Saturday, August 1, 2009

Ombak anti isa semakin menggunung Pro isa surrender


BERARAK Kumpulan penyokong anti-ISA kembali berkumpul di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dan berarak menuju ke Jalan Raja laut.
BERSURAI..Pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata kepada kumpulan anti-ISA di hadapan Kompleks Sogo.
DITAHAN...Polis memeriksa beberapa individu yang disyaki peserta himpunan pro dan anti-ISA di kawasan LRT Masjid Jamek kira-kira pukul 11.20 pagi tadi. Lebih 30 orang telah ditahan sejak 9 pagi tadi.
Kawalan FRU di kawasan Dataran Merdeka

BERIKUT adalah gambaran suasana himpunan bagi dua kumpulan pro dan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sekitar ibu negara hari ini:

2.50 petang: Himpunan pro-ISA dibata, umum Khairul Azamdin penasihat undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara.

2.48 petang : FRU berkali-kali lepaskan gas pemedih mata 'perisa' lada hitam di hadapan stesen LRT Bandar Raya.

2.45 petang: Gas pemedih mata dilepaskan. Pasukan FRU bergerak dari bangunan DBKL ke arah perarakan GMI.

2.40 petang: Himpunan berarak ke arah bangunan DBKL di Jalan Raja Laut.

2.28 petang: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noah dan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berucap di hadapan kumpulan penyokong anti-ISA dan unit amal PAS di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Dang Wangi. Mereka kembali berkumpul di hadapan kompleks membeli belah Sogo.

2.25 petang: Pergelutan berlaku antara polis dan Unit Amal PAS apabila polis cuba menangkap seorang peserta himpunan anti-ISA.

2.24 petang: Kumpulan yang disuraikan itu kembali berhimpun semula di hadapan kompleks membeli belah Sogo. Polis sekali lagi melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kumpulan tersebut.

Polis tembak gas pemedih mata
Ogos 1, 09




2.22pm Mereka yang berarak dari Masjid Negara menukar haluan ke Padang Merbok.

2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.15pm Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo.

2.10pm Pewaris membatalkan perarakan ke Istana Negara tetapi tetap berkumpul di Pasar Seni. Mereka akan menghantar memorandum ke istana menggunakan kenderaan.

2.10pm Polis membuat benteng tangan untuk menghalang lebih 1,000 orang berarak ke arah Dataran Merdeka.

2.01pm Di Masjid Negara, polis membuat tangkapan sehingga berlaku pergelutan hingga ada yang koyak baju. Kira-kira 2,000 sedang berjalan menuju ke Dataran Merdeka.

1.50pm: Polis mengarahkan orang ramai di Masjid Jamek supaya bersurai selepas mereka selesai solat Zuhur.

1.46pm: Kira-kira 1,000 berada di Masjid Negara, termasuk Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman juga kelihatan di situ.

Sekurang-kurangnya 25 orang ditahan.

1.46pm:
Ketua Pemuda PKR Batu, Rozan Azen Mat Rasip ditahan polis dekat Sogo.

1.45pm:
Dua gadis, yang berpakaian agak menjolok mata, masuk ke perkarangan ke Istana Negara kira-kira 1.30 petang - dan terus mencuri tumpuan media dan polis yang bertugas.

1.34pm:
Setengah jam menjelang saat-saat perarakan ke Istana Negara, sekurang-kurangnya 10 ditahan di Nasjid Negara.

1.33pm: Menurut polis Kuala Lumpur, empat buah bas yang dipercayai membawa penyokong untuk menghadiri perhimpunan isu ISA ditahan engah hari ini, lapor laman web Utusan Malaysia.

Kesemua bas sewa khas itu dipercayai datang dari Terengganu.
Tangkapan Terkini
Lelaki menangis ditahan polis
Ogos 1, 09 11:05am


1.26pm: Dua lelaki, dalam lingkungan 30-an dan 50-an, ditahan kerana membawa lambang anti-ISA. Polis juga mengadakan pemeriksaan rambang terhadap mereka yang memasuki masjid.

Lelaki tua itu, yang membawa baju mansuhkan ISA, menangis sewaktu ditahan. Azan solat Zohor berkumandang.

1.25pm:
Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara - sekarang mereka kini berjumlah kira-kira 500 orang.

1.20pm Lapan lelaki ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo.

1.15pm Menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 sudah ditahan dalam percubaan terlibat dalam demonstrasi besar anti-ISA ke Istana Negara.

1.05pm:
Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara sejak sejam lalu - mereka bergerak perlahan-lahan dari stesen lama keretapi. Kira-kira 200 orang kini berada di dalam dan luar masjid.

12.50pm:
Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) depan Sogo menuju ke Dataran Merdeka sejauh kira-kira 1.8 km ditutup.

12.47 pm: Masjid Jamek ditutup kepada orang ramai. Hanya anggota polis boleh masuk.

12.40pm: Menurut seorang saksi, tidak ramai orang di Padang Merbok, salah satu tempat perhimpunan bagi kumpulan pro-ISA. Tiga trak polis kelihatan di situ, Menurut seorang pegawai cawangan khas, kumpulan pro-ISA mungkin hanya berkumpul di Pasar Seni.

12.37pm: Polis juta menguna unit anjing di Dataran Merdeka. Sekurang-kurangnya dua anjing polis dilihat di situ.

12.35pm: Seorang peguam, Puspawati Rosman, dari Pusat Bantuan Guaman ditahan di luar pusat tersebut di Jalan Jalan Tun Perak, dekat Masjid Jamek.

NONEDipercaya Puspawati (kiri) ditahan kerana mengedar risalah mennjelaskan hak mereka yang ditahan.

12.31pm Kira-kira 20 penyokong anti-ISA masuk ke dalam Masjid Negara.

12.30pm Kira-kira 10 orang termasuk dua wanita, ditahan di kawasan Masjid India.

12.27pm Jumlah tangkapan di sekitar kompleks membeli belah SOGO ialah 17 orang. Jadi jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 67 orang.

12.20pm dua lagi itangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 16 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 66 orang.

12.15pm Tiga lagi ditangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 14 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 64 orang.

NONE12.10pm Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni kini meningkatkan kepada 14 orang. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 64 orang.

12.05pm Empat lagi ditahan di Sogo - menjadikan 11 orang ditahan setakat ini di perkarangan kompleks membeli belah itu. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 58 orang.

Polis mula menggila!!!!!!!!!

Tangkapan meningkat menjelang perhimpunan anti-ISA
Ogos 1, 09 11:05am
12.27pm Jumlah tangkapan di sekitar kompleks membeli belah SOGO ialah 17 orang. Jadi jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 67 orang.

12.20pm dua lagi itangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 16 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 66 orang.

12.15pm Tiga lagi ditangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 14 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 64 orang.

12.10pm Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni kini meningkatkan kepada 14 orang. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 64 orang.

12.05pm Empat lagi ditahan di Sogo - menjadikan 11 orang ditahan setakat ini di perkarangan kompleks membeli belah itu. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 58 orang.

11.50am Tujuh lagi penyokong perhimpunan ISA ditahan di perkarangan kompleks membeli belah SOGO - menjadi 58 orang ditahan setakat ini.

11.45am Seorang lagi ditahan di Pasar Seni, menjadi jumlah mereka yang ditahan setakat ini meningkatkan 51 orang. Kira-kira 100 orang penyokong anti-ISA kelihatan berkumpul di stesen KTM berhampiran Masjid Negara.

11.40am Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni meningkat kepada lapan orang, manakala enam lagi ditahan di kawasan Masjid Jamek.

Pagi tadi polis menahan 36 orang - 14 anggota Unit Amal PAS dan 22 lagi di Masjid Negara dan tiga lagi di Pasar Seni.

NONEMenurut Suaram, 14 14 anggota Unit Amal PAS itu - 13 dari Perak dan seorang dari Melaka - yang datang untuk membantu mengawal keselamatan di perhimpunan. ditahan pada kira-kira jam 7 pagi ketika tiba di stesen KL Sentral.

Manakala 22 orang lagi ditahan di Masjid Negara.

Menurut Wong lagi, anggota Unit Amal yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Manakala 22 orang yang ditahan di Masjid Negara, dihantar ke ibupejabat polis Cheras dengan dua trak polis.

Manakala tiga lagi ditahan di Pasir Seni pada kira-kira jam 11 pagi ini.

Tokeyai

Sudahlah Polis DiRaja Mafia ooiiiii...........baliklah........

Hishamudin kena jawab dengan ayah dia bukan dengan munkar nankir

Soalan kubur yang pertama

situasi 1
Tun Hussein: apasal umno berkubur
Hishamudin : najib punya pasal

situasi 2
Tun Razak : apasal umno berkubur
Najib : anwar punya pasal

Seterusnya.....bla.....bla....bla.....bla...

KUALA TERENGGANU, 31 Julai (Bernama) -- Tiada sebarang akta yang boleh mempertahankan survival Umno sebagai parti yang memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam di negara ini melainkan sokongan padu peringkat akar umbi, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Bagaimana saya hendak jawab pada arwah bapa saya (Tun Hussein Onn) dan arwah bapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (Tun Abdul Razak Hussein) sekiranya Umno berkubur satu hari nanti.

Tokeyai

Untuk hishamudin munkar nankir tak ada kerja.... menteri polis lah katakan..... matipun polis jaga kut..... sampai munkar nankir tak jadi soal.....eee...awww....takutlah....iiii....
Former Philippine leader Aquino dies

Former Philippine leader and democracy icon Corazon Aquino died Saturday following a cardiac arrest after battling colon cancer for more than a year, her son announced. She was 76.

"Our mother peacefully passed away at 3:18 am, August 1, 2009 of cardio-respiratory arrest," Senator Benigno Aquino Jr, said in a statement outside the Makati Medical Centre in Manila, where his mother had been hospitalised.-malaysiakini

Ayuh....Bangkit Hapuskan ISA
Pergi Jahanam Umno dan Musa Hasan


Sekatan jalan raya, 15 trak FRU, 4 trak meriam air di hadapan Istana Negara

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Tanggal 1 Ogos adalah hari yang dijanjikan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang disertai lebih 80 NGo dan parti politik untuk mengadakan himpunan aman menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim.

Iklan

GMI memberi jaminan dan semalam sekali lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberi jaminan akan himpunan hari ini bakal berlaku secara aman, namun kelibat ribuan anggota FRU sudah mula kelihatan mengawal lokasi himpunan.

Sejak semalam lagi sekatan jalan raya telah dilakukan polis di beberapa batang jalan menyebabkan kesesakan lalulintas, malah pengangkutan awam seperti LRT, komuter dan bas juga turut sesak dengan penumpang yang tidak mahu menaiki kereta bagi mengelak kesesakan.

Sementara di Seremban, sejak jam 6.00 pagi, polis telah mengadakan sekatan jalan raya di hadapan Muzium Negeri (jalan menuju ke Lebuh Raya Seremban Kuala Lumpur).

Penulis yang menaiki bas pada jam 6.30 pagi terpaksa menghadapi kesesakan hanya kerana sekatan yang dibuat polis di hadapan Muzium Negeri.

Tiba di Kuala Lumpur, perjalanan masih lancar pada jam 7.20 pagi di Tol Sungai Besi, namun sebaik melepasi Kem Tentera Udara Sungai Besi, susur masuk ke Jalan Istana mula sesak kerana sekatan jalan raya.

Sebaik tiba di hadapan Istana Negara, 15 trak FRU dan empat trak meriam air telah ditempatkan dengan lebih 300 anggota FRu serta polis berpakaian preman selain pegawai cawangan khas (SB).

Sementara di Masjid Jamek, kira-kira 50 anggota polis beruniform dan antara 20 SB mula mundar-mandir memerhatikan setiap langkah dan kelibat manusia yang lalu di situ.

Begitu juga di hadapan Sogo dan Pertama, polis sudah mula mengawal dan memerhati gerak-geri orang ramai termasuk ada beberapa orang awam yang memakai baju hitam merah disoal siasat.

Himpunan akan bermula pada jam 2.00 petang, ramai pihak yang meramalkan kesesakan bakal berlaku kerana sekatan jalan raya, sementara seperti sebelum ini iaitu dalam himpunan Bersih 2007, pengangkutan awam seperti LRT Star dan Putra bakal dikawal penuh oleh polis menjelang jam 1.00 petang./wann _

Tokeyai

Umno takut dunia menyaksikan sokongan kepada pembangkang yang begitu hebat sebab itulah diharamkannya perhimpunan ini....inilah kerajaan paling penakut yang masih wujud dulu kini dan selamanya....hak rakyat yang memilih kerajaan untuk menyatakan sesuatu dihadapan payung negara dinafikan...ini memang jahanam punya umno....mampuih la ko

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran