Showing posts with label anti isa. Show all posts
Showing posts with label anti isa. Show all posts

Tuesday, August 4, 2009

SUHAKAM sokong ISA dihapuskan
ogos 4 09

Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air "berlebihan sehingga membawa kesan kepada mereka yang berada di kawasan berdekatan" perhimpunan besar membantah akta ISA pada Sabtu lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

Suruhanjaya itu juga mempertikaikan tindakan polis menangkap, menggari dan mereman kanak-kanak bersama penentang dewasa akta kontroversi tersebut kerana ia bercanggah dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak.

Selain menegaskan peri pentingnya hak orang ramai mengadakan perhimpunan, dalam satu kenyataan bersama lima pesuruhjaya Suhakam, badan itu juga menggesa kerajaan memansuhkan ISA seperti syor yang dibuatnya sejak 2003 kerana tahanan tanpa perbicaraan bercanggah dengan hak asasi.

"Suhakam ingin mengulangi pendiriannya bahawa ISA mesti dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru yang lengkap yang menyeimbangkan keselamatan negara dan juga hak-hak asasi sebagai Akta Anti-Keganasan bagi menangani kegiatan terorisme dan tindakan ganas terhadap massa," kata naib pengerusinya Tan Sri Simon Sipaun.

Kenyataan itu turut ditandatangani oleh empat lagi pengerusi jawatankuasa kecil Suhakam: Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk Choo Siew Kioh, Datuk Khalid Ibrahim dan Datuk Dr Denison Jayasooria.

Tokeyai

Hanya mereka-mereka yang bangang dan untuk mengekalkan kuasa secara police state sahaja mahu akta ISA ini dikekalkan mereka berselindung disebalik ISA untuk menjatuhkan lawan politik mereka ini jelas menunjukkan tanpa ISA ini mereka tidak mampu untuk terus berkuasa....mereka semua ini adalah pewaris HITLER...

Saturday, August 1, 2009

Perkara yang benar tentang UMNO BN DAN PDRM dari kacamata Jamilkucing

Kenapa kita perlu menghormati polis dan kerajaan ...

Anjing Bila berhadapan dengan orang yang mereka anggap musuh mereka akan menunjukan sifat anjing yang sebenarnya

Kadangkalanya mereka terpaksa menyuarakan hasrat dan cita-cita rakyat dijalanan dengan cara aman. Wakil rakyat ini tidak seharusnya dilihat seperti musuh atau pengganas.


Jamil berasa kesal yang amat sangat apabila melihat tindakan polis barua Malaysia mengambil undang-undang negara di dalam tangan sendiri dengan bertindak memprovokasi dan bertindak ganas dalam pelbagai bentuk - menangkap, memukul, mencedera, mengheret dan menghumban wakil rakyat ke dalam lokap. Dari era reformasi sehingga sekarang mereka masih tidak sedar kesalahan mereka.


Banyak sudah kejadian sebegitu. Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Tian Chua, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Hatta Ramli, Gopala Krishnan dan ramai lagi diperlakukan sedemikian.Terbaru apabila ADUN Perak dihina . Senjata dibawa masuk ke DUN tersebut. Speakernya diangkut seperti guni beras.


Paling terbaru berlaku di Selangor. ADUN Rawang Gan Pei Nei mendakwa dipukul oleh Polis. Bukan sahaja beliau malah Elizabeth Wong , Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kapar, Manikavasagam dikasari.Apakah makna atau definisi wakil rakyat dalam kamus UMNO dan Barisan Nasional ?


Najib anak lelaki Razak perlu menyelami perkara ini. Jika wakil yang berkhidmat ini dijadikan seperti budak-budak, diangkut seperti guni cempedak busuk, tidak menghormati mereka, memaki hamun , memukul dan menendang suara rakyat ini, dimana kewibawaan Malaysia dan Parlimennya ?


Apa akan berlaku jika konflik yang sama dilalui oleh wakil rakyat UMNO dan BN ?atau mereka nak rakyat lakukanya bukan polis.seperti yang pernah terjadi di indonesia,jangan! sebab kalau rakyat yang buat lebih terus dari polis,sebab polis hanya barua suruhan jadi mereka buat apa yg di suruh. kalau rakyat susah.


Najib perlu membuat satu keputusan segera agar apa-apa suara rakyat yang berkumandang di mana-mana pentas selagi ianya secara aman, polis hendaklah diharamkan menyentuh wakil yang berkhidmat ini apatah lagi menggunakan kekerasan terhadap mereka.berani bagaikan anjing rotweller tetapi pada wakil rakyat BN kecut bagaikan tikus mondok.

Tetapi lain pula bila anjing berhadapand engan tuan mereka atau orang yg beri mereka makan,tak kira makan halal atauy makan haram mereka akan menjaga sebaiknya. walaupun di sepak, di ketuk, di hentak di hina, anjing tidak akan sama sekali melawan tuanya atau orang yg beri mereka makan.itulah salah satu tabiat yg baik tentang anjing.

Evolusi politik ini hendaklah kelihatan dilaksanakan dengan seadil-adilnya.Pemerintahan secara tekanan atau paksaan tidak pernah bertahan lama di dalam mana-mana negara pun. Berikan ruang kepada Yang Berkhidmat untuk berperanan secara liberal.kepada Yb-yB umno celaka kamu mengaku diri kamu islam dan melayu tetapi keranah dan perbuatan kamu lebih hina dan teruk dari yahudi.

Tokeyai

Saudara Jamilkucing tokeyai sokong sangat tu mereka ni lebih binatang dari binatang.....

20,000 sertai perhimpunan anti-ISA
Ogos 1, 09


Kira-kira 20,000 orang membanjiri ibunegara hari ini untuk menyertai perhimpunan anti-ISA anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan mereka di kompleks membeli belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Mereka mula berkumpul jam 2 petang di tempat-tempat berkenaan dan anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertindak meleraikan orang ramai, termasuk menangkap, melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.

Polis bertindak menutup semua jalan menuju ke pusat bandar dan ke Istana Negar sejak awal pagi lagi.

Bagaimanapun, GMI gagal menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang pro-ISA gagal menyerahkan memorandum kepada istana.

Perhimpunan itu berakhir pada jam 3.45 petang selepas pemimpin Pakatan Rakyat meminta mereka bersurai selepas berucap di ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Dipercayai hampir 200 orang ditahan. Berikut adalah rentetan peristiwa perkembangan hari ini.

4.02pm Polis melepaskan dua tembakan gas pemedih mata dan tembakan meriam air ke arah penyokong anti-ISA di hadapan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut ketika mereka sedang bersurai.

3.38pm Timbalan Pengerusi 11 Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada ke Istana Negara untuk serah memorandum.

3.45pm Kira-kira 5,000 penentang akta ISA yang berkumpul di atas jalan di depan ibu pejabat PAS diminta bersurai selepas mendengar ucapan pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh popular Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.

Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat berada di dalam bangunan ibu pejabat PAS sekarang - dijangka akan mengadakan sidang media.
3.38pm Timbalan Pengerusi II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun dihalang di depan Public Bank di Jalan Tun Sambathan pada jam 2.45 petang tadi daripada meneruskan perjalanan ke Istana Negara untuk menyerahkan


Lagi gambar-gambar anti isa dan kebodohan musa hassan





tembak apa tu bro...nak belajar menembak kat padang bukan kat jalan...













polis ni tengah bersantai menghirup udara segar isa dan menunggu abang polis dibawah


Buek kojo sotongah mati gaji tang tu jugak yang kayo dan sonang-lenang pemimpin umno dan musa hasan baik join jo GMI tu...meriah sikit


Tokeyai

Kepada pejuang-pejuang anti isa pergorbanan mu akan tetap dikenang dan berada dalam lipatan sejarah....Semoga Allah melimpahkan rahmat dan pertolongannya pada kalian semua...
Lagi gambar anti isa ditangkap



Anwar, Kit Siang di Pertama


3.25pm Ratusan orang kelihatan bergerak menuju ke arah bangunan ibupejabat PAS.

3.30pm Tinggal 100 orang kelihatan berlegar di kawasan masjid negara. Juga kelihatan beberapa anggota polis sahaja di situ. Sebelum ini polis melepaskan tembakan meriam air.

3.05pm Polis menembak gas pemedih mata lagi ke arah sekumpulan orang yang berhimpun semula berdekatan Sogo.

3pm
Polis melepas tembakan meriam air ke arah kira-kira 300 orang yang berkumpul semula dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.53pm Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh DAP Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di kompleks Pertama, depan Sogo.

2.53pm Pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan berkumpul di Masjid Negara dahulu sebelum bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan "deklarasi rakyat".

2.50pm
Asap gas pemedih mata kelihatan berkepul-kepul selepas ditembak untuk menyuraikan kumpulan penentang ISA.

2.42pm
Kumpulan dari arah Sogo yang bergerak di sepanjang Jalan Raja Laut ditembak gas pemedih mata.

2.41pm
Polis melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam untuk menyuraikan perhimpunan di bulatan dekat Bank Negara.

2.39pm Kumpulan dari arah Sogo menuju sepanjang Jalan Raja Laut ke arah Dataran Merdeka selepas berhimpun dan mendengar ucapan ringkas.

2.37pm
Polis melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata ke arah lebih 2,000 penentang ISA bersama pemimpin PAS Dr Hatta Ramli di bulatan dekat Bank Negara.

2.33pm
Orang ramai merempuh polis untuk ke dataran ikut belakang. Kira-kira 200 terlepas bersama Dr Hatta Ramli.

2.30pm Saksi-saksi menganggarkan hampir 10,000 berkumpul dekat Sogo, simpang jalan Dang Wangi dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Ombak anti isa semakin menggunung Pro isa surrender


BERARAK Kumpulan penyokong anti-ISA kembali berkumpul di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dan berarak menuju ke Jalan Raja laut.
BERSURAI..Pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata kepada kumpulan anti-ISA di hadapan Kompleks Sogo.
DITAHAN...Polis memeriksa beberapa individu yang disyaki peserta himpunan pro dan anti-ISA di kawasan LRT Masjid Jamek kira-kira pukul 11.20 pagi tadi. Lebih 30 orang telah ditahan sejak 9 pagi tadi.
Kawalan FRU di kawasan Dataran Merdeka

BERIKUT adalah gambaran suasana himpunan bagi dua kumpulan pro dan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sekitar ibu negara hari ini:

2.50 petang: Himpunan pro-ISA dibata, umum Khairul Azamdin penasihat undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara.

2.48 petang : FRU berkali-kali lepaskan gas pemedih mata 'perisa' lada hitam di hadapan stesen LRT Bandar Raya.

2.45 petang: Gas pemedih mata dilepaskan. Pasukan FRU bergerak dari bangunan DBKL ke arah perarakan GMI.

2.40 petang: Himpunan berarak ke arah bangunan DBKL di Jalan Raja Laut.

2.28 petang: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noah dan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua berucap di hadapan kumpulan penyokong anti-ISA dan unit amal PAS di persimpangan Jalan Raja Laut dan Jalan Dang Wangi. Mereka kembali berkumpul di hadapan kompleks membeli belah Sogo.

2.25 petang: Pergelutan berlaku antara polis dan Unit Amal PAS apabila polis cuba menangkap seorang peserta himpunan anti-ISA.

2.24 petang: Kumpulan yang disuraikan itu kembali berhimpun semula di hadapan kompleks membeli belah Sogo. Polis sekali lagi melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kumpulan tersebut.

Polis tembak gas pemedih mata
Ogos 1, 09




2.22pm Mereka yang berarak dari Masjid Negara menukar haluan ke Padang Merbok.

2.20pm Polis menembak gas pemedih mata bagi meleraikan lebih 2,000 orang yang berhimpun di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

2.15pm Hampir 2,000 berkumpul di hadapan Panggung Colesium di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersorak 'Mansuhkan ISA' dan bertakbir. Mereka datang dari arah Dataran Merdeka menuju ke Sogo.

2.10pm Pewaris membatalkan perarakan ke Istana Negara tetapi tetap berkumpul di Pasar Seni. Mereka akan menghantar memorandum ke istana menggunakan kenderaan.

2.10pm Polis membuat benteng tangan untuk menghalang lebih 1,000 orang berarak ke arah Dataran Merdeka.

2.01pm Di Masjid Negara, polis membuat tangkapan sehingga berlaku pergelutan hingga ada yang koyak baju. Kira-kira 2,000 sedang berjalan menuju ke Dataran Merdeka.

1.50pm: Polis mengarahkan orang ramai di Masjid Jamek supaya bersurai selepas mereka selesai solat Zuhur.

1.46pm: Kira-kira 1,000 berada di Masjid Negara, termasuk Bendahari PAS Dr Hatta Ramli dan AJK PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman juga kelihatan di situ.

Sekurang-kurangnya 25 orang ditahan.

1.46pm:
Ketua Pemuda PKR Batu, Rozan Azen Mat Rasip ditahan polis dekat Sogo.

1.45pm:
Dua gadis, yang berpakaian agak menjolok mata, masuk ke perkarangan ke Istana Negara kira-kira 1.30 petang - dan terus mencuri tumpuan media dan polis yang bertugas.

1.34pm:
Setengah jam menjelang saat-saat perarakan ke Istana Negara, sekurang-kurangnya 10 ditahan di Nasjid Negara.

1.33pm: Menurut polis Kuala Lumpur, empat buah bas yang dipercayai membawa penyokong untuk menghadiri perhimpunan isu ISA ditahan engah hari ini, lapor laman web Utusan Malaysia.

Kesemua bas sewa khas itu dipercayai datang dari Terengganu.
Tangkapan Terkini
Lelaki menangis ditahan polis
Ogos 1, 09 11:05am


1.26pm: Dua lelaki, dalam lingkungan 30-an dan 50-an, ditahan kerana membawa lambang anti-ISA. Polis juga mengadakan pemeriksaan rambang terhadap mereka yang memasuki masjid.

Lelaki tua itu, yang membawa baju mansuhkan ISA, menangis sewaktu ditahan. Azan solat Zohor berkumandang.

1.25pm:
Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara - sekarang mereka kini berjumlah kira-kira 500 orang.

1.20pm Lapan lelaki ditahan dekat kompleks membeli-belah Sogo.

1.15pm Menurut polis Kuala Lumpur, kira-kira 200 sudah ditahan dalam percubaan terlibat dalam demonstrasi besar anti-ISA ke Istana Negara.

1.05pm:
Semakin ramai berkumpul di Masjid Negara sejak sejam lalu - mereka bergerak perlahan-lahan dari stesen lama keretapi. Kira-kira 200 orang kini berada di dalam dan luar masjid.

12.50pm:
Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) depan Sogo menuju ke Dataran Merdeka sejauh kira-kira 1.8 km ditutup.

12.47 pm: Masjid Jamek ditutup kepada orang ramai. Hanya anggota polis boleh masuk.

12.40pm: Menurut seorang saksi, tidak ramai orang di Padang Merbok, salah satu tempat perhimpunan bagi kumpulan pro-ISA. Tiga trak polis kelihatan di situ, Menurut seorang pegawai cawangan khas, kumpulan pro-ISA mungkin hanya berkumpul di Pasar Seni.

12.37pm: Polis juta menguna unit anjing di Dataran Merdeka. Sekurang-kurangnya dua anjing polis dilihat di situ.

12.35pm: Seorang peguam, Puspawati Rosman, dari Pusat Bantuan Guaman ditahan di luar pusat tersebut di Jalan Jalan Tun Perak, dekat Masjid Jamek.

NONEDipercaya Puspawati (kiri) ditahan kerana mengedar risalah mennjelaskan hak mereka yang ditahan.

12.31pm Kira-kira 20 penyokong anti-ISA masuk ke dalam Masjid Negara.

12.30pm Kira-kira 10 orang termasuk dua wanita, ditahan di kawasan Masjid India.

12.27pm Jumlah tangkapan di sekitar kompleks membeli belah SOGO ialah 17 orang. Jadi jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 67 orang.

12.20pm dua lagi itangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 16 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 66 orang.

12.15pm Tiga lagi ditangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 14 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 64 orang.

NONE12.10pm Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni kini meningkatkan kepada 14 orang. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 64 orang.

12.05pm Empat lagi ditahan di Sogo - menjadikan 11 orang ditahan setakat ini di perkarangan kompleks membeli belah itu. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 58 orang.

Polis mula menggila!!!!!!!!!

Tangkapan meningkat menjelang perhimpunan anti-ISA
Ogos 1, 09 11:05am
12.27pm Jumlah tangkapan di sekitar kompleks membeli belah SOGO ialah 17 orang. Jadi jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 67 orang.

12.20pm dua lagi itangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 16 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 66 orang.

12.15pm Tiga lagi ditangkap di sekitar kompleks membeli belah SOGO menjadi 14 orang ditahan setakat ini. Jumlah keseluruhan yang ditahan sehingga ini ialah 64 orang.

12.10pm Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni kini meningkatkan kepada 14 orang. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 64 orang.

12.05pm Empat lagi ditahan di Sogo - menjadikan 11 orang ditahan setakat ini di perkarangan kompleks membeli belah itu. Jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini ialah 58 orang.

11.50am Tujuh lagi penyokong perhimpunan ISA ditahan di perkarangan kompleks membeli belah SOGO - menjadi 58 orang ditahan setakat ini.

11.45am Seorang lagi ditahan di Pasar Seni, menjadi jumlah mereka yang ditahan setakat ini meningkatkan 51 orang. Kira-kira 100 orang penyokong anti-ISA kelihatan berkumpul di stesen KTM berhampiran Masjid Negara.

11.40am Jumlah mereka yang ditangkap di Pasar Seni meningkat kepada lapan orang, manakala enam lagi ditahan di kawasan Masjid Jamek.

Pagi tadi polis menahan 36 orang - 14 anggota Unit Amal PAS dan 22 lagi di Masjid Negara dan tiga lagi di Pasar Seni.

NONEMenurut Suaram, 14 14 anggota Unit Amal PAS itu - 13 dari Perak dan seorang dari Melaka - yang datang untuk membantu mengawal keselamatan di perhimpunan. ditahan pada kira-kira jam 7 pagi ketika tiba di stesen KL Sentral.

Manakala 22 orang lagi ditahan di Masjid Negara.

Menurut Wong lagi, anggota Unit Amal yang ditahan itu dibawa ke ibupejabat polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Manakala 22 orang yang ditahan di Masjid Negara, dihantar ke ibupejabat polis Cheras dengan dua trak polis.

Manakala tiga lagi ditahan di Pasir Seni pada kira-kira jam 11 pagi ini.

Tokeyai

Sudahlah Polis DiRaja Mafia ooiiiii...........baliklah........

Ayuh....Bangkit Hapuskan ISA
Pergi Jahanam Umno dan Musa Hasan


Sekatan jalan raya, 15 trak FRU, 4 trak meriam air di hadapan Istana Negara

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Hrkh) - Tanggal 1 Ogos adalah hari yang dijanjikan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang disertai lebih 80 NGo dan parti politik untuk mengadakan himpunan aman menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim.

Iklan

GMI memberi jaminan dan semalam sekali lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberi jaminan akan himpunan hari ini bakal berlaku secara aman, namun kelibat ribuan anggota FRU sudah mula kelihatan mengawal lokasi himpunan.

Sejak semalam lagi sekatan jalan raya telah dilakukan polis di beberapa batang jalan menyebabkan kesesakan lalulintas, malah pengangkutan awam seperti LRT, komuter dan bas juga turut sesak dengan penumpang yang tidak mahu menaiki kereta bagi mengelak kesesakan.

Sementara di Seremban, sejak jam 6.00 pagi, polis telah mengadakan sekatan jalan raya di hadapan Muzium Negeri (jalan menuju ke Lebuh Raya Seremban Kuala Lumpur).

Penulis yang menaiki bas pada jam 6.30 pagi terpaksa menghadapi kesesakan hanya kerana sekatan yang dibuat polis di hadapan Muzium Negeri.

Tiba di Kuala Lumpur, perjalanan masih lancar pada jam 7.20 pagi di Tol Sungai Besi, namun sebaik melepasi Kem Tentera Udara Sungai Besi, susur masuk ke Jalan Istana mula sesak kerana sekatan jalan raya.

Sebaik tiba di hadapan Istana Negara, 15 trak FRU dan empat trak meriam air telah ditempatkan dengan lebih 300 anggota FRu serta polis berpakaian preman selain pegawai cawangan khas (SB).

Sementara di Masjid Jamek, kira-kira 50 anggota polis beruniform dan antara 20 SB mula mundar-mandir memerhatikan setiap langkah dan kelibat manusia yang lalu di situ.

Begitu juga di hadapan Sogo dan Pertama, polis sudah mula mengawal dan memerhati gerak-geri orang ramai termasuk ada beberapa orang awam yang memakai baju hitam merah disoal siasat.

Himpunan akan bermula pada jam 2.00 petang, ramai pihak yang meramalkan kesesakan bakal berlaku kerana sekatan jalan raya, sementara seperti sebelum ini iaitu dalam himpunan Bersih 2007, pengangkutan awam seperti LRT Star dan Putra bakal dikawal penuh oleh polis menjelang jam 1.00 petang./wann _

Tokeyai

Umno takut dunia menyaksikan sokongan kepada pembangkang yang begitu hebat sebab itulah diharamkannya perhimpunan ini....inilah kerajaan paling penakut yang masih wujud dulu kini dan selamanya....hak rakyat yang memilih kerajaan untuk menyatakan sesuatu dihadapan payung negara dinafikan...ini memang jahanam punya umno....mampuih la ko

Friday, July 31, 2009

Polis Teruja- buat road block awal-awal

Sekatan jalan menjelang demo ISA esok
Jul 31, 09

Polis mengadakan sekatan jalanraya di jalan utama di sekitar Lembang Klang yang menuju ke Kuala Lumpur menjelang dua perhimpunan ISA yang dirancang diadakan esok.

Lalulintas bergerak perlahan di beberapa lokasi apabila jalan-jalan utama kini menjadi satu laluan.

Terdapat dua sekatan jalanraya di Lebuhraya Persekutuan di PJ dan satu lagi di Jalan Tun Razak, berhampiran Hospital Kuala Lumpur.

Dua kumpulan - pro-ISA dan anti-ISA - bertegas untuk meneruskan rancangan mereka mengadakan perhimpunan tersebut, walaupun polis mengarahkan mereka supaya membatalkannya.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan perhimpunan anti-ISA manakala Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) akan mengadakan perhimpunan pro-ISA.

Tokeyai

Tak boleh naik kereta kita naik motor tak boleh naik motor kita naik bas/komuter tak boleh jugak kita jalan kaki kalau jalan kaki tak boleh jugak....hah kita naik ANGIN kita terbalikkan jalan-jalan tu hempuk kat kepala musa hasan dan hishamudin....

Tuesday, July 28, 2009

Gara-gara PEWARIS kezaliman & PERKASA ketidakadilan
Polis ancam batal Perhimpunan- GMI tetap teruskan


Majlis Permuafakan Ummah (Pewaris) akan meneruskan hasratnya untuk mengadakan demonstrasi menyokong ISA sekirannya kumpulan penentang ISA - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) - meneruskan perhimpunan mereka Sabtu ini, walaupun polis memberi amaran supaya mereka membatalkannya.

Manakala GMI pula, ketika dihubungi Malaysiakini, berkata perhimpunan yang dirancangkan itu akan tetap diteruskan Sabtu ini.

Pewaris dan GMI menegaskan demikian ketika diminta mengulas amaran keras Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman supaya mereka membatalkan perhimpunan tersebut.

Dalam sidang akhbarnya hari ini, Muhammad Sabtu berkata ia dikhuatiri menimbulkan ketegangan dan mengancam keselamatan awam, di samping ia merupakan satu perhimpunan haram.

Katanya, beliau telahpun memanggil Pewaris semalam untuk memaklumkan perkara itu manakala pihaknya akan menemui GMI esok.

Sementara itu, Timbalan Presiden II Pewaris, Rahimuddin Md Harun berkata, mereka hanya akan membatalkan perhimpunan itu sekiranya GMI sebagai kumpulan yang menentangnya, turut mengambil tindakan yang sama.

"Kita akan teruskan (perhimpunan itu). Kalau GMI tarik diri, baru kita tarik diri. Perjuangan rakyat bukan pada polis saja, kita cuma hendak pertahankan hak kita," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Minta polis timbang semula

Manakala Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh pula berkata, pihaknya berpendirian, perhimpunan itu sejak awal lagi tidak bertujuan untuk mencetuskan huru-hara.

"Setakat ini kita masih setuju teruskan. Ini hak rakyat berhimpun secara aman. Mungkin kehendak kumpulan satu lagi (pro-ISA) yang menyebabkan polis ambil tindakan itu.

"Kita mahu berhimpun secara aman, kita telah keluarkan panduan kepada peserta kita," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sehubungan itu, Syed Ibrahim berharap pihak polis dapat menimbang semula arahan tersebut atas semangat demokrasi.

Ditanya mengenai kenyataan ketua polis Kuala Lumpur untuk menemui GMI esok berhubung arahan tersebut, beliau berkata:

"Ianya tidak perlu sebab kita telah maklumkan (kepada polis)".

Tokeyai

Pewaris laknatullah dan Perkasa syaitonnirajim ini adalah barua-barua umno hanya untuk membolehkan polis bertindak mambatalkan demo anti isa...pergi jahanam dengan Pewaris Perkasa dan Umno...
Pewaris Mengarut lagi cadang cetus huru -hara
Pewaris tukar masa: Puak pro dan anti-ISA berhimpun serentak



Menjelang empat hari lagi demonstrasi besar berhubung Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA), kumpulan penyokong akta itu menukar masa berhimpun mereka dari jam 11 kepada jam 2 petang – serentak dengan perhimpunan kumpulan anti-ISA.

Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun memberitahu Malaysiakini, pertukaran rancangan itu diputuskan dalam mesyuarat kumpulan itu tengah hari semalam di ibu negara.

Mesyuarat 12 NGO Melayu itu bertujuan membincangkan persediaan rapi mereka menjelang perhimpunan besar Sabtu ini.

Ditanya sebab perubahan jadual itu, Rahimuddin hanya berkata: “Ia melibatkan hal-hal teknikal. (perhimpunan pada) pukul 11 itu terlalu awal.”

Bagaimanapun, tambahnya, perancangan lain kumpulan itu, termasuk tempat berhimpun dan rancangan bergabung di Dataran Merdeka dan seterusnya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, tidak berubah.

Pertukaran masa berhimpun itu hampir mengesahkan pertembungan penyokong kumpulan itu dan penunjuk perasaan yang dipimpin Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang.

Keluar garis panduan

Mengikut jadual awalnya, penyokong ISA akan berhimpun di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari, dan seterusnya ke Istana Negara.

Bagaimanapun, tiga lokasi tersebut - Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok, sebelah Bank Negara - adalah kekal, sebelum bergerak ke Dataran Merdeka di mana mereka akan menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki dan berarak ke Istana Negara.

Manakala ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI pula merancang bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah - sebelum bergerak ke Isntana Negara, juga untuk menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, GMI turut mengeluarkan mengeluarkan panduan berdemonstrasi pada hari tersebut kepada peserta mereka – merangkumi persediaan sebelum dan selepas tamat demonstrasi.

Peserta juga diberikan panduan bagaimana menghadapi provokasi dan panduan sekiranya ditahan polis. Mereka juga menyediakan peta laluan kepada peserta.

Bagaimanapun, Rahimuddin berkata, Pewaris tidak akan mengeluarkan sebarang panduan kepada ahlinya kerana mereka “tiada sebarang niat untuk bertembung”.
Pewaris dah cuak nak berdamai dengan antiISA
Hulur tangan rundingan...
Jul 28 09




Kumpulan pendokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk berunding dengan pihak yang menentang akta itu bagi mengelakkan pertembungan dalam demonstrasi besar kedua pihak Sabtu ini.

"Terpulanglah kepada mereka (anti-ISA). Kita sentiasa membuka pintu untuk berunding," kata Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun kepada Malaysiakini pagi ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Pewaris dan sepuluh lagi NGO Melayu yang merancang berdemonstrasi Sabtu ini di ibu negara, serentak dengan perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang.

Mengulas lanjut tentang aspek yang sedia dibincangkannya, Rahimuddin berkata, Pewaris bersedia membatalkan demonstrasi mereka sekiranya GMI juga bersedia berbuat demikian.

"Kerajaan sedang kaji, kita belum tahu hasilnya. (Jadi,) piket buat apa? Kalau kerajaan boleh mansuhkan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (P PSMI), kenapa kali ini tidak sabar (tunggu keputusan)," katanya.

Bagaimanapun, Rahimuddin menolak sebarang perbincangan sekiranya itu bertujuan meminta Pewaris mengubah laluan demonstrasinya.

"Kata kebebasan untuk semua, orang yang sokong (dasar) kerajaan juga patut dibenarkan (berhimpun)," katanya.

Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI merancang bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi - kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara - dengan berpakaian hitam dan merah - sebelum bergerak ke Istana Negara.

Sementara penyokong ISA berhimpun di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum kesemuanya bergerak ke Dataran Merdeka dan seterusnya ke Istana Negara.

Tokeyai

Sudahlah pewaris jangan nak kelentonglah tak ada orang yang nak menyokong kau lah balaci-balaci umno adalah....harap-harap satu hari nanti adalah hendak-hendaknya suku-sakat pewaris dan yang pro isa ini kena tangkap pakai ISA ni...aminnnnnn

Monday, July 27, 2009

Pro-ISA marah Khairy larang demo



Kumpulan penyokong Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.

"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu.

"Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan," kata Timbalan Presiden II, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.

"Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih," tegasnya.

Menyifatkan itu hanya pandangan peribadi Khairy sahaja, Rahimuddin berkata, masih ramai ahli Pemuda Umno yang menyatakan sokongan kepada mereka – yang menganjurkan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA" - untuk berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA.

Tokeyai

hai belum apa-apa dah gaduh.....bagus-bagus gaduh lah gaduh seronok tokeyai tengok kumpulan PROISA ini tak jadi kumpul buat menyemak and kacau daun aje....korang tak takut ke khairy panggi ko orang beruk-beruk jalanan... khairy takut kana panggil ketua beruk sebab tu dia tak mahu join ko orang....

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran