Showing posts with label Dinar kelantan. Show all posts
Showing posts with label Dinar kelantan. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

DINAR DAN DIRHAM JADI REBUTAN

Awang adek nie.....mesti tengah bengang punya sekarang nie...tengok dinar dan dirham laku macam goreng pisang panas...relaksla bro...lu diam-diam puasa sudahlah....sapa2 yang bakal ada anak kembar bolehlah namakan dinar dan dirham....sedap jugak bunyi dia....



Hari pertama dinar emas dan dirham dibuka untuk jualan, semalam menyaksikan rakyat Kelantan memenuhi Pusat Pajak Gadai Islam Ar-Rahn di Kota Bharu bagi mendapatkan mata wang yang diperkenalkan kerajaan negeri itu.

Rata-rata pembeli yang ditemui berkata mereka berhasrat menjadikan dinar dan dirham itu sebagai hiasan diri seperti loket dan juga untuk disimpan sebagai koleksi peribadi.
Seorang pembeli, Zainun Che Aziz, 60, berkata pengeluaran dinar itu adalah trend terbaru emas di pasaran yang perlu dibeli dan harus dimiliki.

"Emas ni ikut musim, macam-macam bentuk dan saiz emas keluar di pasaran dan bila keluar emas dinar ni saya rasa mesti beli kerana ia unik dan saya mahu membuat loket untuk diberi kepada cucu saya. Kalau tidak beli rugilah mana tahu tiba-tiba ia tidak dijual lagi," katanya.

Sementara itu, Pengurus Operasi Ar-Rahn Kota Baharu 2, Siti Azian Ibrahim berkata sebanyak 344 keping dirham serta 50 keping dinar dibuka untuk jualan semalam.

"Melihat situasi sebelum ini pada mulanya kita tidak menjangkakan jualan dinar akan mendapat sambutan kerana ramai yang tidak bersetuju dengan penggunaannya dalam urusan seharian.

"Tetapi pembukaan jualan mata wang berkenaan di Ar-Rahn ini melihat sesuatu yang berbeza apabila rakyat tetap berminat membelinya dan kebanyakan pelanggan berkata mereka mahu menjadikan dinar itu sebagai perhiasan diri seperti loket dan gelang," katanya.

Siti Azian berkata bagi dinar, terdapat lima saiz yang dijual dengan harga berbeza setiap hari mengikut nilai emas semasa dan hari ini harga bagi setengah dinar ialah RM296, satu dinar (RM592), dua dinar (RM1,184), lima dinar (RM2,960) dan lapan dinar (RM4,736).

"Manakala bagi nilai dirham pula ialah satu dirham bernilai RM13, dua dirham (RM26), lima dirham (RM65), 10 dirham (RM130) dan 20 dirham (RM260)," katanya.

Beliau berkata bagi dinar, ia dibuat menggunakan emas bernilai tinggi iaitu emas 916 yang diguna untuk membuat barang kemas.

"Memang diakui di Kelantan trend membeli emas sentiasa wujud sejak dulu sehingga kini kerana tarikan nilainya yang sentiasa bernilai dan tidak akan turun secara mendadak sehingga merugikan," katanya.

Siti Azian berkata mereka yang berminat untuk membeli dinar itu dan ingin mengetahui harga dari semasa ke semasa boleh layari laman web http://islamicmint.com.my/ atau mengunjungi pusat Ar-Rahn berhampiran, yang dipertanggungjawab menjadi wakil sah jualan dinar dan dirham.
- Bernama



Monday, August 16, 2010

MOH KITA SOKONG DINAR KELANTAN

Den nak tanyo....antara emas dan note kertas...duitlah maksudnya....kalau terbakar mana yang jadi abu mana yang masih ada nilai.....jawab awg adek....kalau hang pandai pasal duit-duit nie....hang dah banyak emas sebab tu hang dah tak mau emas lagi.....tau pulak hang kumpul emas no....ko orang kelantan sokonglah sikit kalau benda yang baik tu.....sikit-sikit nak guna law....taulah ko kerja dekat tempat duit intan belian menimbun....kalau idea yang boleh membawa kita maju kedepan sokonglah sikit....dimana semangat kelantan mu....wa yang bukan orang kelantan dan tak tau pasal duit-duit ni pun tau....nilai emas kat mana-mana sama aje dan laku untuk diperlakukan....sengallah ko nie...awg...nama ko pun dah macam duit...ah...wanggg....





INI NAJIB CAKAP TAHUN 2007

Urus Niaga Guna Emas Cegah Susut Nilai Mata Wang

KUALA LUMPUR 14 Feb 2007. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, platform urus niaga syariah yang membolehkan emas digunakan dalam urus niaga akan dapat mencegah susut nilai dan penyusutan nilai mata wang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penggunaan dinar emas dan dirham perak boleh menjadi pendekatan alternatif untuk merancang pengurusan kekayaan.

“Tidak seperti mata wang konvensional yang berdepan dengan inflasi berterusan, nilai emas adalah stabil dan ia merupakan kaedah berkesan untuk melindungi kekayaan daripada inflasi dan krisis kewangan atau mata wang,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan kejayaan penyenaraian syarikat Malaysia, IGDX Holdings Ltd. di Bursa Saham Australia pada 9 Februari lalu.


PETISEN ONLINE SOKONG DINAR KELANTAN


KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Satu petisyen online telah dibuka bagi menarik sokongan rakyat negara ini terhadap penggunaan dinar emas dan dirham perak Kelantan yang menjadi pertikaian hangat pada waktu ini.

Petisyen tersebut dikumpul melalui laman www.ipetitions.com/petition/dinarkelantan yang dibuka sejak semalam.
Menurut tulisan tertera di petisyen tersebut, ianya dianjur oleh dinarkelantan.com.my, bagaimanapun carian server web tersebut di internet tidak dijumpai.
Difahamkan petisyen online ini dibuat ekoran timbul usaha pihak kerajaan pusat mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Kelantan kerana mengeluarkan mata wang sendiri.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein sebelum ini mendakwa hanya kerajaan persekutuan melalui Bank Negara Malaysia mempunyai hak mutlak untuk mengeluarkan matawang dan kerajaan negeri adalah tidak berhak.
Exco kanan kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa sebelum ini telah menafikan penggunaan emas dinar dan dirham perak yang dikeluarkan negeri itu sebagai matawang secara mutlak.
Tetapi menurutnya, kerajaan negeri mengisytiharkan ianya sebagai medium perniagaan yang diterima di beberapa kedai yang berdaftar dengan pihak yang berkaitan.
Dalam pada itu, Husam melalui blognya www.husammusa.com juga turut mengulas perkembangan terbaru kerajaan pusat tersebut.
Beliau mempertikai kenapa isu penggunaan kedua dua wang tersebut kini dijadikan isu besar.
"Kenapa Awang Adek (juga terutamanya Tun Mahathir) yang sebelumnya pernah memuji pengenalan semula dinar emas tiba-tiba telah menayangkan urat-sarafnya (muscles) sebagai Timbalan Menteri Kewangan apabila pihak di Kelantan memasyhurkan apa yang pernah Awang Adek sendiri puji?" soalnya.
Menurutnya, sehingga kini belum ada pihak yang mendakwa yang kepingan syiling emas dan perak yang diperkenalkan oleh Kelantan itu sebagai mata-wang secara mutlak atau matawang alternatif.
Sebaliknya, ianya diisytiharkan sebagai medium perniagaan yang diterima di beberapa kedai yang berdaftar dengan pihak yang berkaitan.
"Kalau kepingan emas dan perak ini sah diperlakukan dalam jual-beli di kedai-kedai tersebut itu salah dan melanggar peraturan kewangan negara, bagaimana pula dengan kupon pasaria yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan pertubuhan di semerata negara?
“Kupon itu telah dijual oleh pihak penganjur dan kemudiannya dengan kupon itu boleh dibeli barangan-barangan di gerai-gerai yang terlibat dengan pasaria tersebut. Sejak sebelum merdeka lagi amalan ini telah dijalankan, kenapa Awang Adek membiarkannya?
"Atau umpama saya saya membeli di Tesco, akhir bulan saya menerima kupon yang mempunyai nilai ringgit untuk sebarang pembelian atau potongan harga untuk pembelian barangan tertentu. Apakah amalan ini juga mengikut Awang Adek hendaklah mendapat kelulusan Bank Negara?" soalnya lagi.
Menurutnya, Awang Adek dan Bank Negara sepatutnya berusaha untuk menandingi kerajaan Kelantan dengan mengeluarkan syiling emas dan perak yang lebih standard daripada Kelantan, paling kurang dengan rekabentuk yang lebih menarik dan mempunyai ukuran berat yang lebih pelbagai.
Tambahnya, dengan berbuat demikian, barulah terserlah kerajaan pusat sebagai kerajaan yang lebih berwawasan daripada kerajaan Kelantan.
"Marilah kita berkerjasama di dalam perkara kebaikan dan kita kita hindari perkara dosa dan permusuhan. Insya Allah Awang Adek akan bersetuju dengan saranan saya ini," katanya sinis.-harakah

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran