Showing posts with label spr. Show all posts
Showing posts with label spr. Show all posts

Tuesday, July 6, 2010

SPR KAJI HAPUS UNDI POS

Berita baik.....banyak buruknya dari baiknya undi pos nie....diharap akan menjadi kenyatan....jangan buat gimik jer sudahlah......

Penggantian undi pos yang sering dirundung kontroversi dengan "undi awal" merupakan antara cadangan pindaan undang-undang pilihan raya, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, SPR sedang mempertimbangkan pilihan tersebut kerana undi pos didapati menyusahkan dan mudah terdedah kepada kesilapan, sekali gus menyebabkan lebih banyak undi rosak.

"Bagi saya (undi pos) terlalu teknikal, menyusahkan, menyulitkan, rigid.

"Itu yang kita perhati sekarang supaya siapa yang boleh duduk dalam satu bangunan, dalam masa yang singkat, kita akan panggil dia (untuk) undi awal," katanya.

Ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya baru-baru ini, Abdul Aziz menjelaskan kerumitan dalam melaksanakan undi pos telah menyebabkan banyak undi rosak seperti yang berlaku dalam pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini.

Katanya, penolakan kira-kira 200 kertas undi dalam pilihan raya itu antaranya kerana kesalahan memasukkan borang dan kertas undi ke dalam sampul yang salah.

Dijangka pada p'raya umum ke-13

Berlaku juga kesalahan dalam mengisi Borang 2 untuk dikepilkan bersama kertas undi, tambahnya.

Sehubungan itu Abdul Aziz berkata sekiranya cadangan undi awal itu menjadi kenyataan, ia akan berjalan seperti undi biasa.

"Harapnya (boleh) selesai banyak aduan," katanya penuh harapan.

"Tetapi (kalau) orang nak kata (juga), orang katalah."

Menurut Abdul Aziz, jika tiada halangan, beliau berharap cadangan pindaan undang-undang pilihan raya itu akan dapat dilaksanakan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau bagaimanapun menolak tanggapan bahawa undi pos mahu digantikan kerana melibatkan banyak penipuan.

Abdul Aziz berkata, perkara itu tidak boleh berlaku kerana pengeluaran kertas undi direkodkan dengan sistematik.

Thursday, May 20, 2010

SPRM BOLEH SIASAT NAJIB - SPR

Sebab katanya spr tak ada kuasa untuk menyiasat...tak ada kuasa ke tak kuasa....ini dua perkara yang berbeza....ala... 
Kalau ada pun takkan berani punya...spr ni main wayang lebih....sebab sekilas ikan diair dia dah tau itu semua umngok punya....tengok macam kes sibu...punyala hampeh nak menangkan BN sanggup menipu kata orang dap yang mengganggu spr pasal undi pos tu...tu pasalla pengumuman lambat....sudahla spr kau berentila berlakon...orang dah muak dah....

Ini kata najib

“Jika Robert Lau menjadi Ahli Parlimen pada hari Ahad, pada Isnin saya akan meminta supaya cek disediakan. Boleh kita buat perjanjian? Kita buat! Anda mahukan RM5 juta, saya mahukan Robert Lau menang,” kata Najib yang juga Pengerusi BN ketika kempen ceramahnya itu.


Kalau ini bukan sogokkan atau dorongan untuk mendapatkan sesuatu atau balasan dengan memberi atau menjanjikan sesuatu....atau lebih tepat rasuah....apa kita nak panggil ni...ooo...kita panggil nie aje la...Saya Pun Rasuah...


Ini SPR punya jawapan


KUALA LUMPUR, 20 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada kuasa untuk menyiasat dakwaan DAP bahawa Datuk Seri Najib Razak telah menjanjikan peruntukan wang, yang disifatkan bertujuan mempengaruhi pengundi Sibu pada malam menjelang hari pengundian Ahad lalu.
Sebaliknya SPR berkata, dakwaan ke atas Najib itu, yang janji-janji pilihan raya kecil dibuat atas kapasiti sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan.
Selain itu SPR berpendapat, di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, yang secara umum menjurus kepada kesalahan dilakukan oleh calon atau ejen mereka, pihak-pihak lain yang membuat janji pilihan raya termasuk anggota Kabinet tidak boleh didakwa telah melakukan kesalahan menyogok atau melakukan rasuah pilihan raya.
“Kalau ada pihak hendak mengemukakan aduan kepada kami boleh, kami akan terima dan akan memanjangkan kepada pihak berkaitan iaitu dalam kes ini SPRM,” Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.
“Kami tidak boleh melakukan siasatan sebagaimana perkara-perkara lain diperuntukkan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya... kami tiada kuasa (menyiasat).
“Ada perkara yang polis boleh siasat dan ada perkara yang kami boleh siasat.
“Tetapi perkara ini perlu disiasat oleh SPRM... terserah kepada SPRM menentukan tindakan susulan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Oleh itu kata Wan Ahmad, terserah kepada SPRM untuk menyiasat perkara yang didakwa oleh Pengerusi DAP Karpal Singh Isnin lalu berhubung janji yang Najib pada kempen malam terakhir di Sibu Sabtu lalu.
“Itu pandangan Karpal, tetapi isu ini memang tertakluk kepada bidang tugas SPRM... perkara ini memang di bawah bidang kuasa SPRM, SPRM yang boleh menjalankan siasatan dan mengambil tindakan berkaitan,” katanya.-tmi

Friday, October 23, 2009

Sivakumar Dibenarkan Cabar SPR
okt 23 09

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dan enam yang lain diberi kebenaran mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak mengosongkan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bagi mengadakan pilihan raya kecil.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Lau Bee Lan memutuskan demikian di kamar beliau hari ini selepas menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara.

Bantahan tersebut ialah bahawa permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman itu merupakan suatu perkara yang sudah menjadi akademik berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu.

Pada tarikh tersebut, Mahkamah Persekutuan memutuskan SPR merupakan entiti yang layak untuk memutuskan kekosongan sesebuah kerusi DUN dan bukannya Speaker DUN.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tersebut setelah ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) merujuk kes itu ke mahkamah tertinggi negara memandangkan ia melibatkan isu Perlembagaan.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Bee Lan menyatakan, Sivakumar dan enam yang lain mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk mencabar keputusan tersebut.

Ekoran keputusan tersebut, peguam Ranjit Singh memberitahu pemberita, pihaknya akan memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan itu.

Pada 10 Mac lalu, Sivakumar bersama ADUN Sungkai, A. Sivanesan; ADUN Kuala Sepetang, Tai Sing Ng; ADUN Keranji, Chen Fok Chye dan tiga lagi individu memfailkan permohonan tersebut secara berasingan.

Mereka memohon mendapatkan perintah agar kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang diisytiharkan kosong untuk diadakan pilihan raya kecil.

Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Fong serta SPR dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat dalam permohonan itu.

Mereka turut memohon writ bersifat quo warranto (permohonan yang mencabar kesahihan pelantikan perjawatan) kepada ketiga-tiga ADUN itu untuk menjelaskan kuasa yang ada pada mereka dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas sebagai ADUN kawasan masing-masing.

Mereka juga memohon perintah deklarasi bahawa DUN-DUN tersebut telah kosong berikutan perletakan jawatan tiga ADUN serta perintah injunksi bagi menghalang responden pertama, kedua dan ketiga daripada menjalankan tugas sebagai ADUN.

Sementara bagi SPR pula, mereka memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan dan tindakan mereka yang gagal melaksanakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi DUN terbabit.

Turut dipohon ialah perintah mandamus (untuk memaksa) terhadap SPRM supaya mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga DUN tersebut.

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran