Showing posts with label dunperak. Show all posts
Showing posts with label dunperak. Show all posts

Friday, October 23, 2009

Dua Ekor Beruk Dan Lembu SPRM
okt 23 09

Dua ekor beruk mak ye hari ini berada dalam dua situasi berbeza...seekor beruk dek kerana nak merajuk telah diselamatkan oleh lembu SPRM apabila lembu ini mengubah pengakuan yang dibuatnya dulu....seekor lagi rasa sungguh senang hati bila dapat dekat sejuta duit untuk kawasan dia ataupun poket dia....mana kita tahu ye tak...

IPOH, 23 Okt: Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen.


Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST.

http://www.nst.com.my/articles/21naxz/Article/index_html

Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut.

Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu.

"Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar," kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.

Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini.

Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah.

Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

harakahdaily

ADUN bebas di Perak Kapten (B) Mohd Osman Jailu bersyukur mendapat lebih banyak peruntukan untuk disalurkan ke kawasannya selepas keluar daripada PKR dan menyokong BN.

Beliau menerima dana hampir RM1 juta tahun ini berbanding hanya RM275,000 ketika menjadi ADUN Pakatan Rakyat dan tambahan ini membantunya memulihkan sokongan masyarakat kepadanya.

"Alhamdulillah, saya dapat peruntukan hampir RM1 juta untuk projek-projek senggaraan di DUN Changkat Jering.

"Berbanding tahun lepas, semasa saya jadi ADUN Pakatan, dapat cuma RM75,000 sebagai wakil rakyat dan RM200,000 ribu sebagai exco (kerajaan Perak)," katanya ketika dihubungi.

Mohd Osman berkata, penambahan dana itu membolehkannya berkhidmat dengan lebih berkesan kepada kira-kira 28,000 pengundi di DUN tersebut.

"Kalau masa dalam Pakatan, kita cuma dapat peruntukan daripada kerajaan negeri sahaja, tetapi ini dapat juga peruntukan daripada kerajaan persekutuan," katanya.

Mengulas kes rasuah yang sedang dibicarakan, beliau berkata ia tidak akan menjejaskan sokongan pengundi kepadanya di kerusi tersebut.

"Saya yakin boleh menang (kes ini) kerana saya yakin diri saya tidak bersalah," katanya kepada
Malaysiakini lewat petang semalam.-mkini

Sivakumar Dibenarkan Cabar SPR
okt 23 09

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dan enam yang lain diberi kebenaran mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak mengosongkan kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bagi mengadakan pilihan raya kecil.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Lau Bee Lan memutuskan demikian di kamar beliau hari ini selepas menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara.

Bantahan tersebut ialah bahawa permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman itu merupakan suatu perkara yang sudah menjadi akademik berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 April lalu.

Pada tarikh tersebut, Mahkamah Persekutuan memutuskan SPR merupakan entiti yang layak untuk memutuskan kekosongan sesebuah kerusi DUN dan bukannya Speaker DUN.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tersebut setelah ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) merujuk kes itu ke mahkamah tertinggi negara memandangkan ia melibatkan isu Perlembagaan.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Bee Lan menyatakan, Sivakumar dan enam yang lain mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk mencabar keputusan tersebut.

Ekoran keputusan tersebut, peguam Ranjit Singh memberitahu pemberita, pihaknya akan memfailkan semakan kehakiman untuk mencabar keputusan itu.

Pada 10 Mac lalu, Sivakumar bersama ADUN Sungkai, A. Sivanesan; ADUN Kuala Sepetang, Tai Sing Ng; ADUN Keranji, Chen Fok Chye dan tiga lagi individu memfailkan permohonan tersebut secara berasingan.

Mereka memohon mendapatkan perintah agar kerusi DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang diisytiharkan kosong untuk diadakan pilihan raya kecil.

Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Fong serta SPR dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat dalam permohonan itu.

Mereka turut memohon writ bersifat quo warranto (permohonan yang mencabar kesahihan pelantikan perjawatan) kepada ketiga-tiga ADUN itu untuk menjelaskan kuasa yang ada pada mereka dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas sebagai ADUN kawasan masing-masing.

Mereka juga memohon perintah deklarasi bahawa DUN-DUN tersebut telah kosong berikutan perletakan jawatan tiga ADUN serta perintah injunksi bagi menghalang responden pertama, kedua dan ketiga daripada menjalankan tugas sebagai ADUN.

Sementara bagi SPR pula, mereka memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan dan tindakan mereka yang gagal melaksanakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga kerusi DUN terbabit.

Turut dipohon ialah perintah mandamus (untuk memaksa) terhadap SPRM supaya mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga DUN tersebut.

Wednesday, September 9, 2009

Jangan Ketawa Didalam Ini Mmm..mahkamah-Anak Bapak
sept 09 09

Sekali lagi Tokeyai memuji TS P.Ramlee kerana mendahului masa dalam setiap ceritanya selepas Aliff Mim Nun Wau......jadi sarkas kini kita tengok pulak macamana dia mengolah mahkamah dalam anak bapak menjadi mahkamah sarkas....sibapak yang jadi hakim suka-suka dia aje membuat dan menjatuh hukum.....sibapak ta sabar-sabar buat mahkamah menunggu sianak untuk dibicarakan....last-last sibapak dapat jugak habuan berkahwin dengan bekas makwe PRamlee...gitulah lebih kurang ceritanya....tokeyai rasa mesej yang hendak disampaikan TS PRamlee ialah mahkamah boleh membuat keputusan bukan berdasarkan hukum tetapi mengikut situasi dan keadaan .....Jadi inilah yang berlaku didalam mahkamah kita sekarang semalam mahkamah tinggi Ipoh kata mahkamah tak boleh mengganggu keputusan sidang dun berdasarkan artikel 72 perlembagaan persekutuan....sebelum ini jugak mahkamah yang sama pernah mengekalkan DS Nizar sebagai MB yang sah tetapi hanya untuk beberapa jam selepas mahkamah yang lebih tinggi darjatnya membatalkan keputusan itu kita tengok lepas ini adakah mahkamah yang lebih tinggi darjatnya itu akan bersetuju dengan keputusan mahkamah tinggi ini atau pun sebaliknya...adakah cerita anak bapak ini menepati klausa mahkamah menjatuh hukum bukan berdasar hukum tetapi mengikut situasi dan keadaan....

IPOH, 9 Sept: Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini membatalkan dengan kos permohonan saman Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar terhadap Datuk R Ganesan berhubung dakwaan menyerang dan melakukan pemenjaraan salah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.

Selain itu Hakim, Datuk Azahar Mohamed juga memutuskan mahkamah tiada kuasa untuk mendengar permohonan saman tersebut kerana tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN pada persidangan tersebut.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

"Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN, bukan dalam mahkamah," katanya.

Sivakumar dalam permohonan samannya sebelum ini turut memohon injuksi bagi menghalang R Ganesan dan sesiapa di bawah arahan Ganesan daripada menghalang tugasnya sebagai Speaker dan menghalang daripada menyebabkan kecederaan berterusan terhadapnya.

Keputusan mahkamah hari ini juga dilihat satu penjelasan besar terhadap krisis perlembagaan negeri Perak.

Ianya memberi faham bahawa semua perkara berkaitan krisis perlembagaan negeri Perak yang sedang dipersoalkan di mahkamah mestilah dihentikan supaya tidak melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan.

ImageDalam perkembangan lain, Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar ketika diminta mengulas gesaan supaya Ganesan mengambil tindakan terhadap ADUN pakatan yang bersidang pada 2 September lalu berkata, ianya sia-sia kerana Ganesan tidak mempunyai apa-apa kuasa berbuat demikian.

"Dia tak ada 'locus standi'. Dia bukan speaker, dia juga bukan pengerusi Hak dan kebebasan DUN perak. Atas dasar apa dia nak ambil tindakan," soalnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Gesaan itu sebelum ini dilontarkan ADUN Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dari BN yang menganggap tindakan ADUN Pakatan yang mengadakan persidangan tersebut sebagai mencemar imej negeri dan tidak menghormati perintah mahkamah.

Selain beliau, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin juga turut menasihatkan pakatan Perak supaya berhenti melakukan sebarang desakan kerana mahkamah telah memutuskan BN sebagai kerajaan sah memerintah negeri Perak.

Tindakan melakukan sebarang desakan seperti sidang DUN 2 September lalu kata Muhyidin, hanya sia-sia.

Nizar ketika mengulas kenyataan itu berkata, Muhyidin seharusnya mendapat maklumat tepat dari penasihat undang-undang beliau sebelum mengulas isu Perak.

"Dia tidak dinasihatkan oleh penasihat undang-undangnya dengan baik agaknya. Mahkamah persekutuan putuskan untuk dengar permohonan saya mencabar perlantikan Zambry pada 5 November ini, jadi macamana dia boleh keluar kenyataan mendahului keputusan mahkamah. Dia perlu rujuk penasihat dia," ujarnya.

Berhubung tindakan lanjut terhadap Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong yang dihukum penjara pada sidang DUN tempoh hari, Nizar berkata ianya kini terserah kepada pihak polis.

"Mereka sepatutnya mengambil tindakan. Kalau ambil tindakan bermakna mereka hormat kepada keputusan DUN, kalau mereka tak ambik tindakan bermakna mereka adalah alat Umno dan menghina DUN Perak," katanya.

Pada Sidang DUN di Hotel Heritage Ipoh 2 September lalu, Speaker V Sivakumar mengesahkan keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM500,000 ke atas Speaker BN, Datuk R Ganesan and ADUN Bebas pro-BN, Hee Yit Foong.

Ianya berikutan tindakan Ganesan mengengkari perintah Sivakumar supaya keluar dari dewan dalam persidangan pada 7 Mei lalu.

Selain bukan berjawatan seorang ADUN, Ganesan juga dilihat duduk di meja BN dan Pemimpin MIC itu kemudiannya 'dipilih' sebagai speaker dalam suasana yang penuh kontroversi.

Satu lagi ialah tindakan Ganesan yang mengarahkan anggota polis supaya mengalih Sivakumar dari kerusi speaker.

Hee pula dihukum kerana mengambil alih peranan Sivakumar sebagai speaker dan membenarkan wakil rakyat BN mengundi memilih Ganesan sebagai speaker baru. _harakah

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran