Wednesday, December 16, 2009

Biar Pape asal Bergaye
16 dis 09

Belinya dahlah mahal nak menjaganya pun mahal jugak....akhir-akhirnya hidup kita jugak yang menjadi mahal dikelilingi benda-benda yang mahal...Cukai barangan pengguna (GST) menunggu untuk memahalkan lagi bukan harga diri tapi harga barang-barang untuk hidup pape asal bergaye...

Kos pengoperasian dua kapal selam termasuk senggaraan dianggarkan RM290 juta setahun, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata nilai kontrak perolehan kapal selam berkenaan ialah Euro 1.084 bilion (RM5.382 bilion) meliputi harga pembelian dua kapal selam baru, latihan untuk warga kapal selam, pakej bantuan lojistik bersepadu dan alat ganti serta penyediaan kemudahan pelatih kapal selam dan tim projek.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Charles Santiago (DAP-Klang) yang ingin tahu mengenai ancaman yang dihadapi oleh Malaysia yang memerlukan penggunaan kapal selam dan apakah tugas dan petunjuk prestasi utama (KPI) untuk kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman, selain kos penyelenggaraannya setiap tahun.

Ahmad Zahid berkata penggunaan kapal selam bukanlah disebabkan ancaman yang dihadapi oleh negara tetapi lebih kepada keupayaan memberi cegah rintang kepada bakal musuh.

"Pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersandarkan kepada 'capability-based' yang harus dimiliki untuk melaksanakan misi dalam pelbagai dimensi pada masa hadapan," katanya.

Menurut beliau, keupayaan negara menyediakan satu angkatan perang yang moden dan berwibawa untuk memusnahkan angkatan musuh akan menggerunkan musuh malah mereka akan lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang perkiraan yang kurang rasional untuk mengancam dan menyerang negara ini.

Beliau berkata kehadiran kapal selam yang canggih dalam inventori negara akan memberi impak yang besar terhadap pertahanan negara kerana keupayaan kapal selam yang boleh beroperasi di mana sahaja di bawah permukaan dengan senyap akan menyukarkan pihak musuh untuk mengesan kedudukan kapal selam tersebut.

"Kehadiran kapal selam juga dapat meningkatkan keupayaan peperangan bawah air TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) dan menjadikan ia sebuah angkatan yang lebih seimbang, kredibel dan berwibawa," katanya.

Sementara itu, berhubung dengan KPI TLDM, Ahmad Zahid berkata untuk menentukan keselamatan dan perairan negara sentiasa
terpelihara, kapal selam akan dioptimumkan untuk menyokong KPI tersebut. BERNAMA
Lembu Punya Susu Akhirnya keParit Jua
16 dis 09

Peribahasa kera dihutan disusukan,nyamuk diseberang laut nampak dan akhirnya marahkan nyamuk kelambu dibakar juga kerana nila setitik habis susu dibuang keparit...ini semua adalah luahan hati para penternak susu tempatan yang pasaran susu tempatan kini dikuasai oleh 'lembu-lembu' luarnegeri dan dalam negeri....akhirnya jugak orang kita yang menjadi seperti dilembukan...

Buang susu segar ke dalam parit


ADA pekerja ladang mengambil kesempatan menadah susu dalam gelas dan meminumnya semasa ia dibuang ke dalam parit di Bandar Muadzam Shah, Pahang.


ROMPIN - Lebih 75,000 liter susu segar keluaran First Dairy Farm (M) Sdn. Bhd. (Fidaf) di sini yang sepatutnya dihantar ke kilang setiap hari sejak sejak bulan lalu terpaksa dibuang begitu sahaja ke dalam parit ladang berkenaan.

Ia jelas satu pembaziran tetapi kepada pengurusan Fidaf, mereka berbuat demikian untuk membuka mata pihak berkuasa selepas tiga syarikat pengilang susu enggan membeli hasil ladang syarikat tenusu terbesar di Semenanjung Malaysia itu atas dakwaan ia mengandungi bakteria selain desakan harganya diturunkan.


Syed Muhd. Alwi


Susu keluaran Fidaf pada masa ini dijual RM2.40 seliter dan dikatakan mahal sedikit berbanding produk susu import dari Australia dan New Zealand.

Kesan daripada tindakan itu, Fidaf beroperasi lebih setahun lalu terpaksa menanggung kerugian lebih RM210,000.

Tindakan protes membuang susu ke dalam parit tu mengundang rasa sedih bukan sahaja kepada Pengarah Urusannya, Datuk Syed Muhd. Alwi Abdullah tetapi juga para pekerja yang melihat keringat mereka menjadi sia-sia dan masa depan menjadi samar-samar.

Semalam, Fidaf meneruskan lagi tindakan protes dengan membuang 16,500 liter susu segar ke dalam parit dengan Syed Muhd. Alwi berteriak bahawa mereka bukan sekadar membuang susu tetapi juga punca rezeki.

Beliau mendakwa pihaknya serta pengeluar susu tempatan lain semakin tersepit dan tidak lagi dapat menandingi bekalan susu import yang menguasai 95 peratus pasaran.


Tuesday, December 15, 2009

Selangor Tentu Sendiri Tarikh PRU13
15 dis 09

Sebenarnya dalam menentukan tarikh dan kemenangan dalam PRU nanti adalah bukan najib atau pun mana-mana MB walaupun mereka ada hak kerana tempoh mandat memerintah masih belum berakhir...yang menentukannya adalah rakyat dengan suasana ekonomi dan kehidupan yang baik...najib sudah pasti akan mencari tarikh itu dan akan berusaha kearah itu dia tidak akan menggadaikan kerusi PMnya dalam waktu terdekat ini pada waktu kira-kira dua tahun lagi tempoh mandat berakhir....signal dari rakyat itulah yang penting pada penentuan tarikh dan kemenangan dalam PRU ini...adakah selangor sudah bersedia diprovok dari semua sudut oleh juak-juak umno dan bn dengan kenyataan khalid ini...kita tengok dulu..



PETALING JAYA - Kerajaan Selangor berhak tidak menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijadualkan Kerajaan Pusat dan menetapkan tarikhnya sendiri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Pusat juga tidak boleh halang jika Kerajaan Negeri mahu memilih tarikh PRU berasingan.

Beliau diminta mengulas rancangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimenangi dalam PRU ke-12 dalam PRU akan datang.

Abdul Khalid, yang juga Pengerusi PKR Negeri berkata, Pakatan Rakyat (PR) akan berusaha untuk kekal sebagai pemerintah di negeri itu selepas PRU-13.

“Kita akan berusaha kalahkan Barisan Nasional (BN) dan rakyat perlu menilai kebaikan dan faedah yang akan mereka perolehi sekiranya mereka mengundi PR,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan RM2 juta kepada 52 sekolah jenis kebangsaan Cina, di sini, semalam.

Mengenai rancangan Kerajaan Negeri hendak melaksanakan sistem sekolah percuma untuk semua sekolah di negeri ini, katanya, ia dapat ditimbangkan jika Kerajaan Pusat memberi peruntukan yang cukup.

Katanya, Kerajaan Pusat mendapat RM16 bilion daripada Kerajaan Negeri dan rakyat negeri ini, tetapi sehingga 27 Oktober lalu, Kerajaan Negeri hanya menerima RM408.26 juta.

“Saya tidak fikir Kerajaan Pusat akan berikan jumlah yang lebih banyak dan saya faham mereka juga perlukan peruntukan untuk jalankan projek. Tetapi sekurang-kurangnya rakyat Selangor berhak mendapat 20 peratus daripada jumlah itu untuk kepentingan dan kebajikan mereka,” katanya.

Katanya, jumlah RM16 bilion itu adalah nilai cukai yang dibayar oleh rakyat negeri ini kepada Kerajaan Pusat dan mereka berhak menerima peruntukan yang sewajarnya bagi tujuan pembangunan.

Jeffrey Kekal Naib Presiden PKR
15 dis 09



SHAH ALAM - Datuk Dr Jeffrey Kitingan dikekalkan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), walaupun sebelum ini beliau didakwa akan keluar parti.

Pengekalannya itu diumumkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Jeffrey berkata, dengan pengumuman tersebut, beliau akan meneruskan tugas itu dan menolak andaian sesetengah pihak bahawa beliau akan menubuhkan parti baru atau kembali ke pangkuan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Saya menerima keputusan bahawa saya masih berada dalam PKR. Oleh itu saya akan teruskan perjuangan dalam parti itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Anwar mengumumkan keputusan tersebut ketika merasmikan Konvensyen PKR Sarawak dalam usaha memulihkan kestabilan PKR di Sabah.

Pada akhir Oktober lalu, Jeffrey meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan anggota Majlis Tertinggi, sekali gus tindakan itu memberi tamparan hebat kepada usaha PKR untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di Sabah.

Isu ini bermula apabila majoriti ketua bahagian, termasuk Jeffrey, kecewa dengan keputusan Anwar menamakan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua PKR Sabah selepas sekumpulan ketua bahagian tidak sokong seorang lagi Naib Presiden, Azmin Ali, menerajui PKR Sabah.

Isytihar Semua Kaum Pemilik bersama Negara-Kit Siang
15 dis 09

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, diminta perjelaskan kepada rakyat bahawa konsep 1Malaysia tidak bermaksud ‘Ketuanan Melayu’ dan mengisytiharkan semua rakyat Malaysia adalah ‘pemilik bersama’ negara ini, tidak kira apa pun bangsa mereka.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, menteri dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak lagi mengelak dari isu ini dan perlu menyatakan pandangan masing-masing dengan jelas serta mengiktiraf hak semua kaum.

“Ia bukan sahaja mengejutkan, malah terlalu melampau apabila menteri daripada MCA, Gerakan, MIC, dari Sabah dan Sarawak terus menerima konsep ’Ketuanan Melayu’ sebagai dasar dan doktrin BN.

“Malah mereka mengiringi mesej-mesej benci dan ketidaksanggupan seperti menggambarkan Cina di Malaysia sebagai orang Yahudi di Asia dan bukan Melayu sebagai ‘orang tumpang’,” kata Kit Siang dalam kenyataannya semalam.

Selain itu, Kit Siang mengkritik pihak yang mengatakan orang Melayu yang berfikiran rasional dan tidak menyokong ‘Ketuanan Melayu’ sebagai ‘pembelot bangsa Melayu’.

Mengenai isu Biro Tata Negara (BTN), Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, membidas kenyataan Najib yang mahukan polemik mengenainya dihentikan dan akan membuat keputusan terhadap isu ini nanti.:

Katanya, keputusan menentukan nasib BTN tidak harus dibuat oleh Perdana Menteri seorang sahaja, tetapi beliau hendaklah mengambil kira pandangan pemimpin BN yang lain.

“Tindakan ini menggambarkan betapa tidak sihat, tidak demokratik dan penumpuan kuasa yang berbahaya di tangan Perdana Menteri seorang sahaja untuk menentukan satu-satu keputusan,” katanya.

Najib, katanya, tidak boleh lagi mengelak bahawa konsep 1Malaysia yang dibawanya bertentangan dengan kursus indoktrinasi BTN yang bersifat perkauman, menghasut dan menyebabkan kebencian kaum serta memudaratkan objektif pembangunan bangsa dan perpaduan negara.

Tuesday, December 8, 2009

Ariffahmi...You're fired
8 dis 09

Apalah mamat sorang nie...nak letak jawatan letak jawatan ajelah tunggu apa lagi...dah rezeki tuhan kata sampai kat situ aje...nak buat apa lagi...check out ajelah...jangan tambah kepala TGNA makin pening...

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan segera sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menteri besar Kelantan sebagai pengerusi perbadanan itu harus mengarahkan Abdul Ariffahmi Ab Rahman berundur segera atau berhenti membuat keputusan yang boleh mengikat penggantinya dalam soal kewangan atau projek, kata Mahfuz lagi.

"Kedudukan Ariffahmi harus ditamatkan dengan serta-merta. PMBK, sebagai badan korporat, harus memelihara etika korporat.

"Menteri besar boleh membuat pilihan dengan membayarnya sebulan gaji dan mengarahkannya berhenti serta-merta.

"Beliau tidak harus memanjangkan lagi kontroversi ini," tambah wakil rakyat Pokok Sena di lobi Parlimen petang ini.

Mahfuz juga berkata Nik Abdul Aziz boleh meminta pandangan lembaga penasihat PMBK untuk meneruskan bayaran gaji kepada menantunya itu bagi tempoh tiga bulan tersebut - sehingga melepaskan jawatan 23 Mac tahun depan.

Abdul Ariffahmi mendapat kritikan apabila didakwa melengah-lengahkan peletakan jawatan tersebut dengan alasan harus memberikan notis tiga bulan dan juga menyelesaikan beberapa tugasan.

Jumaat lalu, Abdul Ariffahmi yang juga exco Pemuda PAS Kelantan berkata beliau akan menghantar notis peletakan jawatan pada 24 Disember ini, sebulan selepas mengumumkan untuk berbuat demikian pada 23 November lalu.

Beliau juga berkata tarikh peletakan jawatan dirancang sedemikian bagi membolehkan bapa mertuanya, sebagai menteri besar Kelantan, mencari penggantinya.-mkini
Puteri Nak Ajar Main Blog
8 dis 09

Salam blog semua maaflah...agak lama jugak den tak main blog ni banyak benda yang nak dibereskan...maaflah pada pengunjung-pengunjung blog tokeyai...now i'm back.....banyak benda jugak yang tokeyai rasa ketinggalan namun tokeyai akan kejar balik...ni cerita pasal blog-blog nie...kesian jugak tengok kat puteri umno yang baru sedar adanya media blog ni...awatlah sampai lagu tu...sibuk bermakeup je kot ke sibuk buat training terpekik terlolong untuk prk akan datang.....

SUNGAI PETANI, 7 Dis (Bernama) -- Pergerakan Puteri UMNO akan menganjurkan kursus penulisan blog untuk semua anggota dan pemimpinnya di semua peringkat bagi memudahkan mereka menangkis fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang.

Naib Ketuanya Shahanim Mohamad Yusoff berkata, anggota pergerakan itu perlu memahirkan diri dalam bidang penulisan blog kerana laman dalam talian internet itu kini menjadi ruang kepada pembangkang untuk membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap UMNO.

"Sebagai persiapan pilihan raya umum akan datang, anggota Puteri UMNO akan dilengkapkan dengan ilmu penulisan berita dan blog bagi menangkis semua fitnah oleh pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 130 anggota Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani mengikuti bengkel sehari penulisan berita dan blog di sini Isnin.- bernama

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran