Wednesday, September 22, 2010

TANAH KTMB KO LENGAH-LENGAH SATU SEN PUN TAK DAPAT-S'PORE

Itu bahasa kasornya...bahasa lembutnya camni..bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya....ini dah nampak macam mengugut...betul-betul macam belanda nak tanah...apalah punya malang malaysia nie dok kena buli jer dengan s'pore....ada pemimpin pun nggeh jer kata orang jawa....jangan nanti dia mintak tukar dengan johor pulak...sudah...habis kampung halaman wa nanti....


TANAH KTMB : M'SIA MUNGKIN BERPUTIH MATA LAGI

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Tanah stesen kereta api milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar yang sepatutnya digunakan sebagai kuasa tawar menawar Malaysia mungkin akan terlepas begitu sahaja, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Mengulas persetujuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong bahawa isu caj pembangunan tiga bidang tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, beliau berkata, Malaysia tidak kehilangan tanah-tanah KTMB itu walaupun tidak diadakan rundingan mengenai perkara itu sekalipun.
"Perjanjian 1918 menyatakan tempoh pajakan tanah-tanah tersebut kepada KTMB adalah selama 999 tahun walaupun dinyatakan untuk kegunaan perkhidmatan keretapi sahaja.
"Tanah-tanah itu umpama tulang yang terlekat di rengkung para pemimpin Singapura dan Malaysia bukan sahaja tidak perlu tergesa-gesa merundingkan perkara itu malah ia boleh dijadikan kuasa tawar-menawar dalam perundingan dengan Singapura," kata Mahfuz.
Tetapi, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, apabila rundingan diadakan dan Najib melakukan tindakan yang amat memeranjatkan dan menerima tawaran pertukaran tanah-tanah itu, ia mungkin hilang begitu sahaja dan Malaysia mungkin akan berputih mata sekali lagi setelah berkali-kali berputih mata dengan Singapura.
"Bila Najib mempersetujui caj pembangunan tanah-tanah tersebut dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, dengan pelbagai persediaan yang kita yakin dibuat oleh Singapura seperti yang dilakukannya dalam kes Pulau Batu Putih, bagaimana kalau mahkamah itu mempersetujui caj yang tinggi yang dikehendaki oleh Singapura?
"Ia dengan sendirinya bermakna tanah-tanah itu yang sepatutnya menjadi kuasa tawar-menawar akhirnya akan menyebabkan kerugian yang besar jika caj pembangunan yang tinggi dipersetujui oleh mahkamah tersebut," kata beliau.
Mahfuz juga mempersoalkan mengapa Najib bersetuju bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya.
"Amat malang sekali bagi rakyat negara ini apabila kerajaan pimpinan Najib bersetuju dengan syarat tersebut.
"Ia dengan sendirinya bermakna tanah-tanah tersebut boleh hilang begitu sahaja dari tangan Malaysia jika Singapura berpendapat Malaysia melengah-lengahkan tindakan untuk memuktamadkan persetujuan," katanya.
Mahfuz kesal kerana apa yang sepatutnya menjadi kekuatan Malaysia telah ditukarkan oleh Najib menjadi menjadi senjata makan tuan
"Apa yang sepatutnya menjadi kuasa tawar-menawar negara kita tiba-tiba menjadi kuasa tawar-menawar Singapura apabila syarat tersebut dipersetujui.
"Tidak hairanlah jika Najib terpaksa bersetuju isu caj pembangunan tanah-tanah tersebut dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa walaupun Malaysia terpaksa berhadapan dengan risiko membayar caj pembangunan yang tinggi," katanya.
Mahfuz juga melihat Malaysia menanggung kerugian dalam semua keadaan.
"Najib menerima ketetapan yang merugikan negara apabila dinyatakan bahawa Malaysia tidak akan menerima apa-apa pampasan dan pertukaran tanah jika Malaysia menangguh-nangguhkan tindakan untuk memuktamadkannya.
"Masalahnya, caj pembangunan yang tinggi juga akan merugikan Malaysia. Rugi dalam semua keadaan," katanya.
Beliau meminta Najib menjelaskan kepada rakyat berapakah caj pembangunan yang dituntut oleh Singapura itu.
"Lebih penting lagi, Najib perlu menyatakan adakah Malaysia sebenarnya telah tertipu? Kalau tak tertipu, mengapa sehingga ke peringkat perlu merujuk Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa?" soal Mahfuz sambil membangkitkan kembali laporan-laporan yang mengaitkan kehilangan Pulau Batu Putih dengan persediaan Malaysia yang amat lemah dalam menghadapi kes itu di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini.-HARAKAH




PELAKON BADRUL MUHAYAT BUAT HAL LAGI

Apa nak jadi dengan pelakon sorang nie...tak habis-habis nak pukul bini...kalau dah tak suka tu...lepaskan ajelah abis cerita...apa nak pukul-pukul kaum hawa tak kesian ker....


Badrul didakwa bertindak ganas lagi ke atas isteri

AMPANG: Tak habis-habis buat hal.
Itu yang berlaku kepada pelakon popular, Badrul Muhayat, 42 tahun, apabila beliau sekali lagi didakwa melakukan keganasan terhadap isterinya di rumah mereka di Kampung Cheras Baru di sini, Ahad lalu.Kali ini pelakon terbabit, yang menjadi berang apabila isterinya, Cik Julia Daud, 29 tahun, meminta beliau menurunkan tandatangan di atas surat permohonan cerai, didakwa menendang wanita berkenaan di pinggang.Dalam kejadian sekitar 4.30 petang itu, pelakon tersebut pulang ke rumah dalam keadaan tergesagesa sebelum menyelongkar dan mengambil pakaiannya dalam bilik.Menurut sumber polis, ketika itu isterinya meminta pelakon berkenaan menurunkan tandatangan surat yang menyatakan bersetuju untuk bercerai secara baik sebelum Badrul menjadi marah dan berlaku pertengkaran antara mereka.'Pelakon itu bertegas tidak mahu menandatangani surat terbabit sebelum beliau secara tiba-tiba mengambil anak perempuannya, Siti Nor Batrisyia, yang berusia tiga tahun, dan membawanya menaiki kereta.'Bagaimanapun, isterinya cuba mengejar sebelum pelakon terbabit memberhentikan kereta di depan rumah pengasuh anak tidak jauh dari rumah mereka,' katanya.Beliau berkata sebaik meninggalkan anaknya di hadapan rumah, isteri pelakon itu segera memasuki kereta dan mendesak pelakon tersebut menandatangani surat persetujuan bercerai.'Tindakan itu menyebabkan pelakon berkenaan berang dan terus menendang pinggang isterinya itu dengan tujuan menghalaunya keluar daripada kereta.'Berlaku sedikit pergelutan antara mereka sebelum beberapa jiran menenteramkan keadaan dan meminta pasangan itu masuk ke dalam rumah untuk berbincang,' kata sumber polis.Menurutnya, selepas berbincang, pelakon itu bersetuju menandatangani surat menyatakan beliau bersetuju bercerai secara baik dengan isterinya itu sebelum meninggalkan rumah dalam keadaan tergesa-gesa.'Malah, pelakon itu sempat memberitahu isterinya bahawa beliau tidak akan hadir pada perbicaraan perceraian mereka di Mahkamah Syariah Kajang Rabu ini,' tambah sumber itu.Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Penolong Pesuruhjaya Abdul Jalil Hassan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat isteri pelakon terbabit. -- Harian Metro.

Monday, September 20, 2010

NAZRI HENTAM AWANG SELAMAT

Salam lebaran semua....semoga sihat walafiat adanya.....lamo dah tak online nie...maklumlah sibuk beraya....bukak - bukak malaysiakini tengok-tengok nazri tengah menghentam awang selamat...pada den awang selamat nie....sejenis parasit...nazri pulak dok tengok siapa ketua dia ikut...tak kira apa jenis....dua-dua merbahaya....silap haribulan makan diri....


Nazri: Awang Selamat, siapa ketuamu?
Selepas mengkritik Utusan Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz hari ini mempertikaikan pula seorang kolumnis kontroversinya Awang Selamat sama ada beliau mempunyai ketua selain Datuk Seri Najib Tun Razak.

Nazri menegaskan sebagai menteri kerajaan, beliau akan mempertahankan kerajaan daripada dikritik walaupun oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

"Sudah tentu, sesiapa sahaja tanpa mengira siapa yang mengkritik kerajaan, akan menerima serangan dalam tindakan saya mempertahankan kerajaan, sebagaimana yang telah saya lakukan ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi perdana menteri," katanya sambil menafikan beliau anti-Dr Mahathir.-mkini

Friday, September 3, 2010

MELAYU BERTUDUNG PERSENDA ZIKIRULLAH

Budak perempuan melayu ni dah tahap gaban cilako nie....wa tak tau tahap agama dia....kalau dia islam memang cilakolah budak nie.....tengok gaya macam student lagi.....tapi kalau macam nilah budaya menghina agama sendiri....walaupun nanti katanya hanya suka-suka....main-main aje.....bolehkah diterima alasan main-main dalam hal agama dan memuji Allah.....apakah pegangan mereka sebenarnya.....kalau agama sendiri dihina sedemikian rupa.....ingatlah paderi melayu pun dah wujud sekarang.....

Thursday, September 2, 2010

INTIP KHALID INDIVIDU DIKENALPASTI

Tu..la...buat keje skodeng lagi kan dah kantoi.....

Beberapa individu dikenal-pasti dalam rakaman video yang dijumpa dalam 'kamera intip' yang ditemui di pejabat menteri besar Selangor pada awal bulan lalu.


Pada sidang media di Shah Alam hari ini, setiausahapolitik kepada menteri besar, Faekah Husin berkata mereka yang dikenalpasti itu bekerja di tingkat yang sama dengan pejabat menteri besar di bangunan setiausaha kerajaan negeri.

“Daripada siasatan dalaman, terdapat beberapa wajah dan suara yang dikenal-pasti dari rakaman video itu. (Tetapi) kita tidak bercadang mendedahkan butirannya (sekarang),” katanya.

“Sesetengah mereka sepatutnya berada di sana, tetapi ada juga yang tidak sepatutnya berada di sana.”

Pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat penemuan 'kamera intip' itu akan berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim esok untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Faekah berkata pasukan petugas itu perlu mendapatkan kelulusan daripada Khalaid sebelum boleh menyoal-siasat mereka yang dikenal-pasti dalam rakaman video itu.

"Kami perlu menyiasat mereka bagi menentukan siapa di sebalik perkara itu,” katanya.

Menurut Faekah, rumusan awal siasatan mendapati mereka yang terbabit itu cuba menjadi “nakal dari segi politik.”

Beliau juga mendedahkan tiga pegawai polis berjumpa dengannya pagi ini tetapi mengesahkan belum ada laporan polis yang dibuat.

Sebelum ini, Khalid berkata pasukan petugas berkenaan akan diberi masa menyiasat terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada polis.-mkini

SEJARAH GANYANG MALAYSIA OLEH SOEKARNO

Semuanya bermula dengan sikap soekarno yang menentang pembentukan malaysia yang merangkumi kalimantan dan semenanjung....dia mengatakan itu semua tujuan inggeris untuk menakluk indonesia...dari situlah kita dituduh sebagai pencuri hak mereka....sehinggalah sekarang ini....bara yang ditinggalkan oleh soekarno masih belum terpadam...ia masih bernyala....apa jua isu dengan indon nie....jika dijentik sikit pasti api akan cepat merebak....mereka sebenarnya kecewa dan cemburu dengan kehidupan mereka dan kejayaan malaysia....sehinggakan malaysia digelar malingsial (pencuri sial).....jadi selagi mereka hidup dibawah paras kemiskinan...api-api ganyang malaysia sentiasa akan cuba ditiupkan untuk memanaskan suasana dan mewujudkan soekarno baru....mungkin jugak ada pihak-pihak yang nak mewujudkan suasana macam korea utara dan korea selatan antara dua negara ini....yelah...sapa tau kan...


KITA TENGOK APA SOEKARNO CAKAP

INI PULAK SAJAK DIA


“Kalau kita lapar itu biasa

Kalau kita malu itu juga biasa
Namun kalau kita lapar atau malu itu karena Malaysia, kurang ajar!
Kerahkan pasukan ke Kalimantan hajar cecunguk Malayan itu!
Pukul dan sikat jangan sampai tanah dan udara kita diinjak-injak oleh Malaysian keparat itu
Doakan aku, aku kan berangkat ke medan juang sebagai patriot Bangsa, sebagai martir Bangsa dan sebagai peluru Bangsa yang tak mau diinjak-injak harga dirinya.
Serukan serukan keseluruh pelosok negeri bahwa kita akan bersatu untuk melawan kehinaan ini kita akan membalas perlakuan ini dan kita tunjukkan bahwa kita masih memiliki Gigi yang kuat dan kita juga masih memiliki martabat.
Yoo…ayoo… kita… Ganjang…
Ganjang… Malaysia
Ganjang… Malaysia
Bulatkan tekad
Semangat kita badja
Peluru kita banjak
Njawa kita banjak
Bila perlu satoe-satoe!
Soekarno”


BENDERA MALAYSIA DIBAKAR LAGI,TELUR,IKAN BUSUK DILONTAR
Sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-undang Jakarta) semalam bertindak mengotorkan bendera Malaysia dengan telur sebelum membakar dan melontarkan Jalur Gemilang yang terbakar sebahagiannnya itu ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Dalam demonstrasi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini, mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar itu selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia itu dengan tepung gandum dan ikan masin busuk.

Mereka membawa beberapa sepanduk yang antara lainnya ditulis "diplomasi mati suri", "ganyang Malaysia", "bela harga diri bangsa" serta "malingsia serumpun yang durhaka".

Demonstrasi selama kira-kira setengah jam mulai jam 11.05 pagi itu diawasi oleh kira-kira 60 anggota polis Indonesia.

Dalam insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia pada 13 Ogos lalu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing dengan alasan pencerobohan terhadap wilayah perairan masing-masing.
Sungguhpun semua mereka dibebaskan pihak berkuasa kedua-dua negara empat hari kemudian, perasaan marah rakyat Indonesia terhadap Malaysia tidak pernah padam kerana mereka mendakwa Malaysia bertindak merendahkan martabat Indonesia dan meminta Malaysia memohon maaf kepada republik itu.

Kumpulan-kumpulan masyarakat di sini turut mengkritik kerajaan Indonesia yang didakwa tidak tegas terhadap Malaysia berhubung insiden itu.
- Bernama

Wednesday, September 1, 2010

TIMB KM SABAH KELUAR PARTI

Itu baru namanya jantanman....tak suka keluar....jangan main sorok-sorok....nanti kena sembunyi dengan  hantuyaa....

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Peter Pang En Yin hari ini mengumumkan bahawa beliau keluar dari parti LDP.

Pang adalah naib presiden parti berkenaan dan sejak kebelakangan ini timbul khabar angin parti komponen itu akan meninggalkan BN.

Ia berikutan pergeseran antara Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dengan beberapa pemimpin LDP.

Sebelum ini, timbalan presiden LDP, Chin Su Phin dilaporkan berkata parti itu tidak lagi boleh bekerjasama dengan Musa tetapi tetap setia kepada BN.

Berikutan kenyataan Chin itu, timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, datuk seri Salleh Said berkata LDP bersekongkol dengan pihak tertentu bagi menumbangkan Musa.

Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong, bagaimanapun menafikan bahawa partinya itu akan berpaling tadah.

"Tiada spekulasi seperti itu. Saya setia sebagai orang BN dan berikrar kesetiaan kepada BN di bawah pimpinan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak),” katanya ketika dihubungi.-mkini

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran