Showing posts with label politikmania. Show all posts
Showing posts with label politikmania. Show all posts

Wednesday, May 26, 2010

KHALID SAMAD CABAR EZAM BERTANDING

Berani ke sibudak Ezam lahanatun tu....tapi kan wa rasa lawan sekarang tak payah tunggu PRK13....lama sangat...kasi benam betul-betul budak lahanat tu....dia ingat dia tu bagus sangat....cinabeng punya budak....tapi kan wa rasa jugak ah...BN pun tau siEzam ni gerenti kalah dia tak akan letak ezam punya....percayalah.....


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mencabar bekas ketua pemuda PKR yang berpaling tadah, Ezam Mohd Noor untuk bertanding di kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Khalid berkata, Ezam yang baru-baru ini dilantik sebagai senator perlu membuktikan yang beliau mempunyai sokongan di kalangan warga Shah Alam dengan menghadapinya dalam pemilihan tersebut.

"Sejauh mana pendirian rakyat terhadap beliau perlu dibuktikan," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ezam pernah bertanding melawan calon Umno di kerusi Shah Alam pada 1999 semasa masih bersama PKR tetapi tewas.

Menurut Khalid, Ezam yang dulunya seorang penyokong kuat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tunduk kepada tekanan Umno.

"Sekarang dia bawa hujah kata Anwar memang seorang yang lakukan perkara terkutuk itu," katanya dengan merujuk kepada dakwaan liwat yang dihadapi Anwar.

Khalid juga berkata, pusingan 180 darjah yang dilakukan Ezam juga menunjukkan kuasa tekanan Umno terhadap bekas pemimpin PKR itu.-mkini

Wednesday, June 17, 2009

Syarat Hashim Suboh sertai pembangkang...

Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau akan hanya menyertai pembangkang jika optimis mereka dapat membentuk kerajaan baru di negeri itu.

Katanya, beliau tidak mahu menyertai pembangkang sekadar mahu menjadi pengkritik kerajaan sedia ada sekarang.

"Ketika ini saya masih melihat gelombang tidak puas hati terhadap Umno negeri yang berlaku di peringkat akar umbi.

umno perlis pc 120308 hashim suboh"Saya hendak tengok gelombang ini berterusan, tetapi saya cukup yakin sokongan kepada saya cukup kuat.

"Ketika ini saya menunggu dahulu, sampai masa saya akan pergi juga," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan politik Umno Perlis sekarang.

Hashim mendakwa, di bahagian Kangar, Menteri Besar, Md Isa Sabu yang juga ketua bahagian berkenaan, hanya mempunyai kira-kira 55 peratus sokongan ahli Umno bahagian tersebut.

"Manakala 45 peratus lagi menyokong saya. Jika saya ada kuasa, saya mampu memberi sumbangan yang lebih besar daripada orang yang sedang berkuasa atau orang yang pernah memegang kuasa," katanya.

Menurutnya lagi, setakat ini tidak ada pihak di kalangan ahli Umno yang mencerca hasratnya untuk menyertai pembangkang.

Hashim berkata, beliau sudah hilang keyakinan kepada sistem dalam Umno terutama di Perlis.

Di samping itu, katanya, beliau juga sedang menekuni reaksi ahli-ahli Umno di peringkat bawahan.-mkini

Tokeyai

Nasihat tokeyai masuklah sekarang jangan malu-malu dan jangan tunggu lama-lama bersama-samalah sekarang dalam PR dalam menanam,menyemai membaja janganlah datang bila time nak memetik pulak nanti tak manis dipandang dan akan jadi bahan cerita untuk memalukan kita...tak gitu Dato hashim
PM NAJIB TERUS MEMANCING PAS
mungkin kerusi TPM untuk Nasharudin dlm UG



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak percaya Pas ikhlas untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetuskan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



KUALA LUMPUR 16 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak yakin terhadap keikhlasan Pas berhubung cadangan kerajaan perpaduan seperti mana yang dicetuskan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini.

Tokeyai
PM Najib terus memasang jerangkap samarnya untuk terus mengganggu Pakatan Rakyat dalam usahanya untuk memenangi PRK Manik Urai saban hari akan keluar kenyataan darinya untuk memancing Pas dalam membentuk kerajaan perpaduan anjuran pas itu semalam juga keluar kenyataan dari Timb Presiden Pas Nasarudin yang terus menyokong saranan PM Najib kalau kita teliti dan mengkaji kenapa dua-dua orang ini seorang Umno dan seorang Pas sanggup untuk duduk semeja dan bekerjasama jawapannya ialah mereka tahu kedudukan dan jawatan mereka ini bila-bila masa akan ghaib dari genggaman sebab itu mereka-mereka ini seboleh-boleh mungkin untuk merealisasikan impian mereka agar perkara yang ditakuti itu tidak akan benar-benar berlaku Umno mesti bekerjasama dengan Pas jika hendak memenangi PRU13 dan seterusnya itulah pandangan kebanyakan penganalisis politik dan juga mereka boleh menghalang kemaraan Pakatan Rakyat bagi Ust Nasharudin pula kedudukannya yang dipertikai oleh ahli Pas dan PR berikutan pertemuan sulitnya dengan Tun Abdullah dulu dan nadanya yang tidak selari dengan kebanyakkan pemimpin Pas jelas membuatkannya tidak tidur lena.....tidak lena takut kena tarik jawatan atau sebab dah tak sabar nak jadi TPM dalam UG nanti...wallaualam........ sebagai pemimpin jika mempunyai integriti diri dan jika dipersoalkan eloklah berundur secara hormat sebelum ditendang keluar.

Monday, June 15, 2009

Isteri Kayveas terima watikah pelantikan sebagai Pesuruhjaya Tinggi

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyampaikan watikah pelantikan kepada seorang Duta dan tiga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke luar negara.

Mereka termasuklah Datin Blanche Olbery, 50, isteri Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas, yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Papua New Guinea, Republik Vanuatu dan Kepulauan Solomon.

Tokeyai

Halo mr kayveas wa banyak dashyat la u dalam gaduh-gaduh pun you punya wife dapat jadi PJ Tinggi apa you banyak kamcing ka sama itu Anifah aman tapi saya ingat satu saja najib kasi itu jawatan supaya you jangan gaduh-gaduh lagi sama itu murugiah you settledown dengan murugiah dan you boleh teman your wife dekat sana itu kira win win situation apa...

Sunday, June 14, 2009

iMUKHRIZ SOKONG KOMUNIS?

Anwar Ibrahim Tidak Hargai Pengorbanan ATM Pertahankan Negara: Mukhriz

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dibidas kerana tidak menghargai pengorbanan anggota tentera demi mempertahankan rakyat dan negara daripada kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) apabila meminta bekas setiausaha agung PKM Chin Peng dibenarkan pulang ke tanah air.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata kenyataan ketua pembangkang itu jelas menunjukkan sikapnya yang tidak menghargai dan memperlekehkan pengorbanan anggota tentera yang terkorban dan ada yang cacat seumur hidup angkara kekejaman PKM.

Mukhriz berkata kenyataan Anwar yang menyamakan PKM dan pengganas Chin Peng dengan Kerajaan China serta Parti Komunis China tidak masuk akal selain tidak bertanggungjawab.

"Chin Peng seorang yang rasis, tidak berperikemanusiaan dan tidak berjuang untuk idealisme komunis yang sebenarnya," katanya dalam satu kenyataan Sabtu.

Menurut Mukhriz sejarah telah merakamkan pembunuhan rakyat Malaya yang dilakukan oleh PKM pimpinan Chin Peng dan bukannya atas arahan kerajaan China pada waktu itu.

"Saya cabar Anwar untuk mendapatkan seorang anggota ATM yang setuju dengan pandangan itu," katanya.-bernama

Kartun di Utusan Mengarut.....
tak payah cakap banyaklah kat utusan mengarut ni buang maso jo bab memutarlam dan belit bagi kek dio....



Tokeyai

Tokeyai bukan nak menuduh tapi cuba lihat kenyataan mukhriz yang bold merah tu seolah-olah mukhriz timbalan menteri yang kalah dalam parti ni bekas gerombolan atau penyokong fahaman komunis daripada mana dia tahu itu semua daripada Tun chedet kah bapak dia atau info dari china...... apa yang cuba digambarkan oleh simukhriz ni ialah chin peng dan PKM berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan dari sesiapa hatta china sekalipun ini adalah kenyataan orang yang dungu dapat info dari orang yang bodoh budak sekolah rendah pun tahu keterlibatan china dan pkm ini hoi mukhriz kalau tak tau jangan main cakap aje ko balik baca buku dulu mentang- mentanglah bapak najib dah bodek china dulu sekarang najib pulak nak bodek kununnya nak clearkan nama china lah tu sudahlah mukhriz ko kena faham ni kata-kata boleh berubah tapi tidak sejarah hanya orang yang buto sejarah ajo cakap macam ko kalau nak kira ramai orang bersalah kat malaya ,persekutuan tanah melayu dan malaysia ni
British,jepun,portugis dan siam sebagai bangsa penjajah macam-macam perjanjian yang dibuat sehingga mengubah segala-galanya singapura pulau batu putih dan banyak lagi yang terlepas dari kita samada kita sedar atau tidak.... jadi bila dipersoalkan semula perkara ini mengapa kita tidak buat sebagaimana yang dilakukan keatas chin peng ketika ini lee kuan yew disambut sebagai wira ketika disini sedangkan dia yang ambil singapura dari malaysia kenapa tidak kita mempersoalkan dia kerana perjanjian telah dibuat dan sejarah tinggal sejarah dan kita semua percayai akan itu jadi bila timbul kes Chin Peng nak balik keMalaysia untuk kali terakhir (yelah umur dia tu pun tinggal talian hayat jo)kenapa kita mempersoalkan perjanjian lihat perjanjian ni..



Saturday, June 13, 2009


Kerajaan Perpaduan: BN Sedia Bersemuka Dengan PAS-TPM

LANGKAWI, 13 Jun (Bernama) -- Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia bersemuka dengan barisan kepimpinan PAS bagi membincangkan tentang cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dilihat masih kabur serta tidak jelas-bernama

Tokeyai

Umno masih lagi memasang umpan dengan terkini kenyataan dari TPM sendiri yang ingin bertemu kepimpinan PAS bagi membincangkan maksud mereka mereka yang berkeinginan untuk joint venture membentuk kerajaan perpaduan terbaru kenyataan dari TGHH menyatakan tidak ada muqabalah dgn umno selagi tidak ada kebebasan media dan sistem kehakiman harap-harap TGHH akan kotakan kata-katanya kita tunggu dan lihat sebab dari sehari ke sehari umpan umpan yang dipasang oleh UMNO bukan calang calang umpan bahkan hampir hampir saja mengena.... boleh meleleh air liur ikan belukanglah kalau umpan tu ada kat laut

Zaid Ibrahim masuk PKR




Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.

Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.

Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Tokeyai

Akhirnya dato Zaid mengambil keputusan yang drastik dan bijak dengan menyertai pakatan rakyat ini akan bertambah mantaplah PR dan beliau sudah tentunya mempunyai platform yang kukuh untuk meneruskan agenda politik beliau bersama-sama PR......Tahniah Dato Zaid Umno tak nak ramai orang yang nak kita hidup biar ada prinsip betul tak...







Tuesday, April 14, 2009

Pendekar bujang lapok vs Pendekar umno lapuk

Lokasi : sekolah umum buta hurup kg pinang sebatang.Dialog “kau tau tempat apa ni sudin.ohh...ini alif mim nun wau.Alif tendang wau sarkaslah.”Itulah antara dialog-dialog keramat dalam filem TS P.Ramlee yang merupakan seorang tokoh yang tinggi pandangan makrifatnya baik dalam filem maupun realiti hidup yang sebenar.Walaupu telah berpuluh tahun meninggalkan dunia ini namun beliau telah dapat membaca realiti politik pada masa dulu,kini ,dan selamanya.Itulah yang ingin digambarkannya dalam dialog jawi alif mim nun wau yang bila dirumikan manjadi UMNO.Cuba kita teliti dan renungkan apakah maksud tersirat yang terdapat dalam bait bait dialog pakcik sudin itu.Salah ke TS PRamlee bila menggambarkan parti politik yang kununnya berjuang untuk bangsa ,agama dan Negara (sepatutnya agama,bangsa dan Negara itu yang betul ini teman bincang kemudian nanti)sebagai sebuah parti sepakterajang dan parti sarkas.Teman raso kita semua maklum UMNO sekarang ni memang macam tulah keadaannya jadi betullah apa yang TSPRamlee kabokan tu.Rumah dah siap(?) pahat tak berenti-renti bunyi macam kucing jantan nak mengawan.Sano sini cakap pasal tak puashati tak jadi menteri pasal kalah dalam parti ntah macam-macam lagilah teman pun naik angin eh...bukan naik mual tengok gelagat dio orang ni.Lantak dio oranglah.

Ini cito pasal kabinet baru apalah gamaknya DS najib ambik orang yang bukan MP jadi menteri,timb menteri macam bagus sangat orang-orang tu.MP-MP yang ado tu semua tak bagus tak boleh buat kojo kalau macam tu senanglah tak payahlah masuk bertanding buat abiskan duit maso tenago buek apo.Boto tak?Duduk diam-diam tunjukkan karisma sikit bodek-bodek sikit last-last dapat jadi jemaah menteri jugak tak gitu.Inilah senario politik malaysia pilihan rakyat bukan menjadi keutamaan sebaliknya pilihan peribadi menjadi panduan apakah ini selari dengan identiti one Malaysian rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.Cakap lain buat lain inilah masaalahnya apabila bertindak tidak selari dengan apa yang dikata dia akan menjadi liabiliti yang akan diterjemahkan dalam PRU13 nanti.

Macammanapun kawan nak ucap tahniahlah kat TS Muhyiddin TPM baru kito bukan apo dio ni orang negeri kawan dah lamo benar orang kat negeri kawan tak do orang besar kat atas tu.Buat TPM baru tengok-tengoklah nasib cikgu-cikgu yang kat bawah tu bela la sikit nasib diorang itu sebab diorang ni ramai yang susah dan ramai yang mengundi dalam PRU13 nanti.Buanglah pendekar-pendekar UMNO yang dah lapuk dan gila kuasa tu....wasallam

Thursday, April 9, 2009

alahai....kabinet DS najib

Hari ini DS najib akan umumkan kabinet one malaysiannya kita tengoklah nanti jadi ke tak jadi one malaysiannya itu jangan jadi wang malaysian (sebutan terengganu) sudahlah.Sebab la ni orang-orang politik yang menang dan kalah semuanya tengah tak tentu arah ada yang siang-siang dah letak jawatan ada yang muka tak malu nak juga jawatan waima dah kalah game ada yang tengah melobi mintak simpati macam-macam caralah digunakan la ni jugak kocek pak-pak dukun penuh sampai terkeluar-terkeluar ongkosnya..Hai... dunia.. dunia kenapalah tuhan adakan orang-orang yang gila kuasa macam ni mungkin ada hikmahnya mungkin tuhan nak bagi Pakatan Rakyat memerintah satu hari nanti agaknya..ye mudah mudahan.Semalam Tun che det kata dia masih sangsi(meluat?) dengan KJ dan mintak DS najib tak lantik dio dlm kabinet tapi ramalan kawan dan kawan nak bet dengan Tun raso kawan tok najib gerenti ambik dio masuk kabinet paling koman pun timb menteri tak cayo tengoklah nanti anak dio mukhriz kawan 50 50.Lepas ini dio mesti kato najib dah buat silap pasai ambik orang yang rasuah masuk kabinet ntah apo yang dia sibuk sangat pun kawan tak tau mungkin sobab anak dio kalah kut.Kawan tengok sehari duo ni bukan main sibuk lagi Tun ado apo apo ko ngalahkan PM pulak ko ada hati nak jadi PM semulo.Kawan malaslah nak nasihat orang macam ni dah tua akai pun dan banyak pandai-pandai dio la nak ngadap Allah Azzawajalla nanti.
Kawan nak pesan kat DS najib jika memberi bukan pada yang berhak menerimanya bersedialah untuk kehancuran.....wasallam

Wednesday, April 8, 2009

Sekalung tahniah buat PKR dan PAS

Syabas kepada PKR dan PAS atas kejayaan mempertahankan dua bukit pada PRK semalam.Percayalah bukan hanya dua bukit ini saja malah dua semenanjung iaitu tanah besar dan borneo juga akan dapat ditawan jika mahathir masih lagi nak menunjuk belangnya dah pencen tu buatlah cara dah pencen macam pak lah duduk diam-diam, ini tak macam lah dia tu bagus sangat.Orang lain tak boleh buat macam dia buat kununnya, dekat malaysia ni dia sorang saja yang pandai kununnya... piiraahlah mabuk.Hari tu hantar borang masuk umno semula bawak anak beranak sekali pi jumpa PM baru DS najib kunun nak bagi orang tau aku baik dengan najib apa sobabnya tu...sobab nak najib jago anak dia lah tu bagi jadi menteri ko apo ko..konang jaso lah sikit najib dulu aku ada tolong hang sekarang hang tolonglah anak-anak aku pulak. cit ini macam punya orang pun ada kah..dunia...dunia kalu orang dah tak ingat nak mati macam nilah jadinya nak menongkat langit kununnya.Sedaqlah sikit che det umuq dah tua dah bawak-bawaklah beribadat jangan dok nak mencaci orang sana sini dulu anwar lepaih tu pak lah ko hentam sampai lembik orang tu kau kojokan cukup-cukuplah tu kang lepas ni najib pulak ko hentam mana tau kut -kut tak puashati anak tak dapat jadi menteri...ha jaga- jaga DS najib orang macam ni lebih ular dari ular lebih sudu dari kuah. wasallam......

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran