found on a fifth floor landing he had been questioned overnight by the MACC.
Earlier today in court, Dr Pornthip testified that she disagreed with the findings of Dr Peter Vanezis, the British forensic pathologist brought in by the MACC to observe Teoh’s second post mortem last year. Dr Pornthip was also an observer.
Later, under questioning from Abdul Razak, who had suggested she was attacking the MACC with her testimony, she also told the court her university was among the top five in Asia when the MACC lawyer questioned her qualifications.
After telling Abdul Razak that she was working for the rights of the dead, she added that “my objective is to help the dead.”
Undaunted, Abdul Razak asked the Thai pathologist why she did not consider what transpired the night before Teoh was found dead.
“It is not important for the autopsy,” she said.
Asked again by Abdul Razak if she considered the point that there was no eye-witness to the pre-fall injury she asserted Teoh had sustained, Dr Pornthip answered that such injuries could be proven by scientific means.
At one point, Dr Pornthip even asked Abdul Razak if was indeed a lawyer, drawing more laughter from the gallery. Abdul Razak said he had been a lawyer for 24 years.
In what became a battle of wits, Abdul Razak also suggested that Dr Pornthip kept changing her position and “the goalpost.”
Abdul Razak then went on to point out to the inconsistencies of Dr Pornthip’s findings with those of Dr Vanezis and other local doctors.-tmi

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran