Showing posts with label perkasa. Show all posts
Showing posts with label perkasa. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

BERAHIM PERKASA NI SYIAH KER?????video inside

Pehhhhh.....lama siut tak update....gila babas wa cakap lu....ni berita gempak semalaya nie...berahim perkasa  bergambar dgn khomeni syiah iran....terbongkar beb bongkar....katak lepas ni berjelir-jelirlah lidah dia menepis sana-sini cari port nak menyorok....jawab ko jawab berahim perkasa....


Kuala Lumpur - by @tiewnama
Berita yang sungguh mengejutkan negara apabila presiden ulama Besar PERKASA merangkap ahli
umno iaitu ibrahim ali telah mengadakan pertemuan empat mata dengan ulama besar syiah iaitu khamenei,

ibrahim ali yang selama ini tim era pasca tidak tahu akan statusnya yang selama ini melaungkan hidup
melayu hidup melayu islam, adakah bersetongkol dengan syiah, sesuai dengan kata kata menteri agama
islam dari barisan nasional bahawa syiah boleh di amalkan tetapi tidak boleh di sebarkan di malaysia, 

berbalik kepada video panas ini, ibrahim ali yang juga ahli parlimen umno pasir mas telah menvideokan
pertemuan sulit beliau dengan ulama besar syiah, apakah ibrahim ali adalah?? pada pendapat tim era pasca,
seluruh persatuan PERKASA perlu membubarkan NGO ini kerana di khuatiri membawa fahaman syiah
di bumi malaysia yang bertuah ini! 

di harap polis, jabatan agama, SKMM perlu memantau dan menyiasat setiap aktiviti PERKASA selama
ini kerana di khuatiri menyebar fahaman syiah sebagai rahsia pertubuhan dan hub penyebaran. kerana
umum tahu bahawa syiah saja yang menentang hebat ahlul sunnah wal jemaah,

sebagai contoh, setiap hari ibrahim ali akan menghentam pimpinan Pas, tetapi tidak pernah menghentam
pimpinan umno iaitu ahlul punnah wal ranah. apakah yang sedang di sembunyikan oleh ibrahim ali ini?
apakah pertemuan sulit yang di videokan ini akan membawa perkembangan syiah di bumi malaysia?
jawapan tim era pasca #Tanya Ibrahim Ali sebab apa dia jumpa ulama besar syiah itu. - erapasca


Thursday, July 7, 2011

BILA DR M CAKAP PASAL KETUANAN MELAYU

Deyyyy......madirrrr.....hang cakap malu kalau ada ketuanan melayu....tapi yang hang dok belakang perkasa tu.....yang dok menyalak hari-hari pasal melayu tuan dimalaysia ni dengan mahagaru silat kangkung tu sekali....apa cerita beb....sini lu cakap lain.....sana lu cakap lain.....kalau jumpa ular dengan lu...wa suruh ular tu gigit lu dulu.....baru wa ketuk itu ular.....ciittt....podahhhh.....


DR M -SAYA SEDIH MELAYU MASIH BERHARAP PADA KETUANAN MELAYU

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sedih apabila mendengar orang Melayu masih bercakap mengenai Ketuanan Melayu kerana beliau mahu kaum itu berdiri pada keupayaan diri mereka, bukannya hak istimewa diturunkan menerusi perlembagaan.

Malah bekas perdana menteri ini (gambar)juga kelihatan ‘keberatan’ apabila ada usaha mengaitkan DEB dengan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Menjawab soalan pada Kongres Profesor Kebangsaan di sini, kata Dr Mahathir, beberapa peruntukan dalam DEB seharusnya telah pun digugurkan.

“Berkenaan dengan (Artikel) 153, jika ia berkenaan dengan bahasa, agama dan kesemua itu, tidak mengapa, tetapi kita telah memperluaskan sehingga membabitkan DEB.

“Dan, beberapa aspek DEB seharusnya dimansuhkan sebaik sahaja mereka yang mendapat manfaat daripada DEB telah memperlihatkan keupayaan mereka,” katanya.

“Saya sangat sedih apabila saya mendengar orang Melayu bercakap mengenai Ketuanan Melayu,” katanya.

“Ternyata ada tanah simpanan Melayu sebab itu kita adalah tuan. Tetapi untuk hidup di (tanah) simpanan Melayu adalah satu penghinaan, sebab itu bermakna saya lemah, saya dilindungi di tanah sendiri. Ia bukan sesuatu yang harus dibanggakan,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata orang Melayu seharusnya mempertingkatkan keupayaan mereka agar mereka tidak bergantung pada hak-hak istimewa.-tmi

Thursday, October 7, 2010

PERKASA JADI RAKSASA KERANA MEDIA - TG ADNAN

Perkasa jadi raksasa...wahh....kalau macam ni kena panggil...ultraman taro nie....danger nie....

Media yang memberi liputan terlalu luas kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sehingga NGO tersebut kini menjadi begitu popular dan ditakuti masyarakat, kata setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
azlanBeliau menyifatkan PERKASA sebagai satu makhluk raksasa yang mengerikan (monster), dan menyalahkan media kerana menyebabkan pertubuhan berkenaan dipandang sedemikian.

Bercakap dalam satu wawancara dengan
Malaysiakini, beliau cuba mententeramkan keadaan dengan mengatakan, PERKASA juga sama seperti pertubuhan lain yang memperjuangkan hak kaum masing-masing di negara ini seperti Dong Jiao Zong.

“PERKASA cuma satu NGO, ada banyak lagi NGO lain. Kita akan bersama dengan mana-mana NGO yang boleh membantu kita," katanya ketika ditanya mengenai hubungan di antara Umno dengan pertubuhan tersebut.

Beliau ditanya demikian, susulan daripada kenyataannya yang bercanggah sebelum ini mengenai hubungan antara Umno dan BN dengan PERKASA.
NONEKetika bercakap kepada sebuah portal berita, Tengku Adnan dilaporkan telah menyatakan pendirian bahawa BN perlu menjauhkan diri daripada PERKASA kerana tindakan pertubuhan itu telah menghakis sokongan bukan Melayu kepada parti berkenaan.

Beliau juga memberitahu sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa PERKASA telah menjadi satu bebanan kepada BN kerana pertubuhan yang diketuai ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali itu sering berbalah dengan pemimpin parti itu.

Media dipersalahkan
Bagaimanapun, beliau mengambil pendirian berbeza, susulan daripada kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 17 September lalu bahawa parti itu tidak berdepan sebarang masalah dengan PERKASA walaupun terdapat usaha di kalangan pemimpin Umno untuk menjauhkan diri daripada pertubuhan itu.

Tengku Adnan berkata, pihak media yang sepatutnya dipersalahkan kerana memperbesar-besarkan isu mengenai PERKASA.
perkasa first agm 270310 keris“Kenapa anda bercakap tentang PERKASA? Siapa yang cipta PERKASA? Anda semualah, (pihak) media. Bagi saya, kalau ikutkan saya, saya akan 'black out' berita mengenainya," katanya lagi.

"Ada banyak lagi NGO lain, kenapa tidak bercakap tentang mereka?," soalnya yang nyata tidak senang apabila diajukan soalan berkenaan.

PERKASA dilihat telah menyaingi fungsi Umno dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu dan mendakwa telah menarik pengaruh yang besar di kalangan anggota masyarakat tersebut -- dengan keahlian yang didakwa mencecah 200,000 orang di seluruh negara.

Sebanyak 60 peratus daripada ahlinya juga merupakan ahli Umno, seperti yang didakwa oleh presidennya sendiri sebelum ini.
penang bukit bendera umno division agm 080810 03Apabila ditanya sejauh mana benarnya dakwaan itu, Tengku Adnan sekadar berkata bahawa Umno tidak menyekat mana-mana ahlinya untuk menyertai pertubuhan lain.

“Umno ada ahli di dalam pelbagai NGO seperti Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia), GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) dan PERKASA. Saya juga di dalam Abim sebelum ini, sebab bagi kita, kita mahu berkhidmat kepada masyarakat.-mkini

Saturday, September 25, 2010

MUHYIDDIN DAN NAZRI TAK FAHAM 1M-BERAHIM ALI

Korang nampak tak...kuat tak kuatnya perkasa sekarang....dikutil-kutilnya aje orang umno sekarang nie dek berahim ali....sasaran berahim ali seterusnya wa rasa...untuk menggantikan parti umno....tak mustahil beb...tengoklah orang-orang dia sibuk dok menambahkan ahli baru....mana pergi pun ada borang  perkasa....termasuklah kat tempat wa nie....canggih tu perkasa.....



Ada tanglung ada tarian naga nape...nak bodek cina balik ker...
tak pasai-pasai budak-budak ni disuruh pegang tanglung...apa ke heh ni berahim.. 

Ibrahim Ali: ‘Saya faham 1 Malaysia tapi Muhyiddin, Nazri tidak’
PASIR MAS, 25 Sept — Sambil menyatakan dirinya bukan rasis, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, maksud sebenarnya konsep 1Malaysia yang dibawa Datuk Seri Najib Razak adalah bahawa semua rakyat berbilang kaum di negara ini mesti memberi kesetian padu kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu sebelum menganggap diri mereka sebagai “rakyat Malaysia.” 
Sehubungan itu Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata berdasarkan konsep tersebut, beliau “setia kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu, kemudian baru rakyat Malaysia.” 
Bulan lalu beliau mendesak Perdana Menteri memperjelaskan konsep 1Malaysia. Gesaan itu diulangi Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali minggu lalu. 
Ibrahim berkata, apabila rakyat sudah memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong baru mereka akan taat dan menghormati Perlembagaan Persekutuan. 
“Bagi saya secara peribadi maksud konsep 1 Malaysia adalah sebagai seorang rakyat saya harus memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong. 
“Kalau sudah taat kepada Yang di-Pertuan Agong baru kita boleh taat kepada Perlembagaan negara. 
“Bukan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri) yang kata beliau Melayu dulu baru warga Malaysia dan bukan juga seperti Datuk Seri Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) yang kata beliau warga Malaysia dulu baru Melayu. Saya faham 1 Malaysia tapi mereka tidak,” kata beliau selepas merasmikan program Pesta Tanglung di Kampung Cina di sini malam tadi yang disertai sekitar 100 orang. 
Dalam menjawab tulisan Awang Selamat Mingguan Malaysia Ahad lalu, Nazri berkata. beliau adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru orang Melayu. 
“Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?” kata beliau. 
Pendirian itu bertentangan dengan kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno pada April lalu bahawa beliau orang Melayu terlebih dahulu, baru rakyat Malaysia. 
Ibrahim berkata setiap rakyat di negara ini mempunyai hak masing-masing tetapi ada had yang tidak sepatutnya dipersoalkan.
“Sebagai contoh dalam sebuah keluarga, ada ayah, ibu, anak dan mungkin juga tukang sapu. Kesemua mereka ini mempunyai hak yang ditetapkan. 
“Seorang isteri tidak mempunyai hak seperti suaminya, begitu juga dengan anak dan tukang sapu. 
“Jadi kalau tukang sapu mengemas bilik anda, dia mempunyai hak untuk kemas tetapi pada masa dia tidak mempunyai hak langsung untuk tidur di atas tilam anda. Betul atau tidak?” soalnya. 
Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum ke-12 setelah menewaskan calon Umno Ahmad Rasdi Mahmed dengan majoriti 8,991 undi. 
Ketika itu Ibrahim bertanding atas tiket PAS. Parlimen Pasir Mas mempunyai seramai 59,640 pengundi. Ibrahim juga menggesa penduduk di kawasan Pasir Mas supaya tidak terpedaya akan usaha yang dilakukan parti politik yang mahu menjatuhkan imejnya. 
“Bila saya katakan tentang hak Melayu, mereka (parti politik) kata saya rasis dan perkauman. 
“Sedangkan apa yang saya perjuangkan adalah apa yang tertulis dalam Perlembagaan Negara. Adakah ini dikatakan rasis?” katanya. 
Baru-baru ini pemimpin Umno-BN terlibat dalam perang kenyataan dengan Ibrahim berhubung kenyataan pemimpin-pemimpin perikatan itu bahawa BN tidak harus menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan itu kerana bimbang dasar perjuangannya boleh menghakis sokongan dalam pilihan raya umum ke-13. 
Hari ini Perkasa akan mengadakan Perhimpunan Perdana Perkasa Kelantan di pekarangan Stesen Keretapi Pasir Mas pada pukul 3 petang. 
Program yang bertemakan “Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Rakyat Malaysia” turut akan disertai bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.-tmi

Thursday, September 23, 2010

DR M DAH MELAMPAU-LAMPAU RASISNYA

Aku rasa inilah kritikan dr m yang sangat mengujakan sekali sifatnya....sifat orang tersepit dan takut pada bayang-bayang juga terdesak...menjadikan sifat itu terlampau dan melampau-melampau kedudukankannya...semata-mata nak menjaga berahim ali dan perkasanya....mahathir akan berdendang lagu rasis ini sehinggalah dia menutup mata....panjang umur dia kan....


Mahathir dakwa Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan ganti BN



KUALA LUMPUR, 23 Sept – Sambil berkata beliau bukannya rasis, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi, orang Melayu akan kehilangan kuasa jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pemerintahan negara ini.
Bekas perdana menteri mendakwa apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri diterajui PR walaupun ketua pentadbiran di negeri itu di ketuai orang Melayu.
Sebelum ini Dr Mahathir pernah mengatakan bahawa orang Melayu akan menjadi kaum minoriti dari segi politik jika PR berkuasa.
Melahirkan pandangannya kepada Umno Online hari ini, bekas presiden Umno ini merujuk kepada bekas menteri besar Perak Datuk Ser Ir Mohd Nizar Jamaluddin selepas pilihan raya umum ke-12.
“Kita lihat Nizar  di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari DAP sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN (Barisan Nasional) menjatuhkan kerajaan Cina.
“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat perdana menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.
Dr Mahathir berkata walaupun Nizar itu mewakili PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi mereka sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.
Menurutnya, menjadi Perdana Menteri negara ini tidak tertakluk kepada orang Melayu atau mereka yang beragama Islam, jawatan berkenaan terbuka kepada sesiapa sahaja, yang utama ialah mendapat sokongan di parlimen.
“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi perdana menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa,” katanya.
Dr Mahathir berkata, apa yang dilakukan oleh PKR bukan untuk memperjuangkan orang Melayu tetapi lebih kepada untuk merealisasikan cita-cita peribadi seseorang pemimpin mereka untuk menjadi perdana menteri.
“Malangnya Umno telah gugur orang ini, dalam perasaan marah peluang dia sudah terputus, dia tubuh parti lain, perjuangannya hanya satu sahaja bukannya untuk bangsa, agama dan negara tapi untuk jadi perdana menteri.
“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi, itunya terbentuk keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh Keadilan (PKR) seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” katanya.
Beliau mengingatkan supaya tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh PR, mereka itu hanya untuk mengejar cita-cita menjatuhkan BN dari tampuk pemerintahan negara.
Menurutnya apa yang diperkatakan itu bukannya bersifat perkauman, tetapi kepada kestabilan, sedangkan DAP sering membangkit pelbagai perkara berunsur perkauman sejak dahulu lagi.-tmi

POSTING RUJUKAN

SAJAK DR ASRI

BLOG LIST

AlQurannulkarim

Listen to Quran