Walausiapapun kamu walaudimanapun kamu walauapaperjuanganmu walauapakeinginanmu carilah kedamaian yang abadi disisiNya
Friday, August 27, 2010
VIDEO DPP SPRM CEKIK DIRI SENDIRI MENYERAMKAN
Wednesday, August 18, 2010
DR PORNTHIP WHAT U QUALIFICATION.....
PORNTHIP TEO BUKAN BUNUH DIRI
Ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mula memberi keterangan di bangunan mahkamah di Shah Alam, jam 9.31 pagi bagi menyambung keterangan inkues kematian Teoh Beng Hock.
Beliau menceritakan penemuan dan kesimpulannya berhubung bedah siasat kedua yang dijalankan.
Pornthip, sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan mendakwa hasil pemerhatiannya mendapati kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri.
Kehadirannya di mahkamah pagi ini disambut tepukan gemuruh oleh penyokong Teoh yang memenuhi bilik perbicaraan hari ini.
Aktivis telah berkumpul bagi menghadiri inkues ini bukan sahaja sebagai sokongan kepada Teoh dan mendengar keterangan terbaru Pornthip tetapi juga untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pejabat Peguam Negara berhubung sekeping 'nota misteri'.
Bekas ketua forensik Unit Siasatan Lokasi Jenayah, Amidon Anan, juga berada di mahkamah hari ini. Beliau hadir atas kapasiti peribadi.
Beliau kemudian disoal oleh peguam, Malek Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor dengan meneliti laporannya dan beberapa gambar yang diambil pada bedah siasat kedua.
Pornthip berkata beliau mendapati pendarahan di tengkuk Teoh sehingga ke bahagian otot mangsa. Kesan berkenaan juga, katanya lebih luas daripada kesan dicekik kerana cengkaman fizikal di bahagian leher adalah lebih kuat.
Menurut Pornthip berdasarkan 34-35 kes kajiannya hasil jatuh daripada tempat tinggi sebelum ini, tidak ada yang mempunyai kesan seumpama itu. Katanya, dia berpendapat tidak mungkin lebam adalah kerana impak akibat jatuh.
Katanya, ia mungkin “ seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu”.
Ia menunjukkan Teoh mengalami hypoxia, di mana otak tidak menerima oksigen untuk tempoh sekurang-kurangnya 5 minit. Hypoxia berlaku akibat salur darah, arteri atau trakea yang tersumbat.
Pornthip tidak bersetuju dengan Dr Peter Vaneziz bahawa tanda pendarahan di tengkuk adalah akibat keretakan pada dagu. Katanya, keretakan dagu hanya membabitkan pendarahan di kawasan kecil dan tidak merebak hingga ke dada. Juga tidak terdapat salur darah besar di dagu yang boleh menyebabkan pendarahan berlebihan.
Pada keterangannya itu, Pornthip juga memberitahu inkues bahawa tiada keretakan pada pergelangan tangan, yang lazimnya berlaku dalam kes apabila seseorang cuba melindungi diri mereka daripada kejatuhan dengan tangan.
Terdapat keretakan dan luka di atas satu daripada pergelangan kaki Teoh tetapi tiada dikesan pada dasar tengkorak mangsa. Justeru, Pornthip berkata dia tidak bersetuju dengan Vaneziz bahawa Teoh mendarat dengan kedua-dua kakinya dan mangsa sedar semasa jatuh.
Sehubungan itu, Pornthip mempertahankan pendapatnya berhubung kecederaan sebelum kejatuhan tetapi tidak dapat mengesahkan bahawa Teoh sedar semasa jatuh. Beliau juga tidak mahu memberi peratusan punca kematian kerana kesimpulan berdasarkan laporan bedah siasat. Namun Porhthip pasti, kejadian itu bukan percubaan bunuh diri.
Monday, August 9, 2010
INKUES TEO - BUKTI BARU SEKEPING NOTA YANG KONTROVESI
Bukti Baru Inkues Beng Hock: Peguam Negara Jelaskan Kenapa Baru Sekarang...
Friday, May 21, 2010
NAZRI TERLEPAS HINA MAHKAMAH
Mahkamah Koroner hari ini menolak permohonan keluarga mendiang Teoh Beng Hock yang memfailkan notis usul menghina mahkamah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Keputusan itu berikutan komen Nazri yang dilaporkan olehMalaysiakini pada bulan lalu, di mana beliau melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand yang dibawa oleh kerajaan negeri Selangor itu sebagai “penipu”.
Wednesday, May 19, 2010
INKUES TEO PORNTHIP TAK DAPAT DATANG
Kerajaan Selangor telah membuat persediaan untuk membantu pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand memberi keterangan secara langsung dari Bangkok dalam inkues kematian Teoh Beng Hock.
Wednesday, August 26, 2009
SHAH ALAM, 26 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu mendedahkan kegiatan empat syarikat Bumiputera yang meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu untuk menjalankan projek yang tidak wujud yang mendapat kelulusan Teoh Beng Hock dan anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
Pegawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd Anuar Ismail, dalam keterangannya pada inkues kematian Teoh, berkata demikian berdasarkan empat keping invois yang diperoleh dan dicetak daripada komputer riba Teoh semasa dia disoal siasat di pejabat SPRM pada 15 dan 16 Julai lepas.
"Pegawai penyiasat telah melakukan siasatan terhadap empat dokumen ini dan menunjukkan keempat-empat syarikat ini telah meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu dan telah menerima komisen (kerana meminjamkan kepala surat)," kata Mohd Anuar ketika memberi keterangan sebagai saksi ke-16 prosiding itu.
Ketika ditanya oleh peguam pemerhati SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, saksi itu menamakan keempat-empat syarikat tersebut sebagai Syarikat Fizami Construction, Aris Enterprise, MKMN Enterprise dan M A Bina Melor Enterprise.
"Berdasarkan siasatan SPRM, syarikat Fizami telah memperolehi 26 projek bernilai RM147,812, syarikat Aris mendapat 14 projek bernilai RM88,275.30, syarikat MKMN dengan enam projek bernilai RM50,765 dan M A Bina Melor memperolehi tujuh projek dengan nilai RM69,010.
"Semua projek ini akhirnya pergi kepada Teoh dan Ean untuk tujuan kelulusan," kata Mohd Anuar.
Teoh adalah setiausaha politik Ean yang juga Anggota Exco Kerajaan Selangor.
Mohd Anuar, berkata melalui penyiasatannya, beliau mendapati kegiatan serupa yang dilakukan oleh tujuh syarikat lain, serta beberapa bukti sokongan yang menunjukkan berlakunya penyelewengan wang peruntukan Adun Selangor dalam projek palsu itu.
Bagaimanapun pendedahan mengenai penglibatan tujuh syarikat itu dibantah oleh peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo, dengan alasan ianya telah terkeluar daripada skop prosiding inkues yang hanya membenarkan invois empat syarikat terdahulu dikemukakan.
Gobind kemudian mencabar SPRM membekalkannya semua dokumen berkaitan bagi membolehkan pihaknya menjawab dakwaan itu.
"Semalam kita telah diberitahu secara jelas bahawa soalan-soalan yang akan dikemukakan hanya menjurus kepada empat invois itu sahaja.
"Apa yang berlaku hari ini seolah-olah SPRM hendak mendedahkan semua bukti siasatan mereka. Saya mahukan perintah mahkamah sekarang untuk menangguhkan prosiding ini supaya kami dibekalkan semua dokumen dan jadikan prosiding inkues ini sebagai perbicaraan rasuah Teoh Beng Hock," katanya.-bernama
Tuesday, August 25, 2009
ogos 25 09
Peguam keluarga Teoh Beng Hock, Gobind Singh Deo hari ini mendesak supaya surat misteri berhubung kematian Teoh, disiasat sepenuhnya oleh pihak Mahkamah. Menurutnya, walaupun peguam Negara memberitahu mahkamah, terdapat dua atau tiga perkara yang dinyatakan dalam surat itu tidak mempunyai bukti, tetapi kandungannya didapati konsisten dengan keterangan saksi sehingga hari ini. “Tuan Koroner telah membuat satu keputusan jelas, surat telah disiasat, walaupun peguam Negara ada memberitahu sisatan menunjukkan tidak tunjukkan sebarang bukti, namun ada dua atau tiga kenyataan yang konsisten dengan keterangan saksi sehingga hari ini,” katanya. Dalam pada itu, Gobind yang ditemui media di lobi Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini, memberitahu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kematian Teoh boleh mengemukakannya kepada beliau selaku wakil peguam keluarga Teoh dan juga kepada ahli keluarga Teoh sendiri. “Rayuan kepada masyarakat sape ada pengetahuan tentang surat, kematian, siasatan dan boleh menghantar maklumat kepada saya selaku wakil peguam, atau keluarga Teoh,” katanya. Turut hadir, anggota keluarga Teoh iaitu ayahnya Teoh Leong Hwee, ibunya Teng Shuw Hor ,abangnya Meng Kee, dan adik perempuannya, Lee Lan. Dalam pada itu, prosiding inkues Teoh Beng Hock hari ini dimaklumkan oleh saksi ke-16, bahawa Teoh bukan suspek dalam kes yang disiasat, tetapi sebagai saksi utama. Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Anuar Ismail menambah, tiada sebarang kekerasan dan ugutan digunakan dalam siasatan itu. Beliau juga memberitahu Koroner, Azmil Muntapha Abas bahawa tiada sebarang masalah ketika merakamkan percakapan itu. Bagaimanapun, Teoh gagal menjawab beberapa soalan yang diajukan. Menurut kenyataannya, seorang pegawai SPRM masih melihat Teoh tidur di sofa pejabat itu pada jam 6 pagi sebelum menemui mayatnya di tingkat 5 bangunan Plaza Masalam pada jam 1.45 petang, dipercayai terjatuh dari tingkat 14 bangunan SPRM, 16 Julai lalu. Mohamad Anuar memberitahu demikian dalam inkues kematian Setiausaha Politik Setiausaha Exco Selangor, Teoh Beng Hock ketika ditanya oleh peguam Negara, Tan Hock Chuan. -tvantara.com-
Monday, August 10, 2009
Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh Beng Hock berkata, laporan penuh mengenainya akan diumumkan esok.
"Tiga ujian telah dijalankan oleh pakar tempatan dan pakar dari Thailand untuk mengesahkannya," kata beliau.
Gobind berkata, pihaknya melawat semula tempat kejadian untuk membolehkan pakar dari luar negara membuat pemeriksaan di situ.
Beberapa helai benang dan serabut juga ditemui selepas dijalankan pemeriksaan kali kedua di kawasan tersebut hari ini.
Menurut Gobind, satu laporan akan dibuat oleh pakar-pakar tersebut berhubung penemuan terbaru itu.
Kumpulan pakar forensik dan peguam meninjau kembali kesan darah di tingkat berkenaan bagi menentukan sama ada ia milik manusia dalam siasatan inkues kematian Teoh.
Bagaimanapun, ujian DNA masih lagi dijalankan.
Lelaki yang disyaki Noordin itu mati ditembak dalam 'Operasi Tiga Serangkai' dijalankan sejak petang Jumaat lalu.
Friday, August 7, 2009
Ini kerana kesan, yang mungkin darah, ditemui di ruang tangga dari tingkat 14 - pintu masuk utama ke pejabat SPRM - ke tingkat 15 pejabat tersebut.
Lebih banyak kesan terdapat dalam sebuah bilik di tingkat 15. Yang memeranjatkan ialah koroner dimaklumkan bahawa polis tidak mengambil sampel dari kesan tersebut.
Peguam Lim Lip Eng yang mewakili keluarga Teoh berkata, pada mulanya koroner dijadualkan melawatkan keseluruhan tingkat 14, tetapi para peguam meminta supaya dilihat sekali tingkat 15.
"Kami sedang menaiki anak tangga ke tingkat 15 melalui pintu belakang. Bila kami sampai ke tingkat 15, kami dapat ada kesan sepanjang dua kaki atas lantai anak tangga tersebut.
"Kami bertanya kepada pengarah SPRM (Selangor) mengenainya, tetapi beliau tidak tahu. Pegawai penyiasat polis berkata beliau akan memeriksa kesan tersebut," kata Lim.
Apabila tiba di tingkat 15, mereka tidak dibenarkan melihat setiap bilik di situ.
Lim berkata, mereka ternampak lebih banyak kesan pada satu dinding bilik apabila mereka melihat menerusi kaca pintu.
"Ia nampak seperti darah. Saya tidak dapat katakan secara pasti. Sekali lagi, kami bertanya kepada pengarah dan pegawai penyiasat dan mereka kata mereka tidak tahu mengenainya dan tidak memasukkannya sebagai sebahagian daripada siasatan," kata Lim yang juga ahli parlimen Segambut.
Wednesday, August 5, 2009
DNA Tan, Lee tidak sepadan kesan darah pada Teoh
SHAH ALAM: Ujian DNA Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing tidak sepadan dengan kesan darah pada baju dan tali pinggang Teoh Beng Hock, kata peguam keluarga mendiang, Gobind Singh pagi tadi.
Pengawal keselamatan wanita saksi pertama inkues Teoh
SHAH ALAM: Prosiding inkues kes kematian Teoh Beng Hock disambung semula 9 pagi tadi dengan saksi pertama memberi keterangan ialah Siti Zabedah Yahya, 41, seorang pengawal keselamatan.
Wednesday, July 29, 2009
Tetap mahu suruhanjaya diraja
Walaupun telah mendengar penjelasan perdana menteri, keluarga Teoh Beng Hock tetap menuntut sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian mendiang.
"Kami tetap dengan pendirian meminta sebuah suruhanjaya yang bebas dan adil untuk menyiasat punca kematian abang saya," kata adik perempuannya Teoh Lee Lan.
Beliau menceritakan hasil pertemuan keluarganya dengan Datuk Seri Najib Razak di pejabat perdana menteri di Putrajaya yang dilaporkan selama setengah jam awal malam tadi.
Ditemui pemberita selepas inkues hari pertama di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini, kenyataan ringkas Lee Lan dalam bahasa Cina itu diterjemahkan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang.
"Mereka telah dengar penjelasan kenapa suruhanraya diraja tidak ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian Teoh, tetapi hanya melibatkan teknik siastan SPRM.
"Keluarganya berkata, mereka mempertimbangkan penjelasan perdana menteri, bagaimanapun mereka tetap dengan pendirian supaya suruhanjaya diraja mesti ditubuhkan (bagi menyiasat punca kematian Beng Hock)," kata ahli parlimen Ipoh Timur.
Pada pertemuan itu, Najib sekali lagi dilaporkan menyampaikan takziah kepada bapa mendiang Teoh Leong Hwee, emaknya Teng Shuw Hoi, abangnya Teoh Meng Kee dan juga tunangnya Soh Cher Wei.
Lim menggesa Najib dan kabinetnya menghormati hasrat keluarga si mati supaya inkues ditangguhkan dan diwujudkan suruhanya diraja untuk mencari punca kematian Beng Hock.
Lim berpendapat, tidak perlu dua badan bagi menyiasat kes berhubung kematian itu.
Bekas ketua pembangkang itu membandingkan kes berkenaan dengan kematian seorang ahli sains di kementerian pertahanan Britain selepas dituduh membocorkan maklumat rasmi negara kepada media pada 2003.
Tambahnya, kes kematian saintis itu disiasat sebuah inkues dan siasatan kehakiman Hutton.
Setelah tamat proses inkuiri, tambahnya, koronernya memutuskan tidak perlu lagi inkues diteruskan.
"Persoalannya sekarang, yang mana satu?" kata Lim.
Semalam, Najib dilaporkan menjelaskan kepada keluarga Teoh bahawa suruhanjaya diraja dan inkues merupakan pendekatan serentak bagi mengenal pasti punca kematian tersebut.
Najib berkata, pendekatan itu akan dapat memastikan sama ada mana-mana aspek atau tindakan yang diambil, mungkin ada kaitan atau menyebabkan kejadian itu.
Katanya, hasil penemuan siasatan itu akan dianggap sebagai input kepada suruhanjaya diraja itu.
Sementara itu, sejak jam 7 pagi, kompleks Mahkamah Shah Alam di Seksyen 5 mula dibanjiri puluhan wartawan.
Selain kehadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan saksi-saksi inkues, tiada kelibat penyokong Pakatan Rakyat kelihatan.
Cuma kelihatan seorang lelaki Cina memegang poster gambar Beng Hock di lobi kompleks tersebut.
Kehadiran seramai 77 orang saksi menyebabkan bilik menunggu untuk saksi, berdekatan tempat prosiding berjalan, sesak sehingga menyebabkan sebahagian mereka terpaksa menunggu di bangku luarnya.
Suasana di tempat tersebut sesak apabila jurugambar dan juruvideo berasak-asak bagi mendapatkan gambar mereka dalam posisi yang terbaik.
SHAH ALAM: Inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang ahli exco Selangor, diberitahu hari ini bahawa satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.
Peguambela dan peguamcara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan ketika prosiding inkues di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas berkata, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.
Sementara itu, satu lagi profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui.
Tan berkata, seramai 102 orang telah diuji bagi menentukan sama ada DNA mereka menyamai DNA lelaki yang tidak diketahui itu.
"Saya diberitahu oleh ahli kimia bahawa keputusan ujian 90 orang telah pun siap dan ujian bagi 12 lagi individu lelaki akan dijalankan.
"Saya juga diberitahu oleh pegawai penyiasat, dua orang enggan memberikan spesimen contoh DNA mereka," katanya. Gobind Singh Deo yang bertindak sebagai peguam mewakili keluarga Teoh kemudiannya meminta pihak pendakwaan supaya memaklumkan kepada mereka sama ada terdapat sampel DNA daripada 90 individu itu yang sepadan dengan DNA lelaki yang tidak diketahui tersebut.
"Inilah salah satu sebab mengapa pihak mahkamah perlu menangguhkan prosiding ini bagi menunggu keputusan penuh laporan DNA," katanya.
Tan kemudiannya menjawab: "Sama ada terdapat padanan DNA daripada 90 individu ini dengan DNA yang tidak diketahui itu, perkara ini adalah lebih baik diberitahu sendiri oleh pakar kimia nanti."
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini, 16 Julai lalu selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor.
Tokeyai
Siasat siasat jangan tak siasat..........
HADIR...Ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock hadir untuk mendengar sesi perjalanan inkues kematian Setiausaha Politik salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini. Foto THE STAR Oleh: KAMARUL ARIFFIN.
Inkues terhadap kematian Teoh Beng Hock yang bermula jam 9.20 pagi tadi di hadapan koroner Azmil Muntapha Abas di Mahkamah Majistret Shah Alam, telah ditangguhkan kepada 5 Ogos depan.
Sejumlah 77 saksi, termasuk tunang Teoh - Soh Cher Wei - dijangka dipanggil memberi keterangan di prosidng inkues tersebut yang dijadual berjalan selama 15 hari.
Anggota keluarga Teoh tiba kira-kira jam 8.20 pagi tadi manakala para wartawan berkumpul seawal jam 7.30 pagi untuk mendaftar diri.
Kira-kira 50 wartawan memenuhi dewan mahkamah untuk membuat liputan inkues tersebut.
Pengerusi Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata 12 peguam akan ditugaskan untuk menjadi peguam pemerhati sepanjang inkues tersebut.Teoh, 30, ditemui mati pada 16 Julai lalu koridor tingkat lima Plaza Masalam selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabaty di tingkat 14 bangunan tersebut.
Teoh, setiausaha politik kepada exco Selangor Ean Yong Hian Wah merupakan saksi berhubung siasatan dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN Selangor.
Pada kira-kira jam 9.40 pagi ini, Gobind telah meminta mahkamah menangguhkan prosiding sehingga kabinet membuat keputusan meluaskan skop siasatan suruhanjaya diraja yang akan ditubuhkan.
"Jika kerajaan bersetuju, inkues ini akan menjadi tidak perlu," katanya.
Tokeyai
Eloklah tu di tangguh bagi masa semua orang untuk bertafakur merenung sejenak mengimbas kembali bermuhasabah diri supaya yang salah tetap salah dan dibawa kemuka pengadilan tanpa mengira darjat kuasa dan bangsa....
Perjalanan sesi inkues kematian Teoh
BERIKUT adalah perjalanan sesi inkues kematian Setiusaha Politik salah seorang ahli exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock.
10.20 pagi: Pihak pendakwaraya tidak membantah permohonan Gobind dan koroner Azmin Mustapha bersetuju dengan permohonan itu. Mahkamah berhenti seketika selama setengah jam bermula 10. 20 pagi bagikoroner membuat pemeriksaan dengan pihak pendaftar mahkamah sama ada mereka ada mengeluarkan notis berhubung inkues ini.
10 pagi: Peguam Gobind yang wakili keluarga Teoh minta siasatan ditangguh kerana tidak terima dokumen, antaranya bedah siasat
9.15 pagi: Prosiding inkues bermula.
8.50 pagi: Peguam Gobind Singh Deo, M. Manoharan dan Sankaran Nair serta Penasihat DAP Lim Kit Siang tiba di mahkamah.
8.30 pagi: Kira-kira 50 wartawan dibenarkan memasuki Mahkamah Majistret 5 untuk mengikuti inkues.
8 pagi: Keluarga Teoh tiba di mahkamah, terdiri daripada bapa, abang, adik perempuan dan tunangnya.
7.5 0 pagi: Pihak polis mula mengedarkan pask ebenaran mendengar inkues kepada wakil-wakil media.
7 pagi: Wakil-wakil media mula berkumpul di hadapan Mahkamah Majistret 5 seawal pukul 7 pagi.
POSTING RUJUKAN
SAJAK DR ASRI
BLOG LIST
-
UMNO-Online buat lawak Altantunya... kahkahkah22 minutes ago
-
-
-
JOM PI RAMAI-RAMAI..!14 hours ago
-
-
-
Najib Marah BN19 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
JEWS VS. JEWS IN ZIONIST STATE2 days ago
-
-
Sifat Munafik UMNO Di Balas Tuhan3 days ago
-
-
-
SALAHKAN BN LA...!!!4 days ago
-
ingin bersedih atau ketawa?4 days ago
-
-
-
Tau atau buat-buat tak tau?1 week ago
-
-
Apa Guna Bintang Kebesaran & Pingat?1 week ago
-
-
Cubaan Hidupkan Al-Arqam.1 week ago
-
-
-
-
-
-
-
SYIAH2 weeks ago
-
-
Israel tunjuk belang!2 weeks ago
-
MINYAK NAK NAIK LAGI ?2 weeks ago
-
28 Mei 2010 Wa langgar Rusila.4 weeks ago
-
nota kecil kepada perdana menteri1 month ago
-
-
PERKASA KEKUATAN BANGSA MELAYU2 months ago
-
ISU MINYAK KELANTAN:KERATAN AKBAR3 months ago
-
NAK BUAT APA HUJUNG MINGGU NI?3 months ago
-
-
penat4 months ago
-
The Unelected President4 months ago
-




